DIALOG RAKYAT |
- Umno: Konon transformasi tapi rupanya langkah menutup kemarahan rakyat
- Agihan RM100: Lagak muka tembok pemimpin Umno
- Siapa ancaman kepada orang Melayu?
- Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan sertai KEADILAN
- Lagi bantahan Akta Perhimpunan Aman
- AMK gerakkan demo sebelum Anwar dipenjara
- Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat- Surendran
- Mesej' Shahrizat Tentang Isu NFC Ketika Berucap Di Perhimpunan Agung Umno Nanti
- Perkasa Mahu Umno Terus Kekal Relevan Untuk Bangsa Melayu
- Akta baru hanya gimik jahat Umno BN
- Konsesi: Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat
- Bagaimana masa depan peniaga kecil di Miri
- PRU13: Generasi muda Sabah turut rasai perubahan
- Bersih 3.0 wajar diadakan segera
- Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad
- Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’
- Anwar: Pakatan mantap banding 2008, PRU-13 peluang terbaik tukar BN
- Transformasi politik hanya boleh dicapai jika Umno menang PRU, kata Najib
- Dakwa dihina, Ketua Peneroka Felda beri Isa Samad 14 hari minta maaf
- Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap
- Salah urus, ekonomi dingin boleh hakis ‘kelancaran’ kempen PRU Najib
- Pindaan hanya satu lagi penipuan, BN harus tarik balik Akta Perhimpunan Aman
- Agenda racis Muhyiddin dan Umno - Guan Eng
- Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri
- Guan Eng nafi DAP ancaman kepada Melayu
Umno: Konon transformasi tapi rupanya langkah menutup kemarahan rakyat Posted: 28 Nov 2011 04:28 AM PST Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.
Selepas kegagalan meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, Tuan Ibrahim berkata kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah. "Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya," kata Tuan Ibrahim. Langkah ketiga kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ialah cara Umno cuba meredakan kemarahan mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. "Kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan," kata beliau. Semua langkah mudah yang diambil kerajaan Umno, kata Tuan Ibrahim telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya mereka tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu. "Segala langkah mudah yang diambil Umno hanya bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat. Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini," tegas beliau. Menurut beliau, skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara. "Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan. Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah," saran beliau. | ||
Agihan RM100: Lagak muka tembok pemimpin Umno Posted: 28 Nov 2011 04:15 AM PST WarkahDaily – Depa rasa mak bapak depa punya duit. Tak reti nak beza mana satu hak kerajaan dan mana satu hak parti. Padahal wang RM100 yang diagihkan kepada murid-murid adalah apa yang diumumkan dalam bajet kerajaan, bukannya bajet parti Umno-BN. Beginilah jadinya bila negara dipimpin oleh pengamal politik sempit pemimpin Umno-BN.Padahal apa yang dilakukan Umno-BN itu jelas sekali cuba mempolitikkan pelbagai bidang demi kepentingan politik sempit mereka. Mereka seolah-olah bodoh untuk mengerti mana satu milik parti dan mana satu milik kerajaan. Yang peliknya, kenapa ada juga dikhabarkan agihan bantuan wang RM100 itu melalui pejabat Umno. Dipetik dari Harakahdaily, majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu. "Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut. "Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik. Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar. "Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100," jelasnya lagi. Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak. "Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi. "Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta," katanya. | ||
Siapa ancaman kepada orang Melayu? Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST Oleh Lim Guan Eng Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah "Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian" merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang. Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia. Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walau pun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya sedar bahawa keahlian DAP terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol. Pimpinan UMNO ancaman kepada rakyat
DAP bukan ancaman kepada orang Melayu. Hanya UMNO yang menjadi ancaman, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikap para pemimpinnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, UMNO mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:
Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka. Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal orang Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Perdana Menteri Melayu realiti politik
Dalam politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang. Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu. Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. Jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau Pinang. Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2. Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua Menteri. DAP berjuang untuk semua kaum
Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu. DAP tidak pernah berbuat begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut. Ini jelas dibuktikan apabila 70 peratus daripada kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing. Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing. Tambahan pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka. Secara kebetulan mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang pertama dilantik). Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO. Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi. UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi saya selama 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk mencuri masa depan anak-anak kita. Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita. – Roketkini.com Penulis adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang | ||
Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan sertai KEADILAN Posted: 28 Nov 2011 04:10 AM PST Oleh: Masdar Wahid
JOHOR BAHRU : Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor, Delren Terrente Doughlas mengambil keputusan untuk menyertai KEADILAN selepas kecewa dengan Gerakan dan Barisan Nasional. Delren berkata, penyertaan beliau dalam parti itu kerana yakin dengan reformasi KEADILAN yang memperjuang kesaksamaan untuk setiap kelompok rakyat di negara ini. "Saya juga memutuskan meninggalkan Gerakan kerana hala tuju parti ini kerap ditentukan Umno selain tidak yakin dengan kepimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon," katanya yang turut menyatakan kira-kira 30 bekas anggota Gerakan dari Selangor dan Kedah bakal mengikut langkahnya. Penyertaan beliau itu diumumkan pada awal Muharram dan sebaik selesainya Kongres KEADILAN kali ke lapan yang berlangsung di Johor. Beliau yang merupakan ahli Gerakan sejak 2004 juga menyandang Ketua Cawangan Gerakan DUN Ijok selain Ketua Bahagian Gerakan Kuala Selangor sebelum ini. "Semasa menyatakan hasrat mahu keluar parti, tiada respon dari pimpinan Gerakan kecuali hari ini beberapa pemimpin menghubungi saya termasuk Tsu Koon selepas saya menghantar sms menyatakan hasrat keluar parti," katanya. Sementara itu, Tian Chua mengalu-alukan penyertaan mana-mana individu termasuk Dalren menyertai KEADILAN, kerana parti itu merupakan parti yang menawarkan ruang dan peluang pada semua golongan yang komited pada perjuangan untuk rakyat | ||
Lagi bantahan Akta Perhimpunan Aman Posted: 28 Nov 2011 04:07 AM PST KEADILAN DAILY PULAU PINANG : Sekumpulan lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang bakal diluluskan di Dewan Rakyat. Antara yang menyertai bantahan anjuran Suara Rakyat Malaysia itu ialah beberapa ahli Exco kerajaan negeri dan Adun. Mereka yang hadir termasuk Chow Kon Yeow (DAP-Tanjung), Ng Wei Aik (DAP-Komtar), Jason Ong (KEADILAN-Kebun Bunga) dan pengerusi Yayasan Lim Lean Geok, Datuk Toh Kin Woon yang juga bekas pemimpin Gerakan. Perhimpunan ini adalah yang kedua, berikutan bantahan oleh 400 orang di KLCC Sabtu lalu. Dalam bantahan ini, kumpulan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rang undang-undang itu sambil membawa sepanduk dan melaungkan 'hidup rakyat!, lapor Malaysiakini. Walaupun kereta peronda polis mengelilingi kawasan itu berberapa kali untuk memantau keadaan sebelum acara bermula, pegawai dan anggota cawangan khas tidak mengganggu perhimpunan itu. Toh, yang juga bekas exco kerajaan Gerakan Pulau Pinang berkata undang-undang baru itu seolah-olah memperlihatkan kebebasan berhimpun dijamin, tetapi realitinya, ia mengenakan lebih sekatan ke atas orang ramai. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk membuat reformasi pada 15 September lalu dengan menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang paling demokratik di dunia, tetapi rang undang-undang itu membuktikan bahawa beliau berbohong," kata pemimpin veteran itu. Chow, pula yang merupakan ADUN Padang Kota berkata beliau berharap kerajaan akan menarik balik rang undang-undang itu dan mengambil pandangan orang ramai. Rang undang-undang baru itu dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis seperti mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan kuasa budi bicara kepada pihak polis. Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan. | ||
AMK gerakkan demo sebelum Anwar dipenjara Posted: 28 Nov 2011 03:55 AM PST Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi bahawa sayap pemuda itu akan menggerakkan demonstrasi seluruh negara sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul berkata, demonstrasi berkenaan akan digerakkan bermula pada pelancaran jentera Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 4 Disember ini. "Buat permulaan kita mengadakan 'warm-up' di Shah Alam, 4 Disember ini sebelum demo diadakan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap fitnah yang ditujukan kepada Anwar," katanya. Jumaat lalu, Shamsul menyuarakan amaran berkenaan semasa Kongres Angkatan Muda KEADILAN yang berlangsung di Pulai, Johor. Ia berikutan Anwar dijangka dijatuhi hukuman dalam masa terdekat, selepas mahkamah bersidang pada 8 Disember bagi mendengar hujah akhir peguam dan pendakwaraya. Sebab itu, kata Shamsul, Barisan Nasional tergesa-gesa membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Perhimpunan Aman bagi menghalang rakyat membantah keputusan memenjarakan Anwar. Sekiranya Anwar dipenjara, tegas Shamsul, Malaysia akan kehilangan seorang pemimpin penting yang konsisten memperjuangkan reformasi di negara ini. "Mereka (Umno) serang Anwar dengan fitnah kerana gagal menyaingi karisma beliau dan buktinya, Najib sehingga kini takut berdebat dengan Ketua Umum walaupun Najib yang mulakan cabaran debat Buku Jingga pada Januari lalu," katanya. Sementara itu, AMK juga sedang merancang untuk berdemo bagi membantah Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang bakal diluluskan kerajaan. "Lulus atau tidak akta itu, soal lain kerana jika tidak lulus pun, akhirnya ia akan dilaksana juga kerana pentadbiran Datuk Najib terkenal dengan flip-flopnya," katanya sinis. | ||
Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat- Surendran Posted: 28 Nov 2011 03:49 AM PST Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung Akta Perhimpunan Aman 2011. Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini. "Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim," kata Surendran. Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Pakatan Rakyat cuba mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis. Menurut Surendran, Najib sebenarnya tertekan dengan bantahan Pakatan Rakyat, NGO dan orang ramai yang marah dengan Akta itu. "Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung," kata Surendran. Pakatan Rakyat dan pelbagai NGO sebelum ini mendesak kerajaan pimpinan Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang berkenaan yang dibentang di parlimen baru-baru ini. Antara peruntukan dalam rang undang-undang berkenaan ialah pemberian notis awal 30 hari untuk berhimpun. Seksyen 9(5) dalam rang undang berkenaan pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan. Manakala Seksyen 21(3) pula membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000; Rang Undang-undang yang dicadangkan itu juga memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun, termasuk lokasi dan tarikh perhimpunan. Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis Sebelum ini. Dewan Rakyat akan membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan dinamakan Akta Perhimpunan Aman, sekiranya diluluskan esok. | ||
Mesej' Shahrizat Tentang Isu NFC Ketika Berucap Di Perhimpunan Agung Umno Nanti Posted: 28 Nov 2011 03:46 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan memberi penjelasan berbentuk mesej berkaitan dakwaan yang dilemparkan ke atas Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suami dan anak-anaknya. Penjelasan tersebut bagaimanapun hanya akan diberikan melalui ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno 2011. Majlis perasmian ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri akan dilakukan serentak malam esok (Selasa) oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala persidangan akan bermula pada Rabu. Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, penjelasan tersebut akan disampaikan khusus kepada pihak tertentu yang membuat dakwaan kononnya berlaku pecah amanah dalam syarikat yang dikendalikan suaminya yang juga Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya. "Ada satu-dua mesej yang saya nak sampaikan kepada mereka di luar sana. Kalau nak tahu mesej itu tunggulah masa hari perhimpunan nanti," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin. Shahrizat berkata, sebagai pemimpin beliau tidak akan membuat penjelasan terperinci terhadap isu atau perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. "Saya kena tenang, tak boleh melatah. Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya, tapi saya nak bagi mesej yang jelas dalam ucapan saya nanti," katanya lagi. Beliau berkata, tidak menjadi masalah juga sekiranya isu NFC dibahaskan pada Perhimpunan Agung kali ini. Shahrizat dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, isu NFC yang dikaitkan dengan keluarganya merupakan satu agenda politik pihak pembangkang. Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan dan berada dalam keadaan kelam-kabut. NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta turut didakwa menggunakan dana itu untuk membeli dua unit kondominium bernilai RM9.8 juta sebuah di Bangsar.-mStar | ||
Perkasa Mahu Umno Terus Kekal Relevan Untuk Bangsa Melayu Posted: 28 Nov 2011 03:44 AM PST MALAYSIA CHRONICLE PASIR MAS- Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Umno terus memberi tumpuan dalam perkara yang menyentuh soal kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam pada perhimpunan parti itu, yang berlangsung pada Selasa, selaras dengan dasar awal penubuhannya. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Umno perlu kekal relevan kepada bangsa Melayu sebagai tonggak kerajaan dan dapat menyatupadukan semua kaum yang ada demi pembangunan negara pada masa depan. "...terutamanya golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat Umno benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika Umno mahu kekal relevan sepanjang masa, selain mendapat keyakinan orang Melayu maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya. "Rakyat hari ini, khususnya orang Melayu, sudah pandai menilai antara retorik dan realiti," katanya selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat Dewan Undangan Negeri Tendong, Isnin. Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, mendakwa masih ada yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan Umno kurang memberi fokus kepada agenda Melayu, meskipun banyak penekanan berhubung perkara itu telah dimanifestasikan kepimpinan parti tersebut. Katanya, persepsi itu wajar diperbetulkan sebelum ia memberi impak negatif kepada parti, rakyat dan negara. Beliau percaya berdasarkan pengalaman serta kekuatan yang ada, Umno mampu melakukan perubahan bagi mencorak masa depan negara dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dengan lebih berinovasi serta dinamik. BERNAMA | ||
Akta baru hanya gimik jahat Umno BN Posted: 28 Nov 2011 03:39 AM PST
| ||
Konsesi: Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat Posted: 28 Nov 2011 03:36 AM PST
| ||
Bagaimana masa depan peniaga kecil di Miri Posted: 28 Nov 2011 03:34 AM PST
| ||
PRU13: Generasi muda Sabah turut rasai perubahan Posted: 28 Nov 2011 03:32 AM PST
| ||
Bersih 3.0 wajar diadakan segera Posted: 28 Nov 2011 03:31 AM PST
| ||
Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad Posted: 28 Nov 2011 03:02 AM PST
| ||
Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’ Posted: 28 Nov 2011 03:00 AM PST
| ||
Anwar: Pakatan mantap banding 2008, PRU-13 peluang terbaik tukar BN Posted: 28 Nov 2011 02:49 AM PST "Ini adalah peluang terbaik sejak 1957. Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk bangkit dan mengubah sistem (semasa di bawah BN)," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap menutup Kongres Nasional PKR Kelapan di sini hari ini. Katanya, jika pilihan raya umum diadakan dengan adil dan demokratik, sudah pasti BN akan kalah dengan mudah. Pakatan Rakyat sebelum ini menekankan pilihan raya umum hanya patut diadakan selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selepas menyediakan senarai pembaharuan sistem pilihan raya. Kata Ketua Pembangkang itu, perikatan tersebut tidak bersedia untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 2008 apabila ia menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di Parlimen. Pakatan Rakyat juga memperoleh kejayaan di lima negeri termasuk Kelantan dan menguasai majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. DAP-PAS-PKR mengadakan ikatan tidak formal pada pilihan raya umum lalu dan Pakatan Rakyat dibentuk sejurus selepas keputusan pilihan raya umum itu. Anwar juga berkata, pengalaman Pakatan Rakyat menerajui lima kerajaan negeri merupakan "lapangan latihan" yang membolehkan mereka membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan. "Parti (PKR) telah bertarung dan melalui kesukaran bukan satu atau dua tahun, tetapi lebih 10 tahun. Jika kita menang pada (pilihan raya umum) 1999, kita tidak bersedia," kata Anwar merujuk kepada pilihan raya umum yang diadakan pada tahun berikut selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. "Pada 2008, ia adalah ujian pertama membentuk kerajaan negeri. Jika kita telah membentuk kerajaan persekutuan, kita kemungkinan cuai. Ia satu lapangan latihan (yang baik)," katanya lagi. "Kita telah membersihkan pengkhianat, kotor daripada parti," katanya. PKR telah berhadapan dengan tindakan sejumlah ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri keluar parti. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri meninggalkan PKR sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak awal 2009. Anwar berkata partinya tiada kekuatan di Sarawak tiga tahun yang lalu manakala Sabah pula diselubungi masalah. Sebaliknya kemajuan dicatatkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kata Ahli Permatang Pauh ini. | ||
Transformasi politik hanya boleh dicapai jika Umno menang PRU, kata Najib Posted: 28 Nov 2011 02:45 AM PST TERKINI Sambil menyifatkannya sebagai satu cabaran kecil bagi parti teras Barisan Nasional (BN) itu, Perdana Menteri berkata Umno perlu berganding dengan rakan-rakan perikatan itu untuk mencapai kejayaan dipilih semula. "Kita perlu menyeberang jambatan pilihan raya umum," kata beliau ketika berucap pada forum antarabangsa anjuran Umno sempena perhimpunan agung tahunan yang bermula esok. "Sangat penting untuk kita dipilih (semual) bagi melaksanakan transformasi yang sebenar, kita perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat," katanya lagi.Langkah Najib, yang menyandang jawatan perdana menteri dan presiden Umno sejak 2009, meliberalisasikan ekonomi berhadapan dengan tentangan daripada dalam Umno, malah daripada kumpulan pembela hak orang Melayu seperti Perkasa. Najib berkata Umno dan juga BN adalah pilihan terbaik masa depan negara dan partinya bersedia untuk melakukan perubahan untuk kekal relevan di kalangan pengundi generasi semasa. | ||
Dakwa dihina, Ketua Peneroka Felda beri Isa Samad 14 hari minta maaf Posted: 28 Nov 2011 02:43 AM PST KUALA LUMPUR — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini. Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia", tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu. "Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita. Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai "Pas Sam" tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures. Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu. "Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan," kata beliau lagi. Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November. "Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian. "Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini," kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir. Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, "saya mahu beri beliau (Isa) peluang." Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda. "Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi," katanya. | ||
Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap Posted: 28 Nov 2011 02:39 AM PST KUALA LUMPUR ― Warga peneroka Felda, yang melibatkan 1.6 juta orang, mahu mengemukakan saman jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian diumumkan pentadbiran Najib Oktober lalu akan menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka. Di bawah proses penyenaraian itu tanah mereka akan dipajak kepada Felda Global Ventures mulai Januari depan. Sebagai langkah awal, mereka yang diwakili oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) ― sebuah badan diiktiraf oleh Felda, mahu mengemukakan injunksi jika tiada jaminan bertulis daripada pihak berkuasa terbabit sebelum 1 Januari 2012. Pengerusinya Shamsuddin Othman berkata, sekiranya pengurusan tidak boleh memberi jaminan bonus dan dividen 15 peratus, maka tiada gunanya agensi itu disenaraikan. "(Setakat ini) pihak-pihak terbabit tidak boleh memberi penjelasan yang secukupnya kepada kami, kami peneroka tidak faham apa yang mereka sampaikan. "Malah, kami pernah tanya sama ada boleh menjamin bonus dan dividen 15 peratus seperti sekarang, mereka kata tidak pasti... jadi kalau tidak boleh memberi jaminan, lebih baik jangan senaraikan Felda," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Shamsuddin yang merupakan ahli lembaga pengarah Felda berkata pihaknya hairan pengurusan kanan agensi pembangunan tanah itu diketepikan dalam membuat keputusan penting berkenan penyenaraian. Turut hadir pada sidang media itu ialah sembilan orang naib pengerusi JKPP Wilayah dari seluruh negara. Terdapat 11 JKPP Wilayah buat masa sekarang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Felda Global Ventures akan disenaraikan di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Katanya, peneroka Felda akan menerima "durian runtuh" yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan. "Mereka minta kami tunggu sehingga penyenaraian selesai baru boleh dapat butiran," kata Shamsuddin lagi sambil menambah, "ya, ya... sehingga kami memperoleh maklumat yang jelas, kami minta kerajaan tangguhkan penyenaraian ini." Dalam kenyataan media yang diedarkan pada sidang media itu, JKPP dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) berkata pihaknya memandang serius percubaan memajak tanah-tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar kepada Felda Global Ventures dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja. "JKPP dan GPW mengetahui dengan jelas sumber-sumber pendapatan Felda bermula 1996 tidak lagi bergantung pada kerajaan dan wang pembayar cukai, sebaliknya bergantung pada pendapatan daripada tanah-tanah milik Felda yang diusahakan oleh Felda Plantations. "Pendapatan Felda daripada tanah-tanah ini adalah sekitar RM2 bilion setahun di mana RM500 juta dibelanjakan untuk pengurusan dan baki RM1.5 bilion digunakan untuk perbelanjaan pertanian dan pembangunan sosioekonomi peneroka," katanya lagi. Kata kenyataan itu, berdasarkan pendapatan Felda yang tinggal RM500 juta sahaja selepas penyenaraian, "adakah Felda perlu kembali menggunakan wang kerajaan dan pembayar cukai untuk menanggung perbelanjaan untuk peneroka Felda?" "JKPP dan GPW menolak sebarang kenyataan bersifat pengumuman, wawancara dan lain-lain kenyataan bahawa program-program Felda sedia ada akan diteruskan, sebaliknya kerajaan perlu mengeluarkan jaminan bertulis kepada JKPP dan GPW bahawa kekurangan pendapatan sebanyak RM1.5 bilion tersebut akan dibayar oleh kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures sendiri setiap tahun dengan kenaikan bayaran pendapatan sebanyak lima peratus setiap tahun selama mana tempoh pajakan tanah," kata kenyataan itu lagi. Ia menambah, jaminan bertulis ini hendaklah dilakukan sebelum tempoh pajakan bermula pada 1 Januari depan. "... atau JKPP dan GPW tidak teragak-agak untuk menyaman pihak yang berkaitan dan mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang Felda daripada memajakkan tanah-tanahnya kepada Felda Global Ventures," katanya. Selain itu menurut kenyataan tersebut, JKPP dan GPW menuntut supaya surat pajakan tanah Felda kepada Felda Global Ventures diperiksa oleh JKPP dan GPW bagi memastikan perkara-perkara lain yang merugikan peneroka seperti tanah-tanah sedia ada selain tanah perladangan yang dipanggil 'additional existing land' milik Felda yang pada masa ini digunakan oleh peneroka dan generasi baru Felda agar tidak dimasukkan dalam surat pajakan dimaksudkan. Mengikut laporan media sebelum ini, perjanjian pajakan tanah itu akan berkuat kuasa 1 Januari ini manakala penyenaraian pula dijangkakan pertengahan tahun depan. | ||
Salah urus, ekonomi dingin boleh hakis ‘kelancaran’ kempen PRU Najib Posted: 28 Nov 2011 12:21 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR — Meskipun Datuk Seri Najib Razak sudah memulakan kempen prapilihan raya dengan siri pengumuman transformasi politik, pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang melihat pendekatan 'mesra' itu boleh terhakis dengan dakwaan kelemahan pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak kebelakangan ini. Susulan perutusan Hari Malaysia, Perdana Menteri memansuhkan tiga deklarasi darurat, mahu membawa dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menggugurkan Seksyen 27 Akta Polis dengan undang-undang berkaitan dengan perhimpunan aman, membentuk jawatankuasa pilihan khas mengkaji sistem pilihan raya dan memberi kebebasan kepada penuntut institusi pengajian tinggi menyertai politik dengan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti. Bagaimanapun isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan kadar inflasi 3.4 peratus bagi tempoh dua bulan berterusan kekal sebagai satu cabaran kepada pentadbiran Najib meskipun mencatatkan populariti peribadi pada paras 59 peratus. "Dengan Pakatan Rakyat menggunakan skandal NFC dengan maksmum (dalam pertemuan) dengan komuniti kawasan luar bandar, ditambah dengan kenaikan harga barang dan pendapatan pula kekal tidak berubah, kemungkinan tsunami senyap di kubu kuat tradisi Barisan Nasional (BN) tidak boleh diketepikan begitu sahaja," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider. Laporan Ketua Audit Negara 2010 menggambarkan projek NFC sebagai sesuatu yang bermasalah. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa dana NFC juga digunakan untuk perbelanjaan peribadi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali dan projek itu digambarkan sebagai satu kegagalan. Pua (gambar) berkata pengumuman-pengumuman besar oleh Najib tidak membawa harapan besar ke atas pembaharuan yang mahu dibawanya memandangkan perdana menteri itu tidak memberi penekanan ke atas isu-isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara. Sebagaimana disaksikan ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pua menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang cuba mengelak daripada mengambil pendirian jelas dalam isu-isu utama. "Paras popularitinya tidak tinggi sangat berbanding Abdullah Badawi sebelum pilihan raya umum lalu, jadi saya tidak akan terkejut jika keputusan pilihan raya umum akan datang, sekali lagi mengatasi jangkaan banyak pihak termasuk Najib dan Umno sendiri," kata wakil rakyat DAP ini. Pendekatan ekonomi Najib yang bersifat "meleleh", kata Pua, tidak membantu menangani persekitaran ekonomi yang sukar dan pemberian wang tunai dan pengumuman "projek mega" tidak banyak membantu rakyat biasa negara ini. Kerajaan mempertahankan paras pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada tahun depan. Bagaimanapun kebanyakan firma penyelidikan menjangkakan bahawa pertumbuhan Malaysia adalah antara tiga hingga lima peratus. Awal minggu lalu, Bank Dunia berkata ekonomi Malaysia dijangka terus perlahan pada tempoh berbaki tahun ini dan awal 2012 ekoran kemerosotan permintaan luaran dan menjangkakan pertumbuhan sekitar 4.9 peratus tahun depan. Laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) September lalu menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus tahun ini dan 5.1 peratus pada 2012 bagi Malaysia. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menekankan bahawa Najib selalu mengelak daripada bercakap mengenai isu-isu berkaitan skandal kerajaan dan sentiasa membiarkan menteri atau timbalannya memberi respons. "Sikap menjauhkan diri adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau," kata beliau sambil menambah, sikap terlalu berhati-hati itu akan membawa kesan berlawanan di kalangan pengundi dan pemimpin Umno sendiri. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini berkata, laungan tiba-tiba Najib dalam soal hak asasi manusia bertujuan mendapatkan sokongan di kalangan rakyat Malaysia kelas pertengahan yang menurutnya kebanyakan adalah penyokong Pakatan Rakyat.TheMalaysianInsider | ||
Pindaan hanya satu lagi penipuan, BN harus tarik balik Akta Perhimpunan Aman Posted: 28 Nov 2011 12:19 AM PST Maria Begum, Malaysia Chronicle Menteri di jabatan perdana menteri, NAzri Aziz telah mengesahan bahawa cabinet telah bersetuju untuk membuat 8 pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman. Akan tetapi beliau dan Najib telah di selar oleh pemimpin PKR kerana cuba memanipulasi isu tersebut. Undang-undang itu haruslah ditarik balik. Perubahan besar diperlukan. Pindaan oleh kerjaan tidak memadai untuk mententeramkan hati rakyat., " ujar N Surendran, timbalan presiden PKR kepada Malaysia Chronicle. "Adalah jelas bahawa kerajaan tiada niat untuk menghalalkan protes jalanan, yang merupakan kesedihan utama." Bantahan akan berterusan sehinggalah kerajaan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun dan menguatkuasakan sepenuhnya perkara 10 dalam perlembagaan. Beliau memberi komen mengenai laporan Berita Harian yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa 8 pindaan akan dibuat pada hari Selasa apabila Parlimen bersidang untuk bacaan kedua rang undang-undang tersebut. Satu lagi "silap langkah" Najib Akta Perhimpunan Aman telah pada pertama kalinya dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada bulan September untuk meleraikan kemarahan rakyat terhadap cara beliau menangani perhimpunana rakyat pada 9 Julai yang lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan bebas. Bukan sahaja mereka tidak memberi kelapangan demokrasi kepada rakyat malah, rakyat dikejutkan dengan pembentangan rang undang-undang baru pada awal minggu ini yang mengandungi keadaan yang lebih teruk daripada Myanmar untuk mengadakan protes secara aman. Undang-undang itu juga dikritik kerena memberi kuasa yang besar kepada polis dan budi bicara terhadap kebebasan rakyat. "Hanya satu penyelesaian- tarik balik bukan pinda. Tiada langsung faktor kompromi dalam akta ini." Ujar Pengarah hal ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle. A slew of protests on the cards Pada mulanya, Najib dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mempertahankan rang undang-undang tersebut dengan NAjib mengatakan bahawa ia adalah baru dan langkah besar sementara Hisham yang mengawal polis mengatakan bahawa tidak mungkin kerajaan akan menarik balik rang undang-undang tersebut yang akan dibaca untuk kali terakhir pada Selasa akan datang. Ini telah mencetuskan beberapa siri bantahan daripada beberapa kumpulan termasuk Freedom to campaign yang diketuai Professor Won Chin Huat dan Majlis Peguam Negara. Dengan batahan daripada orang awam ini, pentadbiran Najib sudah mula teragak-agak dan menyalahkan Nazri untuk keadaan yang melampau dan Najib tiada pengetahuan mengenainya kerana beliau berada di luar negara. Itu telah dikatakan sebagai alasan yang bodoh untuk menyelamatkan Najib. Walaubagaimanapun, yang menjadi kebimbangan rakyat adalah pindaan yang akan dibuat. Bahawa ia cuma luaran semata dan tidak akan memuaskan Majlis Peguam Negara. Kumpulan-kumpulan awam lain juga mungkin tidak akan ambil ringan apa jua manipulasi yang akan dibuat oleh pentadbiran Najib yang berkemungkinan akan memasukkan perkara yang akan membenarkan pakatan mereka untuk kekal berkuasa dalam pilihanraya seterusnya. "Kenapa kerajaan begitu bodoh? Rang undang-undang itu banyak kekurangan dan pada dasarnya ia tidak penting. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengguna pakai Perkara 10 dalam Perlembagaan." Ujar Timbalan presiden PRK Tian Chua kepada Malaysia Chronicle! | ||
Agenda racis Muhyiddin dan Umno - Guan Eng Posted: 28 Nov 2011 12:18 AM PST Lim Guan Eng Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol. DAP bukan ancaman kepada orang Melayu. Hanya UMNO yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, UMNO mengkaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti: Pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan; dan Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah. Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka. Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuhraya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Dalam politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang. Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu. Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. Jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau Pinang. Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2. Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua Menteri. Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu. DAP tidak pernah berlaku begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut. Ini jelas dibuktikan apabila 70% daripada kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing. Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing. Tambahan pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka. Secara kebetulan mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang pertama dilantik). Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO. Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi. UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi saya selama 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk mencuri masa depan anak-anak kita. Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita. Lim Guan Eng ialah Mentri Besar Penang | ||
Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri Posted: 28 Nov 2011 12:16 AM PST Written by Moaz Nair Perhimpunan pada disember 2011 akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti. Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya. Delegasi itu nanti, walaupun berasa kecewa, mungkin akan tidak menyentuh mengenai hal-hal yang penting yang merosakkan Umno kerana elemen feudal mereka akan menyebabkan wujud pendekatan laissez-affair dalam politik. Delegasi akan berkemungkinan berdiam diri kerana takut mereka akan dicela sekiranyan mereka mengkritik pemimpin. Retorik panas daripada delegasi semasa perhimpunan itu akan menjadi seperti icing pada kek yang buruk. Tindakan mengapi-apikan sentiment agama dan bangsa hanya akan menutup kelemahan mereka seraya mengaburi pandangan ahli mereka. Ramai ahli akan tetap menghadiri persidangan tetapi mereka tetap berasa marah terhadap prestasi pemimpin Umno. Kebanyakkan pemimpin mereka sekarang ini sememangnya tidak menyinar langsung. Mereka sedar bahawa kebanyakkan pemimpin Umno merupakan beban buat parti itu sendiri yang sudahpun berusia 55 tahun dan mereka mungkin juga mahu pembangkang menang dalam pilihanraya seterusnya supaya ini dapat menyedarkan dan membersihkan Umno. Ini adalah harapan terpendam ahli Umno memandangkan mereka tidak boleh dilihat menyuarakan kekecewaan mereka di perhimpunan itu nanti kerana takut boleh di ambil tindakan. Drama-drama dan gimik-gimik perhimpunan itu nanti akan tetap di ketengahkan oleh media kerajaan walaupun orang ramai sebenarnya tidak lagi berminat dengannya. Menunggang kuda yang salah Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat seperti suka menunggang kuda tetapi, beliau tidak cukup mengkaji kuda yang suka meruntuhkan tiang sosial masyarakat Malaysia. Beliau sebenarnya telah menunggang kuda yang salah iaitu Perkasa untuk membawa kejayaan kepada Umno dan BN pada pilihanraya umum tahun depan. Mahathir sedang membuatkan kehadirannya dalam Perkasa dirasai dan mengetengahkan Najib Razak sebagai pemimpin yang lemah dan cuba sedaya upaya mengatur Umno dan BN untuk membaikpulih imej nya sebagai perdana menteri. Najib dilihat oleh ramai sebagai membawa banyak masalah personal dan psikologi bersama beliau. Beliau gagal meredakan kemelut dalam Umno dan Mahathir sedar akan perkara ini. Mahathir lantang mengkritik polisi kerajaan yang dibuat oleh mereka yang mentadbir selepas beliau – yang dipilihnya sendiri, Abdullah Badawi. Gagal untuk menutup mulut beliau dan tidak mahu melihat Umno jatuh ibarat pokok yang buruk, beliau telah sekali lagi bersuara mengenai beberapa polisi Najib walaupun dengan rasa was-was kerana takut Najib akan jatuh dan Umno juga musnah. Mahathir sedar bahawa masalah peribadi pemimpin, rasuah yang semakin menjadi-jadi, penyalahgunaan wang cukai, kelembapan ekonomi, ketidak-adilan dan kecekapan kerajaan akan membawa negara kepada kehancuran. Ahli UMNO yang berharap Mahathir merasakan bahawa jika dia terus mengkritik Najib dengan keras, UMNO akan hancur dan tidak boleh diperbaiki. Jika dia senyap UMNO akan jatuh. Pada masa-masa tertentu, Mahathir terpaksa menghadapi dilema ini – bukan sebab dia sayang Najib tetapi dia terlalu cinta pada UMNO. Mahathir juga terhutang budi dengan Allahyarham ayahanda Najib, Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua Malaysia), kerana membawa dia kembali ke dalam UMNO selepas dia dipecat daripada parti pada tahun 1969 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama negara. Apa lagi, Mahathir juga tidak sanggup melihat musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri - sekurang-kurangnya semasa dia masih wujud. Tidak mengapa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas kematian beliau. Atas sebab ini, Mahathir telah menyokong Perkasa - menunggang 'kuda' yang salah dan memikirkan bahawa pasukan UMNO yang ditolak ini boleh menyelamatkan UMNO. Beliau telah mencipta satu kesilapan besar untuk dirinya sendiri dan UMNO dengan langkah ini. Jika dikaji selidik dalam talian ini boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka UMNO akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang. Sejumlah besar responden dari kalangan 1879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali: # 1 Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus) # 2 Bolehkah Perkasa membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus) # 3 Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada UMNO? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus) # 4 Adakah UMNO memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus) # 5 Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar UMNO) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus). # 6 Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus) # 7 Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus) # 8 Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus) # 9 Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus) # 10 Adakah Perkasamemcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus) # 11 Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus) # 12 Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus). # 13Patutkah UMNO berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus) # 14 PAtutkah UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus). # 15 Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding UMNO, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus). Najib dilihat sebagai pemimpin yang lemah Bertentangan dengan apa yang Mahathir fikirkan mengenai dirinya, kebanyakan pengkritik melabelkan beliau sebagai dinasor dalam politik Malaysia. Kepada rakyat, beliau telah dianggap sebagai sudah melepasi jangka hayat politik beliau, konservatif, tua dan tidak relevan.Mahathir yang keras kepala masih belum mahu menarik brek politiknya walaupun dengan usia tuanya itu dan selepas meninggalkan kerajaan 8 tahun yang lalu – dan ini lebih mengecewakan beberapa pemain muda dalam UMNO, seperti Khairy Jamaluddin. Banyak lagi dalam UMNO yang tidak berada dalam buku baik beliau, tidak cukup gembira kerana Mahathir mati terhadap mereka. Najib, yang dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak mempunyai pilihan lain tetapi sedang berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Mahathir, kerana dia mampu membawa kembali apa yang telah berlaku kepada pendahulunya, Abdullah, perdana menteri kelima Malaysia. Namun, akhir-akhir ini, Mahathir telah agak terganggu dengan beberapa keadaan yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam UMNO. Kepada kepimpinan yang ada sekarang, Mahathir tidak akan teragak-agak untuk memberi petunjuk bahawa bagi setiap lelaki yang 'gagal', ada seorang wanita. UMNO kini dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai parti yang lemah dan bersandar sepenuhnya kepada Perkasa untuk memenangi sokongan Melayu yang telah hilang. Sebaliknya, Perkasa, telah dengan jayanya membawa perkauman seraya memberi imej buruk kepada UMNO. UMNO telah membuat kesilapan besar dalam politik dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa Perkasa adalah pasangan sejiwa parti itu dan ini telah menimbulkan kemarahan MCA, MIC dan Gerakan. Oleh itu, Perkasa bukanlah aset kepada UMNO, ia telah memakan diri sendiri dan ini membuatkan imej BN terjejas dengan teruk. Perkasa - sebuah organisasi yang tidak penting dalam politik Malaysia - juga ditolak pihak yang berpendirian sederhana di dalam UMNO. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi penting dalam pilihan raya umum akan datang jika Perkasa dibiarkan berbuat sesuka hati dan Mahathir berterusan merungut tentang rasa tidak puas hati mengenai hal-ehwal UMNO. Mahathir silap dalam analisisnya pada tahun 2008 mengenai hasil pilihan raya umum. BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bukan kerana perpecahan Melayu tetapi orang Melayu sebenarnya bersatu dalam melumpuhkan BN kerana keangkuhan dan ketidakcekapannya.Keputusan pilihan raya bukan sahaja menunjukkan kehadiran perpaduan Melayu di negara ini tetapi juga perpaduan Malaysia yang menjadi petanda baik bahawa Malaysia adalah untuk semua orang. BN menyerahkan 82 kerusi persekutuan dan lima kerajaan negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya Mac 2008 dan ini telah mencerminkan demokrasi yang sihat di negara ini yang dalam jangka masa panjang akan membawa keadilan politik yang lebih baik kepada negara. Kelihatan seperti bukan sahaja sejumlah besar orang Melayu tidak akan menyokong UMNO, malah kebanyakan daripada kumpulan etnik yang lain juga tidak akan mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia Pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan sekali lagi undi perpecahan di kalangan semua kaum di negara ini. Kaum atau agama tidak akan menjadi kriteria utama yang akan menentukan gabungan yang akan mendapat kemenangan. Isu-isu yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang adalah ekonomi, rasuah, kadar jenayah yang semakin meningkat, sistem pendidikan yang lemah dan kos hidup yang tinggi. Bangsa dan agama tidak akan menjadi pembolehubah yang penting dalam menentukan gerak balas pengundi. Rasuah, skandal, kepura-puraan di kalangan pemimpin dan keangkuhan – adalah sesuatu yang biasa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN – inilah yang akan membawa rakyat pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama menggulingkan tuan-tuan politik yang sedia ada di peringkat persekutuan. Sekali lagi, orang bukan Islam tidak akan teragak-agak untuk mengundi PAS dan orang Melayu juga tidak ragu-ragu untuk mengundi calon-calon yang bukan Islam kali ini. Penekanan secara tiba-tiba Mahathir dan Ketuanan Melayu tidak akan berjaya kerana orang ramai melihat ini sebagai helah politik UMNO untuk terus berkuasa dan kekal angkuh. Atas alasan ini, kelihatan seperti rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti dicanangkan oleh Mahathir semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri dan idea beliau ini didokumenkan dalam Memoirs (2011). Mahathir seharusnya berasa gembira melihat visi beliau yang akan menjadi kenyataan - Bangsa Malaysia - kini menjadi kenyataan selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri negara: "Kita perlu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun lahir dari pelbagai kaum, semua rakyat Malaysia telah melihat diri mereka sebagai rakyat dari negara yang sama.Walaupun berbeza asal-usul kita, kita menuju ke arah yang sama. Kita juga mungkin berbeza dari segi politik tetapi kesetiaan dan dedikasi kepada negara tidak tergugat. Kami semua, tanpa pemisah atau had, sebahagian daripada satu Bangsa Malaysia - satu umat Malaysia, satu tapi pelbagai "(p597-8). UMNO perlu undi bukan Melayu sepertimana ia memerlukan undi Melayu, UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti Melayu 'unggul' seperti yang Perkasa atau Mahathir mahukan.UMNO telah mengambil petunjuk dari PAS, PKR dan DAP di mana pemimpin-pemimpin mereka secara rasional berpendapat bahawa parti-parti politik harus memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum walaupun terdapat kepelbagaian dalam bangsa atau agama. UMNO menolak Perkasa yang membuang masa mereka memperjuangkan isu-isu perkauman yang mungkin relevan dalam tahun 1940-an tetapi tidak dalam era ini. Ektrimis kaum juga harus sedar bahawa bangsa Melayu bukanlah baka tulen. Mereka banyak bercampur-campur dan sebahagian besar daripada mereka lebih toleransi kepada orang-orang berbilang kaum dan beragama lain. Orang-orang Melayu moden tidak melihat pada bangsa atau agama sebagai perkara-perkara yang penting dalam politik. Mereka kini mencari pendidikan, ekonomi dan kerajaan yang bebas rasuah untuk membawa Malaysia ke arah di mana semua rakyat akan mempunyai peluang yang sama dalam masyarakat. Bangsa dan agama tidak akan memberi banyak kesan dalam politik semasa pilihan raya umum akan datang. Malangnya, UMNO, Perkasa, dan Mahathir ketinggalan dalam pemikiran politik mereka. Pluralisme atau perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang lebih dikehendaki oleh generasi sekarang- orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umum. Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang UMNO, PAS dan PKR mungkin tidak mempunyai masalah untuk menarik ahli-ahli komuniti yang berbakat. Melayu tidak hidup dalam kepompong seperti pada tahun 1950-an 'atau sebelum itu. Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang yang sanggup untuk menampung mana-mana parti politik yang boleh membawa kepada sebuah kerajaan yang bersih rasuah. Pilihan raya umum dijangka akan diadakan sekitar awal tahun depan – akan menjadi suatu tugas yang sukar bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya. Untuk BN memperoleh dua pertiga majoriti seperti biasa adalah agak sukar untuuk direalisasi. Ada kemungkinan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya ini dengan majoriti mudah. Rakyat berwajah baru - orang Melayu Cina, India dan Orang Asli sudah bersedia untuk memperbaharui politik dan tadbir urus negara. UMNO dan BN akan berakhir dan menjilat luka-luka mereka sebelum mereka boleh kembali dalam pilihan raya umum masa depan, dan kali ini mungkin dengan pasukan yang lebih bersih. Sistem dua parti kini semakin serasi dengan jiwa rakyat Malaysia dan ini membimbangkan pemikir UMNO lebih daripada ahli-ahli biasa. Apabila pembangkang semakin popular di kebanyakan negeri, ahli-ahli UMNO akan lebih fokus kepada imej mereka daripada menyatukan parti. Berjuta-juta ringgit dibazirkan untuk membina imej dan wang yang dibelanjakan untuk rakyat asing untuk tujuan ini mungkin lebih baik digunakan untuk membantu rakyat. Semua akronim hebat untuk pembaharuan ekonomi dan mengherankan minda mereka yang seperti Warren Buffett dan Carlos Slim - belum diterjemahkan ke realiti selepas hampir empat tahun UMNO / BN menjadi kerajaan. Mahathir sedar bahawa tiada apa-apa yang nyata berlaku dalam ekonomi. Apabila tidak banyak langkah yang telah diambil dan ini mengingatkan rakyat Malaysia kepada pemimpin yang terdahulu - Abdullah - yang sedang tidur semasa tugasnya selama hampir dua penggal sebagai Perdana Menteri. Tiada cara untuk atasi kelemahan UMNO sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya kata Mahathir. UMNO akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan. Terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti. Ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan. Terdapat ramai yang mengharapkan UMNO untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka. Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej UMNO dan kerajaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk 'lembu suci', begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah. Kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas dikalangan orang awam dan kekecewaan mereka. Pemimpin pula senyap mengenai isu ini. Tiada siapa dalam UMNO akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti. Dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna. Najib terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul. Mahathir juga bukan penyelesaian untuk UMNO kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis - Perkasa. MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa. UMNO juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau pribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain. Banyak cawangan UMNO kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli. Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan Disember ini akan menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada kerana mereka mempunyai firasat bahawa UMNO dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang. UMNO meninggal dunia akhirnya Kali ini perwakilan UMNO perlu bimbang mengenai imej kendur parti tersebut. Pilihan raya umum akan datang akan melihat sistem dua parti berbalah untuk kuasa yang boleh membawa kepada kematian akhirnya. Kerajaan yang mengamalkan rasuah pasti tidak akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember tidak syak lagi akan menjadi suam-suam kuku kerana delegasi takut membangkitkan isu yang menyelebungi parti itu dan memikirkan penyelesaian untuknya. Perwakilan akan menghadiri perhimpunan itu dengan perasaan teragak-agak kerana mereka tidak akan mampu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Seolah-olah mereka tidak gembira dengan kepimpinan mereka dan akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Pelantikan menteri kebanyakkan melalui pintu belakang telah mengecewakan banyak ahli UMNO. Mereka juga melihat pelantikan Ezam Mohd Nor dan Nallakarupan KS - sebagai senator sebagai helah politik untuk menyelamatkan kepimpinan atasan lebih daripada segala-galanya. Ini telah menghina kebijaksanaan kebanyakkan ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia biasa, dan dianggap oleh rakyat sebagai satu pembaziran wang pembayar cukai. Ekonomi terus lemah dengan kos sara hidup meningkat. Berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan untuk membina imej pemimpin disia-siakan dan tidak memihak kepada akar umbi. Pengundi juga tidak gembira dengan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan dan politik berat sebelah dan pilih kasih yang berlaku di dalam BN serta memburukkan imej Umno. Dalam UMNO, minda Melayu agak feudal dan kebenaran tidak dapat diucapkan secara langsung, terutama apabila ia menyentuh tentang orang-orang diperingkat tertinggi dalam hierarki politik atau sosial. Mereka akan menyimpannya seperti bom masa dalam perasaan dalaman mereka sehingga pilihan raya umum akan datang ia akan meletup. Ramai ahli UMNO akan mengundi pembangkang seperti apa yang mereka lakukan pada tahun 2008 – inilah satu-satunya cara untuk memperbaiki akhlak UMNO dan BN mengenai politik dan tadbir urus yang sepatutnya. Malaysia Chronicle | ||
Guan Eng nafi DAP ancaman kepada Melayu Posted: 28 Nov 2011 12:14 AM PST Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan