Blog-list Malaysia |
- Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi
- Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu
- Semua Serba Tak Menjadi Bila Dah Dekat Nak Mati..
- Nak Bodekpun Agak-Agak Laa.. Hehehe..
- Lembu - PKR Cabar Khairy Debat
| Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi Posted: 14 Nov 2011 07:20 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya. Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau. "Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji," kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini. Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: "Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?" Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib. Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam. Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi. Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah. "Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan? "Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?" kata dakwaan itu. Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama "Tuan Sheikh Rozi". Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya. - TMI |
| Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu Posted: 14 Nov 2011 05:20 PM PST Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu". "Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu. "Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, London. Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini. Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat pada Zohor hari itu, itupun jika mereka melakukan nafar awal setelah selesai mabit di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar di tiga jamrah pada hari berkenaan. 'Tak dimanfaat, tak bermanfaat' Susulan itu, Jamil Khir (bawah, kanan) menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf. Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai. Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat". "Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal? "Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya. Yakin haji lengkap, PM salah tweet Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan. "Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya. Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet. "Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya. Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya. Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan mengeluarkan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji. Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008. Sumber - Malaysiakini |
| Semua Serba Tak Menjadi Bila Dah Dekat Nak Mati.. Posted: 14 Nov 2011 04:30 AM PST PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari. Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR. "Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,"katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia. "Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,"katanya. Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti. "Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,"katanya Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor. "Dia dapat RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,"katanya. Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya. Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam.SH |
| Nak Bodekpun Agak-Agak Laa.. Hehehe.. Posted: 14 Nov 2011 03:57 AM PST |
| Lembu - PKR Cabar Khairy Debat Posted: 14 Nov 2011 03:52 AM PST KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersemuka dalam debat terbuka bagi membincangkan mengenai isu kontroversi berkaitan ternakan lembu fidlot di bawah kendalian National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, debat terbuka merupakan jalan terbaik bagi merungkai kekusutan dakwaan skandal NFC serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan penjelasan terpeinci. "Khairy banyak membuat kenyataan di twitter, media baru, akhbar dan Parlimen yang menyerang saya mengenai pendedahan NFC. Setiap kenyataan akhbar atau rencana saya akan dijawab oleh beliau. "Saya langsung tidak terfikir skandal ini menarik minat beliau kerana ia membabitkan Ketua Wanita Umno, bukan Ketua Pemuda Umno," katanya di lobi Parlimen di sini, Isnin. Kontroversi isu projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan ini bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan terhadap projek berkenaan. Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata, cabaran debat terhadap Khairy dibuat memandangkan Ahli Parlimen Rembau itu begitu lantang mempertahankan isu NFC. "Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pemimpin Umno yang paling lantang membela NFC. "Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio dalam kerajaan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan