Isnin, 28 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Kantoi Cium Mulut dan Raba Payu Dara di dalam Kereta

Posted: 28 Nov 2011 05:01 AM PST


Saya petik:

[SH] KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

"Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu," katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

"Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

"Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu 'selamat' dan tersorok," katanya.




P/s: Air naik ke kepala!


Isu NFC: Bagaimana Boleh Terjadi "Wang Habis Dikeluarkan, Barulah Perjanjian Ditandatangani"?

Posted: 28 Nov 2011 04:00 AM PST


Saya petik:


Pengurusan Lemah Punca Masalah Projek Kerajaan - PAC

[Mstar] KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu berkata sistem pengurusan yang lemah menjadi punca kepada wujudnya kelemahan terhadap projek-projek kerajaan termasuk kontroversi Pusa tFitlot Negara kendalian National Feedlot Corporation (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata kelemahan sistem yang diguna pakai sekarang ini menimbulkan pelbagai masalah berulang setiap tahun membabitkan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

"PAC dapati ini merupakan petanda bahawa sistem pengurusan kita sendiri ada masalah yang perlu dilihat semula.

"Kita perlu kaji semula adakah cara kendalian kita bersesuaian dengan kehendak semasa," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung isu NFC.

Menurut Azmi, penelitian khusus PAC berhubung isu NFC ialah mengenai aliran kewangan yang disalurkan pada 2008 seperti yang ditegur Laporan Kedua Audit Negara 2010.

"Antara faktor kelemahan ialah berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas.

"Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani.

"Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain," katanya.

Dalam pada itu Azmi berkata, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi mendapatkan penjelasan mengenai kelemahan menguruskan projek kerajaan.

PAC juga akan mendapatkan penjelasan daripada NFC berhubung isu tersebut pada Januari depan.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan pada bulan lalu,pembangkang membuat beberapa dakwaan termasuk penyelewengan peruntukan kerajaan bernilai RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience SdnBhd.

Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Kes pembelian kondominium itu dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia diklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009). 



 P/s: Undang-undang mana yang diikuti oleh mereka? Kalau kita buat pinjaman bank, walapun hanya RM500, kita perlu mengisi borang, menyediakan dokumen lengkap, dan sudah tentu mendapat kelulusan bank, barulah kita dapat wang itu untuk dibelanjakan untuk tujuan tertentu.

Dalam kes ini, wang rakyat bernilai puluhan juta, ratusan juta, dibelanjakan terlebih dahulu sebelum pihak NFC menandatangani perjanjian.

GILA!



[LAWAK] "Saya tiada kena-mengena dengan NFC" - Shahrizat

Posted: 28 Nov 2011 03:30 AM PST


Lawak, lawak, lawak!

Adakah kenyataan ini sebagai langkah untuk mengelakkan diri kena "bantai" dalam Perhimpunan Agong UMCO?

Baca dahulu:

[Bernama] KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita UMNO itu, beliau tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

 
P/s:  Apa yang direpekkan oleh Sharizat dengan mengaitkan pendedahan PR tentang projek NFC dengan Wanita UMCO? Ini taktik mahu menyelamatkan diri!!

Saya tidak mahu komen lagi retorik bodoh untuk membodohkan sesetengah rakyat yang mudah diperbodohkan. Suami dan anak sendiri dapat projek ratusan juta, Sharizat dengan selamba dan mengharapkan orang bodoh mempercayai bahawa dia tidak ada kena-mengena dengan projek itu. Tidur sekatil dengan laki sendiri, takkan tak berbicara langsung soal NFC, tambah-tambah masa mula-mula merancang untuk menyambar projek ini. Ha ha ha ha!

Aduhai!

Harap-harap, orang kuat Wanita UMCO ini tidak mengeluarkan kenyataan "Saya tiada kena-mengena dengan suami saya." Kalau kenyataan ini yang keluar, parah!!! 



Lelaki Kemuka Aduan POPE Tidak Pakai Tali Pinggang Keledar

Posted: 27 Nov 2011 04:31 PM PST



The Local
melaporkan seorang lelaki dari Dortmund, Jerman, telah memfailkan aduan terhadap Pope Benedict XVI kerana tidak memakai tali pinggang kaledar ketika berada di dalam "Popemobile" semasa lawatan beliau ke Jerman.

Johannes Christian Sundermann, peguam dari Unna di North Rhine Westphalia, memfailkan aduan undang-undang terhadap Pope yang dilahirkan di Jerman yang sebelum ini dikenal sebagai Joseph Ratzinger atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar beberapa kali "untuk lebih daripada satu jam pada satu-satu masa," menurut laporan dalam akhbar Rundschau Westfälischen.

Pope didakwa melanggar undang-undang tersebut semasa melawat Freiburg pada akhir bulan September lalu sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Jerman.

Sundermann mewakili lelaki yang tidak dikenal yang menfailkan aduan tersebut. Sebagai bukti, kedua-duanya menawarkan video YouTube dan juga memanggil Ketua Biskop Freiburg, pengerusi Persidangan Bishops Jerman dan Winfried Kretschmann, ahli politik Parti Green yang mengetuai kerajaan negeri di Baden-Württemberg.

Peguam tersebut yang juga ahli parti kiri sosialis, mengambil kes itu selepas beberapa peguam lain menolak. Sundermann dan anak guamnya bukan lagi penganut Gereja Katolik.

Dalam senario kes terburuk, Pope hanya perlu membayar denda antara € 30 (RM126.90) dan € 2,500 (RM10, 581). Walau bagaimanapun, jika Pope menikmati kekebalan diplomatik, tiada "keajaiban" yang dapat membantu  kes ini. - DCM



Tiada ulasan: