Rabu, 23 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


Penyokong hilang: Hanya salah faham

Posted: 23 Nov 2011 02:00 PM PST



KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.
Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

"Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.


"Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja," katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

"Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.

"Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta," katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA

Posted: 23 Nov 2011 06:47 AM PST



KUMPULAN A


OMAN 2 - 0 SAUDI ARABIA (22/11/11)


QATAR 1 - 1 KOREA SELATAN (22/11/11)


KUMPULAN B (22/11/11)


IRAQ 0 - 0 AUSTRALIA (22/11/11)


UAE 0 - 0 UZBEKISTAN (22/11/11)



KUMPULAN C


MALAYSIA 0 - 2 SYRIA


BAHRAIN 0 - 2 JAPAN (22/11/11)





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ASALKAN UMNO,LEMBU PUN BOLEH DUDUK DI KONDO

Posted: 23 Nov 2011 04:00 AM PST



DEY MACHA!!!
LEMBU UMNO BOLEH HIDUP MEWAH
BOLEH DUDUK DI KONDOMINIUM
KAH! KAH! KAH!

BILAKAH UMNO NAK MEMBELA MELAYU MISKIN?
SLOGAN BERJUANG UNTUK AGAMA BANGSA
SEMUA TIPU BELAKA
BERJUANG HANYA UNTUK SEDARA MARA DAN KRONI
KAH! KAH! KAH!


Penternak lembu: Beri kami dana RM250 juta juga

Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor mencabar kerajaan BN menyediakan dana RM250 juta kepada ahli-ahlinya bagi membuktikan bahawa mereka mampu memanfatkan wang itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.

NONEPengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.

"Ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun," katanya kepada akhbar itu.

Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.

azlan"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.

"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya.-MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NYAWA 50 PELAJAR TAHFIZ TERANCAM

Posted: 23 Nov 2011 01:00 AM PST


NYAWA lebih 50 pelajar-pelajar tahfiz dan makmum Masjid Bandar Kota Kinabalu bakal terancam apabila masjid itu yang terletak di lereng bukit dan turut menempatkan asrama serta tempat pengajian mereka, tanahnya runtuh malam pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, hujan lebat sejak lebih dua jam sebelum itu menyebabkan bahagian dapur asrama itu runtuh dibawa arus deras air.

Kini asrama mereka seperti berada di hujung tanduk apabila ia betul-betul terletak di tepi runtuhan tanah itu yang pada bila-bila masa boleh runtuh sekiranya hujan lebat sekali lagi turun.

Sekiranya ia berlaku, bukan sahaja nyawa pelajar-pelajar berkenaan diancam maut tetapi ia turut akan membahayakan beberapa buah rumah dan kedai yang berada di tepi lereng bukit itu.

Langkah drastik perlu segera dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, Selangor Mei lalu, kembali terjadi di Sabah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang melawat masjid itu hari ini melahirkan rasa kebimbangannya kerana runtuhan itu agak teruk dan ia boleh bertukar menjadi lebih serius memandangkan keadaan cuaca yang sering hujan sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga pengerusi masjid itu meminta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau keadaan runtuhan itu dan melakukan tindakan segera bagi mengelak ia menjadi lebih serius hingga boleh mengorbankan nyawa.

"Saya harap pihak Jabatan Kerja Raya melihat keadaan runtuhan ini termasuk segera bertindak bagi mengawal runtuhan ini supaya tidak merebak, ia amat penting sebagai tindakan jangka pendek sebelum langkah susulan dilakukan.

"Jangan apabila adanya nyawa terkorban baru hendak bertindak, apabila ia berlaku, segalanya sudah terlambat," katanya yang meminta pihak pengurusan Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran As-Syatibiyah masjid itu memantau dan mengawal pergerakan pelajarnya seramai 55 orang itu.

Masjid ini sebenarnya sedang dalam proses pembaikan berperingkat beberapa bahagian bangunan yang uzur setelah diluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu.

Tambah Lajim, sekiranya keadaan runtuhan itu semakin serius, pihaknya akan memindahkan kesemua pelajar itu ke asrama dan pusat pengajian sementara di ibu pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

Ditanya mengenai kos kerugian, beliau berkata, kos dapur itu dianggarkan hanya beberapa ribu sahaja tetapi sekiranya kesemua bangunan itu runtuh, ia boleh menelan sehingga ratusan ribu.

sabahkini


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NAJIB FLIP-FLOP

Posted: 22 Nov 2011 10:00 PM PST


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini."Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara.

Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

"Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

"Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun)," ujarnya.

Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Guan Eng.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DAGING BABI DITUKAR JADI DAGING LEMBU

Posted: 22 Nov 2011 07:00 PM PST


Dulu kecoh dengan telor tiruan yang dikatakan berasal dari china…dan sekarang ada pulak resipi terbaru..daging tiruan,Jabatan industri dan perdagangan China baru-baru ini telah menemui “ekstrak daging lembu” iaitu aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu hanya mengambil masa selama 90 minit!!!


Produk “ajaib” ini telah menjadi sangat popular di Restoran China kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh negeri, terutama kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi.daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan,  beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter “ekstrak daging lembu”yang berharga 45 yuanuntuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.


















Apa lagila yang China xleh tiru..dulu telor tiruan, sekarang daging tiruan pulak..harap janganla masuk kat Malaysia…huhuhu
[Dipetik dari-odditycentral]

nescafeais


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PEMAIN DAPAT HABUAN SEORANG RM30K?

Posted: 22 Nov 2011 03:59 PM PST

Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang mengekalkan pingat emas Sukan SEA  akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin malam tadi."Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden FAM  Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya dipetik Bernama Online.Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.Indonesia muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA kali ini dengan 182 pingat emas manakala Malaysia di tempat keempat dengan 59 emas.Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana."Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Beliau berkata setakat semalam penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: