Rabu, 23 November 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KESIAN TAK ADA YANG AMBIL POT

Posted: 23 Nov 2011 07:26 PM PST


RATU CANTIK: PANDANG SERIUS KEPUTUSAN MAJLIS FATWA
- meloya

KOTA KINABALU 23 Nov. - Pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara diminta memandang serius keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik dengan menguatkuasakan fatwa berkenaan di negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, bagaimanapun pihaknya menghormati apa sahaja keputusan kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Banyak negeri sudah pun mengambil fatwa kebangsaan ini dikuatkuasakan di negeri berkenaan cuma pelaksanaannya kita belum dapat.

"Kalau ada bersesuaian mereka buat pindaan dan setelah proses tersebut digazetkan baru boleh dikuatkuasakan," katanya.

Baru-baru ini lima wanita Islam telah menyertai pertandingan Miss Borneo 2011 di Sarawak meskipun sudah diberi kaunseling oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Ekoran itu Penganjur Miss Borneo 2011 menyatakan mereka tidak berniat untuk melanggar peraturan malah, tiada pengharaman dikuatkuasakan pada masa ini terhadap penyertaan peserta beragama Islam dalam pertandingan ratu cantik di Sarawak.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah...KESIAN TAK ADA SESIAPA AMBIL POT.... kah kah kah..

kah kah kah..NAMPAKNYA KENA KELUAR SATU LAGI FATWA.... kah kah kah..

woit....KENA KELUARKAN LAAA FATWA UNTUK PANDANG SERIUS FATWA.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU FATAW YANG INI PUN TAK ADA YANG PANDANG SERIUS KELUAR LAGI SATU.... kah kah kah..

kah kah kah... PASAL APA TAK ADA YANG PANDANG SERIUS... kah kah kah..

kah kah kah...KERANA BENDA REMEH DAN TEMEH INI BANYAK FATWA.... kah kah kah..

kah kah kah...PEKARA YANG ASAS PENTING.... SENYAP AJE.... kah kah kah..

woit...KENAPA TAK ADA FATWA TENTANG TAHANAN TANPA BICARA?.... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK ADA FATWA TENTANG RASUAH ?..... kah kah kah..

kah kah kah... MANA ADA FATWA TENTANG KOMISEN BELI KAPAL SELAM?.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA FATWA TENTANG BUNUH MODEL DARI MONGOLIA....kah kah kah




FATWA YANG INI LAGI CUN KAH KAH KAH




NOTA:
tak lama lagi
pasti akan keluar fatwa
yang mengharamkan pengunaaa perkataa fatwa
dan lagu s.affendy ini
akan di haramkam
kerana fatwa s. effendy belum ada cap jakim
kah kah kah


SATU LAGI PROGRAM MELAWAN MALAM SABTU INI

Posted: 23 Nov 2011 05:37 PM PST





DARI MUKA BUKU PYANHABIB RAHMAN


Solidariti seniman dan sup lembu:

PROGRAM Solidariti Seniman kali kedua di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak akan berlangsung pada Sabtu, 26 November ini. Acara bermula pukul 4.45 petang dengan bicara buku puisi Kampung Warisan KL.

Manakala pada pukul 9 malam akan berlangsung acara puisi, lagu-lagu puisi, teater pendek dan komidi berdiri atau apa sahaja daripada anda yang ingin turut serta.
Seekor lembu turut diqorbankan pada Solidariti Seniman kali ini.

Dan, anda dijemput hadir dan sama-sama berkenduri sup lembu!






NOTA:
satu lagi kampong akan tergadai
ini kampong banda dalam
kampong yang telah didiami
oleh penduduk sebelum kuala lumpur
sebelum yap ah loy
sebelum yap kwang seng

kampong ini menjadi impian
para cukong dan kroni gerombolan

malam ini ini solidariti
anak anak muda dan para seniman
dan para penyokong yang ingin bersetia kawan
dengan penduduk kampong banda dalam

semua dijemput datang
ini program melawan
shaer adalah shaer melawan
sajak adalah sajak melawan
lagu dan puisi adalah lagu dan puisi melawan

yang bodek
yang membodek sila jangan datang!


JANGAN LUPA DAN BERSEDIA

SURAT YANG TIDAK DI SUNAT

Posted: 23 Nov 2011 10:08 AM PST




BERAPA KALI KENA SUNAT LAGI






SURAT DARI PEMBACA

suara keadilan da jdi cm utusan.hahaaa
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/24/11

apa yg aku cube sampaikan pada pak cik bkn lah niat aku membodek..aku cube myampaikan isi hati aku..banyak tulisan pak cik tntg politik,ekonomi sosial yg aku bace telah banyak meubah sudut pandangan aku..apa yg aku nantikan dari sudut pandanagn pak cik adalah tentang reformasi agama islam yg di bawa oleh afghani,muhd abduh dan iqbal awl 90 an...idea2 yg mereka bawa tidak terlihat di malaysia pada abad ini..untuk aku,sudut pandangan pak cik antara yg tpenting untuk mencabar pandangan aku tentang ajaran islam sebenar.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/24/11

aku tekejut dalam ketawa...sudah dua kali tulisan pak cik dipotong..apa punyer tur?haha...
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/24/11

isham ko masuk bertanding lah PRU 13 nanti atas tiket BEBAS.Ada harapan menang ni.Nanti dalam parlimen boleh duduk sebelah ibrahim Ali katak,zul nordin pejuang agama terbilang (itu pun kalau mereka menang lagi)
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/24/11

TT, jangan bimbang.Orang dari dulu tak yakin dengan PKR, tapi kami dari Permatang Pauh adalah manusia yang kebal. Tentera kami adalah untuk mempastikan gerombolan tidak dapat bangun lagi dan menobatkan Anwar sebagai PM, biar apa orang kata kami lebih mengenali Anwar dari seluruh rakyat Malaysia. Bila orang menibai Anwar dan PKR, kami disini tersenyum saja, sebab kami tahu rakyat Malaysia semua dah jadi lembu macam gerombolan.Kah..Kah..Kah.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Salam waghis, den setuju dengan ekau. hanya retorik ajoooo mereko ni. tengok apo dah jadi dengan kg baru, ramai ahli pakatan kek parlimen tak datang. Menciiirittttttttttt lobehhhhhh lahhh depo2 niii. Elok bonor nuar masuk balik penjaro. Cilakoooo dan Hampehhhh hampehhhh botullll
By Zabri Mokhtar on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Salam waghis, den setuju dengan ekau. hanya retorik ajoooo mereko ni. tengok apo dah jadi dengan kg baru, ramai ahli pakatan kek parlimen tak datang. Menciiirittttttttttt lobehhhhhh lahhh depo2 niii. Elok bonor nuar masuk balik penjaro. Cilakoooo dan Hampehhhh hampehhhh botullll
By Zabri Mokhtar on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

udah ku telek2... udah ku renung2... adat kebiasaan akan diulang, kerana malaysia tidak mampu keluar dari perangai bodek, bercakap bohong, puji memuji, angguk mengangguk... siapa berani melawan arus akan digelar pembelot... wlau pun perkara benar yg ingin disampaikan... selamat berbaju batik berlengan panjang... dan selamat berperut gendut... dan bagi anak muda yg mabuk kuasa, selamat kebeliaan....
By Lang on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Tidakkah PKR mengambil kira pemerhatian TT tentang adanya fenomena anak muda yang sibuk nak menawar diri itu? PKR harus berjaga-jaga anak muda seperti Saiful al-Jubur telah berjaya sibuk nak tolong AI tetapi dia yang sanggup menjadi cerita yang dia diliwat dan membuat AI terperangkap dalam satu suasana yang melelahkan. Nanti anak muda itu, katakan diberi peluang menjadi YB, tetapi kelak akan membuat kecoh/huru-hara dalam banyak bentuk.

PKR mesti ingat UMNO akan pasang banyak jerat dalam PKR sebagai persiapan untuk menhancurkan PKR. Jerat-jerat itu ramai yang tak nampak melainkan orang tertentu seperti TT. Lihat jerat sebelum ini seperti malaon Zul Bisul, Zahrain Obes, Gopala Gila dan Zaid Benggong antaranya, mula-mula berapi-api kemudian tu jadi pengkhianat PKR.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Will power untuk menjauhkan diri dari budaya Gerombolan tidak hadir di kalang majoriti ahli PKR sebab asal-usul mereka adalah dari sana.
By IbnAbdHalim on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

editor SK dah mula membodek kot? mungkin dia dok intai kerusi gombak? kah kah kah
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Sedih baca tulisan miker. Yong dapat rasekan trend ini berlaku dlam keadilan bila chegubard kalah dengan sapa namatu yang rajin buat laporan polis...Hahaha ramai dinosaur pengampunathus sedang angan2 nak cari tempat selamat.
By Yong on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

DUIT ADALAH RAJA SEGALA KEJAHATAN. Yang angan angan siang malam nak ada kuasa, nak jadi YB ni semua jenis manusia tak berpendirian, tak bermaruah, tak reti malu, muka setebal kulit. Manusia yang bole dibeli, boleh ubah pendirian dengan sekelip mata. Asia, orang Asia. Maaf tapi ini kenyataan.

Take a step back, terima. Jangan taksub nak cerminkan luaran, external sahaja. Yang dalaman lagi penting. Tengok saja perlawanan bola baru ni, macam berperang kena naik kereta kebal. Padang kucar kacir. Memalukan. Sepatutnya TT boleh menulis apa saja. Tak harus dipotong. APA GUNANYA? Apa gunanya penerbitan ^ cetakan sekiranya hanya untuk satu pihak? Mana kebebasan bersuara sepenuhnya. Fuck laaaaaaaa.
By ho on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Aduhai TT. Dunia ini adalah diwariskan kepada generasi muda. Biarkan mereka menjadi pemimpin sementara yang tua menjadi penasihat. Kalau nak harap kan orang tua (saluran 1 dan 2), pemimpin UMNO tutuh puki anak perempuan dan bini mereka pun, tetap mereka akan sokong UMNO juga..... sampai ke liang lahat.
By 1Crony on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Mana patut hentam kita hentam... Tapi jangan hang jadi macam Mat Ezam dengan Zul Nordin dah ler Kah Kah Kah
By Deadpool on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

allahuakbar3x!cayalah tt..wa tabik springggg!kah3x!!!
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

saya buat kesimpulan: 1. PKR ingin menggunakan anak-anak muda sebagai calon tetapi takut pada pengaruh anak-anak muda itu. Takut sekiranya yang menjadi calon itu digugurkan, ia akan mempengaruhi ramai anak-anak muda tidak menyokong PKR. 2. PKR kekurangan calon sehingga terpaksa menyuapkan retorik kepada anak-anak muda hanya menjadi calon, ia akan menjadi perjuangan. 3.

TT kecewa perjuangan jalanraya semakin dipinggirkan PKR kerana PKR menggalakkan anak muda menjadi calon dan bukannya mengerti erti perjuangan. 4. Suara Keadilan benar-benar berusaha untuk tidak mahu mengaitkan anwar dengan penjara. 5. Anwar benar-benar tidak mahu ke penjara walaupun kita semua tahu, dia benar atau tidak, dia tetap ke penjara.
By Pro_Revolusi on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

karangan ko dah lebih had jumlah perkataan tu. tu pasal la yang hujung tu kena potong. hahaha
By DX on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Adalah amat menyedihkan bila ini terjadi.. bila budaya bodek membunga dalam sebuah parti baru yang bercita-cita menumbangkan parti jahil umngok. adakah sebab takut menegur, adakah sebab didalam itu disebut nama anuar.. kebanyakkannya ahli Keadilan adalah bekas parti Umngok, bila datang niat untuk berubah @ merubah mereka memasuki Keadilan,

Tapi mereka terlupa meninggalkan budaya lama @ sudah sebati.... kesiannnn... kalau tak ditegur @ disedarkan, pasti Keadilan = Umngok.... dan rakyat yang menderita, kami pengundi baru, anak muda nak tengok pemimpin yang boleh menerima teguran, yang salah tetap salah, yang patut dihukum mesti dihukum... Kami bukan bodoh.. sebab kami adalah PENILAI....
By Aku Bukan UMNO on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

LINGKUP PAKATAN RAKYAT...HA..HA..HA..LINGKUP...BIAR KEKAL BN...HIDUP MELAYU!!!! KAH..KAH..KAH...
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

TT, suara keadilan tu milik PKR dan ahli2 PKR tu bekas ahli UMNO. Tak ada bezanya kedua2 watak tu tetap membawa watak yang sama. Saya tak pernah percaya sejak PKR ditubuhkan Malaysia akan berubah jika yang memerintah ramai dari ahli PKR. Di antara PKR,PAS n DAP, PAS yg paling layak meneraju Malaysia kerana PAS kurang jahatnya berbanding dua parti tu.
By luv_ima on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

aku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

aku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

aku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Saya mendoakan agar apabila PR dapat mengambil alih Putrajaya pada PRU13 nanti agar hubungan dengan negara Republik Islam Iran dapat di pereratkan lagi dalam menghadapi hegemoni Amerika Syarikat dan konco2nya.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11


minta maaf cakaplaah aku memang tak beli paper suara keadilan ni...sebab aku rasa mereka terlebih isi kuah dlm pinggan nasi sampai tak lalu nak makan..sebab TT punye tulisan aku baca dlm internet je..budaya membodek pemimpin tu sama macam utusan meloya juga..sebab asal usul org2 ni dulunye 1 parti dgn org yg menulis dlm utusan meloya tu.. fauzighazli - kg sg mulia gombak
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

gud job TT,., ~ptrjya~
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

kesian kat tt...rupanya masih ramai lagi yang tak berapa dapat tangkap apa maksud di sebalik ayat tt yg kena sensored tu. apa pun, umno-bn mesti dihumban dalam pru13 nih.
By Bigfish on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Peringatan paling penting untuk golongan politik muda. Malangnya pesanan ini telah dibisukan.Mungkin juga editor tu "bangang" tak paham maksud tersirat. "nampak perkataan Anwar masuk penjara terus blackout". Ingatlah semua....semua yang berlaku dan tidak berlaku adalah dengan izin Allah jua atas apa yang kita usahakan. Ingatlah manusia itu merancang tetapi perancangan Allah akan mengatasi segala-galanya. Kita perlu bersiap sedia dalam semua keadaan. Jangan kita terlalu bargantung kepada makhluk/manusia.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

Tuan TT, Apa bezanya PKR dan BN?? Bak kata saudara sendiri, macam Pepsi dan Coca Cola. Kalau setakat politik di Malaysia, baik tak payahlah Tuan. Ahli politik Malaysia sgt kurang ilmu pengetahuan berbanding negara-negara lain. Yang mereka nak cuma projek dan kontrek. Oleh itu, marilah kita berterusan dengan jalanraya. Ini lebih tulen. Ini lebih telus.
By Anonymous on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

betul ayat yang dipotong itu adalah isi hati tulisan ini. kesimpulan dari kisah2 di atas terdapat dalam ayat yg telah kena sunat itu. diharapkan tok mudim ayat tersebut membaca blog tt. pasal aku pun nak dia tau, sila tinggalkan la budaya membodek macam united malay organization. apa guna sokong pkr kalau sama saje dgn umngok. apa2 pun, PRU13 nanti aku akan cuba menyumbang kepada kempen ABU. asal bukan umno
By mek on INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT on 11/23/11

MUHYIDDIN BAKAL TENDANG NAJIB

Posted: 23 Nov 2011 09:00 AM PST




TENDANG SEKALI TENDANG




LEBIH INDAH JIKA UMNO DAN PAS JADI SATU PASUKAN : MUHYIDDIN - mSTar

KOTA BAHARU: Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini Rabu.

Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan. –TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... LEBIH MOLEK KALU MUHYIDDIN HUMBANKAN NAJIB.... kah kah kah..

woit...LEBIH BIJAK KALAU MUHYIDDIN TENDANG ROSMAH..... kah kah kah..

kah kah kah.... PAS BUKAN TAK NAK BERSAMA.... YANG JADI PENGHALANG IALAH NAJIB DAN ROSMAH.... kah kah kah

woit... AKAN COMEL LOTE KALAU MUHYIDDIN JADI PERDANA MENTERI.... kah kah kah...

kah kah kah...BUKAN PAS SAJE YANG KAN KERJASAMA.... kah kah kah..

kah kah kah..DAP DAN PKR JUGA AKAN SOKONG DENGAN SYARAT...kah kah kah....

woit... SYARAT APA PULAK.... kah kah kah...

kah kah kah...HANYA SATU SYARAT ...TENDANG NAJIB DAN ROSMAH.... kah kah kah


BAKAL PM MALAYSIA






NOTA:

muhyiddin sempoi
muhyiddin lebih slim dari bik mama
isteri muhyiddin slim dari rosmah mansor
malaysia selamat dibawah muhyiddin
kah kah kah


INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT

Posted: 22 Nov 2011 09:58 PM PST




NOTA:

ini tulisan terbaru
yang sedang disiarkan
dalam suara keadilan
ini akhbar mingguan
parti keadlian rakyat

saya bukan ahli parti
saya menulis untuk
mengembangkan demokrasi

apa yang telah berlaku dalam
tulisan ini ialah:


ayat akhir - yang saya hitamkan-
telah dipotong
- untuk saya inilah
ayat yang paling penting untuk
merumus apa yang saya fikirkan
melupuskan ayat ini bermakna
melupuskan isi hati tulisan saya ini
tulisan sebagai satu kerja seni
memiliki isi hati
tulisan tanpa rasa hati
adalahb tulisan tidak jujur

saya tidak pernah menulis
pekara yang tidak saya yakini

dalam masa yang sama saya pulangkan
isu ini kepada para pembaca untuk
menilai apakah - ayat itu wajib dipotong
atau tidak harus dipotong

apa yang tuan taun baca ini
adalah integeral
tidak disunat
malah ada banyak salah ejaan
yang menjadi syle tukar tiub

selamat membaca
dan sila fikirlah masa
hadapan kita bersama parti keadilan rakyat
adakah media akan bebas atau terus membodek!


INI DINAMAKAN BERSUNAT





SELAMAT BERKUMPUL DAN BERBINCANG

Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan berkumpul untuk berkongres. Kali ini saya difahamkam di Johor. Wilayah ini sengaja dipilih kerana Johor ialah kubu kuat musuh. Saya rasa pemilihan ini cukup tepat. Sekali sekala gerombolan musuh ini wajib diserang dari dalam bilik tidor mereka sendiri.

Kerana bukan ahli parti, saya hanya berlapang untuk mengikuti tiga kongress tahunan PKR. Tiga kongress yang saya ikuti ini adalah tiga wilayah yang berbeza tempat, berbeza iklim dan suasana politik. Di Ipoh – didalam Tok Pekong , di Kuala Lumpur di Hotel Istana dan di Kota Bahru – dalam bangunan yang indah lagi empok.

Saya juga turut serta campur ketika merancang program pelancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dahulu. Pelancaran pergabungan untuk meresmi dan merayakan kelahiran Parti Keadilan Rakyat. Babak bersejarah ini dijalankan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur.

Dihari pelancaran itu saya merasakan suasananya tidak bagitu gah. Ini kerana dari pemahaman politik – saya anggap pergabungan ini adalah penggalangan barisan bersatu untuk membuka jalan ke arah Demokrasi Baru. Saya agak kecewa apabila ternampak masih banyak kerusi kosong di dalam dewan. Hari ini saya berani berkata yang datang pada hari itu adalah penyokong setia Anwar Ibrahim yang kebanyakan ialah Mak Cik Mak Cik. Mereka merasa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah dizalimi. Kumpulan kedua terbanyak ialah penyokong setia gerakan Reformasi Jalan Raya. Ini kerana mereka mahu meneruskan gerakan politik di jalan raya untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Wajib dicatitkan dalam sejarah bahawa ada dua kumpulan yang tidak bersetuju dan selesa dengan pergabungan. Kumpulan yang tidak bersetuju ini memiliki hujah politik masing-masing.

Ada kumpulan yang tidak meminati Parti Rakyat yang dianggap kiri dan merah. Ada juga yang menganggap parti Keadilan Nasional hanyalah serpihan dari gerombolan United Malay National Organisation. Malah Anwar dengan geng gerombolan United Malay National Organisation akan meninggalkan PKR bila keadaan dan suasana politik baru muncul.

Pada hemat saya , menganggap anggota Parti Keadilan Nasional sebagai serpihan gerombolan adalah fakta yang amat tepat. Menganggap Parti Rakyat memiliki lengok kiri juga agak tepat. Tetapi menuduh PRM sebagai merah agak keterlaluan. Ini samalah seperti berhujah bahawa Mawi ini sama setaraf dengan Bob Dylan. Atau menganggap Zainal Kling itu setaraf dengan Noam Chomsky. Ini anggapan yang amat meleset. Kenyataan ini bukan propaganda. Ini kenyataan bodoh.

Kemudian mari kita beralih ke Tok Pekong di Ipoh Perak. Untuk saya Kongress PKR di Ipoh ini adalah kongress yang bersejarah. Ini adalah kongress pertama sesudah pergabungan. Kongress ini amat kritikal kerana masih ada saki baki dan bengolan-bengolan yang menentang pergabungan menjalar liar didalam parti. Tungggul tunggul yang menentang pergabungan ini masih mencuba ' last kopek' mereka. Di Ipoh bengolan dan tunggul-tunggul ini ditewaskan sekali lagi. PKR sesudah kongress di Ipoh dilihat semakin mantap. Di kongress ini juga Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya muncul sesudah dia dibebaskan dari penjara.

Kemudian Kongress Seremban dan di Pulau Pinang. Saya tidak ambil pot. Saya kembali mengikuti Kongress Hotel Istana di Kuala Lumpur. Kongress ini sebelum piliharaya umum 2008. Ketika ini hanya Wan Azizah seorang sahaja yang menang di Permatang Pauh – YB yang lain telah kaput. Malah ketika kongress ini dijalankan ramai juga yang telah mula menjauhkan diri dari PKR.

Saya masih ingat lagi di sesi penutup di Hotel Istana, Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini parti akan cuba menyediakan dana untuk duit cekeram bakal calon. Ini dapat tepokan gemuruh. Yang lainnya saya tak ingat. Mungkin tidak apa yang penting lahir dari kongress ini.

Kemudian Anwar berhijrah ke Amerika. Lalu timbul kesah kesah dari Haji Desas dan Lebai Desus yang berceloteh mengatakan bahwa Anwar sebenarnya sedang menunggu masa untuk dipanggil kembali memimpin United Malay National Organisation. Ketika ini Wan Azizah bersaorangan di Parlimen. Saya perhatikan bahawa ombak jalan raya telah mundur, ombak melawan juga telah kendur malah semakin ramai yang mula mengundur diri.

Anak anak muda yang dulunya hebat di jalan telah jatuh cinta dan ingin berumah tangga. Yang telah kahwin kini menjadi ayah dan ibu. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kini ingin memulakan penghidupan baru. Sayugia diingati, untuk saya mereka bukan meninggalkan perjuangan tetapi tidak lagi menjadi barisan hadapan.

Justeru, jangan silap tafsir mereka yang mengundur ini bukan seperti watak yang lari dengan kotak-kotak. Atau yang lari kerana kurang kaseh sayang. Yang lari dengan kota-kotak ini adalah langau dan lalat. Mereka keluar berbondong-bondong meninggalkan PKR untuk kembali berkumpul menghidu taik dan bangkai dengan harapan mendapat projek dan kontrek.


Kemudian Anwar Ibrahim pulang dari Amerika untuk aktif sekali lagi. Anwar Ibrahim yang telah bebas semenjak 2003 kini telah menjadi propagandis yang ampuh untuk PKR. Ceramah dan rapat-rapat Anwar dikatakan sebagai lautan manusia. Dimana sahaja Anwar berceramah beribu-ribu warga datang mendengar. Ini 'hadis-hadis ' yang saya dengar tentang Anwar Ibrahim dari Tok Perawi yang saya anggap berat sebelah.

Untuk mensahehkan 'hadis' ini saya telah pergi melihat satu ceramah Anwar di Telok Intan. Pada malam itu saya melihat lebih dari 15 ribu warga telah turun mendengar ceramah Anwar. Ceramah malam itu cukup hebat. Bukan orang Melayu sahaja yang datang. Ada dua tiga kerat Apek berseluar pendek dan Amoi cun kelihatan dalam padang ceramah. Untuk saya ini adalah pertanda baik. Ombak rakyat telah mula bergelora sekali lagi walau pun tidak sehebat zaman Reformasi. Saya tersenyum puas kerana Anwar Ibrahim telah menghuru harakan kestabilan katil empok United Malay National Organisation.

Semakin dekat pilihanraya semakin kuat ombak rakyat. Saya mula melihat bahawa satu ledakan akan berlaku. Kali terakhir sebelum PRU12 saya telah datang ke satu ceramah Anwar di Badar Tun Razak. Di ceramah ini untuk pertama kalinya saya melihat kehadiran warga China dan India dalam ceramah dengan ramai.

Betul. Tepat. PR12 teklah membawa ledakan. Justeru saya memaksa diri untuk wajib hadir di Kongres PKR di Kota Bahru. Saya ingin merakam susana PKR sesudah PRU12. Saheh – saya katakan kongress di Kota Bahru ini adalah kongress kemenangan. Saya melihat muka muka lama muncul kembali. Saya tak sangka rupa-rupa ramai juga Datuk Datuk ori dan Datuk Datuk beli yang mula merapati PKR. Di Kota Bahru saya mula melihat jantan gemok berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang semakin ramai datang. Saya juga mula melihat muka-muka 'towkay' dan 'bakal towkay' bersiar-siar menunjukkan muka dan bersalaman seperti mereka baru pulang dari Mekah.

Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini agak sinis. Tetapi lebih baik saya menulis dengan jujur. Seribu tahun dari hari ini anak cucu ciit kita akan melihat kembali jalur pensejarahan kita sesama kita. Cuci cicit kita akan menilai dimana kita betul dan dimana kita salah. Ini untuk tauladan atau sempadan buat mereka

Ingin saya ingatkan untuk yang akan dan sedang berkongress di Johor bahawa jangan sesekali lupa bahawa PKR memiliki tradisi politik jalan raya. Sejarah Parti Keadilan Rakyat adalah sejarah jalan raya . Parti Keadilan Rakyat bunting, lahir dan dibidani diatas jalan raya. Malah disini ingin saya ingatkan bahawa kemenangan pada 8 March 2008 dahulu adalah hasil gerakan dan ombak jalan raya.

Jangan lupa sebelum PRU 12 – para peguam telah turun ke jalan raya. Jangan lupa sebelum PRU 12 Bersih telah turun ke jalan raya. Dan ombak yang paling besar ialah ombak jalan raya yang dibawa oleh Hindraf. Ombak-ombak inilah yang menenggelamkam hegemoni United Malay National Organisation pada PRU12.

Untuk mereka yang kurang arif dalam politik jalan raya biar saya beri kuliah pendek disini. Politik jalan raya ini adalah politik yang paling demokratik. Hanya jalan raya sahaja yang berkeupayaan membuka ruang demokrasi untuk pengdemokrasian yang lebih kuas . Revolusi Peranchis 1789 dibuka dengan politik jalan raya. Revolusi Amerika 1776 mengembang melalui politik jalan raya. Revolusi Bolshevik 1917, Revolusi Tiongkok 1949, Revolusi Iran 1979 – adalah contoh dimana jalan raya telah membuka ruang demokrasi.

Kali ini Kongress PKR di Johor pasti akan menjadi besi berani yang akan menarik datang segala macam jenis manusia dan orang. Segala jenis macam doktor dan bomoh. Dari Doktor Batu, ke Doktor Kambing dan Doktor Ayam yang akan datang berkongress. Kongress ini juga ialah masa terbaik untuk jantan berperut gendut dengan batik lengan panjang untuk mencium tangan pemimpin dengan harapan akan mendapat kerusi pencalonan. Di kongress ini juga akan dilihat Pak Angguk dan Pak Bodek bermain sandiwara untuk dilihat bijak dan pandai.

Saya berani berkata sedemikian – bukan kerana saya ingin membuat onar – atau saya berkempen untuk menjadi calon di Gombak. Saya berkata sedemikian kerana saya telah melihat tiga bulan kebelakangan ini dibeberapa forum terbuka telah mula dihadiri oleh muka yang 'bukan-bukan' terutama jika ada pemimpin parti hadir sama. Muka yang 'bukan-bukan' ini ada yang datang dengan baju batik berlengan panjang dan ada yang berjaket dan berdasi. Malah muka yang 'bukan-bukan' ini telah bangun menunjukkan diri dengan 'soalan yang bukan-bukan' juga.

Saya menjadi tidak jujur kalau saya juga tidak menulis bahawa kongres di Johor ini nanti akan memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena 'ganjil' anak anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah pejuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Kali ini – dari pemerhatian saya - telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja – termasuk membodek dan tidak berani bercakap benar – asalkan dapat menjadi calon. Jika anak anak muda mula dibungkus dengan budaya 'ingin jadi yb' sebagai matlamat perjuangan maka menegak keadilan hanya retorik. Jika ini menjadi budaya – sekali lagi Anwar masuk penjara mungkin ada hikmahnya.

Selamat berkongress.
( TT)

APA MAKNA UNDANG UNDANG BARU INI

Posted: 22 Nov 2011 09:15 PM PST




SARTON DARI SEPANYOL





AKTA PERHIMPUNAN AMAN USAHA BN SEKAT KEBEBASAN – mkini

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

SATU JAWAPAN : LAWAN



POLIS DIBERI KUASA LEBIH SEKAT PERHIMPUNAN - mkini

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.


RUU HIMPUNAN AMAN MENYALAHI PERLEMBAGAAN : keadilan daily

Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksi terhadap pembentangan rang undang-undang itu yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aziz di Parlimen pagi tadi.

"Rang undang-undang ini membuatkan hak rakyat untuk berhimpun tidak bermakna langsung, dan ia secara terang-terangan menyalahi Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan," kata Surendran.

Bercakap lanjut, Surendran berkata, butiran rang undang-undang itu menjelaskan niat sebenar perdana menteri, Datuk Seri Najib dan kerajaannya untuk menyukarkan rakyat berhimpun.

"(Jika ia diluluskan), kita lebih teruk berbanding peruntukan Akta Polis 1967," kata Surendran.


ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN








KOMENTAR TUKAR TIUB

setelah bersih satu
satelah peguam turun ke jalan raya
satelah anak mahasiswa berdemo di uia
satelah hindraf buat aksi massa
satelah bersih dua ampoh
maka inilah jawapan gerombolan united malay national organisation

ini kerana setelah
di mesir di bahrain di moroko
di tunisia di athens di new york
di paris di london di seatle
di chicago di milan di roma
anak anak muda turun ke jalan raya

mentarifkan undang undang ini sebagai menyekat kebebasan
adalah kenyataan betul tapi tidak tepat apabila
mentakrifkan undang undang baru ini ditakrif sebagai melangghar perlembagan betul tetapi tidak tepat

pembacaan yang tepat ialah:

UNDANG UNDANG INI DI BUAT UNTUK MEMASTIKAN
UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION TERUS BERKUASA


di tehran ahmad reza pahlavi raja segala raja
membuat undang undang last kopek ini pada tahun 1979
di congo mobuto seko seko membuat undang undang yang sama
di tunisia di mesir undang undang ini dikahwin dengan undang undang darurat
di moscow sebelum tembok berlin jatuh warga eropah timur
dihantui oleh udang undang ini

untuk yang gila kuasa
untuk yang gila wang ringgit
untuk yang gila glamour
untuk yang gilakan permata dan berlian
yakinlah tidak ada satu pun undang undang
yang dapat menyekat rakyat yang bangun melawan kezaliman
yakinlah tidak ada satu akta yang dapat menghalang rakyat
yang bagun untuk menegaklkan keadilan

anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!


BERITA AMAT PELIK

Posted: 22 Nov 2011 08:35 PM PST



BERITA SEDIH TAPI AMAT PELIK



ANGGOTA POLIS TERBUNUH DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran Pusat Beli Belah Mid Valley Megamall di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 6.40 pagi itu, Md Nor Shukor, 57, yang bertugas di Cawangan Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat.

Mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang menimpa anggotanya supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Pihak kami menyerahkan siasatan kepada Polis Trafik Kuala Lumpur dan sehingga kini mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari," katanya.

NOTA:
al-fatihah dan segala simpati kita sampaikan
kepada keluarga yang malang

tetapi
cuba baca sekali lagi berita ini
inilah contoh laporan berita oleh wartawan
akhbar arus perdana di malaysia


persoalan:
adakah yang dilanggar ini berjalan kaki?
adakah menaiki kereta?
adakah menaikai motosikal?

berita ini tidak lengkap
melanggar semua hukuam asas mebuat berita

pemberita cabuk itu satu hal
yang lagi cabuk ialah penyunting berita ini
tak kan tak baca?

lalu timbul persoalan
apakh ini kes bunuh
atau kes langgar lari?

ketua polis minta bantuan orang ramai
tapi maklumat tak lengkap
macam mana orang ramai nak bantu?

ngooook!


SELAM JANGAN TAK SELAM

Posted: 22 Nov 2011 08:15 PM PST




ISLAM DAN KOMISEN KAPAL SELAM






SURAT DARI PEMBACA

bila ketam cuba ajar anak berjalan diibaratkan ibarat hishamudin yang xpercaya agama bercakap tetang agama!!!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kepada semua pembaca & pemberi komen, nak komen tuh ingat2lah yg kita semua akan mati yer... kalau yg tak tahu agama tetapi promote jahiliah mcm "kembali ke Zaman P Ramlee" tuh, awas... anda memegang saham kejahilan & akibatnya... tunggulah kat akhirat nanti...
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

suruh mak dia berbikini kat pantai cherating, jgn kata mat saleh, org melayu pon x stim.... Haha....
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

eik ilang lak komen aku. Hukum tutup aurat ni dah jelas. Ada puak2 yang bangang mintak dibuat fatwa. Depa tu JAHIL MURAKKAB. cuba buat search dgn google sapa orang yang sewaktunya dengannya.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Saya setuju dengan penulis ini sebab dia memang betul kecuali satu perkara. Harussani, Zul Nordin, & Nasruddin bukan seorang ulamak. Mereka ini ALAMAK. Mereka yang cepat mengutuk TT kerana menyiarkan pendapat berbeza memang cetek ilmu pengetahuan & pengalaman.

Hal ehwal agama Islam bukan milik ulamak sahaja. Ianya milik kita semua. Hanya alamak macam Harussani sahaja (yang kerana mereka mahu mengawal setiap tingkah laku umat Islam), mahu umat Islam percaya bahawa hanya alamak yang ditauliahkan oleh JAKIM sahaja yang layak bercakap pasal agama Islam. Orang lain tidak layak dan harus berdiam diri. Mereka berbuat sedemikian supaya mudah nak mereka menyatukan umat Islam Malaysia dibawah tapak kaki si Rajah Gopal.

Mereka ini bukan menyembah Allah. Rajah Gopal yang mereka sembah. Mereka berbuat demikian supaya kamu semua berdiam diri bila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh macam Ibrahim Ali atau remeh temeh macam Hassan Ali. Kita harus merenung mengapa orang asli di dalam See more...
By MUFTI INTERNET on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

haha ulamak-ulamak Malaysia bagusla tak suka tgk aurat. tp Dato' Tan sri Datuk Seri Paduka dan orang2 berkuasa besar suka tengok gadis-gadis pakai-pakaian seksi, ketat,nampak lurah menggiurkan...haha.. tengok la mcm anugerah juara lagu dan apa-apa lagi anugerah... cuba kalau lelaki pakai singlet dan jeans dikatakan tidak beradab... dan tak menghormati majlis.. FAK rol la
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

BODOH BAGHAL BUDAK yang menulis ini. Apabila lblis dimurkai dan ditendang dari syurga kerana tidak mengormati Nabi ADAM A.S maka lBLIS LAKNATULLAH ini termasuk konco-konconya Syaitan,hantu dan segala yang seumpamanya bersumbah 'bahawa akan menyesatkan anak cucu Adam yang berimankan kepada Allah dan Rasul (maknanya orang lslam sahaja). JADI si kafir ini tidaklah DIGODA iblis kerana KAFIR sudah gerenti jadi AHLI NERAKA JAHANAM...inilah bebal kerana tidak mengaji dan menimba ilmu.llmu ini luas kawan....KAMU nak ikut TT ini nak buat apa..dia manusia kecewa sejak demontrasi mahasiswa 1970-an dahulu...PELARIAN yang pulang hampa!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

BODOH BAGHAL BUDAK yang menulis ini. Apabila lblis dimurkai dan ditendang dari syurga kerana tidak mengormati Nabi ADAM A.S maka lBLIS LAKNATULLAH ini termasuk konco-konconya Syaitan,hantu dan segala yang seumpamanya bersumbah 'bahawa akan menyesatkan anak cucu Adam yang berimankan kepada Allah dan Rasul (maknanya orang lslam sahaja). JADI si kafir ini tidaklah DIGODA iblis kerana KAFIR sudah gerenti jadi AHLI NERAKA JAHANAM...inilah bebal kerana tidak mengaji dan menimba ilmu.llmu ini luas kawan....KAMU nak ikut TT ini nak buat apa..dia manusia kecewa sejak demontrasi mahasiswa 1970-an dahulu...PELARIAN yang pulang hampa!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Tahniah bro kerana menyiarkan artikel yang paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Kah kah kah... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan le buat fitnah... Segala dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Dah buat kajian? Ke sekarang ni TT dah bertukar menjadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Tahniah bro kerana menyiarkan artikel yang paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Kah kah kah... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan le buat fitnah... Segala dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Dah buat kajian? Ke sekarang ni TT dah bertukar menjadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Kah kah kah... Artikel paling mengarut yang pernah aku baca kat TT... Tahniah buat TT and the geng... Bro, kalau marah kat ulama kerajaan sekalipun jangan la buat fitnah... Semua dakwaan dalam artikel ni ada bukti ke? Ke TT dah jadi SS? Kah kah kah.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

allahhuakbar!hukum ALLAH yang maha sempurna dan maha adil...!
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11

Mana boleh mcm tu. Yg bab ni aku tak setuju dgn bro isham. Umat Islam harus memantapkan iman kpd Allah. Kalau setakat umat Islam saja tp tak beriman kpd Allah mcm ni la jadi nya... Umpama suruh bukan Islam jgn tgk pompuan sebulan setahun. Lpas tu bagi tgk. Pompuan umur 50 dia duk teringin lagi nak try. Kesimpulan umat harus mantap iman kpd Allah itu saja. Sentiasa beringat larangan Nya.
By Anonymous on ISLAM TINGGAL SELAM on 11/23/11


ANAK MUDA JANGAN LUPA 8 TUNTUTAN INI

SIAPA BUAT KERJA SABOTAJ?

Posted: 22 Nov 2011 07:35 PM PST




ANAK SAPA KAHWIN NI?




ANAK NAJIB LETAK JAWATAN , SAHAM HARVEST COURT JUNAM - minsider

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Najibi, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagaiR Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu.

Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court.

Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online.

Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu.

Dengan penandaan itu, dagangan kaunter itu dibenarkan tetapi perlu membuat bayaran awal sebelum membeli dan baki sekuriti yang tidak terikat sebelum pelupusan dilakukan.

Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40.
Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...SIAPA SABOTAJ INI?.... kah kah kah

woit... TAK SANGKA NAJIB ADA ANAK LAIN.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU NAJIB ADA ANAK LAIN APA MAKNA NYA?... kah kah kah..

kah kah kah... ROSMAH ADA JUGA KE ANAK LAIN?.... kah kah kah..

kah kah kah..KENAPA TAK ADA BERITA?..... kah kah kah


ANAK MUDA BERSEDIA!


Tiada ulasan: