GoMalaysian |
Tidak Puas Hati Dengan Tindakan Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 30 Nov 2011 06:56 AM PST Tidak puas hati dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar dewan dan tidak mengundi untuk membantah bil tersebut semasa diluluskan, walaupun ada pemimpin yang berjanji akan mengundi untuk membangkang bil tersebut!!! Ada sesiapa mempunyai list? MP mana yang mengundi untuk meluluskan bil tersebut? Malaysia Kini Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!! [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!! Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan). Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini. Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan. Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula. "Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen. Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara. Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz. Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan. http://www.malaysiakini.com/news/182709 |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan