:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
MACAM MANA NABI SAW HADAPI KRISTIANISASI? Posted: 10 Nov 2011 12:01 PM PST ... |
HIZBUT TAHRIR – MANHAJ ALA KHAWARIJ Posted: 09 Nov 2011 10:26 PM PST [1] Antara manhaj khawarij adalahliteralis dalam merungkai hadis. Pada mereka semua hadis itu bersifatpensyariatan, walhal dalam kaedah pengistinbatan hadis, sebelum membuatkeputusan hendaklah diperhatikan hadis kepada empat kerangka, iaitu; Satu : At-Tasyrik Dua : Al-Amr Al-Maslahi (urusankemaslahatan, termasuk al-Imamah) Tiga : At-Ta'dib (mendidik adabtermasuk At-Targhib wa at-Tarhib) Empat : Al-Hady wa Al-Irsyad [2] Antara contoh cara istinbatKhawarij adalah seperti contoh satu hadis yang berbunyi; "Barangsiapa yang beriman denganAllah dan hari akhirat, maka hendaklah dia muliakan jiran tetangganya.Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah diamuliakan tetamunya" (lihat Al-Bukhari) Memandangkan Khawarij literalisdalam menghurai hadis, tanpa melihat dulu klasifikasi hadis, maka tidak hairanKhawarij akan mengatakan bahawa sesiapa yang tidak memuliakan tetamu ataujirannya, maka dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat. Dengan maksud,mereka seperti terkeluar dari Islam. Hadis ini, tidak dibawah maksudpensyariatan, tetapi ia dibawah maksud Ta'dib, iaitu mengajar adab. Dalam artikata yang lain, ia tidak bermaksud mereka yang tidak menghormati tetamu danjiran itu sudah terkeluar dari Islam, tetapi sengaja diungkapkan oleh NabiMuhammad SAW untuk memberi satu galakan agar menghormati jiran dan tetamu yangdatang ke rumah. (lihat Turuq Al-Kasyf 'An Maqasid As-Syarik) [3] Sebelum mengeluarkan sesuatukeputusan dari hadis, hendaklah diperhatikan empat perkara seperti yangtersebut di atas. Perbincangan ringkasnya adalah seperti berikut; Pertama : At-Tasyrik Hadis yang bersifat pensyariatanini bermaksud, ia mengandungi makna yang melahirkan hukum, sama ada bersifatsuruhan (wajib atau sunat), atau bersifat larangan (haram atau makruh). Dalam hadis, banyak yangberbentuk sebegini. Dua : Al-Amr Al-Maslahi (urusankemaslahatan, termasuk al-Imamah) Ia hendaklah dilihat dari sudutkemaslahatan. Ada beberapa hadis, ia bukan merupakan satu-satunya tindakan,tetapi ia merupakan salah satu aturan Nabi Muhammad SAW yang relevan pada zamanitu. Lalu apabila dilihat pada zaman lain, maka tidak semestinya melakukansedemikian, tetapi boleh melakukan dengan tindakan lain, iaitu sehinggamencapai maslahah yang lebih besar kepada Islam. Ia seperti contoh hadis yang NabiSAW ada menyatakan bahawa pemimpin itu (al-Imamah) mesti dari kalangan Quraish. (Lihat hadis riwayat ahmad) Hadis itu, bukan bermaksud bahawapemimpin itu semestinya dari Quraish, tetapi ia merujuk kepada al-Amral-Maslahi, iaitu menolak dari berlaku tanazuk, atau pertembungan pada ketikaitu. Dengan maksud, di waktu lain, tidak hairan ia tidak dari kalangan Quraish.(lihat Muqaddimah Ibn Khaldun). Mengikut istilah Dr Nu'manJughaim dan Dr Said Ramadhan al-Buti, mereka menggunakan istilah "al-Imamah"(lihat Turuq al-Kasyf dan Dhawabit al-Maslahah). Tetapi mengikut istilah DrMuhammad Sulaiman Asyqar, beliau menggunakan istilah "Al-Amr al-Maslahi". (lihat Al-Wadih fi Usul Al-Fiqh). Tiga : At-Ta'dib (mendidik adabtermasuk At-Targhib wa at-Tarhib) At-Ta'dib pula bermaksud mengajaradab. Ia termasuk didalamnya hadis dari sudut at-targhib dan at-Tarhib, iaitugalakan melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Antara contoh dalam perkara iniadalah sepertimana hadis yang diungkap oleh puak-puak Khawarij di atas. Empat : Al-Hady wa Al-Irsyad Ia sekadar saranan sahaja dariNabi SAW, yang jika tidak diikuti, maka ia tidak menjadi satu kesalahan. Perkara ini pernah berlaku padazaman Nabi Muhammad SAW yang berjumpa dengan Mughiz yang baru bercerai denganBarirah. Nabi SAW telah menyuruh Barirah agar kembali balik kepada Mughizkerana melihat kesayangan Mughiz kepada Barirah. Namun, Barirah menolak suruhanNabi SAW kerana menganggap ia sebagai saranan sahaja, bukan satu suruhanberbentuk pensyariatan. Perkara ini berlaku dihadapan nabi SAW, malahan NabiMuhammad SAW akur dengan penolakan Barirah tersebut. (lihat dalam hadis AbuDaud yang disahihkan oleh Albani) [4] Hizbut Tahrir adalah antaragolongan yang melihat hadis-hadis berkaitan dengan politik sebagai tasyrik,walhal ia merupakan al-Amr Al-Maslahi (al-Imamah) yang tertakluk kepadakerangka maslahah. Perkara yang dinyatakan oleh NabiMuhammad SAW itu, bukan satu-satunya tindakan, tetapi ia salah satu sahaja yangdilakukan oleh Nabi SAW dan amat relevan pada zaman itu, tetapi mungkin tidakrelevan zaman sekarang dan seterusnya. Ini kerana, tindakan Nabi Muhammad SAWitu dibawah kerangka Wasail, bukan kerangka Maqasid. [5] Di samping itu lagi, Puak-puakHizbut Tahrir ini gagal membedakan antara wasail dan maqasid dalam hadis.Walhal, jika diselidiki pada kandungan nas (al-Quran dan al-Hadis), kita akandapati bahawa setiap kandungan syariah itu, tidak lepas mengandungi dua unsurpenting, iaitu maqasid dan wasail. Kadangkala, wasail itu termaktub dalam nas,dan kadangkala ia tidak termaktub dalam nas, makanya akal digunakan dalammenentukan wasail selama tidak melanggar batasan yang ditetapkan oleh syariahsecara umum. Secara asasnya, wasail ituhendaklah diperhatikan dalam dua keadaan, sama ada mempunyai nas, ataupun tidakmempunyai nas. Ada nas; Wasail yang ada nas ini,tertakluk kepada semua fiqh, hatta pada fiqh ibadat sekalipun. Menurut Dr Yusufal-Qaradhawi, perkara wasail ini berlaku juga dalam perkara ibadat. Antara contoh yang beliaukemukakan adalah penerimaan sebilangan ulama besar tentang penggunaan hisabfalaki (melayu : kiraan falak) dalam menentukan masuknya bulan Ramadhan dan keluarnya.Ia berasaskan kepada satu hadis Nabi SAW yang bermaksud; "Berpuasalah kamu dengan melihatanak bulan, dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Sekiranyakabur, maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak tiga puluh(hari)" (lihat al-Bukhari) Dalam hadis ini, dipaparkanwasail untuk mencapai maqasid (berpuasa dan berhari raya), iaitu dengan melihatanak bulan. Namun begitu, dalam hadis ini juga, Nabi Muhammad SAW menyebut"sekiranya kabur (tidak nampak anak bulan), maka hitunglah/hisablah bilangandalam syaaban sebanyak tiga puluh (hari)". Maka dengan itu, ada sebilanganulama seperti al-Imam Taqi al-Din al-Subki membenarkan penggunaan Hisab Falaki(melayu : kiraan falak) sebagai wasail untuk mencapai maqasid (berpuasa dibulan Ramadhan dan penentuan hari raya). (lihat As-Siyasah As-Syariiyyah) Antara contoh lain dalam perkaraini juga adalah firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan perangilahmereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi" (al-Baqarah, ayat 193) Berperang itu merupakan wasail,sedangkan maqasid dalam ayat ini adalah mengelak dari berlaku fitnah. Denganmaksud, dalam beberapa keadaan, tempat dan masa, berperang itu sendiri bolehmendatangkan fitnah. Makanya, tidak berperang ketika itu seharusnya diambilkira. Tiada nas; Ada beberapa keadaan, sesuatuwasail itu tidak termaktub dalam nas, tetapi maqasidnya termaktub dalam nas.Apabila wasail itu tidak termaktub dalam nas, maka ia terserah kepada manusiaitu memanfaatkan akalnya untuk berijtihad. Antara contoh perkara ini adalah seperti maqasidbagi fiqh jinayah adalah mendidik umat dari melakukan jenayah, menghilangkandendam pada diri pada diri mangsa jenayah dan mencegah penjenayah darimengulangi jenayah. (Maqasid Syariyyah Al-Islamiyyah, Ibnu Asyur) Namun begitu, dalam beberapa kesalahantidak termaktub dibawah hudud, makanya ia terserah kepada pemimpin Negara untukmenetapkan hukuman dibawah hukuman ta'zir, sedangkan ta'zir itu tertaklukkepada ijtihad pemerintah. (lihat al-Siyasah al-Syariiyyah fi Dau' Nususal-syariah wa maqasiduha) [6] Turuq istidlal puak-puak HizbutTahrir ini tidak jauh beda sangat dengan aliran Khawarij. Sepertimana Khawarijadalah literalis dalam menilai hadis, keadaan yang sama juga berlaku pada puak2Hizbut Tahrir. Aliran mereka amat bahaya, inikerana mereka tanpa segan dan silu, tanpa mengkaji dengan disiplin fiqh yangbetul menyebabkan mereka mula berani mengatakan golongan islamis lain sebagaitidak syarie. Sekian Wallahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan