DUNIACACAMARBA |
[Video] Anjing Setia Menunggu Kubur Tuannya Walaupun Tidak Makan 7 Hari Posted: 26 Nov 2011 07:45 AM PST Sungguh mengharukan apabila menyaksikan kesetiaan binatang terhadap tuannya walaupun tuannya itu sudah tiada lagi di dunia ini. Menurut laporan, anjing ini tetap tidak berganjak dari kubur tuannya walaupun 7 hari tidak makan. Tuan anjing ini, Lao Pan, meninggal dunia pada usia 68 tahun, tinggal seorang diri di sebuah kampung, iaitu Panjiatun di Wilayah Liaoning dengan anjing kesayangannya itu. Selepas 7 hari, penduduk kampung yang simpati dan prihatin membawa makanan dan air untuk anjing itu. Mereka juga bercadang membina tempat berteduh untuk anjing itu. Apabila ditanya mengapa tidak membawa anjing itu pulang ke rumah? Seorang penduduk kampung menjelaskan bahawa anjing itu tetap meluru ke tanah perkuburan dan menunggu kubur tuannya walaupun dibawa pulang ke rumahnya. Sampai bila anjing itu akan setia menunggu kubur tuannya? Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya! -DCM P/s: Mengharukan & luar biasa! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan