Selasa, 29 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar&Video] Walaupun Nyawa Hampir Melayang, Matador Nekad Terus "Berjuang" di Gelanggang

Posted: 29 Nov 2011 06:45 AM PST



Matador Sepanyol yang buta sebelah mata dan mengalami kecederaan serius di muka kerana ditanduk lembu mengeluarkan  kenyataan bahawa dia akan kembali ke gelanggang selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Juan Jose Padilla mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sesi sidang akhbar selepas enam hari menjalani pembedahan untuk membaiki saraf yang rosak yang menyebabkan bahagian muka sebelah kiri lumpuh.

"Saya tidak mahu simpati peminat," katanya kepada pihak media di Hospital Virgen del Rocio sebelum pulang ke rumah.

"Saya akan ke gelanggang sebagai matador kerana impian saya untuk bertemu dengan peminat." -DCM

Detik kejadian:
Fateful fall: Mr Padilla slips as he turns around from the ball and falls to the floor, giving the bull the chance to strike
Pierced: The bull takes its revenge on Mr Padilla by goring him through his jaw as he lies helplessly on the ground
After: With blood gushing from his face, and his assistants distracting the bull, Mr Padilla is helped from the ring



Video:




P/s: Betullah, sesetengah orang tidak pernah serik atau belajar daripada pengalaman lalu!

Dari satu sudut, kemalangan yang menimpa dirinya itu merupakan balasan atas kekejaman yang telah dilakukannya terhadap binatang. Mungkin selepas ini, nyawanya benar-benar melayang!






Demo Akta Perhimpunan Aman 2011: “Kami bukan antikerajaan atau propembangkang. Kami antiketidakadilan dan antiperkara yang tidak berperlembagaan." - Majlis Peguam

Posted: 29 Nov 2011 06:15 AM PST


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 29 Nov — Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus "mengetuk pintu Parlimen" jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.

"Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Lim bercakap kepada pemberita selepas mengetuai perarakan beratus peguam yang menyertai kempen Walk for Freedom anjuran Majlis Peguam sebagai petanda memproses Rang Undang-undang Perhimpunan Aman digubal pentadbiran Najib.

Beliau bersama sembilan wakil dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan kemudian ke bahagian lobi untuk menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan satu surat rayuan menggesa kesemua wakil rakyat mengundi dengan bijak.

"Kami bukan antikerajaan atau propembangkang. Kami antiketidakadilan dan antiperkara yang tidak berperlembagaan.

"Kami hanya prokeadilan dan prokeluhuran undang-undang. Kami sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan," kata Lim kepada Liew ketika menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Terdahulu, pagi tadi kwasan Taman Tasik Perdana menjadi tumpuan polis dengan beratus peguam bersiap sedia untuk berarak ke bangunan Parlimen untuk mengemukakan memorandum kepada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

Polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram.

Ketika itu Lim menggesa agar diadakan jawatankuasa pilihan khas bagi menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

"Kami telah dirunding oleh Peguam Negara beberapa minggu lalu mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman tetapi versi yang dibentangkan (di Parlimen) sangat berbeza," kata Lim.



P/s: Walaupun ditentang, akta ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan enam pindaan.



Pak Samad: Akta Perhimpunan Aman 2011 ".,,ertinya macam binatang, agak kejam undang-undang ini”

Posted: 29 Nov 2011 05:55 AM PST

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Datuk A. Samad Said mengingatkan pentadbiran Najib agar dengan segera menggugurkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sekiranya tidak mahu berdepan dengan demonstrasi berterusan daripada rakyat negara ini.

Tegas Sasterawan Negara ini, rang undang-undang itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pada masa sama menzalimi rakyat sekiranya dilaksanakan.

Tambah Samad, 76, Perdana Menteri tidak sepatutnya melaksanakan undang-undang yang boleh menyekat kebebasan rakyat.

"Saya memang bantah, saya fikir rang undang-undang itu sebenarnya menyekat orang berhimpun, menyekat orang menyatakan bantahan. Saya kira itu satu undang-undang yang tidak harus dilaksanakan, sama sekali tidak boleh (dilaksanakan).

"Bunyinya agak cantik tapi kesannya amat haiwan...ertinya macam binatang, agak kejam undang-undang ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata "ikon baru politik" selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, sepatutnya dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Putrajaya harus matang dalam menggubal undang-undang baru dan bukan kembali seperti zaman dahulu.

Samad (gambar) juga menyifatkan pelaksanaan rang undang-undang itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah "negara polis".

"Memang saya terkejut sebab saya fikir dengan mansuhnya ISA kita benar-benar bebas unutk menyatakan apa-apa atau berhimpun, undang-undang ini sebenarnya mengikat dan menindas rakyat,

"Ia melanggar salah satu lunas-lunas demokrasi, melanggar hak asasi dan ertinya ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dan saya fikir bantahan berterusan akan berlaku sekiranya ia tidak digugurkan," katanya.

Sebelum ini pemimpin Pakatan Rakyat dan Majlis Peguam mendesak agar Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ditarik balik.

Ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak, Kabinet memutuskan untuk membawa tujuh pindaan ketika ia dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Rang undang-undang itu digubal bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dijadual untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pagi ini.

"Memang ia harus ditarik balik, undang-undang sebegini tidak harus ada. Saya fikir apa yang sedang berlaku ini menuju ke negara polis, jelas sekarang sedang menuju ke sana...akan jadi negara polis yang mana orang memerintah duduk di atas maka akan gunakan polis.

"Ia wajib digugurkan, ini bukan bantahan peguam...peguam buat demonstrasi dulu sebab mereka tahu undang-undang tapi ini bantahan rakyat," kata Samad merujuk perhimpunan aman anjuran Majlis Peguam di Parlimen hari ini.
 
 
P/s: Hidup Pak Samad!


Ribuan Peguam dan Orang Ramai Berhimpun Bantah Akta Perhimpunan Aman 2011

Posted: 28 Nov 2011 09:01 PM PST


Saya petik:
[MK] Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen.

Mereka mematuhi arahan itu.

NONELim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan "hidup rakyat" berulang kali.
12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.
Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.
NONE12:26pm Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka 'Jaringan Malaysia Malaysia' melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata "Balik India" yang mencetuskan rasa kurang senang beberapa orang keturunan India di sini.
12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: "Kami pelindung YB".
12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."
11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!," katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat."
NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan 'boo' para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?"
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM."
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara."
NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa."

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.


Tiada ulasan: