Kerabu Bersuara ® |
- GERAKAN Bagi Gred F Kat Kerajaan Pulau Pinang? Dasar Muka Tak Malu!
- Jamil Khir perjelas salah faham mengenai twitter Najib 'selesai haji'
- Ucapan Tuan Guru Nik Aziz Sempena Ulang Tahun Keputeran Sultan Kelantan. Allahuakhbar!
- Najib Terdesak Sekarang
- Panas! Gambar DJ Radio Berbogel Dalam Konti?
- Tok Pa Mahu Jadi MB Kelantan Ganti Tok Guru?
- Lembu 'Backup' Lembu
GERAKAN Bagi Gred F Kat Kerajaan Pulau Pinang? Dasar Muka Tak Malu! Posted: 10 Nov 2011 03:20 AM PST Gerakan beri k'jaan Pulau Pinang gred 'F' Susan Loone Pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini diberikan gred 'F' dari segi tadbir urus dan prestasi yang baik, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008. Markah itu diberikan oleh Gerakan Pulau Pinang berdasarkan lima projek yang dianalisis sepanjang prestasi tiga setengah tahun pentadbiran Lim dan mendapati beliau gagal dalam semua projek berkenaan. Ini termasuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, tempat letak kereta 'Kancil' di kaki Bukit Bendera, projek wifi percuma, menara telekomunikasi (telcos) yang haram dan kesesakan lalu lintas. Ketua biro publisiti Gerakan Dr Thor Teong Ghee berkata parti itu mahu bertindak sebagai pembangkang yang baik, dan akan memberi kritikan membina bagi semua lima projek itu. Kataya dalam projek SPICE, perjanjian yang dimeterai berat sebelah dan memihak pemaju - Eco Meridian Sdn Bhd / SP Setia Berhad - ia perlu dirundingkan semula dan kandungan kontrak didedahkan kepada orang ramai. BN juga membidas Lim kerana memberikan pemaju konsesi untuk membina rumah-rumah yang melebihi 1,500 unit - ketumpatan maksimum yang dibenarkan dan menyediakan tanah percuma untuk membina 450 rumah kos rendah sederhana di atas tanah yang lengkap dengan infrastruktur. Bagaimanapun, kerajaan negeri berkata dengan menswastakan projek itu, berjaya menyelamatkan wang penduduk Pulau Pinang sebanyak RM250 juta. Ini, termasuk menyediakan taman eko seluas tujuh ekar di atas bumbung untuk kegunaan orang ramai. "Kerajaan negeri telah melakukan apa yang diperlukan tanpa menyebabkan kerugian kepada penduduk Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar. |
Jamil Khir perjelas salah faham mengenai twitter Najib 'selesai haji' Posted: 10 Nov 2011 03:00 AM PST Oleh : BERNAMA SEPANG - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir. Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik. Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji. "Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf. "PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu. "Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau. Rakyat silap faham atau Najib yang jahil? |
Ucapan Tuan Guru Nik Aziz Sempena Ulang Tahun Keputeran Sultan Kelantan. Allahuakhbar! Posted: 10 Nov 2011 12:44 AM PST Bismillah. Saya mewakili batang tubuh saya dan seluruh warga tadbir kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan khususnya merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Dulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada besok hari 11 November 2011. Semoga Kelantan terus dilimpahi keberkatan yang berpanjangan berteraskan syariat Allah SWT di bawah naungan Tuanku. Allahuakbar! |
Posted: 10 Nov 2011 12:40 AM PST Tiada had umur asalkan calon BN boleh menang, kata Najib PUTRAJAYA, 10 Nov — Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN). "Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang," kata beliau dipetik Bernama Online. "Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Seri Perdana di sini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air selepas selesai menunaikan haji. Najib yang juga Pengerusi BN kembali ke tanah air semalam. Beliau telah berulang kali menekankan soal calon boleh menang pada pilihan raya umum kali ini. |
Panas! Gambar DJ Radio Berbogel Dalam Konti? Posted: 09 Nov 2011 07:05 PM PST pihak kami mendapat gambar ini melalui emai yang dihantar pada inbox pihak kami rasa ini adalah gambar yang telah lama tetapi dihebohkan semula adakah ini dj radio Red FM? harap pihak red fm memberi maklum balas yang segera berkaitan gambar dan situasi tersebut http://www.red.fm/eleven-2-three.html |
Tok Pa Mahu Jadi MB Kelantan Ganti Tok Guru? Posted: 09 Nov 2011 05:22 PM PST Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)." Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut. "Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB. "Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau. Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu. Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN. Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS. Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz. Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu. Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21. Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. |
Posted: 09 Nov 2011 05:09 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan