Selasa, 15 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kerbau jadi haiwan kesayangan dibela dalam rumah

Posted: 15 Nov 2011 12:26 AM PST

SEEKOR kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.


Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.

Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.

Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.



Sumber: Free Malays


ReJaM© "Patutlah ada menteri di Malaysia beli kondo mewah RM9.8 juta untuk bela lembu kah kah kah..."

Skandal NFC, Pak Lah salahkan suami Shahrizat Jalil

Posted: 14 Nov 2011 11:52 PM PST

SKANDAL projek lembu nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat, berhubung penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang sebahagiannya diguna untuk membeli kondominium mewah milik keluarga menteri, terus bergelora.

Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang dilihat resah dengan skandal Ketua Wanita Umno itu yang berpotensi untuk menjahanamkan Umno dan Barisan Nasional.

Semalam ahli parlimen BN Kinabatangan Bung Mokhtar secara terbuka meminta Shahrizat meletak jawatan rujuk sini [Shahrizat Liabiliti]. Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang menyokong kenyataan Bung Mokhtar itu.

Dilihat untuk meredakan keadaan, bekas Perdana Menteri, Pak Lah pula sebenarnya bagai menyiram minyak di atas api yang sedang marak, apabila menyalahkan suami Shahrizat di dalam hal ini [TMI].



Shahrizat Jalil kini keseorangan bagaikan bola, dilambung ke sana sini. Ada harga yang harus dibayar kerana beliau dipilih memegang jawatan menteri walaupun kalah bertanding pilihanraya 2008.


ReJaM© "Menunggu masa sesuai untuk mendedahkan skandal kedua..."

Shahrizat "liabiliti" kepada Umno kata Bung Mokhtar (Video)

Posted: 14 Nov 2011 09:11 AM PST

SEBELUM ini kita sudah lihat bagaimana Khairy Jamaluddin bertindak meng "kantoi" kan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berhubung skandal projek lembu nasional rujuk sini [Khairy bongkar rahsia]

Satu persatu skandal Shahrizat akan didedahkan untuk menamatkan karier politik beliau. Kalah bertanding pilihanraya tapi boleh jadi menteri, sudah tentu beliau memiliki ramai "musuh dalaman" yang cemburu kerana beliau "makan sorang".

Bung Mokhtar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, siang tadi dilihat bijak menyambut "bola tanggung" yang dilambung oleh Khairy, Ketua Pemuda Umno bagi melengkapkan gerakan menghumban Shahrizat dari kerusi empuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Mkini].

Mereka nak bergaduh, nak cantas-mencantas itu mereka punya pasal. Fakta yang penting di sini ialah wang rakyat RM257 Juta telah disalah gunakan dengan memberi projek lembu nasional kepada keluarga menteri.

Menteri yang dapat projek ini pula telah gagal melaksanakannya kerana dilihat tiada kelayakkan. Mana tidaknya, orang yang menguruskan projek ini tidak tahu bahawa lembu tidak perlu tinggal dalam kondominium mewah RM9.8 juta.

Berikut video rakaman kenyataan Bung Mokhtar itu. Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang turut menyokong kenyataan beliau. Bung Mokhtar juga mengugut akan menimbulkan isu ini setiap kali sidang parlimen berlangsung.



ReJaM© "Pemimpin senang lenang, rakyat makan pasir..."

Tiada ulasan: