Rabu, 30 November 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HAK BERHIMPUN - HAK KITA

Posted: 30 Nov 2011 07:08 PM PST



JANGAN KENA TIPU LAGI














SILA BACA TULISAN INI DALAM YAHOO:




http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hak-berhimpun-secara-aman-094942619.html




SURAT DARI PEMBACA:

saya pernah bertanya pada ustaz yang berceramah kat surau saya, ustaz nie juga adalah bekas calun PRU12 di Selangor tapi kalah... Soalan saya ialah apakah benar warga asing diberikan IC untuk membolehkan mereka mengundi... jawapan Ustaz tu ialah 'ya'... Saya tanya lagi, habis apakah tindakan 'kita'... dia jawab, insya'allah, masa mengundi nanti, warga asing tu dibukakan hatinya untuk memangkah kita... saya tak tanya lagi dah... tapi dalam hati saya cakap... patutlah kalah...
By Anonymous on MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI on 11/30/11

SURAT YANG LAMBAT SAMPAI

Posted: 30 Nov 2011 05:57 PM PST




BANGUN DAN LAWAN





Surat Terbuka Buat Parti Yang Bersidang
Assalamualaikum w.b.t

Surat ini adalah surah yang ikhlas dari jiwa seorang rakyat. Rakyat yang tiada ingin sedikit pon menjadi Yang amat berhormat, rakyat yang tiada kepentingan dalam kerajaan dan pembangkang. Rakyat yang tak dibayar untuk memuji atau mengherdik mana2 parti. Surat ini surat bebas. Bukan sebebas Zulkifli Nordin dan Panglima Perang Ibrahim Ali, Yang tiada syarikat Rm2 seperti YB Zahrain yang ingin dapatkan projek padang Golf. Ketahuilah Saya boleh menulis panjang memuji muja anda semua dan memohon 'upah'.

Andai Ada lembu diladang
Ajari ia menginap di pangsapuri
Wahai Yb yang suka mengangkang
Bukalah telinga hadamlah isi


Surat ini sekadar untuk membawa pendapat sahaja. Harap ada para YB dan perwakilan yang dapat pengajaran dan menambil perhatian dari isi kandunganya.

Ketahuilah para YB sekalian, saya adalah peserta Bersih 2.0, saya bukan menyertainya kerana ade sosok besar seperti Anwar Ibrahim atau Sheikh Altantawi(Bukan Nama Sebenar). Saya bukan menyertai Bersih kerana tidak mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tapi saya menyertainya kerana saya dalam proses belajar, saya dalam proses mengenali masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dan terbukti dalam demo tersebut sememangnya kita sangat berbilang bangsa dan ugama.

Saudara Yb,
1. Janganlah lagi memperalatkan kami dengan perasaan benci. Kami bukan berlari menyokong Pakatan Rakyat kerana benci Barisan Nasional. Sedarlah, kami hanya perlukan satu kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang menyemaikan kasih sayang, saya setuju dengan kata abam Mat Sabu, kita bukan nak ganti kerajaan dengan niat untuk 'membalas dendam'. Tapi mengenai , who can serve better?Kerajaan yang bukan dibina atas dasar membenci

Bersongkok tinggi menculah atapi
Pemimpin berucap, sorakan bodek diberi
Sedarlah YB yang boyot boyoti
Gelagat kamu, menggelikan hati


2. Wahai YB yang baru berjinak dalam kegiatan mahu menjadi yb, mahu mendapat tempat dalam parti. Sedarlah, cara anda membodek Anwar Ibrahim, Muhyidin dan Najib Razak sememangnya amat menjijikkan. Ada yang berderau hero mahu pecah penjara demi pemimpin tertinggi, ada juga yang membuat cabaran diumumkan PM melayu sampai bila2. Ini semua ayat2 bodek dengan harapan semoga dapat naik ke satu level yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Jangan menyemarakkan benci dikalangan rakyat, serulah kasih sayang, serulah rakyat yang berbilang bangsa ini bersatu. Kenapa kadang saya rasa anda semua bertindak dengan dungu?

Pisang Emas dibawa berlayar
Buah keranji di atas perahu
Kenapa kami dipaksa berlayar
Sedangkan rasa kami, engkau tak tahu

3.Wahai para perwakilan, sedang kamu rasa rakyat boleh hadap paparan TV3 mengenai perbahasan dan cerita molek kamu, kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya. Adakah saya akan berubah pandangan andai mereka menayangkan Persidangan PAS, PKR atau DAP? Jawapannya TIDAK! Ini kerana itu adalah persidangan parti kamu, bukan persidangan mana2 badan atau pon kerajaan. Kami sudah jelik samoa itu.Yang perlu ditayangkan dalah sidang parlimen, perbentangan bajet, secara live and full, bukan mendengar anda bercerita, berperribahasa, bernyanyi, semua itu tidak membawa harapan kepada kami.

Gendang gendut tali kecapi
Berperut boyot mengukir janji
Baju Diselampang disana sini
Umpama pahlawan Gagah sejati.


4. Wahai Yb yang rata ratanya bangga dengan kostum dan baju batik kamu. Di saat kamu pakai baju itu, berucap ucip, terkemut2 diatas pentas, sedarkah ada kami ini yang dalam kesempitan dan kesusahan? Sedarkah para Yb yang ada yang murka dengan pakaian kamu yang hebat dan 'gah' itu?Kamu mula menjadikan budaya kapitalis itu sebagai akidah kamu.

Dagang pak malau dagang berhias
Mencari kuasa bertatah berhias
Bertitah kamu tanpa berkias
Malulah pada Maha Pembalas.


5. Yb sekalian, semakin hari, perjuangan kamu ibarat hanya menjaga periuk nasi kamu sendiri. Saya sudah jemu dengan perangai kamu yang suka 'merekrut tuhan' dalam setiap kata kamu itu. PKR akan membawa tuhanya tersendiri, UMNO juga membawa ayat tuhannya sendiri. Tidakkah kamu malu, sedang tuhan tidak mengutus surah khusus pon menyebut nama kamu semua. Ternyata, kamu ini juga ada dari kalangan orang yang tamak. Tidak cukup harta kami anda rembati, kini ayat tuhan juga kamu boloti.

P/s : Mohon Bertaubat

Yang ikhlas dan menyayangi
Sekian
AnakMudaDiary.



YA AMPOON SELAMATKAN LAH KAMI

Posted: 30 Nov 2011 11:41 AM PST




INI BARU BULU KETIAK - DAH NAIK PITAM








PROJEK LEMBU : PEMIMPIN PKR DIBERI AMARAN KERAS - mkini

Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.


DOA UNTUK KESELAMATAN DIRI

ya allah ya tuhan kami
jauh kan lah kami dari malapetaka
ya allah ya tuhan kami
jauhkan lah kami dari marabahaya

janganlah hendaknya
mata kami terbuka
untuk melihat shahrizat angkat kain


NOTA:
siah oleh malaikat 44
jangan lah mata kami melihat
shahrizat mengangkat kain
buta dan rabunlah mata kami
jika tenampak bulu betis shahrizat
kah kah kah


NOTA:
ya ampooon
cukuplah kami melihat
shahrizat menyingsing lengan
ternampak hitam bulu ketiak
suwwei lah hidup kami

tujuh tahun memancing hanya mendapat cacing
tujuh tahun meniaga bungkus setiap tahun
tujuh musim ke sawah padi kering tak jadi jadi
tujuh musim ke laut seekor ikan pun tak masuk pukat

ya ampoon
suwei nya bulu ketiak shahrizat
jatuh ke sungai menjadi tuba
jatuh dijamban tandas meletup
jatuh di jalan menjadi pelintang
jatuh dikatil katil pun runtuh
kah kah kah


BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA


JEMPUTAN JUMAAT DAN SABTU 3 DISEMBER INI

Posted: 30 Nov 2011 11:02 AM PST




JUMAAT MALAM CEERAMAH DI REMBAU








NOTA:
sila datang ke ceramah ini
teruatama kumpulan ngo dalam kl
yang selalu cakap inggeris
kalau datang barulah mereka faham
bahawa di kampong tak ada siapa ambil pot bahasa inngeris
kah kah kah



JEMPUTAN DATANG FORUM ILMU






Tajuk Forum: BERSEKUTU MENDESAK PERUBAHAN

Panel-panel:
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Prof Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)
Prof Zainal Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)
Moderator: Che'GuBard (Ketua Cabang PKR Rembau)


Tarikh: 03 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Venue: Dewan Melur, Jalan Jesper 7/16, Seksyen 7 Shah Alam (Berdekatan UNISEL)

Untuk pertanyaan, sila hubungi : 013-5918017 Farel

Semua dijemput hadir.

KENYATAAN RESMI MB SELANGOR

Posted: 30 Nov 2011 10:50 AM PST




RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN TIDAK PERJUANG HAK RAKYAT


Kerajaan Selangor kesal apabila Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011diluluskan secara terburu-buru tanpa rundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk pembangkang serta kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman sepatutnya dikaji dengan lebih teliti kerana deraf yang dibentangkan meletakkan sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang terhadap atas kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia sepatutnya lebih terbuka kepada perhimpunan aman kerana ianya adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh Perdana Menteri hanya akan membawa Malaysia beberapa langkah ke belakang dari segi demokrasi.

Bagi memastikan agar rakyat peka terhadap hak demokrasi mereka, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan forum bagi menerangkan hak-hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan.

Forum ni akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri di bawah Program Pendemokrasian Rakyat yang telah menerima peruntukan RM15 juta di bawah Geran Selangorku seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2012.

Kita menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar cadangan bagaimana forum ini boleh dianjurkan dengan baik dan berkesan.

Sebagai kerajaan negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami tidak akan berdiam diri apabila berdepan dengan cubaan untuk menindas hak rakyat. Kami menyokong semua usaha sihat untuk memelihara dan menyuburkan prinsip demokrasi serta menentang sebarang agenda yang menyekat kebebasan rakyat bersuara.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR


MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI

Posted: 29 Nov 2011 10:20 PM PST




INI DIA REALPOLITIK




PRU13 INI APA MAKNYANYA

Pada satu ketika yang agak lama dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering ini boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan sampai radio kami mula bersuara rendah atau hilang terus bunyinya kerana kekurangan bateri. Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak akan menjemur bateri ini. Hasilnya - untuk dua tiga hari kami sekularga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.

Untuk saya kongres Parti Keadilan yang baru berlangsung di Pulai minggu lalu samalah seperti kakak saya menjemur bateri kering. Tiga hari berkongres adalah tiga hari bateri dijemur. Hasilnya, sesiapa yang datang ke kongres akan mendapat tenaga baru. Akan mendapat suntikan tenaga apabila mendengar ucapan-ucapan berapi-api dari pelbagai bentuk mulut naga.

Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR telah jelas menunjukan bahawa PKR telah bersedia untuk menghadapi PRU13. Setiausaha Agung PKR telah beberapa kali membuat kenyataan menerangkan bahawa persedian kali ini lebih mantap dari tahun 2008. Berita saperti ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.

Tetapi sebelum memasuki PRU13 ini biar saya membuat surah agar ahli parti dan juga aktivis PKR akan memiliki satu lagi bentuk pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Kenapa pandangan ini jarang dijaja? Mengikut istilah anak anak muda hari ini – pandangan ini adalah 'pandangan potong stim'.

Mana mungkin ketika ahli dan para aktivis PKR berjemur untuk mendapat tenaga baru saya cuba menjaja pandangan ini. Pasti ianya akan dilihat kurang sopan. Pandangan ini bukan pandangan terantuk baru nak tengadah. Pandangan ini bertujuan untuk membuka mata agar kita semua agar tidak akan terantuk di tiang atau tersepak tunggul dijalan. Inilah tujuan saya membuka surah.

Bagini kesahnya: Pilihanraya ini telah disediakan semenjak tahun 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihanraya peningalan British ini memiliki ciri-ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti-parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan.

Tetapi apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan maka telah dilakukan perubahan. Contoh yang jelas ialah masa berkempen ini semakin dipendekkan. Pada PRU 2004 yang lalu para pengundi hanya diberi 8 hari untuk membuat keputusan memilih wakil mereka.

Membuat peraturan baru ini cuba di viagrakan dengan pelbagai hujah. Pada tahun 1974 Parti Komunis Malaya telah dijadikan alasan untuk memendekkan masa berkempen. Menurut lojik SPR ketika itu – jika waktu berkempen panjang maka ianya akan memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk berkempen sama. Dalam suasana Perang Dingin ketika itu ramai orang telah menerima hujah palat ini.

Kempen - 8 hari – pada tahun 2004 tidak ada apa-apa alasan yang diberi. Mungkin SPR malu untuk memberi tahu orang ramai bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu mahukan masa kempen disingkatkan agar tidak menggangu masa dia hendak tidur.

Sayugia dingati bahawa ditahun tahun sesudah Merdeka dahulu pilihanraya ini dilihat sebagai satu permainan yang menyoronokkan. Ini kerana pada ketika itu harta kekayaan - rial dan dinar - belum lagi memainkan peranan sepenting hari ini. Sistem ekonomi kapitalis belum lagi menjalar ke semua pelusuk. Hari ini sistem ekonomi kapitalis ini telah menyerap ke semua cabang pembudayaan. Dalam masyarakat Melayu sendiri - dari kenduri kahwin hinggalah ke tanah perkuburan – ekonomi kapitalis telah diterima sebagai pemandu.

Apa yang ingin saya hebahkan disini ialah piliharaya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihanraya ini akan terus menyebelahi parti yang sedang memerintah. Pelbagai peraturan diwujudkan semuanya untuk menyusahkan parti yang cuba memecahkan kuasa monopoli United Malay National Organisation.

PRU12 dahulu telah mengubah semua illusi tentang pilihanraya. Pilihanraya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok dimana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka. Sesudah PR12 dengan jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampok kuasa. Kemungkinan kehilangan kuasa ini telah dan sedang melahirkan satu suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.

Apa yang saya maksudkan – dipilihanraya yang lepas-lepas lembaga-lembaga daulah telah digunakan untuk membantu kemenangan United Malay National Organisation. Pengunaan lembaga-lembaga daulah ini telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia lagi. Justeru apa pula yang baru?

Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini – polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain – sedang merasa ancaman datang keatas diri mereka. Lembaga-lembaga daulah ini bukan satu yang abstrak. Di belakang lembaga-lembaga ini ialah sosok sosok dan individu yang telah membuat harta kekayaan dan dapat 'cari makan' kerana menyokong United Malay National Organisation.

Justeru jika PRU13 ini akan membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka disinilah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihanraya berpandukan realpolitik. Keluar dari berjemur dengan ilusi pilihanraya dan melihat politik terkini dengan berpandukan realpolitik.

Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput para pembaca untuk menyelami otak para jeneral yang selama ini telah gemok dengan kontrek-kontrek pembelian senjata. Selama beberapa dekad ini para jeneral kita telah berlagak sebagai pakar rujuk membantu Pak Menteri membuat keputusan - sama ada hendak membeli kapal selama dari Sepanyol atau dari Peranchis.

Kemudian cuba selami apa pula agakanya dalam kepala ketua-ketua polis yang selama ini 'kenyang' dengan duit lendir China Doll. Atau kenyang bergendut perut dengan duit hadiah dari tokan penyeludup dadah Iran. Apakah bentuk ancaman yang akan datang kepada mereka ini jika di PRU13 nanti Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?

Ancaman PRU13 ini juga sedang dirasakan oleh kaum pemodal yang besar-besar. Cuba bayangkan apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin. Selama puluhan tahun ini orang-orang kaya ini telah merembat harta kekayaan negara kerana mereka rapat, kenal dan memiliki talian perniagaan dengan para pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?

Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Veloo dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula yang akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini mengunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.

Jika United Malay National Organisation disingkirkan dari kuasa pada PRU13 ini - cuba bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta para pembaca mengingati kembali sidang akhbar Mahathir Muhamad pada petang 2 September 2004 dahulu bilamana Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh. Ingatkan kembali bagaimana saya telah menulis dan menggambarkan Mahathir Muhamad bersendirian dan hanya diiringi oleh isteri dan Mukhriz anaknya. Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti saekor tikus basah - lokoi dan mengigil takut.

Apakah mereka yang saya sebutkan diatas akan berdiam diri? Apakah mereka duduk lena menunggu rakyat meneranjang mereka masuk ke dalam penjara? Apakah mereka tidak merancang untuk memastikan Pakatan Rakyat akan gagal?

Justeru, apa yang saya surahkan ialah gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 nanti. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Justeru kerana ancaman yang kelihatan semakin hampir maka Najib Razak kini sedang bekerja siang dan malam untuk membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan. Contohnya: Rang undang undang Hak Berhimpunan Aman yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa.

Biar saya jelaskan disini : Pada ketika ini warga Indon, warga Bangla telah diberi kad pengenalan untuk membolehkann mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Dalam masa yang sama Rela, Tentera dan Wataniah telah dipasang dibeberapa kawasan stratejik untuk memastikan calon United Malay National Organisation akan menang.

Semua perancangan bertujuan memastikan United Malay National Organisation menang dan terus berkuasa sesudah PRU13. Rancangan ini mendapat sokongan dari SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerentah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan-jabatan kerajaan ini semuanya dikepalai oleh sosok yang telah kenyang dengan projek atau mereka kenyang kerana memasang lukah disetiap projek.

Semua lembaga-lembaga daulah yang sekarang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkusasa sesudah PRU13. Orang ramai akan merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan raya sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Mesir. Sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Tehran. Disini Najib telah sedia dengan undang-undang baru.

Bayangkan merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya berdemo. Denda kesalahan menunjuk perasaan dinaikan mem jadi 20 ribu ringgit. Jika ada YB dari Pakatan Rakyat yang ditangkap dan didenda lebih dari 2000 ringgit pasti mereka akan kehilangan kerusi.

Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang sedang berkobar-kobar satelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa satu pandangan untuk membukakan mata melihat realpolitik. Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini. Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan ratusan beg-beg tangan Birkinnya di Putrajaya?TT

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




SATU MALAYSIA KELUAR DAN LAWAN

Posted: 29 Nov 2011 09:19 PM PST




HANYA INI JAWAPAN







PRU LUAR BIASA – PEMUDA PAS INGATKAN STRATEJI KOTOR UMNO
– keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Nov: Jentera pilihan raya Pas diminta meningkatkan kewaspadaan terhadap Umno-Barisan Nasional yang akan menggunakan strategi kotor untuk menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan mengulas kenyataan presiden Umno yang menyeru pimpinan parti itu supaya bertindak 'luar biasa' dalam PRU kali ini.

"Kenyataan Datuk Seri Najib bahawa pilihanraya ke 13 akan datang ini akan menjadi sesuatu yang 'luar biasa' menunjukkan Umno dan Barisan Nasional akan melakukan strategi yang 'kotor dan hina' untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka," kata Mohd Sany.

Najib sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan mempertahankan Putrajaya 'walau dengan cara apa sekalipun'.

Mohd Sany dalam pada itu turut mengulas kenyataan bersifat perkauman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Persidangan Tahunan Putri dan Pemuda Umno semalam.

NOTA:
semua telah dirancang untuk memastikan
united malay national organisation terus berkuasa

1 – mat bangla telah diberi kad pengenalan
2 – mat indon telah diberi kad pengenalan
3 – mat pilipina telah diberi kad pengenalan
4 – rela telah ditubuh di kawasan yang hendak dirampas kembali
5 – polis telah dialih tempat memgundi
6 – wataniah telah ditambah di kawasan yang perlu di rampas kembali
7 - askar telah alih alih untuk membantu undi pos
8 – isteri rela, wataniah , polis dan askar kini mengundi pos
9 – satu pun dari 8 tuntutan bersih tidak ditunaikan

ini bukan luar dari biasa
ini semua orang ramai tahu
apabila orang ramnai marah
apabilla orang ramai keluar tunjukkan perasaan marah
rosmah dan najib telah memyediakan undang undang baru
untuk menagkap dan memukul
para penunjuk perasaan
ini juga bukan luar biasa

apa yang luar biasa sekarang ini
ialah rakyat satu malaysdia telah
bersedia menunggu bersih 3.0
ini yang amat amat luar biasa




INI TUNTUTAN RAKYAT


Tiada ulasan: