Khamis, 10 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar! Menteri kantoi bohong untuk bela Shahrizat!

Posted: 09 Nov 2011 12:20 PM PST

SEMAKAN dalam hansard parlimen bertarikh 31 Oktober 2011, muka surat 105, Noh Omar dilihat cuba membela kegagalan projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mendakwa setakat ini, kerajaan hanya meluluskan RM181 Juta sehingga 31 Julai 2011 kepada syarikat keluarga Shahrizat Jalil (Sebut Kroni), National Feedlot Corpration Sdn Bhd.


Namun begitu hasil carian penyata kewangan NFC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM mendedahkan sebaliknya. Kerajaan sebenarnya telah memberi kesemua pinjaman berjumlah RM257 juta kepada National Feedlot Corpration, NFC.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dokumen SSM ini mendedahkan bahawa Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518.


Ini jelas menunjukkan bahawa NFC sudah menerima sepenuhnya wang RM257 juta pinjaman kerajaan. Kekurangan sebanyak RM917,482 (RM257,000,000-RM256,082,518) pula menggambarkan sebahagian pembayaran balik yang telah dibuat oleh NFC.

Banyak skandal Shahrizat Jalil dan projek Fidlot Nasional yang diberikan oleh kerajaan kepada keluarga Shahrizat (sebut kroni). Satu persatu akan didedahkan, nampaknya karier politik Shahrizat sudah sampai ke penghujung.

Nantikan pendedahan selepas ini, bagaimana lembu-lembu Shahrizat Jalil boleh tinggal dalam kondominium berharga RM9.785 juta. Makin dekat nak pilihanraya, budaya cantas-mencantas dalam Umno semakin hebat!

ReJaM© "Siakap senohong, gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri..."

Malaysia di tangga 15 Rakan Dagang Utama Israel

Posted: 09 Nov 2011 03:42 AM PST

RAMAI yang mempersoalkan bagaimana kontena milik sebuah syarikan Israel, ZIM boleh bergerak bebas di Malaysia, sedangkan negara ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

MiLo SuaM turut menyiarkan gambar sebuah kontena ZIM yang dibawa oleh sebuah treler menggunakan nombor pendaftaran Malaysia (JHE 3553) rujuk sini [Kontena Israel].

Persoalan itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah, EU mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.

Dokumen PDF tersebut menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai The Major Trade Partner 2010 dengan Israel.

Sumber: http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf


Di depan rakyat, seolah-olah negara ini anti-Israel, tiada hubungan dengan Israel, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel. Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel.

Pemimpin Malaysia juga berpura-pura lantang menghentam dan mengkritik Israel selain membawa imej anti-Israel, tapi sebaliknya membuat hubungan dagang "pintu belakang" dengan negara Zionist itu.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120)

Depan rakyat jadi Hero Palestin, belakang rakyat jadi Hero Yahudi!

ReJaM© "Muncung berkokok ekor bergelumang tahi..."

Tiada ulasan: