Blog-list Malaysia |
- Najib tiba di Hawaii hadiri sidang kemuncak APEC
- MCA Dibidas Tak Benar Rakyat Malaysia Di Luar Negara Hak Mengundi
- Prestasi Kewangan Selangor Terbaik Di Malaysia
- Kemaruk Nama - Ada Juga Manusia Macam Ni Dalam Umno.. Hahaha..
- Umno P. Pinang Dan Perkasa Tak Habis-Habis Buat Kerja Bodoh
- AUKU Tak Perlu Dipinda, Kata Kangkung UiTM
- Beli Kondo Untuk Pelaburan - Alasan Paling Bodoh Ketua Pemuda Umno Malaysia
- Betina Neraka - Azwan Ali Dakwa Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Mereka..
- Kemalangan Maut - Mangsa keluar bas terbabas sebelum dirempuh treler
Najib tiba di Hawaii hadiri sidang kemuncak APEC Posted: 11 Nov 2011 10:05 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Hawaii Jumaat untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, perdana menteri yang menaiki pesawat khas, tiba di Pangkalan Tentera Udara Hickam berhampiran Pearl Harbour pada pukul 3.45 petang waktu tempatan. Ketibaan beliau dan isteri disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis serta isteri masing-masing. Najib juga dijadualkan menghadiri mesyuarat sulung para pemimpin Pakatan Trans-Pasifik sembilan anggota pada Sabtu, yang akan dihoskan Presiden Amerika Barack Obama. Sidang kemuncak APEC akan bermula pada Ahad dengan para pemimpin terbabit dijangka memberi fokus terhadap usaha ke arah memperkukuh integrasi serta pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau. Sebahagian daripada jadual asal perdana menteri, termasuk pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Mexico Feliope Calderon pada Sabtu, dibatalkan apabila pemimpin Mexico itu membatalkan kedatangannya ke Hawaii berikutan kematian Menteri Dalam Negeri Jose Francisco Blake Mora dalam nahas helikopter awal hari ini. - Bernama |
MCA Dibidas Tak Benar Rakyat Malaysia Di Luar Negara Hak Mengundi Posted: 11 Nov 2011 09:38 PM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mengambil pendirian tegas menolak cadangan MCA yang tidak mahu rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, dibenarkan mengundi. "Kita tidak boleh menjadi logistik untuk menafikan rakyat hak perlembagaan untuk mengundi... "Pengundi di luar negara juga bersedia untuk membantu dalam apa-apa cara untuk menjayakannya," katanya. Ambiga memberitahu Malaysiakini demikian di luar sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) pembaharuan pilihan raya di bangunan Parlimen hari ini. Beliau merujuk kepada cadangan MCA kepada PSC pada hari pertama sesi pendengaran awam itu semalam. Semalam, MCA memberitahu anggota panel PSC bahawa rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi kerana mereka tidak tahu perkembangan dan situasi sebenar di dalam negara, dan mungkin bergantung kepada" maklumat yang "berat sebelah, meragukan, dan salah". Presidennya, Dr Chua Soi Lek, kemudian menjelaskan bahawa langkah membenarkan mereka mengundi, juga akan menimbulkan cabaran logistik. |
Prestasi Kewangan Selangor Terbaik Di Malaysia Posted: 11 Nov 2011 06:04 PM PST Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka, kata Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali. Di dalam perbahasan beliau di sidang DUN, Azmin berkata keupayaan Pakatan menguruskan sumber kewangan dan berbelanjaan dengan baik serta perbezaan gagasan itu dengan pendekatan BN perlu dilihat oleh rakyat. "Saya pada hari ini membawa laporan audit ketua negara bagi negeri Terengganu sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang melimpah ruah ditadbir oleh Umno Barisan Nasional. Rumusan untuk audit bagi negeri itu ialah pada tahun 2010 ialah kerajaan negeri Terengganu perlu merancang perbelanjaan dan kewangan dengan cekap dan berhemah tanpa perlu menjejaskan pertumbuhan ekonomi. "Saya juga ingin merujuk kepada laporan audit negara bagi negeri Pahang, sekali lagi sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang lebih besar ditadbir oleh Umno , rumusan ketua audit negara ialah agar disyorkan kerajaan negeri Pahang agar mengamalkan perbelanjaan yang berhemah serta mengutip hutang agensi kerajaan negeri berjumlah RM228.8 juta dan menjelaskan bayaran balik hutang kerajaan Persekutuan," katanya. Azmin berkata lagi, teguran terhadap pengurusan kewangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara terhadap negeri pimpinan Umno-BN itu tidak terdapat dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Selangor. Justeru, ini jelas membuktikan bahawa mekanisme pengurusan kewangan negeri Selangor adalah pada tahap terbaik katanya. |
Kemaruk Nama - Ada Juga Manusia Macam Ni Dalam Umno.. Hahaha.. Posted: 11 Nov 2011 04:23 PM PST BERANG NAMA TIADA DALAM CARTA PEMBODEK UMNO Pegawai Khas Tengku Razaleigh Hamzah, Muhd. Lukhman Ghani berkata, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memarahinya mungkin kerana dia tidak menamakan Ketua Umno Bahagian Cheras itu dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. "Saya tak nak berlawan dengan dia (Syed Ali), Mungkin dia marah sangat kat saya sebab tak letak beliau dalam kategori nombor tiga, iaitu kategori pengampu nombor satu kepada pemimpin nombor satu Umno," katanya agak keberatan ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai megulas bidasan Syed Ali yang menuduhnya menghina Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran kenyataannya yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa Muhyiddin juga sedang dipinggir Umno. Mengulas lanjut, Muhd. Lukhman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Utara berkata, Syed Ali sebenarnya 'seangkatan' dengan pengampu besar lain seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip. Sebab itu katanya, kenyataan-kenyataan Syed Ali sering mendapat tempat di media-media arus perdana dan media Umno dan televisyen. Syed Ali seperti dilapor portal Umno, Agendadaily menyifatkan Muhd. Lukhman sebagai 'budak suruhan' kepada Ahli Parlimen Gua Musang yang cuba memecahkan perpaduan dalam Umno. Sambil mempertahan kedudukan Muhyiddin sebagai 'orang penting' Umno, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Lukhman itu juga sebagai bukti bahawa Tengku Razaleigh 'tidak boleh ditegur' dan 'kemaruk tepukan' ahli Umno. "Saya bukan menghina Muhyiddin, saya hanya memberi komen tentang yang beliau kata 'tiap-tiap hari ada orang Umno cakap dalam akhbar'. "Tapi yang bercakap dan keluar akhbar itu hanya orang Umno yang mengampu pemimpin sahaja," kata Muhd. Lukhman yang mendakwa apa yang dikatakannya adalah suara-suara dari akar umbi Umno sendiri. Semalam bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Tempat ketiga pula diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang, manakala keutamaan kepada Muhyiddin pula mungkin selepas tiga kelompok teratas itu. "Saya harap Syed Ali baca buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang ditulis Shahbudin Husin iaitu ahli Umno sendiri," nasihatnya. Sumber - PASPB |
Umno P. Pinang Dan Perkasa Tak Habis-Habis Buat Kerja Bodoh Posted: 11 Nov 2011 09:15 AM PST Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma kepada rakyat dari Jeti Georgetown ke Komtar. Naib Ketua Wira Perkasa - sayap pemuda Perkasa - Mohd Rizuad Mohd Azudin (atas) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca. "Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, Georgetown. Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu". Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu. Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib. Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada kerajaan negeri. "Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja. "Kerajaan negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh kerajaan negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar. Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di kalangan Umno pusat sendiri yang didakwa dalang di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera seperti yang dibangkitkan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini. Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009. Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas. Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja.-Pd |
AUKU Tak Perlu Dipinda, Kata Kangkung UiTM Posted: 11 Nov 2011 06:16 AM PST SHAH ALAM, 11 Nov — Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan. Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti. "Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. "Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya pada sidang media hari ini, lapor Bernama Online. Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu AUKU dipinda bagi memberi ruang dan kebebasan berpolitik kepada penuntut universiti. Sahol Hamid berkata pada masa ini, penuntut telah diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan, dan ini sudah memadai. "Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM. "Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil," kata beliau lagi. "Kalaupun minat sangat dengan politik, habiskan dulu pengajian. Di UiTM, pengajian kita adalah sangat intensif, jadi tidak ada masa untuk berpolitik," kata Sahol Hamid. Mengulas lanjut, beliau berkata politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan. Beliau berkata apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan. "Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu," katanya. |
Beli Kondo Untuk Pelaburan - Alasan Paling Bodoh Ketua Pemuda Umno Malaysia Posted: 11 Nov 2011 04:43 AM PST KUALA LUMPUR 11 Nov : Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. "Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal," "Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium," kata Rafizi pada Keadilan Daily. Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC. Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi. "Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya," katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging. KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. |
Betina Neraka - Azwan Ali Dakwa Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Mereka.. Posted: 11 Nov 2011 03:57 AM PST Kalau sebelum ini Ummi Hafilda heboh dikaitkan dengan dakwaan skandal seksnya bersama Beginda Minda, kali ini salah seorang adik beradiknya yang juga pengacara dan pelakon terkenal mendedahkan satu lagi kontroversi berkenaan dirinya. Azwan Ali di laman mikroblogging Twitter mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah membomohkan ibunya sendiri. Difahamkan Ummi didakwa berbuat demikian supaya ibunya menjadi taksub kepadanya. Apabila ditanya oleh salah seorang rakan di Twitter beliau, Azwan Ali memberikan "hint" dengan merujuk Ummi Hafilda sebagai "Betina Neraka" malah menyatakan bahawa Ummi Hafilda telah menyebabkan negara huru hara. Azwan Ali turut mengesahkan lagi dakwaan itu apabila salah seorang rakan Twitter mengajukan soalan "UH (Ummi Hafilda) ke?" Azwan menjawab "Betina Neraka satu dunia tahu". Sumber - Milosuam |
Kemalangan Maut - Mangsa keluar bas terbabas sebelum dirempuh treler Posted: 11 Nov 2011 03:48 AM PST Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi. Menurut saksi mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu. Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli berkata semasa kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur. "Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River. Pelajar Tingkatan Tiga Mohd Shah Redzuan Samsudin yang patah di bahagian lengan berkata kebanyakan yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas. "Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas," katanya. Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Antara tempat yang ingin dilawati adalah Astro dan Menara Berkembar Petronas. Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, merupakan anggota pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan. "Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita Umno Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di hadapan bas terbabit. Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa anggota pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya. Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul. "Pemandu minta semua anggota Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya. Katanya ketika kejadian, kedengaran pelajar-pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan. Beliau berkata Basarah merupakan ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki. Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun setelah dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan. "Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya. Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu. "Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya. Kesemua jenazah mangsa yang maut telah dituntut oleh waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River. Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan