MANDOR.BLOGSPOT.COM |
SIAPA CALON DUN JENDERAK ? KOMEN TERHADAP TULISAN BLOG LUBOK KAWAH Posted: 20 Nov 2011 10:05 AM PST Apabila aku membaca posting Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di dalam blognya Lubok Kawah, berkaitan `Siapa Calon PKR di Dun Jenderak' , aku agak terperanjat apabila beliau menyebut seramai 8 orang calon telah dipertaruhkan oleh Cabang K.Krau bagi mengisi kerusi Dun tersebut pada PRU ke 13 akan datang. Aku terperanjat kerana begitu ramai calon yang sudi menawarkan diri bertanding di kawasan yang dikatakan `pekat' Umnonya itu. Aku memandang positif jumlah yang ramai tersebut bukan kerana mereka tergila-gila untuk menjadi calon, tetapi mereka menjadi `amat gila' untuk menjatuhkan Umno di kerusi berkenaan. Inilah semangat yang PR mahu kerana kita semua mesti ada semangat yang kuat untuk menumbangkan rejim Umno di bumi Pahang ini. Aku mendapat tahu Tuan Hj Suhaimi Said selaku Ketua Cabang K.Krau juga tersenarai di dalam 8 calon tersebut. Beliau sebenarnya sudah beberapa kali melahirkan hasrat hatinya untuk tidak dicalonkan lagi. Hasrat tersebut bukan diluahkan di kedai-kedai kopi, bahkan dikatakan pernah menulis surat secara resmi kepada pimpinan PKR Pahang termasuk di dalam Mesyuarat Negeri. Ini bererti beliau benar-benar serius untuk tidak mahu dicalonkan.Di antara sebab beliau mohon tarik diri sebagai calon adalah kerana kononnya usia beliau agak lanjut dan dibimbangi kesihatannya akan terganggu. Beliau juga mahu melihat pelapis baru akan muncul di Jenderak dan K.Krau. Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Apa yang paling membanggakan, di sebalik beliau memohon untuk tidak dicalonkan sebagai calon di Dun Jenderak, beliau tidak pernah putus bekerja keras di kawasan tersebut bersama rakan-rakan yang lain. Sebut sahaja di bumi Pahang ini bahkan di seluruh kawasan felda di negara ini siapa tidak kenal tokoh hebat ini. Beliau bekerja kuat siang dan malam hanya kerana mahu melihat Umno/Bn tersungkur di dalam PRU akan datang. Malangnya, sehingga kini kita tidak mengenali siapa `pelapis baru' yang dimaksudkan oleh Tuan Hj Suhaimi itu? Adakah pelapis itu sanggup bekerja keras seperti yang telah beliau lakukan? Bukan masanya untuk kita `uji nilai' pelapis di dalam PRU akan datang. Pelapis sepatutnya sudah mula belajar dan mencungkil ilmu dari Tuan Hj Suhaimi sejak dulu lagi. Oleh yang demikian, amat rugi kepada parti lebih-lebih lagi kepada warga felda sekiranya Tuan Hj Suhaimi Said tidak terpilih sebagai calon. Ini bukan bererti yang lain itu tidak layak, bahkan ada di antara mereka itu masih muda dan tidak kurang juga mempunyai taraf pendidikan yang baik. Tetapi, di dalam konteks Dun Jenderak ini, tiada tokoh yang boleh memberi saingan kepada Umno yang `pekat-likat' di situ melainkan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ini. Mungkin tulisan aku ini tidak digemari oleh beliau kerana beliau fikir sudah tentu aku cuba untuk menggagalkan cita-citanya untuk tidak dicalonkan lagi. Tetapi bagi aku kita kena realistik untuk memilih calon kali ini. Aku harap beliau tidak marah dengan aku. Bagi aku, jika beliau masih enggan untuk menjadi calon di Dun Jenderak atau di mana-mana kawasan yang ditawarkan, ini bererti beliau masih redha Umno/Bn berkuasa lagi di bumi Pahang ini. |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan