Selasa, 15 November 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dicekup Berpelukan Dalam Kereta

Posted: 15 Nov 2011 01:34 AM PST

Kulim - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.

Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.

Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.

Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.

"Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan," katanya.

Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.

"Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.

"Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.

"Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,"
katanya.

Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -SH

Video Seks Cuba Kaitkan PAS Diedar Di Seberang Perai

Posted: 14 Nov 2011 11:50 PM PST

Umat Islam bantah pengedaran video seks di masjid

Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu lalu terkejut apabila mendapati salinan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan.

Pengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid.

Katanya, VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti mereka yang meletakkan pita tersebut di sana.

Beliau berkata ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan 'Wasiat Tok Guru dan Saksikan' yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita," katanya kepada Malaysiakini.

Sehubungan dengan pengedaran video itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit itu diadakan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.

"Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral," katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.

"Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita," katanya lagi.

Video seks itu menimbulkan kontroversi apabila ia didedahkan pada bulan Mac lalu. Anwar juga telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

Video itu pertama kali ditayangkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan tiga individu yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T'. Mereka adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga individu itu kemudiannya didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada bulan Jun dan dikenakan hukuman denda RM5,500.

Namun demikian, ini tidak menghalang beberapa versi lain video seks itu daripada terus disebarkan menerusi Internet.

Anwar, yang berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis dan kini disiasat oleh polis atas dakwaan memberi "maklumat palsu". -mk

Sebar VCD lucah di masjid

PENANTI – Hampir 100 orang berkumpul di hadapan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini, semalam, bagi membantah tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan video lucah menggunakan nama Tok Guru.

Cakera padat video (VCD) bertajuk 'Wasiat Tok Guru' itu diletakkan di hadapan tangga masjid Jumaat lalu, dan sasaran mereka adalah masjid di sekitar Permatang Pauh.

Memeranjatkan apabila video yang disangka benar-benar mempunyai ucapan Tok Guru (Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) itu rupanya video lucah lelaki mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan berkata, kewujudan VCD itu disedari ketika orang ramai sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat.

Pihaknya difahamkan kira-kira 50 hingga 100 keping VCD diletakkan di situ yang mana ia habis diambil kariah yang datang untuk bersolat pada tengah hari itu.

"Jika dilihat dari luaran, pasti orang akan ingat ia benar-benar video 'Wasiat Tok Guru'. Tapi, saya terkejut apabila ada anak kariah yang datang kepada saya maklumkan bahawa kandungan sebenar adalah video lucah.

"Bukan setakat masjid ini sahaja, malah, perkara sama turut berlaku di lebih lima masjid dalam kawasan Permatang Pauh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, semalam.

Abu Bakar berkata, laporan dibuat kira-kira jam 3.30 petang disusuli dengan perhimpunan damai anak kariah bagi membantah perbuatan yang disifatkan mempunyai agenda pihak tertentu.

Turut membuat laporan semalam adalah wakil Masjid Mengkuang Sungai Lembu.

Beliau dalam pada itu berharap pihak polis menyiasat mengenai perkara itu, seterusnya mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak menyebarkannya.

"Perbuatan ini amat melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan kerana menggunakan masjid sebagai medium untuk menyebarkan perkara tidak elok. Ia juga dilihat mencemarkan imej masjid sebagai sebuah institusi agama.

"Saya meminta supaya mereka yang ada menyimpan VCD ini supaya mengembalikannya semula kepada pihak masjid untuk dimusnahkan," katanya. -SH


Ulasan GB

Begitu dasyat, sehingga sanggup menggunakan perkataan "Wasiat Tok Guru dan Saksikan" dan menggunakan warna hijau di bulatan pada video seks yang diedarkan.

Seperkara yang semacam dirancang iaitu pengedaran video seks ini dilakukan semula selepas Menteri KDN menyatakan kertas siasatan mengenai video seks telah diserahkan kepada peguam negara.

[Video] Isu Feedlot: Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dari Jadi Liabiliti Kepada UMNO & BN

Posted: 14 Nov 2011 09:45 PM PST

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. -malaysiakini



Ulasan GB

Perkara yang salah akan tetap salah. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Walaupun perkara yang salah itu disokong oleh PM dan TPM.

Akan tetapi, tetap ada orang yang mendedahkan kebenaran itu sekalipun seluruh suara Pakatan Rakyat dinafikan sebelum ini.





Gadis Diperkosa Rakan Sekolah Sendiri

Posted: 14 Nov 2011 07:15 PM PST

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin. Gambar hiasan.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.

"Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.

"Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal," katanya.

Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.

Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. -hm

Ulasan GB

Gejala rogol menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah. Apakah menteri akan kata jumlah kes adalah kecil berbanding dengan jumlah pelajar?


Kes Feedlot-Kondo Hanya Disiasat Apabila Pakatan Rakyat Berkuasa

Posted: 14 Nov 2011 04:48 PM PST

SPRM serah siasatan projek Fidlot pada polis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak PDRM," kenyataan itu dipetik.

"Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM (Akta Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia) 2009."

Kenyataan itu juga memaklumkan, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pengadu yang bersetuju dengan tindakan itu.

Sementara itu, NGO Jingga 13 sebagai pengadunya berkata, mereka dimaklumkan kes itu akan disiasat bawah Seksyen 409 melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Penyelarasnya Fariz.

Pengadu: Prasangka berlarutan

NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah RM9.8 juta One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

Dalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya. -mk

Ulasan GB

Dalam kes isu Feedlot ini, kita sudah dapat mengagak tindakan SPRM yang "menendang bola" kepada Polis.

Polis pula akan bertindak acuh tidak acuh terhadap sebarang laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap salahlaku pemimpin-pemimpin UMNO, berbanding jika sebaliknya laporan UMNO terhadap pemimpin-pemimpin PR.

Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan. Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan, tidak memadai siasatan SPRM atau polis.

Tetapi seperti yang GB nyatakan sebelum ini, PM sepastinya berdiam diri terhadap sebarang desakan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan kerana beliau awal-awal sudah membela projek berkenaan.

Hanya satu jawapan, Pakatan Rakyat perlu menang PRU13 untuk merampas kerajaan Pusat. Barulah fail siasatan akan dibuka, dan menteri-menteri yang bertanggungjawab itu akan diheret ke muka pengadilan.

Ulasan GB sebelum ini. Petikan:

Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan.

Penyelewengan dan salahlaku seperti yang didedahkan oleh Jabatan Audit egara adalah jelas.

Alasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek lembu berkenaan kerana mereka telah bekerja kuat adalah teramat lucu dan dilihat cuba "melembukan" orangramai.

Hubungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Md. Noh Omar dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga disiasat kerana Noh Omar terlalu kuat membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Dan Shahrizat pula cukup bergantung kuat kepada jawapan menteri berkenaan untuk menjustifikasikan keluarga beliau diberikan projek berkenaan.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata,"


Najib sepastinya akan menolak Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan kerana beliau juga telah terlibat awal-awal membela pemberian projek itu kepada Shahrizat.

Tiada pilihan lain, Pakatan Rakyat perlu menang di dalam PRU13 ini bagi mempastikan kesemua penyelewengan dan salahlaku ini terbongkar.

Yang bersalah, seperti yang GB katakan sebelum ini, mengikut hukum kebenaran dan keadilan, perlu dihambat masuk ke penjara. Itu kandang yang sesuai bagi mereka kerana mengkhianati wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar.



KR1M - MYDIN: Pelanduk Dua Serupa [Updated]

Posted: 14 Nov 2011 03:10 PM PST

Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu

Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan "separuh benar" kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu," bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu. -malaysiakini

Ulasan GB

Hairankah kita apabila Mydin membela produk-produk KR1M? Bukankah Mydin dan KR1M adalah burung-burung yang serupa bulunya? Maka sewajarnya untuk mereka terbang beriringan... memadu asmara bersama.

Megapa GB berkata begitu. Kerana Mydin sendiri adalah sebuah pasaraya yang sememangnya menjual produk-produk yang rendah kualiti!

Pergilah ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin yang berdekatan dengan anda, anda akan mengakui kata-kata GB di atas, kerana di sana anda akan memperolehi barang-barang yang dibeli secara pukal Made In China yang juga terjual di kebanyakan kedai barangan RM2, tetapi di Mydin its above RM2.

Kedua, Pak Menteri mana yang ada berbelanja di Pasaraya Mydin dan kedai KR1M? Tidak ada. Kerana orang kaya-kaya tahu barangan di sana adalah rendah mutunya. Hatta drebar dan amah pak menteri tak berbelanja di Mydin dan kedai KR1M.

Ketiga, jika Mydin ini berada di negara maju sudah lama mereka diheret ke mahkamah. Tetapi di Malaysia dimana persatuan pengguna kita lemah dan Kementerian Hal Ehwal Penggunanya bukan untuk pengguna, kamu dijulang kerana kononnya menjual harga-harga di paras yang rendah, dan lantarannya rakyat marhaen terpesona sekalipun barangan yang dibeli rendah kualitinya.

Keempat, pihak Mydin menyatakan dakwaan Pua juga tidak berasas, sedangkan Mydin mengakui bahawa dakwaan Pua adalah separuh benar. Bererti dakwaan Pua tidak seratus peratus salah. Justeru dakwaan Pua BERASAS dan kenyataan pihak Mydinlah yang salah.

Kelima, pengurusan Mydin nampaknya berlagak dengan mengeluarkan kenyataan berikut "Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu".

GB ingin bertanya tinggi mana tahap kamu bersekolah sehingga kamu boleh mengeluarkan perkataan penghinaan sedemikian rupa? Pangkat PhD atau sarjana mana yang kamu ada atau kamu beli sehingga boleh menempelak taraf keilmuan orang lain semata-mata kamu ingin mepertahankan perniagaan kamu yang berasaskan barangan yang rendah kualitinya selama ini? Tony Pua, seorang graduan dari Universiti Oxford, anak beranak Mydin?

Keenam, kamu boleh menipu sesetengah manusia dalam sesetengah masa, tapi kamu tidak boleh menipu semua manusia dalam semua masa. Kamu boleh mengambil sikap berkonfrantasi dengan Pakatan Rakyat tetapi INGAT: bahawa di dalam pilihanraya yang lalu separuh pengundi di negara ini mengundi Pakatan Rakyat. Apa kata jika rakyat yang kamu berkrontasi itu mengambil sikap memboikot Mydin selepas ini?

Ketujuh, tindakan kamu Mydin memalukan. Kamu sepatutnya membela dan berpihak kepada rakyat marhaen dan pengguna yang selama ini banyak membantu kamu, tetapi kamu lebih suka membela dan berpihak kepada menteri yang tak pernah pun beli barangan kamu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku: jika sikap kamu berterusan begitu, kamu akan binasa di satu masa.

They say one good name deserves another, but in the above case one bad name has enticed another.

Pemberian "One-Off" Sudah Diagihkan Walaupun Bajet Belum Diluluskan

Posted: 14 Nov 2011 07:35 AM PST

K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Gambar: Pemberian RM100 telah mula diberikan kepada para pelajar Tahun Satu SJKC Chung Hwa Wei Sin, Terengganu, hari ini.

"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?" soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli," katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan. -mk

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Bantah Bantuan Sekolah RM100

KUALA LUMPUR: Suasana hambar persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bertukar kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) masing-masing bertikam lidah mengenai isu pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yangdiumumkan pada perbentangan Bajet 2012.

Kekecohan berlaku apabila beberapa wakil rakyat pembangkang dengan lantang mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan persekolahan berkenaan yang kini disalurkan kepada akaun sekolahmasing-masing secara serta merta.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan Peraturan Mesyuarat66(4) dengan menyatakan bahawa tindakan pemberian wang bantuan persekolahan itu adalah salah dan tidak mengikut peraturan.

"Pemberian ini tidak mengikut peraturan. Bagaimana kerajaan boleh beri bantuan RM100 kepada setiap pelajar sedangkan Bajet 2012 masih belum diluluskan di Dewan ini?

"Kalau kami jadi kerajaan, kami boleh beri RM1000 kepada setiap pelajar, tapi isunya ialah perlu ikut peraturan," katanya pada sesi perbahasan pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012.

Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menghalang Kulasegaran membangkitkan isu berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat tersebut.

"Perkara berkenaan tidak bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Saya serahkan perkara tersebut kepada pihak kementerian untuk menguruskannya," katanya.

Peraturan 66(4) menyatakan setelah dibacakan Rang Undang-undang Perbekalan itu kali yang kedua dan usul mengenai Anggaran Pembangunan disetujukan, Rang Undang-undang dan ketetapan akan terserah kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis.

Keputusan Ronald itu menimbulkan kemarahan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Eng(DAP-Bukit Mertajam).

Kekecohan semakin ketara apabila beberapa ahli Parlimen BN mendakwa tindakan pembangkang itu seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan pemberian bantuan berkenaan.

"Kerajaan ada duit, apa salahnya kalau kita belanjakan untuk rakyat?

"Inilah masalah pembangkang, mereka tidak tahu belanjakan wang untuk kepentingan rakyat. Semua perkara mereka nak bangkang," kata Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol).

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajar akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran. -mstar


Ulasan GB

Kerajaan UMNO/BN memang TERKENAL dengan membuat perbelanjaan tidak ikut peraturan.

Maka itu sebab berlaku ketirisan, berlaku rasuah, berlaku korupsi, berlaku penyelewengan, sepertimana yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini.

Tetapi kerajaan UMNO BN masih menunjukkan lagaknya untuk berlaku samseng di dalam membelanjakan wang rakyat.

Mereka menyangka dengan pemberian one-off itu dapat menggula-gulakan rakyat untuk mengundi mereka di dalam pilihanraya nanti.

Mereka alpa. Hukum Kebenaran telah dilanggar oleh UMNO BN berkali-kali. Dan hukum kebenaran juga akan melanggar UMNO BN nanti berkali-kali. UMNO BN akan tercampak keluar dari Putrajaya kerana sudah tidak layak untuk menjadi pemerintah negara ini.

Yakinlah! Hanya menunggu masa dan ketikanya.

Mahasiswa Bidas Naib Canselor UiTM, Cakap Lain Buat Lain

Posted: 14 Nov 2011 05:15 AM PST

Politik pelajar: Jangan cakap lain, buat lain, kata KAMI

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar (gambar) berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik.

Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan.

"Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk "Tidak Perlu Pinda AUKU" hanyalah sekadar retorik semata-mata.

"Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

"Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa," katanya.

Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM.

Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.

"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya.

Kongkong mahasiswa

Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti.

"Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.

"Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan," kata Haziq Abdullah.

Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara.

"Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir," katanya.

Menurutnya lagi jika "orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik."

"Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain."

Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ).

Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak. -mk


Jenayah Di Kalangan Polis Menjadi-jadi Kerana Menteri KDN Kata Jumlahnya Kecil

Posted: 14 Nov 2011 03:43 AM PST

9 anggota polis terbabit dalam rompakan akan dihadapkan ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sembilan anggota polis yang terbabit dalam kes jenayah rompak di Johor Bahru baru-baru ini akan dihadapkan ke muka pengadilan dan bakal berdepan tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan supaya anggota yang terbabit dalam jenayah itu dihadapkan ke mahkamah.

"Walaupun hanya segelintir yang terbabit dalam kegiatan jenayah, ia tetap menjejaskan imej PDRM sebagai pasukan yang menjaga kestabilan dan keamanan negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Polis/Ketua Polis/Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis yang terbabit dalam kes jenayah seumpama itu hanya sebilangan kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya. -BH


Ulasan GB

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

Bapa Bob Lokman Persoal JAIS Tahan Anaknya Beri Syarahan Agama

Posted: 14 Nov 2011 02:36 AM PST

Kota Bahru - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad (gambar), 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.

Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

"Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

"Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu nyai latar belakang pengajian agama," katanya, semalam.

Beliau berkata, nama 'Ustaz Mohd Hakim' dicadang kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

"Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,"
katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. -SH

Tiada ulasan: