Khamis, 10 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji

Posted: 10 Nov 2011 04:09 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE



Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli-ahli parlimen Kelantan yang masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam. Harakahdaily

RM1.4b Bajet Luar Jangka hilang belum terjawab

Posted: 10 Nov 2011 04:03 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


Kehilangan dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan masih penuh dengan tanda tanya kerana belum terjawab oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara berhubung perkara itu cuba disembunyikan oleh pihak Kerajaan BN sehingga dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada persidangan Parlimen semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan wang tersebut berjaya dikesan apabila Laporan Audit Negara 2010 berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan.

Menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan pembangkang semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin menjelaskan, wang itu tidak lesap tetapi jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

Katanya, jawapan tersebut bukanlah jawapan sebenar kerana laporan audit negara mestilah sama dengan belanjawan yang dibentangkan.

"Perkara ini dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan kemudian dilanjutkan oleh saya pada persidangan Dewan Rakyat semalam dengan menggunakan peraturan 68A.

"Kumpulan Wang Luar Jangka dan Laporan Audit Negara hendaklah dibentangkan dan tidak boleh dibahaskan, tetapi yang boleh dibahaskan adalah belanjawan yang dibentangkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan itu, Awang Adek mengatakan perkara itu telah dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen tahun lalu.

Lebih jauh dari itu, Awang Adek turut menuduh pihak pembangkang sengaja hendak memutarbelitkan fakta-fakta untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, jawapan timbalan menteri kewangan itu ternyata bercanggah dengan peraturan Parlimen, di samping bercanggah dengan prinsipnya yang sepatutnya dilihat kepada semua laporan berkenaan.

"Jawapan timbalan menteri kewangan itu bercanggah dengan peraturan 68A. Sepatutnya beliau menjawab ada kesilapan yang berlaku, bukannya telah dibahas di Parlimen," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, perbezaan laporan audit negara dan belanjawan itu merupakan kejadian pertama dalam sejarah kewangan negara dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Jawapan timbalan menteri kewangan itu tidak menggambarkan kejadian yang sebenar, sebaliknya cuba menyorok Laporan Ketua Audit Negara.

"Kami sedang menunggu jawapan sebenarnya. Diharap Perdana Menteri dapat menjelaskannya nanti kerana ini soal perlembagaan bagi memudahkan perlaksanaan," ujar beliau. Harakahdaily

Jeyakumar: Bantu penternak dan petani kecil...

Posted: 10 Nov 2011 04:02 AM PST

Jeyakumar Deveraj


Izinkan saya menfokus Butiran 010400 dan 020000 berkaitan Industri Padi. Pada takat ini, kita hanya telah mencapai Tahap Sara Diri sebanyak 70% dalam keperluan beras untuk rakyat kita. Dengan masalah pemanasan dunia dan ketidakstabilan iklim, adalah kemungkinan timbulnya kekurangan dalam bekalan beras dan pada masa itu, harga beras akan naik secara mendadak. Oleh itu, adalah penting kerajaan kita melaksanakan pelan untuk meningkatkan pengeluaran beras ke Tahap Sara Diri 100%. Jika perlu, lebih tanah pertanian harus dikhaskan untuk penanaman padi.

Berkaitan ini saya akan sentuh Butiran 120400 ia-itu Pemberian Subsidi Harga Padi dan Butiran 120500 Pemberian Subsidi Baja Padi. Saya menyokong program mensubsidikan penanaman padi. Ini adalah suatu contoh mana kita tidak boleh bergantung pada pasaran bebas. Kerana beras adalah satu barangan keperluan asas dan jika harganya tinggi rakyat berpendapatan biasa akan rasa tertekan.

Namun, jika harga beras ditetapkan di tahap yang rendah, pesawah padi akan terus miskin. Oleh ini adalah wajah amalan subsidi dipakai untuk meningkatkan pendapatan petani sambil memastikan bekalan beras adalah mencukupi untuk rakyat kita, dan dapat diperolehi dengan harga yang munasabah. Kaedah ini, subsidi, harus digunapakai untuk menjamin bekalan barangan makanan lain seperti sayur-sayuran dan ikan juga.

Saya ingin mengalih ke Butiran 020200 - Pembangunan Komoditi. Pada takat ini, lebih daripada 80% daripada sayur yang dibekalkan di pasar-pasar kita berasal daripada pekebun-pekebun kecil yang tidak ada geran terhadap tanah yang mereka sedang mengusaha. Ramai daripada mereka merupakan generasi ketiga yang mengusahakan tanah itu. Walaupun kebun mereka telah wujud 50 tahun atau lebih mereka tidak ada geran ataupun lease. Dengan pembangunan bandar-bandar kita, golongan pekebun ini sedang dijejas oleh pembangunan dan diusir keluar. Biasanya mereka tidak diberi tanah gantian untuk meneruskan dengan kegiatan penanaman sayur. Tanah mereka disenaraikan sebagai tanah kerajaan dan pekebun kecil ini ditafsir "setinggan" walaupun mereka telah mengusahakan tanah tersebut untuk beberapa dekad!

Adakah Kementerian Pertanian sedar akan masalah ini dan apakah respon Kementerian untuk mengendalikan isu ini? Adakah masalah pekebun kecil ini terkandung dalam pelan induk pertanian Negara? Jika tak silap saya, Tahap Sara Diri dalam bekalan sayuran hanya 60% sahaja. Oleh itu adalah amat penting kegiatan pekebun kecil kita digalak dan dibantu. Mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam usaha menanam sayur dan boleh menyumbang pada jaminan bekalan makanan (Food Security) untuk rakyat kita.

Sekarang saya ingin sentuh Butiran 030600, Pembangunan Komoditi Ternakan. Pada masa ini wujudnya ramai orang penternak lembu dan kambing di pinggiran bandar-bandar kita. Mereka sering dijejas oleh pembangunan bandar-bandar di mana mereka kesukaran untuk mendapat padang ragut untuk ternakan mereka. Setiap tahun ada beberapa orang yang bersara "give-up" kerana tidak dapat meneruskan dengan aktiviti penternakan, dan mereka pergi cari kerja lain. Tetapi memandangkan bekalan daging lembu dan kambing hanya ditahap 30% keperluan dalaman negara kita, Kementerian Pertanian harus mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak kita.

Kita baru dengar bagaimana penternakan di projek-projek besar adalah amat tidak efisyen dan telah menelan banyak kewangan rakyat. Kita mempunyai ramai orang penternak yang betul-betul berpengalaman dan dengan sedikit galakan mereka boleh meningkatkan pengeluaran susu dan daging. Saya harap Kementerian Pertanian boleh meneliti perkara ini dan melaksanakan program untuk membantu golongan ini.

Akhirnya saya ingin menggesa pada kementerian Pertanian bahawa adalah jauh lebih baik untuk menggalak dan membantu 100 penternak kecil yang menternak 20 lembu seorang daripada memberi lesen dan pinjaman pada satu syarikat gergasi seperti Sime Darby untuk menternak 2,000 lembu. Kerana penternak kecil mempunyai pengalaman dalam industri ini dan akan hasilkan susu dan daging dengan kos yang lebih rendah. Dan juga, pendapatan daripada sektor ini akan dikongsi oleh lebih ramai orang jika kita menumpukan pada penternak kecil dan sederhana.

Saya berharap isu-isu yang saya telah bangkitkan akan diteliti dan ditangani oleh Kementerian Pertanian.

*Perbahasan Bajet Kementerian Pertanian di parlimen oleh Jeyakumar Deveraj (gambar atas) selaku ahli parlimen PSM, Sg. Siput.

Caterham Jet jejas komitmen Air Asia?

Posted: 10 Nov 2011 03:59 AM PST

Tindakan Dato' Seri Tony Fernandes menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan CCF dengan MAS.



PETALING JAYA: PKR melahirkan kebimbangan penubuhan Caterham Jet oleh Dato' Seri Tony Fernandes akan menjejaskan komitmen yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pengarah Strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media berkata, tindakan beliau menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan CCF dengan MAS.

Beliau merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh Tony Fernandes yang juga pemilik Air Asia.

Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.


"Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?," soal Rafizi.

Beliau menyoal, "bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan
yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam
pasaran tersendiri?

"Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS?," soal beliau lagi.

Menurut Rafizi, jika ini berlaku ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.

Pelaksanaan perjanjian CCF katanya, telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan sedangkan mereka banyak berkorban dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.

"Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan PKR terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud," terang beliau.

PAS mula diminati rakyat Sabah

Posted: 10 Nov 2011 03:57 AM PST

Ketua Penerangannya Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata, PAS bukan parti politik semata-mata kerana lahirnya PAS juga mewakili suara dakwah dan tarbiyah.



KOTA KINABALU: Keunikan negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Faktor georafi dan demografi yang timbul tidak sama sekali mematahkan semangat Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) untuk bergiat cergas dan aktif ditengah-tengah lautan manusia.

Ketua Penerangannya Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata, PAS sudah mula dikenali oleh semua lapisan masyarakat Sabah tanpa mengira kaum dan keturunan.

"PAS sudah mula diminati oleh golongan remaja dan anak muda. Masuklah ke kampong-kampung sejauh pedalaman di Keningau, PAS sudah mula dibicarakan dibibir mulut rakyat," jelasnya hari ini.

Menurutnya, isu penjualan pulau Sabah yang didedahkan oleh PAS baru-baru ini mula membuka mata masyarakat Sabah tentang perjuangan PAS untuk menyediakan kemudahan dan membawa kemajuan kepada rakyat.

PAS Sabah, kata Mohd Zulfikar, bukan lagi hanya berkisar dipenjuru masjid dan surau serta disebalik dinding-dinding konkrit sahaja malah sudah menjangkaui masa dan hadir di setiap sudut serta di seluruh pelusuk jajahan negeri Sabah.

"Kita bukan sekadar mampu nak kendali program-program keagamaan sahaja. PAS sudah tembusi masjid dan surau… PAS juga telah berjaya menguasai setiap sempadan negeri Sabah," dakwa beliau ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Sabah.

Ketika ditanya mengenai kemampuan Pemuda PAS untuk menjadi teras dan keutamaan suara rakyat, beliau berkata PAS Sabah sudah bersedia untuk mewakili golongan sasar seperti golongan belia dan anak muda, termasuk mana-mana kaum sebagai generasi pelapis bagi mengetengahkan isu dan rintihan mereka.

"PAS Sabah akan menjadi dominan dan penyebar rintihan mereka. Sudah lama mereka ini disisihkan dari arus pembangunan yang di bawa oleh Barisan Nasional (BN) tanpa kerelaan mereka.

Suara rakyat

"Kita mampu membawa suara rakyat ke persada politik. PAS bukan parti politik semata-mata kerana lahirnya PAS juga mewakili suara dakwah dan tarbiyah," ujarnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapatnya unsur fitnah yang dibawa golongan tertentu yang berasa terancam setelah melihat kemajuan perjuangan PAS di bumi Sabah.

"Saya memperingatkan bahawa masyarakat Sabah supaya jangan mudah mempercayai berita-berita negatif terhadap PAS di sini. Ini kerana mereka merasa terancam kuasanya apabila berhadapan dengan PAS," katanya.

Dalam perkembangan lain, PAS Kawasan Pensiangan melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang lewat menyiapkan kerja-kerja naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.

Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan, Hishammudin Sulaiman mendakwa, oleh sebab kelewatan itu maka jalan tersebut hanya sesuai untuk kenderaan kereta kebal sahaja.

Menurutnya, kesan balingan batu yang jelas dilihat di papan tanda projek berkenaan juga membuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah sampai di kemuncak.

PAS Pensiangan turut menyumbang sebanyak 40 kepingan zink kepada Kampung Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembinaan surau di kampung tersebut.

Turut hadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.

Gaji GM PKNS lebih besar dari MB?

Posted: 10 Nov 2011 03:56 AM PST

Pelantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS adalah meragukan dan tidak beretika dengan gaji serta elaun yang tidak munasabah, dakwa Satim Diman.



DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendedahkan salah urus tadbir syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Satim (BN-Sri Serdang) mendakwa pelantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar (GM – General Manager) PKNS pada 2009 lalu adalah meragukan dan tidak beretika dengan gaji serta elaun yang tidak munasabah.

Menurut Satim, Othman melalui tempoh perkhidmatan dari Februari 2009 hingga 2010 menerima pendapatan (gaji dan bonus) berjumlah RM1.4 juta dan angka itu tidak termasuk faedah tambahan lain.

"Kadar bonus yang dibayar kepada pegawai-pegawai dan kakitangan PKNS adalah tinggi jika dibandingkan dengan banyak syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan Pusat dan Negeri.

"Apatah lagi PKNS adalah sebuah agensi berkanun kerajaan. Malah gaji dan kemudahan-kemudahan lain Pengurus Besar PKNS mungkin lebih baik daripada Menteri Besar atau Ketua Setiausaha Negeri. Mungkin inilah yang tersirat.

Bonus besar

"Memaksimumkan keuntungan untuk menghalalkan bonus besar walaupun rakyat menanggung beban dan harga rumah PKNS yang melambung tinggi. KPI (Indeks Prestasi Utama) PKNS bukan memaksimumkan keuntungan semata-mata tanpa mengira tanggungjawab sosial," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2012 dalam persidangan Dun Selangor hari ini.

Katanya, PKNS juga melakukan pembaziran apabila melantik ramai perunding dan pegawai kontrak sedangkan perkhidmatan itu telah sedia ada.

Dakwa beliau pelantikan lebih ramai pegawai kontrak dan pakar perunding ini hanya meningkatkan kos pengurusan PKNS dan anak-anak syarikat lain.

Memberi contoh syarikat Beyond Brand Communication, penyediaan untuk teks ucapan Pengurus Besar berjumlah RM7,000, perkhidmatan perunding dan komunikasi masing-masing RM400,000. Tuntutan Julai RM34,800 dan program Rebranding PKNS RM200,000.

Menurutnya PKNS juga melantik Syarikat WEIPR milik Prof Erman Papazian sebagai perunding pembangunan hartanah selama enam bulan.

"Bayaran RM450,000 untuk Projek Science Park 2 dan RM485,000 untuk Bernam Jaya. Pelantikan tersebut juga tanpa kelulusan Jawatankuasa Tender PKNS. Saya nak tanya, berapa banyak pelaburan yang diperoleh PKNS? Berapa nilai pelaburan?," soal beliau.

Justeru beliau mahu agar siasatan audit dilakukan segera terhadap PKNS serta semua anak syarikat lain milik kerajaan negeri.

Pertemuan Najib-Mubarak tidak sentuh isu pilihan raya

Posted: 10 Nov 2011 03:54 AM PST

"Beliau (Najib) tidak sebut langsung atau memberi gambaran bilakah pilihan raya umum ke 13 akan diadakan," kata AJK Mubarak.



PETALING JAYA: Tidak ada taklimat mengenai pilihan raya umum (PRU 13) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota veteran Umno, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Seorang AJK Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, bagaimanapun perdana menteri menyentuh mengenai kepentingan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon terbaik.

"Beliau (Najib) tidak sebut langsung atau memberi gambaran bilakah PRU 13 akan diadakan. Soal itu (parlimen dibubarkan) dia tidak kata langsung," katanya ketika dihubungi hari ini.

Othman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mengatakan perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan bekas wakil rakyat BN itu untuk mendapatkan pandangan sebelum membubarkan parlimen.

Menurut Othman, Najib ada memberitahu bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada PRU ke 13 asalkan calon berkenaan boleh menang. Najib juga memberitahu bahawa PRU 13 sebagai sengit.

Kata Othman, kriteria calon boleh menang merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.

"Kesimpulannya, calon boleh menang," kata Othman sambil menambah kira-kira 400 ahli Mubarak menghadiri perjumpaan dari jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari pada hari itu.

Mahfuz: Mengapa PERKASA tak 'dajal' anak Dr Mahathir?

Posted: 10 Nov 2011 03:39 AM PST


MALAYSIA KINI

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA akan juga melabelkan anak mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai dajal kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?

NONEMenurut Mahfuz, beliau hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau Dr Mahathir yang dilaporkan sebagai penaung PERKASA atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

Hawa nafsu

"Maklumlah, sebelum ini PERKASA melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Mahfus yang dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily.

ambiga question by police over seksualiti merdeka 071111 marina mahathirPada 2 November lalu, PERKASA menerusi Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris melabelkan pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai 'dajal' kerana bersetuju merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 9 November.

Katanya, pejuang pejuang dan pendokong hak sivil itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Bagi Mahfuz, tidak dapat disangkal lagi penentangan kumpulan rasis berkenaan terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

NONE"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

"Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" katanya lagi.

Kelab maksiat

Harakahdaily juga memetik pemimpin PAS itu berkata, pertubuhan-pertubuhan rasis seperti PERKASA, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.

prostitution, desa mentari, police raid"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

"Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau.

Akibat desakan kumpulan pelampau itu dan campurtangan pemimpin politik tertentu, polis juga mengharamkan semua acara anjuran Seksualiti Merdeka.

NONEMeskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir.

Program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008.

DAP janji letak lebih ramai calon Melayu, India

Posted: 10 Nov 2011 03:07 AM PST


Andrew Ong

DAP berjanji akan meletakkan lebih ramai calon-calon Melayu dan India pada pilihan raya umum akan datang sejajar dengan aspirasi untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum.

yayasan 1malaysia unity conference 101111Timbalan ketua penerangan DAP, Teo Nie Ching (pertama dari kiri) pada persidangan mengenai perpaduan nasional hari ini berkata, parti itu berhasrat untuk mempunyai keahlian yang mencerminkan etnik di negara ini dan akan mengambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat itu.

"DAP telah cuba dengan bersungguh-sungguh untuk melibatkan masyarakat Melayu. Ini bukan kerja mudah, tetapi kita cuba untuk mendekati masyarakat Melayu dan menggesa mereka untuk menyertai kami.

"Saya janji, pada pilihan raya umum yang akan datang, DAP akan meletakkan lebih ramai calon-calon Melayu dan India. Ini kami percaya adalah penting bagi proses integrasi," kata Teo.

NONETeo, bagaimanapun mengakui bahawa usaha menjadikan parti itu yang benar-benar berbilang kaum adalah tugas yang sukar, walaupun ia menjadi sasaran mereka.

Beliau mengulas kenyataan seorang penceramah lain pada forum itu, iaitu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang dalam ucapannya sebelum itu berkata hasrat menyaksikan sebuah parti politik berbilang kaum di Malaysia masih satu impian dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Teo ketika dihubungi selepas, enggan mendedahkan butiran rancangan DAP itu kerana katanya, rundingan kerusi di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat masih berterusan.

"DAP sedang berusaha ke arah meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu atau kerusi campuran," katanya.

P'raya: Pakatan mahu dakwat kekal digunakan

Posted: 10 Nov 2011 03:06 AM PST


MALAYSIA KINI

Ahli Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya dari Pakatan Rakyat akan memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pembaharuan yang boleh dilaksanakan serta-merta apabila mereka bersidang secara tertutup untuk sesi keempat hari ini.

NONE"Kami mahu PSC buat resolusi untuk memaksa SPR untuk melaksanakan sekurang-kurangnya penggunaan dakwat kekal dan cadangan mengundi lebih awal sekarang.

"SPR dakwa mereka memerlukan masa dua bulan hanya untuk membeli dakwat. Kita tidak mahu kekurangan masa dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ini sebelum pilihan raya umum akan datang, " kata ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, semalam.

Loke, seorang daripada tiga orang wakil pembangkang di PSC, mengalu-alukan pengumuman pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang berkata laporan interim PSC akan dibentangkan di Parlimen sebelum mereka memulakan pendengaran awam esok.

Ahli parlimen dari DAP itu berharap bahawa penggunaan dakwat kekal dan cadangan membenarkan penggundian awal juga akan dimasukkan dalam laporan ini.

Loke juga mahu anggota tentera dan polis dibenarkan mengundi di kawasan tempat mereka bertugas terlebih dahulu bagi menggantikan undi pos kerana kebimbangan tekanan dikenakan ke atas mereka untuk mengundi BN.

PM: Tiada had umur asalkan calon boleh menang

Posted: 10 Nov 2011 02:55 AM PST


MALAYSIA KINI

Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya dalam pilihan raya umum ke-13, asalkan mereka boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONESambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, perdana menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN.

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Turut hadir presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan ketua penerangan Mubarak yang juga pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

'Jangan pandang mudah'


"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

azlanSehubungan itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.

Najib berkata perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Katanya ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

azlanSelain itu, katanya, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara.

Hubungan dengan NGO

"Dengan kita punya Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang ini GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (program Transformasi Ekonomi) dan sebagainya. Kita konsisten untuk terus menjadi parti yang jenamanya ialah parti yang membawa kepada pembaharuan dan perubahan," katanya.

Najib berkata beliau bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Mubarak dengan tidak meniru apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada terutama sekali pimpinan di peringkat negeri dan bahagian yang semestinya memberi tumpuan kepada struktur parti.

azlanKatanya Mubarak melihat kepada kumpulan sasar tertentu dengan menjalin hubungan strategik dengan NGO yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menentukan kejayaan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata hubungan seperti itu perlu dijalin dengan kumpulan atau badan-badan tertentu yang sudah sedia wujud seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis dan kumpulan lain.

"Begitu juga dengan persatuan kaum lain seperti persatuan kaum Cina dan India yang mempunyai pengaruh besar. Kumpulan ini amat penting sebenarnya yang perlu dijadikan sebagai sahabat kita yang boleh membantu apabila sampai masanya pada pilihan raya akan datang," katanya.

Sambil menghargai peranan Mubarak, Najib berkata dengan memilih pendekatan sedemikian, maka tidak akan berlaku pertembungan dan salah faham yang tidak disengajakan yang boleh berbangkit di kawasan yang taukenya sudah ada dalam susunan bahagian.

NONEKatanya yang penting ialah untuk kejayaan parti dan sekarang anggota parti perlu menguatkan kepimpinan parti dengan kumpulan tersebut kerana politik adalah siapa yang mendapat lebih undi, mereka yang akan menang.

Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih.- Bernama

'Gemas Gold' semahal daging lembu Wagyu?

Posted: 10 Nov 2011 02:53 AM PST



MALAYSIA KINI

Ramai rakyat Malaysia gemar makan daging lembu. Walau bagaimanapun, bekalan yang tidak mencukupi dan harga daging lembu import yang tinggi menjadikan keluhan panjang rakyat negara ini.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirJusteru, kata Sandra Rajoo dari badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA), ramai yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan projek menternak lembu kelolaan Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) pada tahun 2008.

Namun, merujuk pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan beberapa laporan media, Sandra berkata projek usahasama antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menghasilkan daging lembu tempatan dan mengurangkan import cukup mengecewakan.

Projek itu sepatutnya menghasilkan 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 yang cukup untuk memenuhi keperluan 40 peratus pengeluaran daging lembu dalam negara.

NONE"Jadi, projek ini bermula dengan peruntukan RM74 juta di atas tanah seluas 5,000 ekar di Gemas," katanya.

Walau bagaimanapun, salah urus dan ketidakcekapan yang tiada berkesudahan menyaksikan hanya terdapat 3,289 lembu yang berkeliaran di ladang yang tidak diuruskan dengan baik itu.

"Daging lembu NFC ini, ironinya dinamakan 'Gemas Gold' bernilai pada harga RM184 sekilogram, lembu-lembu NFC adalah kononnya dalam kelas daging lembu Wagyu yang menjadi legenda dan amat diminati ramai.

"Seekor lembu Wagyu boleh dijual antara RM30,000 hingga RM60,000. Lembu 'Gemas Gold' berdasarkan wang yang dibelanja itu pula bernilai RM55,000 seekor pada 31 Julai," kata Sandra.

Hujahan kes liwat Anwar ditangguh ke 8,9 Disember

Posted: 10 Nov 2011 02:47 AM PST



MALAYSIA KINI

Kes perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember untuk penggulungan hujah.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 23 dan 24 November bagi tujuan berkenaan.

azlanHakim Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membenarkan penangguhan itu kerana pasukan pembelaan Anwar memerlukan masa lebih panjang dalam menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas peguam-peguam, Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Mohamad Zabidin di kamar beliau pagi ini.

Dengan kebenaran penangguhan tersebut, peguam Sankara berkata tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah telah dilapangkan oleh mahkamah.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib

Posted: 10 Nov 2011 02:42 AM PST


MALAYSIA KINI

Sebuah buku berjudul 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned 050511 n surendrenMengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

NONEAntara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan 'flip-flop'.

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus

Posted: 10 Nov 2011 02:39 AM PST


MALAYSIA KINI

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Lapor Rasuah, Dapat Duit

Posted: 09 Nov 2011 04:00 PM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM 09 : Orang ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik.

Abdul Khalid berkata pelapor kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberikan hadiah oleh Kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk masyarakat memerangi rasuah, dan ianya bukan sekadar cakap-cakap sahaja, tetapi dibuktikan dengan tindakan melalui peruntukan yang disalurkan.

"Kita mempunyai ketelusan dan kebertanggungjawaban, dan kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk memastikan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus," kata Abdul Khalid semasa sidang media selepas pembentangan bajet.

Dana tersebut juga boleh diguna untuk mengaudit pihak yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan, Abdul Khalid berkata.

"Dan jika ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah, dan memerlukan peguam untuk mendapatkan perlindungan, kita akan menilai perkara tersebut terlebih dahulu, dan jika dia benar-benar memerlukan, barulah kerajaan akan meluluskannya," katanya.

Bonus Untuk Kakitangan Awam Setengah Bulan

Posted: 09 Nov 2011 03:57 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera



SHAH ALAM : Kesemua penjawat awam Selangor akan menerima bonus sebanyak setengah bulan gaji dengan pemberian minima serendah RM500.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 hari ini.

"Bagi meringankan beban sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang dan tangga gaji yang tidak seimbang, saya juga ingin mengumumkan bonus sebayak setengah bulan gaji dengan pemberian minima sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negeri Selangor, termasuk kakitangan Kerajaan Tempatan," katanya.

Khalid dalam pada itu turut berkata, kerajaan negeri juga akan menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan melalui peruntukan latihan sebanyak RM500 juta.

"Ini tidak termasuk semua kemudahan teknologi yang ditingkatkan serta perbelanjaan mengurus dan penyelidikan," jelasnya.

Nilai aset air Selangor RM12 bilion

Posted: 09 Nov 2011 03:54 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor


Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini.

Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya.

Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha membolehkan penstrukturan industri air dibuat untuk manfaat rakyat negeri ini.

Sejak itu dan sehingga Januari tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan ia telah diterima oleh ABASS dan SPLASH. Puncak Niaga dan juga SYABAS kekal menolak tawaran ini. Meskipun terdapat kelemahan dalam pengurusan SYABAS, misalnya dalam pelaburan penukaran paip, kenaikan tarif air yang tentunya boleh menambah beban rakyat Selangor cuba diusulkan. Jika kita mengambil kira kadar kenaikan tarif air pada tahun 2009 dan 2012, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71% berbanding kadarnya pada tahun 2008 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kadar kenaikan tarif tersebut.

Kini, rakyat cuba dimomokkan pula dengan kemungkinan Selangor menghadapi masalah air menjelang tahun 2014. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, nasihat oleh pakar industri air telah diambil. Berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang ada mampu menampung keperluan seluruh Lembah Klang adalah sehingga 2019. Momokan kepada rakyat untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan Projek Penyaluran Air Mentah adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana kajian berkaitan sumber lain serta pengurangan kadar air tanpa hasil (non-revenue water) tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor boleh memberikan tambahan kepada bekalan air yang diperlukan, namun biarlah ia dibuat dengan lebih teliti agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Tuntutan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal pengurusan dan bekalan air yang tidak memuaskan oleh SYABAS dan Puncak Niaga mesti turut diambil kira.

Malangnya kerajaan Persekutuan nampaknya lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah melantik Juru Perunding Kejuruteraan; Tetuan Erinco Sdn Bhd untuk melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut. Harus diingat, aset-aset negeri ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

Pada Jun 2011 maka selesai penilaian yang dilakukan oleh firma tersebut dan nilai asset air rakyat Selangor berjumlah RM12,000 ( Dua Belas Ribu ) juta. Inilah yang saya maksudkan sebentar tadi bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Pertarungan antara rakyat Selangor, Syarikat Konsesi Kroni dan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah memberi kita makluman bahawa rakyat Selangor mempunyai harta air berjumlah RM12 ribu juta. Harta yang selama ini tidak dipedulikan kerajaan terdahulu dan sewenang-wenangnya digunakan oleh syarikat kroni ini adalah milik rakyat Selangor.

Nilai aset air negeri ternyata jauh lebih tinggi daripada aset air pemegang konsesi. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebagai satu pendekatan memulangkan hasil negeri untuk rakyat. Ini bererti jika setiap isi rumah menggunakan 20 meter padu atau lebih setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor membayar sebanyak RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun untuk mereka. Pemberian ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi isi rumah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Meskipun kita telah membuktikan rakyat Selangor mempunyai lebih hak terhadap pengurusan air namun nampaknya Persekutuan masih mahu terus memihak kepada syarikat kroni; SYABAS dan Puncak Niaga. Pada Mei 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan mencadangkan satu model holistrik penstrukturan semula industri air Selangor. Model ini akan menyaksikan Agensi Bertujuan Khas Negeri (State Special Purpose Vehicle) menguruskan industri air ini secara meluas, daripada rawatan sehingga kepada agihan, pengeluaran bil serta khidmat pelanggan dan memajakkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); agensi yang ditubuhkan untuk memiliki seluruh aset air negara.

Dengan industri air negara telah distrukturkan melalui pengenalan Akta Industri Perkhidmatan Air (2006), cadangan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam Akta tersebut untuk mengarahkan semua syarikat konsesi menyertai rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengambilalihan.

Kerajaan Negeri Selangor juga menawarkan rundingan diletakkan di bawah arbitrasi antarabangsa dan sebarang keputusan yang terhasil akan diterima sebagai keputusan akhir. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mahu berbincang mengenainya. Malah, mesyuarat terakhir antara Kerajaan Persekutuan dan pegawai Kerajaan Negeri pada September 2011 menunjukkan mereka hanya berminat untuk mendesak Projek Pemindahan Air dan tidak mahu berbincang tentang isu penstrukturan industri air yang memberi manfaat kepada semua pengguna di Selangor.

Selain menolak perbincangan ini, Kerajaan Persekutuan turut membiayai Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), sebuah syarikat dalam senarai bursa yang pemegang saham majoritinya ialah SYABAS dan Puncak Niaga. Pembiayaan ini dilakukan melalui subsidiari milikan penuh PAAB yang telah menandatangani persetujuan pada 1 November 2011 untuk membeli bon yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga pada nilai nominal RM546,875,000 daripada PAAB. Puncak Niaga Holdings Berhad menggunakan dana yang diterima daripada pembelian semula bon yang dikeluarkan pada tahun 2001.

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa sebarang perbincangan tentang masa depan Projek Pemindahan Air perlu dibincangkan bersama penstrukturan industri air di Selangor. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pada Oktober 2011 kerajaan Selangor telah melantik syarikat juruperunding HALCROW untuk membuat audit kewangan dan teknikal ke atas SYABAS. Apa yang mahu ditegaskan ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menerima Projek Pemindahan Air dijalankan bersama industri air yang lemah dan pada kadar yang membebankan rakyat.

Sekiranya cadangan Kerajaan Negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71% yang dicadangkan oleh SYABAS boleh dielakkan. Di bawah cadangan Kerajaan Negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12% sahaja bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran. Justeri, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minima yang boleh dibiayai bersama.

Untuk makluman Tuan-tuan Yang Berhormat, lebih 1.2 juta isi rumah menerima pemberian air 20 meter padu ini dan jika kita mengambil jumlah isi rumah seramai empat hingga lima orang, bermakna hampir seluruh penduduk di Selangor menerima sumbangan ini.

Sedutan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertema Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Negeri pada 9 November 2011.

Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas

Posted: 09 Nov 2011 03:52 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah.

Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah.

Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah.

Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media.

Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah.

Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah.

Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar atas) manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas.

Pembantu Ku Li dakwa Umno juga pinggir Muhyiddin

Posted: 09 Nov 2011 03:40 PM PST

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya Umno tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd
Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.

Ku Li semalam mendakwa beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam Umno.

Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu perhimpunan agung Umno diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti.

Lebuh Raya Tekih terbengkalai lebih 4 tahun

Posted: 09 Nov 2011 03:39 PM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: PAS amat kesal kerana pembinaan Lebuh Raya Durian Burung ke Baling (Tekih) di Kedah terus terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun disebabkan kegagalan kontraktor-kontraktor terpilih melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Disebabkan kejadian itu, pihak Kerajaan BN bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan kos yang semakin meningkat, tetapi terus gagal membantu rakyat mempertingkatkan perekonomian disebabkan ketiadaan rangkaian jalan raya yang baik.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib berkata, kejadian tersebut tidak akan berlaku jika pihak Kerajaan BN melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, terutama dalam pemilihan kontraktor terbabit.

Menurutnya, pada hal ketika kerja-kerja itu hendak dilaksanakan, pihak kerajaan telah mengatakan kedua-dua kontraktor terpilih itu adalah yang terbaik.

Katanya, sekiranya benar kontraktor-kontraktor terbabit adalah yang terbaik, kejadian tersebut tidak akan berlaku sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.

"Dari jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya semalam dijelaskan bahawa pembinaan lebuh raya itu kini terbengkalai disebabkan 2 kontraktor projek tidak lagi meneruskan projek tersebut," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, menurut beliau, daripada jawapan timbalan menteri itu dijelaskan bahawa bahagian yang belum siap bagi lebih raya itu adalah untuk peringkat C dan D iaitu yang menghubungkan Pedu merentasi Baling.

Katanya, menurut timbalan menteri itu juga, disebabkan kegagalan 2 kontraktor berkenaan, pihak JKR terpaksa memulakan tender baru untuk pemilihan kontraktor baru tahun hadapan.

"Dengan itu, pembinaan lebuh raya itu yang telah terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun akan mengambil masa 18 bulan lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Timbalan menteri berkenaan menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan beliau bagi sessi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan kegagalan pihak Kerajaan BN dalam membuat penilaian terhadap prestasi atau kelayakan kontraktor-kontraktor terpilih.

"Akibatnya, berlakulah pelbagai kerugian dan pembaziran disebabkan kos yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga barangan," katanya.

Lebih dikesali, tambahnya, sehingga kini pihak kerajaan masih lagi gagal melunaskan sebahagian bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berharap agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi setelah pembinaannya diteruskan tahun hadapan bagi membolehkan pelbagai pihak mendapat manfaatnya.

"Jika lebuh raya itu siap nanti, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu, tetapi juga memudahkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

"Selain itu, ia turut berpotensi bagi perkembangan industri pelancongan kerana terdapat dua empangan yang cukup cantik di kawasan itu iaitu Empangan Pedu dan Empangan Gubir," jelasnya.

Kedua-dua empangan tersebut, tambahnya lagi, mempunyai tasik-tasik yang dipenuhi pemandangan yang cukup cantik, selain kawasan sekitarnya yang mempunyai hutan simpan hijau dan menyegarkan.

"Kesemua itu merupakan satu lagi bentuk pemandangan yang boleh membantu perkembangan industri pelancongan yang juga boleh dimanfaatkan oleh kepada penduduk di kawasan itu.

"Pendek kata, jika lebuh raya itu tidak terbengkalai, penduduk di kawasan itu sudah pun berpeluang menjana pendapatan masing-masing sejak beberapa tahun lalu lagi kerana berbagai-bagai aktiviti pelancongan boleh dibuat di kawasan itu," tegas beliau.

Kerakyatan: JPN jangan beri alasan data pendatang

Posted: 09 Nov 2011 03:35 PM PST

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memperbaharui sistem pilihan raya (PSC) memberi notis kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberikan data lengkap warga asing yang diberikan hak kerakyatan dalam tempoh tiga tahun ini.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, notis awal ini bagi membolehkan SPR membuat persediaan sebelum menghadiri mesyuarat keempat PSC esok.

"Hari ini kita beri notis kepada JPN untuk memberikan data lengkap jumlah warga asing yang didaftarakan sebagai warga negara dari tahun 2008 hingga 2011.

"JPN boleh bersedia dan jangan beri alasan bahawa maklumat tak boleh diberikan esok dan kita harap JPN dapat beri kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Rasah itu juga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dipanggil ke mesyuarat jam 11.30 pagi esok bagi membicangkan mengenai prosedur undi pos dan pengundian awal yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, mereka akan mencadangkan kepada PSC agar pengundian pos dan pengundian awal diajalankan di tempat awam, bukan di kem askar atau di balai polis bagi memastikan SPR dapat berkuasa sepenuhnya sewaktu proses membuang undi berlangsung.

"Bagi setiap pilihan raya pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya memberikan kebenaran dan kelulusan sepatutnya SPR. Sebab itu kita dah lama minta SPR diberikan satu kuasa yang lebih supaya dapat melaksanakan pilihan raya dengan telus yang adil.

"Kalau ada pihak lain yang menguruskan pilihan raya, kita bimbang ia tidak telus," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Selain itu, Anthony berkata, mereka akan meminta PSC membuat ketetapan untuk menggesa SPR melaksanakan kaedah dakwat kekal.

Ini katanya bagi mengelakkan SPR memberikan alasan tidak cukup masa untk membeli dakwat kekal apabila ia dipersetujui untuk digunakan.

"Kita mahu SPR beri komitmen yang tegas. SPR kata perlu masa dua bulan untuk beli dakwat kekal. Kalau tak ada keputusan esok kita bimbang kalau kerajaan kata akan guna dakwat kekal SPR beri alasan tak sempat beli dakwat," katanya.

MasterChef Malaysia: CV dipertikai tapi Cef Riz pertahan profil peribadi

Posted: 09 Nov 2011 03:30 PM PST




KUALA LUMPUR — Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Cef Riz, merupakan salah seorang hakim program televisyen MasterChef Malaysia. Tetapi, Cef Riz kini berhadapan dengan dilema ekoran dakwaan beberapa pihak bahawa dia memberi butiran palsu mengenai pengalaman kerjayanya.

Dalam profil MasterChef yang diperoleh dari laman web Astro Ria, dia mendakwa pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat, tetapi pemeriksaan menunjukkan sebaliknya.

Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan Ismail, yang popular dengan panggilan Cef Wan, mendakwa pernah bekerja sebagai "chef de cuisine" — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali, Babbo di New York ketika berusia 22 tahun.

Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York, Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen "Iron Chef America".

"Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo," kata pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons menerusi e-mel semalam.

Ketika dihubungi, Cef Riz menegaskan dia pernah bekerja di Babbo.

"Saya pernah berada di sana selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006," katanya.

Dia yang berusia 29 tahun sekarang juga memberitahu The Malaysian Insider pernah bekerja sebagai "sous-chef" di Le Bernardin di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.

"Sous-chef" merupakan orang kedua dalam penyeliaan dapur dan secara langsung membantu ketua tukang masak.

"Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008," katanya ketika dihubungi menerusi telefon.

Pegawai seranta Le Bernardin, Jackie DeGiorgio memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan memberi respons selepas membuat penelitian dengan restoran tiga bintang Michelin.

Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz memberitahu: "Aiyoh! Sungguh aneh. Saya akan teliti dengan mereka."

MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti masakan MasterChef yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, memulakan musim pertamanya menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.

MasterChef Malaysia dilaporkan satu program realiti masakan yang memberikan inspirasi serta peluang kepada cef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang sajian di samping mendapat latihan daripada tukang masak profesional.

Seramai 40 orang peserta terpilih menyertai pertandingan MasterChef Malaysia.

Seksualiti Merdeka: Polis terima 154 aduan, 50 diambil keterangan

Posted: 09 Nov 2011 03:24 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR– Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, laporan yang diterima sehingga semalam itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka.

"Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Khalid berkata setakat ini tiada individu yang ditahan.

Beliau berharap tidak wujud kumpulan serpihan yang cuba mengadakan apa-apa tindakan yang menyokong program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh polis.

"Apa jua yang kita hendak buat, kita kena ambil kira sensitiviti budaya, agama dan berbilang kaum di negara kita.

"Jangan ikut sedap hati kita sahaja. Jangan sebab hendak ambil (pejuang hak) minoriti kita terpaksa menyebabkan majoriti marah," katanya.

Tiada ulasan: