Rabu, 23 November 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


Pilihanraya Umum Serentak? Inilah Cadangan Aku!!!

Posted: 23 Nov 2011 04:11 AM PST


Terdapat khabar angin bahawa PM akan membubarkan parlimen kebelakangan ini dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menyuarakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri secara serentak.


Maka, ramai terutamanya pemimpin BN mengutuk Pakatan Rakyat kerana tindakan mereka tersebut.

Harus diingatkan, tarikh pilihanraya negeri Sarawak juga tidak serentak seperti mana pilihanraya umum, maka apakah asas kritikan pemimpin BN tersebut?

Selain itu, SPR juga memujuk agar negeri Pakatan Rakyat supaya mengadakan pilihanraya serentak.

Tetapi aku ada sedikit cadangan kepada mereka:

- Tetapkan satu tarikh rasmi bilakah Pilihanraya umum akan diadakan maka ia lebih adil kepada semua pihak. Selain itu, pengundi juga dapat bersedia untuk menghadapi pilihanraya tersebut...

The Malaysian Insider

SPR mahu temu Pakatan pujuk adakan PRU serentak

SUNGAI PETANI, 22 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meletakkan harapan agar pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan semua negeri kecuali Sarawak dapat diadakan serentak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau akan menemui para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

"Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan.

Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas.

Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi lima alasan mengapa DUN negeri itu tidak akan dibubarkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum tergempar.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Aziz berkata SPR mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik proses pilihan raya kepada jawatankuasa pilihan khas, namun ia perlu dibuat mengikut saluran yang ditetapkan.

Mengenai pengundi, beliau berkata sebanyak 42,000 nama yang tidak dapat dikesan atau dipastikan masih wujud diberi tempoh sehingga Disember untuk mengesahkan "kewujudan" mereka sebelum boleh didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.

Aziz berkata lebih 13,000 pengundi yang tidak dapat dikesan itu berada di Sabah manakala di Kedah terdapat kira-kira 2,000 orang.

Kira-kira tiga juta orang, majoritinya berumur 21 hingga 41 tahun belum mendaftar dan sebilangan besar tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala di Kedah terdapat kira-kira 300,000 orang yang layak belum mendaftar, katanya.

Mengenai taklimat itu, beliau berkata ia telah diadakan di Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah dan dijangka berakhir Januari ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spr-mahu-temu-pakatan-pujuk-adakan-pru-serentak/

Raja Petra: Mencipta Jurang Pemisah

Posted: 22 Nov 2011 09:18 PM PST



Bernama dan Utusan Malaysia masih cuba untuk mencipta jurang pemisah di antara DAP dan PAS dengan sekali lagi membangkitkan isu hudud hari ini. Anda boleh membaca beritanya di bawah...

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin



Bernama dan Utusan Malaysia masih cuba untuk mencipta jurang pemisah di antara DAP dan PAS dengan sekali lagi membangkitkan isu hudud hari ini. Anda boleh membaca beritanya di bawah.

Saya rasa, selepas kegagalan perhimpunan sejuta umat Sabtu lalu, mereka sedar bahawa isu murtad tidak diterima seperti yang mereka harapkan, jadi mereka perlu berbalik semula kepada isu hudud dan sekali lagi cuba untuk mewujudkan konflik di antara DAP dan PAS.

Bernama dan Utusan Malaysia sengaja menggelarkan kerajaan Pulau Pinang sebagai 'Kerajaan DAP Pulau Pinang' dan ini menunjukkan ia satu laporan yang terpesong. Mereka mahu orang Melayu fikir bahawa Pulau Pinang telah 'hilang' kepada orang Cina atau pun DAP (yang lebih merujuk kepada orang Cina) yang berkuasa di Pulau Pinang.

Ringkasnya, DAP yang memerintah di Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat, dan ianya kerajaan orang Cina bukannya kerajaan berbilang bangsa.

Bangsa dan agama adalah elemen senjata yang mujarab. Dengan melemparkan isu 'tidak menghormati Raja-raja' atau 'menghina Raja-raja' bersama elemen-elemen tersebut, kita akan mendapat bahan letupan yang menakjubkan dan ia dipanggil program 3R.

Semestinya, 3R akan berhasil jika disempurnakan dengan baik. Isu bangsa (race), agama (religion) dan Raja-raja Melayu (Rulers) boleh menjadikan orang Melayu naik amuk jika mereka percaya yang 3 perkara ini diserang atau dihina oleh bangsa lain. Dan itulah apa yang media Kerajaan dan media-media yang dikawal oleh Kerajaan sedang usahakan.


Baca selebihnya di http://m2daybm.blogspot.com/2011/10/mencipta-jurang-pemisah.html


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Tiada ulasan: