Muslimeen United |
- Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa
- Shahrizat: Lembu itu laki saya, bukan saya!
- SMS Fitnah: S/U Politik Idris Jusoh Dipenjara Setahun
- ‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’
- Isu Lembu : Shahrizat Dah Menghilangkan Diri..Siapa Tahu Dimana Dia Sekarang??
- Bukti Kehebatan Nama Allah Terhadap Binatang(Video)
- Janji TiPU untuk rakyat Kelantan
- Ini Petanda PR Akan Kuasai PRU-13
- Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci
- PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat
Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa Posted: 28 Nov 2011 01:39 AM PST AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. "Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri). Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini. Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam". Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka. Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun. "Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'. "Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya. -Hrkh | ||
Shahrizat: Lembu itu laki saya, bukan saya! Posted: 28 Nov 2011 01:36 AM PST Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC. "Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah. "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya. "Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental. "Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat. -M'kini | ||
SMS Fitnah: S/U Politik Idris Jusoh Dipenjara Setahun Posted: 28 Nov 2011 01:36 AM PST Kuaka Terengganu: Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu. Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu. Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad. Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan. Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin. Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet. "Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya. Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami. Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak. Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan. Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - BERNAMA Sepertimana biasa, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan sepertimana biasa juga, berkemungkinan Mahkamah Rayuan bakal "melepaskannya". Semua orang tahu, sistem kehakiman negara masih terus pincang selagi negara masih diperintah BN. -GB | ||
‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’ Posted: 28 Nov 2011 01:35 AM PST KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini. Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang. (Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.) Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka. "Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini," ujarnya. Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit. "Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya? "Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini," ujarnya. Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga. -Hrkh | ||
Isu Lembu : Shahrizat Dah Menghilangkan Diri..Siapa Tahu Dimana Dia Sekarang?? Posted: 27 Nov 2011 03:31 PM PST Semenjak Lembu Keluarga Shahrizat menjadi isu hangat seantero dunia..pemilik NFC Datuk Salleh cuba menegakkan benang yang basah namun tidak berjaya. Hampir berbuih mulutnya bercakap umpama buih mulut datuk sabery chik ketika berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari. Ketika lembu-lembu milik keluarga Shahrizat lena diulit mimpi indah di kondominium menerung, Datuk Shahrizat pula lari entah dimana, menyepi tanpa berita, sepatah kata pun tiada. Rasa Sk Datuk Shahrizat ni bisu agaknya. Datuk Shahrizat dah cabut lari kemana?? Kalau ada sudah tentu dengar suaranya, lantang bersuara bila menghentam musuh politik, nampak kelibat berbibir merah berjambul didepan. Takkan senyap aje Datuk?? Duit Rakyat yang 'dikebas' takkan nak habiskan sorang-sorang? RM250 Juta..banyak tu datuk. Golongan marhaen seperti Sk ni tak pernah merasai duit sebanyak tu. Tapi bila dapat pada menteri yang tak amanah rasa macam kecil nilainya. Sk sebelum ni pun pernah jugak menceburkan diri dalam bidang penternakan, tapi hayat projek tak panjang musnah di tengah jalan akibat tiada dana untuk menyambung nyawa, dana pinjaman tekun, Bank Pertanian tak diluluskan, maybe Sk tiada berjawatan besar sebagai sandaran. Tak terfikir pulak ada satu lagi tempat yang boleh meng 'aprove' kan pinjaman tanpa bayaran balik. Kerja mudah!!! Kerusi Lembah Pantai yang menjadi idaman datuk janganlah diimpikan lagi. Selagi tiada penyiasatan dilaksanakan, gunakanlah pitih yang dikebas untuk bersuka ria. Tapi Awas!!!! Habuan dunia memang sedap, habuan akhirat akan menyusul nanti. Kemana agaknya Datuk mami ini menghilangkan diri?? Kemana engkau menyepi?? Adakah Datuk Najib telah 'zip' kan bibir merah Shahrizat?? Satu persoalan... Berani kerana benar, takut kerana salah. -SK | ||
Bukti Kehebatan Nama Allah Terhadap Binatang(Video) Posted: 27 Nov 2011 03:26 PM PST Anda sangat digalakkan untuk meniru aksi ini di rumah,terutama ketika ingin menyembelih binatang. | ||
Janji TiPU untuk rakyat Kelantan Posted: 27 Nov 2011 03:21 PM PST Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara ini. Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji.Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri sendiri. Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya. Lazimnya janji-janji yang ditaburkan ini turut memberi persepsi sebagai satu rasuah politik dan juga ugutan terhadap pengundi. Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti politik yang paling berkuasa dalam negara turut tidak ketinggalan dalam menaburkan janji setiap kali musim pilihan raya berlangsung samada pilihan raya kecil atau pun umum. Analisis janji TiPU selesaikan masalah air Kali ini, giliran Timbalan Presiden Umno (TiPU), Muhyiddin Yassin pula mengambil giliran berjanji rakyat Kelantan agar memberikan kemenangan BN di Kelantan jika mahukan masalah air di Kelantan diselesaikan. Bagaimanapun, bagi rakyat Kelantan yang mungkin cepat tersinar dengan janji-janji TiPU ini, adalah amat wajar terlebih dahulu melakukan analisis prestasi BN dalam menguruskan bekalan air di negeri-negeri yang mereka kuasai. Di Sabah contohnya yang merupakan kubu kuat BN sehingga dianggap sebagai negeri simpanan tetap yang sentiasa tidak menghampakan untuk BN menjamin kemenangan mereka, adakah pengurusan airnya berada di tahap nombor satu terbaik? Sekiranya, analisis mendapati rakyat negeri Sabah menikmati bekalan air bersih paling sempurna, tiada pencemaran dan liputan bekalan air mencapai sehingga 99 peratus dari keseluruhan Sabah, maka pengundi Kelantan amat wajar untuk memegang janji TiPU itu. Kesimpulannya, sekiranya bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan di atas, maka rakyat Kelantan dianggap tidak wajar sekiranya masih teragak-agak untuk memberi undi kepada BN. Bagaimana pula sekiranya analisis dibuat didapati dalam Audit Air menyatakan bekalan air di Sabah hanya mampu meliputi 75 peratus sahaja dari keseluruhan negeri di bawah bayu itu? Adakah sekiranya BN menjadikan faktor geografi sebagai alasan, ianya boleh diterima sedangkan pada masa yang sama berbilion ringgit boleh dibazirkan setiap tahun bagi projek mega lain. Faktor geografi sebagai alasan Bolehkah alasan geografi diterima apabila kemajuan teknologi masa kini menyaksikan banyak projek merentasi hutan, bukit-bukau, kawasan pergunungan dengan jarak beratus-ratus kilometer berjaya dilaksanakan bukan sahaja di negara luar malah di Semenanjung Malaysia. Kalau projek yang melibatkan struktur yang besar boleh dilakukan mengapa tidak projek yang hanya melibatkan sambungan paip bagi menyalurkan kepentingan asasi rakyat tidak boleh. Bagaimana pula sekiranya dari 75 peratus itu juga didapati, kualiti air mentahnya buruk, loji rawatan air tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan yang berkelayakan seperti sepatutnya? Bagaimana lagi sekiranya dari 75 peratus kawasan yang menerima bekalan air itu juga didapati amat jauh dari mematuhi standarad piawaian pengurusan air? Bagaimana sekiranya didapati pemfloridaan tidak mencukupi, dan pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang? Bagaimana sekiranya di Sabah tiada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan seperti komen yang dinyatakan dalam Audit Air 2008? Bagaimana pula sekiranya 75 peratus pengguna di kawasan penerima bekalan air yang kualitinya tidak terjamin itu terpaksa membayar tarif air tertinggi di Malaysia iaitu 90 sen? Cuba periksa pula, berapakah tarif purata bagi 35 meter padu air bagi sebuah lagi negeri yang juga sama seperti Sabah, kubu kuat BN iaitu Johor dengan purata 93 sen untuk satu liter padu. Untuk menilai samada janji TiPU ini boleh diguna pakai dalam menentukan undian rakyat Kelantan, mereka juga harus mengetahui di Sabah masih banyak kawasan yang masih bergantung bekalan air dari sumber air paip graviti yang tidak dirawat? Mereka juga harus mengetahui bahawa terdapat sumber air paip graviti ini datangnya dari kawasan yang telah dijadikan ladang kelapa sawit, keruh, kemungkinan telah tercemar dengan baja, racun rumput, keladak pasir dan tanah. Tahukah pengundi di Kelantan bahawa masyarakat kampung-kampung di Sabah yang bergantung sumber air dari paip graviti yang dimulakan semenjak 70-an dahulu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan. Wajar juga rakyat Kelantan memikirkan adakah kerajaan pusat tidak boleh berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan negeri disebabkan tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah air di Kelantan. Berapa PRU BN janji nak selesai masalah air di Sabah? Satu perkara yang tidak kurang juga pentingnya, rakyat Kelantan wajiblah bertanyakan kepada rakan-rakan di Sabah, pernahkah atau sudah berapa banyak pilihan raya umum (PRU) BN berjanji untuk menyelesaikan masalah air bagi membeli undi pengundi Sabah sebelum ini. Setelah pengundi-pengundi di Kelantan selesai membuat analisa persoalan-persoalan di atas, tentunya mereka mampu menilai dan mendapat jawapan samada janji TiPU ini boleh dipercayai atau sebaliknya sekaligus menentukan lambang mana yang mahu dipangkah nanti. Penulis tidaklah maksudkan janji yang dilafazkan oleh TiPU ini adalah tipu, sebaliknya penulis hanya cuba mengajak pengundi Kelantan sama-sama menganalisis sama ada janji ini mempunyai nilai kredibilitinya atau sebaliknya. Negeri Kelantan, rakyat Kelantan punya, maka rakyat Kelantan berhak menentukan pilihan mereka sama ada BN atau PAS dan saya hanya cuba membantu mereka membuat sedikit analisis janji-janji TiPU ini. Tepuk dada tanya selera! Nazli Ibrahim * Free Malaysia Today | ||
Ini Petanda PR Akan Kuasai PRU-13 Posted: 27 Nov 2011 03:20 PM PST
Terdapat seramai 5 juta pengundi di negara kita diwakili oleh golongan pekerja dan golongan ini telah mengumumkan perang dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Begitulah kata MTUC yang menggesa agar Pakatan Rakyat mengadakan MOU dengan mereka bagi menjamin bahawa PR akan menarik balik undang-undang berkenaan. MTUC akan mengadakan siri bantahan demi bantahan dan kempen ke seluruh negara bagi menentang pindaan akta berkenaan yang dilihat tidak menjaga kepentingan golongan pekerja. Ini satu lagi peluang keemasan Pakatan Rakyat mempertingkatkan sokongan rakyat terhadap mereka dalam PRU-13 nanti. Tidak menghairankan jika PR mampu menggantikan BN selapas ini jika mereka ikhlas dan bertekad memberikan keadilan kepada semua golongan termasuklah golongan pekerja. Baca laporannya di sini. | ||
Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci Posted: 27 Nov 2011 03:18 PM PST Sempena sambutan maal hijrah, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak-anak muda supaya bangkit dari tidur yang panjang. Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan dalam perutusan yang dikeluarkan semalam berkata, kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. Katanya,kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan. "Setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt. "Bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerja menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang . "Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci," kata Nasrudin. Menurutnya, hijrah kaya dengan kisah pengorbanan sama ada nyawa dan harta. Sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya pagi tadi. -BO | ||
PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat Posted: 27 Nov 2011 03:18 PM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang. Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara. Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008. "Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor. Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu. Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya. Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti. "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita. "Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan. Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon. Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008. "Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur. "Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi. Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit? "Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan