Selasa, 29 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


WIFI PERCUMA DI SELANGOR TAHUN DEPAN

Posted: 29 Nov 2011 02:00 PM PST



Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.

"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.

Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.

"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.

Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BUAT MAKSIAT DALAM KERETA

Posted: 29 Nov 2011 03:26 AM PST


KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

"Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu," katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

"Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

"Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu 'selamat' dan tersorok," katanya.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AJAL DI TEMPAT WUDUK

Posted: 28 Nov 2011 07:10 PM PST


Gambar Hiasan

KULIM: "Pada mulanya saya hanya menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang, tetapi terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dalam keadaan telentang di situ," kata Hishamsul Osman, 42, apabila menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam.

Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa.


Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing.

"Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit.


"Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.


Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.


Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama.


"Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya.

"Ini pertama kali saya melihat mayat mangsa pembunuhan dan tidak sangka keadaan sunyi rupanya petanda perkara buruk berlaku," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi.


Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an.


"Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa.


"Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam).


"Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek," katanya.


Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

HM

Tiada ulasan: