Blog-list Malaysia |
- Malaysia Dibenci Rakyat Indon - Timbalan Menteri Lembu Salahkan Pakatan
- Bodoh Macam Inipun Ada Hati Nak Jadi MB Selangor?
- Guru Akan Sentiasa Diperbodohkan Jika Terus Percaya Dengan Kerajaan Umno/BN
- Dato Satim Diman ADUN BN Akan Diheret Kemuka Pengadilan
- Pembohongan isu RM600 juta tanggungjawab PM
- Zul Kulim Antara Memperjuangkan Orang Yang Dizalimi atau Pejuang Taraf Paria???
- 'Pengantara pertahanan punca gejala rasuah'
- Najib Iktiraf Peranan Media Pro-BN Perangi Pembangkang.. Pakatan? Habukpun Tarak..
Malaysia Dibenci Rakyat Indon - Timbalan Menteri Lembu Salahkan Pakatan Posted: 21 Nov 2011 01:10 AM PST Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. NONE"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia. "Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini. "Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya 'Maling' yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini. Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan. RAKYAT MARHAEN |
Bodoh Macam Inipun Ada Hati Nak Jadi MB Selangor? Posted: 20 Nov 2011 09:43 PM PST DUN Selangor tidak akan dibubarkan jika PRU 13 diadakan sebelum Jun 2012. Kenyataan MB Khalid Ibrahimitu telah bikin UMNO Selangor libang-libu, macam orang sembelit.... tak berak berminggu-minggu. Salah sorang pemimpin UMNO Selangor itu ialah si Noh anak Omar. Katanya... ".... tindakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Keadilan Rakyat itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor." "Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun." Weh.... kerajaan PR punya kerajaan, dia orang punyer suka ler. After all mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. So... lu apa masalah?? Banyak songeh pulak dia. Adei gundu.... Poooraahh!! Ekoran kenyataan si bangang tu... hari ini dia dihentam oleh SU Politik MB Selangor. Hentaman maut beb!! Hentaman berbisa yang buat telinga berdesing mendengarnya. Tapi... padan muka Noh anak Omar. Antara hentaman maut yang diberikan oleh faekah ke muka Noh Omar ialah.... PR tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.- Ingat PRU12, ingat kegelojohan UMNO Selangor!! Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. - Ingat lembu NFC ingat kebodohan Noh!! Agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.- Suruh Noh pergi cermin muka dia!! "Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.- Orang bangang mana boleh jadi MB!! Apa macam?? Masalah kementerian sendiri pun tak boleh dapat nak setel, ada hati nak jadi MB dan memerintah negeri. OMG.... Ya Allah. You FAILED as a Menteri and yet you want to be an MB?? Ugly joker betoi la kau ni, Noh Omar. You really make me us laugh la.... Kah kah kah kah.... Sumber - M3M |
Guru Akan Sentiasa Diperbodohkan Jika Terus Percaya Dengan Kerajaan Umno/BN Posted: 20 Nov 2011 09:36 PM PST Guru diperbodoh kelulusan pertukaran antara daerah Perasaan yang amat gembira terpahat di hati saya dan lebih 10 rakan yang lain bila mengetahui keputusan permohonan pertukaran kami dari daerah pedalaman telah diluluskan pada 10 November 2011 lalu melalui sistem online egtukar. Kami dengan tidak berlengah lagi telah membuat pengurusan membatalkan sewaan rumah, menyewa lori dan menguruskan pertukaran anak-anak ke daerah dimana kami akan ditempatkan. Ada antara kami yang mencecah lebih lima hingga sepuluh tahun mengajar di pedalaman, sekian lama menunggu saat ini dengan hati yang begitu teruja untuk balik tinggal bersama dengan anak isteri dan ahli keluarga masing-masing. Lebih kurang pukul 3 petang, 16 November 2011 kami telah membuat semakan keputusan sekali lagi dan terkejut bila mendapati keputusan kelulusan pertukaran kami melalui sistem online bertukar gagal. Terperanjat, marah dan kesal dengan keputusan kedua itu seolah-olah kami warga guru telah dipermainkan dengan proses pertukaran ini. Kami diperlakukan seperti budak-budak, ditunjukkan gula-gula tapi tidak diberi merasanya. Hampir 5, 7 dan lebih 10 tahun kami berjuang nasib untuk pulang ke daerah kami dengan membuat permohonan pertukaran setiap kali sesi tersebut dibuka dan difahamkan salah satu syarat permohonan adalah melebihi 3 tahun mengajar di pedalaman. Malah dijanjikan guru yang di reployment hanya 3 tahun sahaja di pedalaman. Tapi hingga kini kami masih di sini dan apabila permohonan pertukaran kami diluluskan, ia dibatalkan pula. Itukah keadilan dan perikemanusiaan? Mungkin perkara yang sama sedang berlaku kepada rakan-rakan sejawatan kami yang lain. Kami dah juak dengan Jabatan Pelajaran Kelantan yang menjadi ' Pendusta Kelas Pertama' dalam menjaga kebajikan warga pendidiknya. Kami tahu, hampir 80% warga pekerjanya adalah pembohong, hipokrit, gila pangkat, gila kuasa, gila betina nasib baiklah tidak mendapat penyakit 'gila babi' terutamanya Pentadbir Pertama atasan jabatan ini, ketua sektor yang menguruskan hal ehwal sekolah, malah pegawai yang terlibat dalam proses kelulusan pertukaran ini. Bila kami membuat panggilan ke Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menanyakan status pembatalan pertukaran ini, mereka meminta kami merujuk kepada Penolong Pengarah Pengurusan Guru iaitu YM Raja Anoro bin Raja Kob di talian 09-7418099. Kami menghubungi beliau dan memohon penjelasan. Beliau dengan angkuh menjawab itu adalah kesilapan teknikal dan keputusan dalam egtukar online tidak boleh digunapakai. Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan rasmi adalah apabila kami menerima surat penempatan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang ditandatangani Pengarah sahaja. Begitu mudah jawapan yang diberi. Kami rasa amat tidak berpuas hati dan cuba mencari jawapan lagi mengikut saluran yang betul. Menelefon pegawai berkaitan, bertanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sebagainya. Namun amat terkejut, bukan kerana kegagalan pertukaran kami, tetapi dengan maklumat peribadi pegawai yang terlibat dalam kes ini adalah seorang yang mempunyai rekod peribadi yang sangat buruk sewaktu beliau bertugas di Institut Perguruan Kota Bharu dan telah dipoolkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat tentang dirinya telah tersebar luas di internet dan pelusuk negeri Kelantan. Sungguh hebat pegawai yang menguruskan pembatalan pertukaran kami ini. Sama hebatnya dengan Pengarah Pelajaran Kelantan yang telah membawa masuk dan menempatkan beliau di Jabatan Pelajaran Kelantan. Lagi mengejutkan kami adalah ada di antara guru-guru yang lulus bertukar tanpa membuat permohonan seperti kami dan ada di kalangan mereka yang baru 2 tahun, baru 6 bulan mengajar di pedalaman. Mereka sudah dapat pulang ke daerah masing-masing dengan bantuan kabel politik. Cukup jelas apabila agenda ini direstui oleh Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan! Mungkin bagi kami guru-guru yang mengikut saluran yang betul, yang tiada kabel akan menunggu disini sehingga mati dalam menunggu permohonan demi permohonan yang silih berganti. Kami telah diperbodohkan oleh warga pendidikan sendiri yang selalu sibuk mewarwarkan kepentingan perkhidmatan sebagai guru, integriti dan ketelusan. Jika perkara seperti ini berterusan, ia bukan sekadar merosakkan Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai bumbung tempat kami berteduh, malah merosakkan seluruh sistem pendidikan Kelantan dan yang amat sedih apabila murid generasi depan akan menjadi mangsa kerakusan kepentingan diri para pegawai ini. Untuk makluman seramai lebih kurang 178 guru di seluruh Kelantan yang telah diluluskan permohonan telah dibatalkan tanpa sebab! Jadi, janganlah memperbodohkan kami yang bodoh ini dengan alasan disebabkan masalah teknikal. Kerana selama kami menggunakan perkhidmatan online egtukar ini, masalah teknikal tidak timbul dengan pengurusan kelulusan permohonan tidak bermasalah. Secara bodohnya, kami dapat mengagak bahawa masalah yang timbul adalah berpunca daripada pegawai yang diberikan kepercayaan menguruskan pertukaran ini di samping mempunyai agenda tersendiri ( agenda politik, semestinya ) oleh Tuan Pengarahnya dan turut disubahati oleh Ketua Sektornya. Disini juga jelas bahawa penyalahgunaan kuasa, kemerosotan integriti dan jenayah merosakkan nama baik jabatan ketara dilakukan. Wahai warga Pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan, kamu akan lihat suatu masa nanti kemusnahan pendidikan Kelantan dengan kewujudan bangsa Melayu berideologi Yahudi dengan dosa-dosa dan pengkhianatan yang kamu lakukan dan ciptakan sendiri terhadap bangsamu! Kamu akan lihat keputusan dalam pilihanraya umum ke 13 Kelantan nanti tidak dapat dicapai seperti yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri. Itu suatu yang kami amat pasti! |
Dato Satim Diman ADUN BN Akan Diheret Kemuka Pengadilan Posted: 20 Nov 2011 09:18 PM PST Dewan Pemuda Pas Puchong hari ini telah membuat laporan polis, di Balai Polis Bukit Puchong keatas Dato Satim Diman, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Seri Serdang. Laporan polis dibuat atas isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006. Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan melalui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang juga merangkap Penyelaras Dun N29 Seri Serdang. " Kami berasa kecewa diatas apa yang telah dibongkarkan oleh YB Dato Menteri Besar Selangor ketika perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu, dimana beliau telah mendedahkan Dato Satim Diman terlibat secara langsung dalam isu penyewelengan tanah di Science Park 2, Cyberjaya" katanya. "Sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, seharusnya beliau menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi. Dato Menteri Besar mendedahkan bahawa Dato Satim Diman adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd". Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewangan. Tanah dilokasi Science Park 2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Satim yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, bagaimanapun telah menjual tanah tersebut kepada syarikat sendiri pada harga RM 1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta. Sususlan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta sedangkan Nikmat Inai Sdn Bhd masih belum habis bayar lagi kepada PKPS. Menurut Mohd Rosharizan lagi, "Kami mendesak supaya pihak polis menyiasat kes ini, dan sekiranya sabit kesalahan dan terbukti wujud penyelewangan dan salah guna kuasa, bawa beliau ke muka pengadilan dan beliau mesti didakwa. Begitu juga dengan pihak SPRM, kami mendesak supaya fail siasatan mesti dibuka dengan segera, dan heret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan Dato Menteri Besar ini jelas terbukti benar." " Kami juga meminta supaya Dato Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas, sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat dalam isu penyewelengan tanah ini. Dewan Pemuda Pas Puchong melihat isu ini dengan serius kerana sebagai pengundi di Dun Seri Serdang, kami sangat "mengasihi" beliau dan tidak mahu lagi rakyat di Dun Seri Serdang tertipu dengan memilih pemimpin sebegini dalam PRU ke 13 akan datang. " Dewan Pemuda Pas Puchong juga mengucapkan takziah kepada beliau atas pembongkaran ini kerana selama ini Dato Satim Diman dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO Selangor yang bersih dari segala bentuk keselahan dan penyewelengan sepanjang tempoh karier politik beliau" katanya. |
Pembohongan isu RM600 juta tanggungjawab PM Posted: 20 Nov 2011 06:12 PM PST "Selain maklumat yang diperolehi dari seorang ketua Umno bahagian bahawa setiap Umno Bahagian akan mendapat RM3 juta, Perdana Menteri selaku Presiden Umno sendiri mengumumkan 13 November lalu mengenai peruntukan sebanyak RM600 juta yang akan diuruskan oleh ketua-ketua bahagian Umno itu pada dalam pertemuan 'pre-council' di ibu pejabat Umno. "Tetapi, apabila saya membangkitkan pertanyaan dalam Dewan Rakyat mengenai perkara itu, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa wang itu akan dibahagikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan tidak ada faktor yang disebut tentang ketua-ketua bahagian," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Menurut Salahuddin, oleh kerana Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin Osman berkata beliau menjawab "mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi," ia membangkitkan persoalan pihak manakah di dalam kerajaan yang berbohong mengenai peruntukan RM600 juta itu. Dalam jawapannya, Zainal Abidin berkata, "Kementerian belum lagi dimaklum tentang RM600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar bandar tetapi menerusi apa yang kita lihat daripada media akhbar, RM600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit Umno dan akan dibagikan kepada ICU melalui SDO, dan tidak ada faktor yang disebut di sini tentang ketua-ketua bahagian mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi". "Persoalan lain yang berbangkit, bukan sahaja Parlimen tidak dimaklumkan mengenai peruntukan itu malah kabinet juga tidak dimaklumkan mengenainya kerana timbalan menteri itu menyatakan kementeriannya belum lagi dimaklumkan tentang RM600 juta itu dan hanya menjawab menerusi apa yang dilihatnya dalam media," kata Salahuddin. Ketiadaan maklumat di pihak kementerian berkenaan, katanya lagi, membuktikan tidak wujudnya kata sepakat di peringkat kabinet untuk meluluskan peruntukan itu. "Persoalan lebih penting ialah, jika apa yang dinyatakan oleh timbalan menteri itu tidak benar, ia bermakna kerajaan berbohong di dalam Parlimen dan jika beliau bercakap benar, kerajaan Abdullah telah mempergunakan wang rakyat dengan cara yang mengetepikan undang-undang dan peraturan," kata beliau. Kedua-dua kesalahan itu, katanya, mesti dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri kerana beliau bukan sahaja menjadi ketua kerajaan malah beliaulah yang mengumumkan peruntukan itu dalam taklimatnya kepada perwakilan menjelang Perhimpuna Agung Umno baru-baru ini. Salahuddin yakin bahawa peruntukan RM600 juta itu memang bertujuan untuk dibahagi-bahagikan kepada ketua-ketua Umno bahagian berikutan pendedahan Malaysia Today mengenai surat Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato' Mohd Zin Mohamed, dengan nombor rujukan TMKRM/0033/20 bertarikh 13 November lalu iaitu iaitu pada hari yang sama Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dalam dalam taklimatnya kepada perwakilan menjelang Perhimpuna Agung Umno. "Surat itu menyebut mengenai peruntukan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta, dengan pecahan kecil sebanyak RM3 juta untuk setiap kawasan Parlimen serta perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan. Surat itu itu tidak menyebut Sarawak kerana tidak ada Umno di Sarawak," katanya. Surat itu juga menguatkan keyakinan bahawa peruntukan tambahan RM600 juta itu tidak dibuat melalui keputusan kabinet kerana Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak tahu pun mengenai peruntukan RM600 juta yang dibuat melalui surat Timbalan Menteri Kerjaraya dan hanya tahu menerusi apa yang dilihatnya di dalam media, kata Salahuddin lagi. |
Zul Kulim Antara Memperjuangkan Orang Yang Dizalimi atau Pejuang Taraf Paria??? Posted: 20 Nov 2011 06:49 AM PST Lebih sepuluh tahun memperjuangkan Anwar... Yang kononnya "terinyaya"..."difitnah".... Tanpa bayaran guaman.... Yang kononnya lillahhitaala kerana menolong orang yang dizalimi.... Sanggup terlibat di dalam menyerang peribadi DS Najib.... Terlibat dengan fitnah bahawa Anwar diracuni racun arsenik.... Bakal disuntik virus HIV.... Terlibat dalam memanipulasikan kenyataan Seikhul Al Azhar yang kononnya Anwar difitnah.... Samada beliau tertipu oleh lakonan Anwar, ataupun Zul hanyalah hulubalang tahap "paria" kerana perkhidmatannya hanyalah percuma. Kilk sini. Dipetik dari blog Pencacai |
'Pengantara pertahanan punca gejala rasuah' Posted: 20 Nov 2011 03:57 AM PST Keperluan syarat yang mewajibkan syarikat-syarikat asing menubuhkan usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan di Malaysia untuk penjualan kelengkapan pertahanan tentera mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk rasuah, menurut seorang pakar antarabangsa mengenai ketelusan perolehan pertahanan. Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual, pengarah program, pertahanan dan keselamatan, Transparency International UK (TI-UK) Mark Pyman berkata sistem seumpama itu bukan tidak diamalkan di seluruh dunia tetapi ia "penuh dengan bahaya". "Ia bukan satu yang kompetitif, jadi sangat mudah bagi penetapan harga dimanipulasikan. Amat senang bagi tawaran itu digunakan sebagai mekanisme untuk pembayaran rasuah atau mendapatkan pengaruh," kata Pyman, yang merupakan bekas ketua pegawai kewangan firma gergasi minyak dan gas antarabangsa, Shell. Beliau merujuk kepada keadaan di mana perjanjian itu boleh menyebabkan harga sebenar perolehan menjadi terlalu besar dengan usahsama bersama syarikat tempatan itu menubuhkan syarikat pseudo untuk meraih jumlah komisen yang besar. Senario ini, dapat dilihat terutamanya di Malaysia. Antara, yang paling terkenal adalah perolehan dua kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan menerusi kontrak RM7.3 bilion dengan firma DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak kerana syarikat perundingan tempatan, iaitu Perimekar yang ditubuhkan hanya sejurus sebelum perjanjian itu, didakwa menerima 30 juta euro (RM500 juta) dalam bentuk komisen. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan mempertahankan bayaran itu dan menegaskan bahawa ia adalah bayaran bagi urusan 'penyelarasan dan perkhidmatan sokongan. |
Najib Iktiraf Peranan Media Pro-BN Perangi Pembangkang.. Pakatan? Habukpun Tarak.. Posted: 20 Nov 2011 02:23 AM PST Najib sifatkan pemblog pro-BN 'askar baru' lawan pembangkang KUALA LUMPUR, 20 Nov — Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai "askar baru" perikatan tersebut melawan pembangkang. Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat. "Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami," kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini. Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan. Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini. Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar. "Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad. "Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut," kata Najib. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan