Kelab Greenboc |
- 170 Bukan Islam Di Sabah Sertai Dewan Penyokong PAS
- [WASPADA] Barangan KR1M Sudahlah Lebih Mahal, Kualitinya Pula Rendah
- Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan Pada PRU Lalu
- Ulangtahun Keputeraan Sultan K'tan: Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung
- PKR Bidas Alasan Khairy "Kondo Lembu" Untuk Pelaburan
- Tragedi 11.11.11 Hampir Menyamai Tragedi 10.10.10
- "Politik Dubur" Ditimbulkan Untuk Alih Isu Lembu Feedlot
- Tahan Peruntukan Adalah Rasuah - Transparency International Malaysia
- Bebaskan Universiti Daripada Politik Sempit Umno-BN
- [Bergambar] Foto-foto Tragedi Kemalangan Bas-Treler Di Behrang Ragut 4 Nyawa
- Tanda Kejatuhan Najib Jelas Apabila Beliau Tergamak Khianati Amanat Ayahnya Sendiri
170 Bukan Islam Di Sabah Sertai Dewan Penyokong PAS Posted: 12 Nov 2011 01:00 AM PST Melihat keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang. "Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini. "Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya. Menurut pegawai media Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata, kesemua 170 orang itu adalah dari kawasan Pensiangan dan mereka menyerahkan borang permohonan kepada setiausaha agung PAS Malaysia, Datuk Mustafa Ali. Turut hadir ialah pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; ketua penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman dan ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. |
[WASPADA] Barangan KR1M Sudahlah Lebih Mahal, Kualitinya Pula Rendah Posted: 12 Nov 2011 12:03 AM PST Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281). Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin). "Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1). "Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus," katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam. Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan. "Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran," katanya. -SH Ismail Sabri Nafi Harga Produk KR1M Lebih Mahal Ulasan GB Jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri mendakwa bahawa produk KR1M lebih mahal kerana ia berkualiti, maka pihak PR telah membuktikan, dengan menghantar beberapa sampel produk untuk disemak di makmal, di dapati kualiti produk-produk yang dijual di KR1M juga tidak mengikut piawaian di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1). Kementerian jangan menyangka semua rakyat boleh diperbodohkan. Zaman ini zaman dimana pengguna berhak dan bebas membuat penilaian ke atas produk-produk yang berada di pasaran. GB mencadangkan kepada PR, dengan laporan ujikaji yang telah ada, laporan polis dibuat kerhadap kementerian dan menteri yang bertanggungjawab terhadap KR1M kerana menjual barangan yang bukan sahaja mahal tetapi kualiti yang tidak menepati piawaian di Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1). sila klik untuk baca |
Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan Pada PRU Lalu Posted: 11 Nov 2011 10:11 PM PST PPekan, 11 Nov - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. "Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun. mereka mahu memudahkan permainan taktik kotor pada pilihanraya kita [Dengan kenyataan ini, maka fahamlah kita kenapa SPR dan kerajaan UMNO BN begitu takut untuk melaksanakan sistem celup dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, jutaan ringgit duit rakyat yang dibazirkan untuk membeli dakwat kemudian dibatalkan atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama untuk melakukan provokasi. Akhirnya ia dibatalkan, namun hingga kini tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa atas kesalahan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ini kerja mereka. Sungguh malu dan hinanya melihat sebuah badan bebas yang sepatutnya melaksanakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama kepada rakyat tiba-tiba sanggup menjual maruah mereka seperti ini. Patutlah, SPR juga cuba mencari berbagai helah dan jalan untuk menafikan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 ini. Semuanya bagi memudahkan urusan penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh BN sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit menyatakan bantahan demi masa depan negara dan generasi akan datang. Apa guna kita mempunyai sebuah kerajaan yang menang dengan taktik kotor. Walhal mereka sebenarnya telah ditolak rakyat secara total. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti]. -pahangdaily
|
Ulangtahun Keputeraan Sultan K'tan: Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung Posted: 11 Nov 2011 08:22 PM PST Kota Bahru, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini semalam. Gambar: SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, hari ini. - Foto BERNAMA Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad FaIz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Perayaan keputeraan bertema "Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung" itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan. Istiadat 'meletak kerja' pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti. Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini. Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011. Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini. Ribuan saksi ulangtahun keputeraan Sultan K'tan Ulasan GB ALLAHUAKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR! "Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan |
PKR Bidas Alasan Khairy "Kondo Lembu" Untuk Pelaburan Posted: 11 Nov 2011 06:09 PM PST Ketua Pemuda Umno membuat kenyataan kurang bijak apabila berkata kondominium yang dibeli oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil- yang terlibat dalam projek penternakan lembu- adalah untuk tujuan pelaburan. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini. Menganggap ia sebagai mengarut, Zuraida mempersoalkan apakah kaitan pembelian kondominum berkenaan dengan industri penternakan lembu yang dijalankan Pusat Fidlot Kebangsaan. "Jelas dia (Khairy) seorang yang kurang bijak kerana (kenyataan) langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang (graduan) Oxford," "Ini bukan isu pelaburan (membeli kondo) tetapi ini soal isu amanah dan kebertangungjawaban," kata Zuraida kepada Keadilan Daily. Khairy dalam tulisan di blognya hari ini berkata, pembelian kondominium oleh syarikat National Meat And Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki keluarga Shahrizat adalah untuk tujuan pelaburan. Beliau juga mengakui unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation (NFC) mengalami kelewatan operasi. Isu penyelewengan NFC itu sebelum ini didedahkan KEADILAN apabila kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM250 juta, namun projek itu gagal mencapai sasaran. Semalam, KEADILAN mendedahkan NFC membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Bangsar dari dana tersebut. Bayaran untuk pembelian kondominium itu direkodkan sebagai 'hutang' NMLC kepada NFC pada Disember 2009. Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy |
Tragedi 11.11.11 Hampir Menyamai Tragedi 10.10.10 Posted: 11 Nov 2011 04:34 PM PST Slim River: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang 'ghaib' sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas. Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini. Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik. Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu. "Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. "Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit," katanya. Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban. Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam. Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata. Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. "Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini," katanya. Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. "Ini rombongan kedua arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam. Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah. -hm
sila klik Ulasan GB Tragedi kemalangan yang meragut 4 nyawa pada 11.11.11 seperti di atas mengingat GB tentang satu tragedi ngeri yang pernah menimpa negara pada 10.10.10 iaitu satu kemalangan yag menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas. Kebetulan ia berlaku pada tarikh-tarikh yang unik. TRAGEDI 10.10.10 |
"Politik Dubur" Ditimbulkan Untuk Alih Isu Lembu Feedlot Posted: 11 Nov 2011 02:02 PM PST Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu PETALING JAYA, 11 Nov: PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN. "Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang. "Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana hari ini. Beliau berkata demikian ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu. Ahli parlimen Subang itu berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini. Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi. Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah. Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu. "Laporan tersebut dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar sebelum ini mengenai penglibatan Datuk K dengan video lucah sebelum ini. "Untuk makluman, DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini dan sekarang kita lihat pegawai polis yang sama pula membuat laporan kepada Anwar," katanya. -HD Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan |
Tahan Peruntukan Adalah Rasuah - Transparency International Malaysia Posted: 11 Nov 2011 07:54 AM PST Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihanraya hari ini, Presiden TI-M. Datuk Paul Low berkata amalan seumpama itu boleh dianggap sebagai rasuah. "Jika anda beri RM3,000 sekarang dan kemudian berkata, 'jika saya menang, saya akan beri bakinya RM3,000,' ini bukan satu dana pembangunan. Ini adalah rasuah," katanya. Terdahulu, Low telah mencadangkan kepada panel sembilan orang anggota PSC bahawa organisasi yang meminta "derma" semasa kempen politik juga harus didakwa kerana menjual undi mereka. Beliau menjawab soalan anggota PSC, Datuk Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang bertanya sama ada organisasi yang "meminta (derma) atau memeras ugut (calon untuk memberi wang untuk undi)" perlu didakwa. "Semasa kempen, calon dan parti politik sering dijemput ke sekolah atau kuil, dan mereka akan mengatakan jika tak beri wang, kami tak akan undi," kata Fong. Menurut TI-M, membeli undi ditakrifkan sebagai mana-mana jenis umpan dalam bentuk wang tunai atau cek kepada pengundi "dan berkata anda undi saya". "Dalam temubual (media), (pengerusi) Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Abdul Aziz Yusof) berkata, memberi wang bukan rasuah, kerana kita tidak tahu sama ada (penerima) mengundi (pemberi) atau tidak. "Ini adalah takrifan yang salah, selagi umpan individu berlaku dengan memberi wang, maka ia adalah tidak wajar," katanya kepada panel PSC yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran tahun lepas kerana didakwa mengumpan pengundi semasa pilihan raya kecil Mei lalu, dengan berkata semasa satu ceramah kempen pilihan raya kecil Sibu bahawa beliau akan menandatangani cek RM5 juta untuk projek tebatan banjir jika calon BN menang. TI-M juga mencadangkan pembentukan kerajaan sementara semasa kempen pilihan raya, mengikut model India yang mempunyai jawatankuasa yang dianggotai individu-individu terkemuka, mengambil alih daripada kabinet selepas pilihan raya dipanggil. Sebagai alternatifnya, Low berkata, ketua setiausaha negara boleh diletakkan sebagai ketua kerajaan semasa pilihan raya. Ia dibantah oleh Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang menegaskan bahawa walaupun demokrasi maju seperti Amerika Syarikat, tidak mempunyai kerajaan sementara. Low juga membangkitkan kebimbangan berhubung pembiayaan politik, dan meminta digubal undang-undang untuk memaksa parti-parti politik mendedahkan sumber pembiayaan mereka. Jika tidak, katanya, parti-parti akan terikat kepada individu dan syarikat-syarikat yang membiayai mereka, yang membawa kepada tender tertutup dan rasuah dalam negara. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata manakala idea itu baik di segi teorinya, ia akan menimbulkan masalah kepada pembangkang yang pemberi dananya memilih tidak mahu namanya disiarkan kerana takut sokongan mereka akan menyebabkan tindak balas dari pihak pemerintah. Menjawab soalan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Low mengakui bahawa model Jerman perlu disesuaikan dengan Malaysia kerana republik itu mengamalkan sistem pilihan raya yang berbeza. TI-M juga menggesa supaya diperketatkan undang-undang pilihan raya yang menghadkan jumlah yang dibelanjakan untuk kempen politik, dan had untuk memohon kepada calon dan parti politik yang diwakili. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menghadkan perbelanjaan calon kepda RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen. Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan. klik untuk baca |
Bebaskan Universiti Daripada Politik Sempit Umno-BN Posted: 11 Nov 2011 07:03 AM PST Kuala Lumpur: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayob. Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu. Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan. PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau. "Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil. "Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat - secara langsung atau sebaliknya - dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau. Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno-BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri. Salahuddin berkata, dengan itu Umno-BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya. Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan. PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka. "Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka. "Mengambil bahagian dalam politik - atas kapasati apa sekalipun - adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno-BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan. Beliau berkata, Umno-BN perlu akur dengan landskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971. Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri. "Dengan ini PAS menuntut agar Umno-BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau. PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta. -Tarmizi Mohd Jam |
[Bergambar] Foto-foto Tragedi Kemalangan Bas-Treler Di Behrang Ragut 4 Nyawa Posted: 11 Nov 2011 06:05 AM PST Berikut ialah gambar-gambar kemalangan yang melibatkan bas yang membawa para pelajar dan guru dengan treler yang menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera. Kemalangan berlaku di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa. Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota. Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik. Sebuah treler kemudian melanggarnya. Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33. Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik. Beliau berkata 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad. Berita selanjutnya di SINI Mangsa sedang keluar dari bas sebelum dirempuh treler: Saksi |
Tanda Kejatuhan Najib Jelas Apabila Beliau Tergamak Khianati Amanat Ayahnya Sendiri Posted: 11 Nov 2011 03:23 AM PST Hari ini 11 November 2011. Tanggal 12 Novem 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak. Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya. DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku. Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri. Tidak terdetikkah di hatinya yang baharu menunaikan ibadah haji itu untuk terasa menunaikan amanah bapanya sendiri dan membenarkan kata-kata bapanya itu, melampaui batas sempadan rasa sakit hati terhadap Kelantan? Atau merasai kuasa adalah segala-galanya sehingga menolak kebenaran ucapan bapa sendiri? Kalau pembaca sebagai seorang anak, kemudian ditunjukkan gambar bapa dengan ucapannya yang tertentu bercanggah dengan ucapan saudara, apa perasaan saudara? Tidak terasa langsung dalam hati? Tidakkah hubungan bapa dan anak itu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri? Justeru, amat wajar tindakan kerajaan Kelantan membawa poster Tun Razak bersama jawapannya berkenaan royalti itu kepada anaknya Najib yang baharu pulang dari Mekah. Ia bukan perbuatan menangguk di air keruh dan semata-mata mengumpan sentimen bapa dan anak, tetapi mencedok di air jernih dan mahu menjadikan si anak itu menghormati kata-kata bapanya. Nik Nasri Nik Malek Kuala Terengganu
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan