Kelab Greenboc |
- Tak Sempat Pakai Baju, Hanya Berselimut Sewaktu Dicekup Berkhalwat
- Mydin Berbohong Menyatakan Sos Cili 1Malaysia Selamat
- "Menteri-menteri Lembu" Patut Letak Jawatan
- [Video] Sukan SEA: Acara Silat Yang Memalukan Tuanrumah Yang Menang Pingat Emas
- Rasuah Menjadi-jadi Di Kementerian Pertahanan Sehingga Nyawa Askar Jadi Taruhan
- Pemain Negara Bakal Naik Barracuda Lagi Ke Stadium Gelora Bung Karno
- Guru Besar Lempar Duit Kepada Ibu Bapa, Berlaku Di Parlimen TPM
Tak Sempat Pakai Baju, Hanya Berselimut Sewaktu Dicekup Berkhalwat Posted: 20 Nov 2011 11:07 PM PST Air penghawa dingin' GEORGETOWN: Sepasang kekasih memberi alasan tidak masuk akal dengan mendakwa tompokan air mani di katil kesan air alat penghawa dingin ketika mereka ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Lebuh Chulia, disini, kelmarin. Gambar fail Dalam serbuan jam 12.15 tengah malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu, wanita berusia 18 tahun itu tidak sempat memakai pakaian dan hanya berselimut untuk menutup tubuhnya. Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui buku pendaftaran sebelum ke bilik disewa pasangan kekasih itu. Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki. Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati seorang lelaki hanya berseluar panjang tanpa memakai baju mengaku duduk bersama rakannya. "Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui seorang wanita berada atas katil dalam keadaan berselimut dan pemeriksaan mendapati dia di dalam keadaan berbogel. "Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan tompokan air di atas katil dipercayai air mani namun ketika disoal mereka memberi alasan air dari alat penghawa dingin," katanya. Khairul Azman berkata, lelaki terbabit berusia 20 tahun dan dia memberi alasan mahu menumpang tidur di situ. Beliau berkata, kedua-duanya ditahan dan dibawa ke JHEAIPP untuk siasatan lanjut. Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -hm |
Mydin Berbohong Menyatakan Sos Cili 1Malaysia Selamat Posted: 20 Nov 2011 09:15 PM PST Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna. Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: "Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan." "Ini antara kata-kata awak dan saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten. "Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan," kata Ratna ketika dihubungi semalam. Beliau merujuk kenyataan KR1M Rabu lalu bahawa syarikat itu tidak akan menarik balik sos cilinya kerana didakwa mematuhi peratutran yang ditetapkan. Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa. Ratna berkata sos cili 1Malaysia itu sepatutnya ditarik balik dari pasaran sehingga disahkan oleh Kementerian Kesihatan. "Apabila berurusan dengan barangan pengguna, kita patut ambil langkap berjaga-jaga. Jika terdapat tanda-tanda bahawa ia tidak selamat, ia harus ditarik balik sehingga ada bukti yang mengatakan ia selamat," katanya. -mk Ulasan GB Dengan laporan makmal yang telah dilakukan, tindakan Mydin yang terus mempertahankan dan menjual sos cili 1Malaysia sepatutnya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Semata-mata peruntukan oleh kerajaan Malaysia dengan kedai KR1M diberikan kepada Mydin, Mydin terus pertahankan tindakan menjual barangan tersebut pengguna kini diancam dengan barangan berjenama 1Malaysia yang tidak bermutu malah merbahaya. Golongan kaya tidak berbelanja di kedai-kedai KR1M dan Mydin kerana mereka tahu kedai-kedai tersebut menjual produk-produk yang tidak berkualiti. Yang menjadi mangsa ialah rakyat miskin, rakyat marhaen. klik untuk baca |
"Menteri-menteri Lembu" Patut Letak Jawatan Posted: 20 Nov 2011 05:16 PM PST Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya. Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan. "Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini. "Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya. Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar. "Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. "Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad. Tak boleh nafi lagi Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan. "Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita. "Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'. Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan). Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung. -mk Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku. |
[Video] Sukan SEA: Acara Silat Yang Memalukan Tuanrumah Yang Menang Pingat Emas Posted: 20 Nov 2011 04:00 PM PST Menonton klip video acara silat kelas 72 putra Dian Kristianto dari Indonesia melawan pesilat Thailand Anothai Choopeng memang sungguh menjelekkan. Malah beberapa warga Indonesia di beberapa portal forum sendiri mengakui, hal tersebut amat memalukan Indonesia sendiri sekalipun diberikan kemenangan pingat emas untuk acara tersebut. Malah ramai juga yang menempelak bahawa ia amat nyata pengadil berkenaan telah dirasuah supaya memberikan kemenangan kepada Indonesia. Berikut dipetik dari ruang forum kopimaya.com Peristiwa memalukan di pertandingan silat Indonesia lawan Thailand di mana pesilat Indonesia hanya berlari bahkan bersembunyi di balik juri menjadi gosip di antara pesilat. -kandalf Sedih sekali rasanya.. as juror 5, feel so sad with this game. I gave a point to the attack which is really effective, and do not give a point to the attack which is not cealry from my position. And I believe all Jurors do the same thing. Juror cannot control the penalties and either the dropping. If Wasit/KP/Dewan give penalty, we need to push the button. Wasit/KP/Dewan is humanbeing, they can make mistakes. That was the first final game which played with Indonesia on that day. I know we should be a professional, although, we can be nervous by this tough situation. Saya yakin kejadian begini tak ada lagi. juri-nya aja ngaku hal ini memalukan, panitia SEA Games-nya (orang bule) mengaku hal ini memalukan, para pesilat senior mengaku hal ini memalukan jadi gak usah malu mengakui bahwa penampilan Dian, walau menang dan dapat emas, adalah memalukan dan mencoreng wajah Indonesia. |
Rasuah Menjadi-jadi Di Kementerian Pertahanan Sehingga Nyawa Askar Jadi Taruhan Posted: 20 Nov 2011 06:55 AM PST Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'. Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap". Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara. "Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya. Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya. But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat. Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan. "Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang. Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman. "Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi. -mk 'Pengantara pertahanan punca gejala rasuah' Bajet pertahanan M'sia tidak telus |
Pemain Negara Bakal Naik Barracuda Lagi Ke Stadium Gelora Bung Karno Posted: 20 Nov 2011 04:54 AM PST Jakarta: Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu. "Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya. Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri. "Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok. "Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya. Hamidin berkata Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri. - BERNAMA |
Guru Besar Lempar Duit Kepada Ibu Bapa, Berlaku Di Parlimen TPM Posted: 20 Nov 2011 03:07 AM PST Pagoh: "Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain," kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah. Gambar fail Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian. Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan. Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal. Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. "Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya. "Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya. "Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?" katanya. Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga. Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan. "Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan. "Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami. "Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?" katanya yang membuat laporan polis pada hari sama. Ulasan GB Pagoh, kawasan parlimen Muhyiddin Mohd Yassin, TPM merangkap Menteri Pelajaran Berlaku terang-terangan bagaimana sekolah memanipulasikan pemberian one-off RM100. Muhyiddin, perbaiki sekolah di kawasan anda terlebih dahulu! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan