Biaqpila |
- 'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan
- CALON SPM DAN DUDA DICEKUP KHALWAT
- MENTERI PERTANIAN KENA TAMPAQ
- KISAH KJ PERTAHAN SHAHRIZAT TERLONDEH
'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan Posted: 26 Nov 2011 02:00 PM PST Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan. "Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee. "Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi." Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen. Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas. Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya. "Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya. |
CALON SPM DAN DUDA DICEKUP KHALWAT Posted: 25 Nov 2011 11:00 PM PST LEDANG – "Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini." Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam. Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini. Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu. Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu. "Para penguat kuasa hanya me nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam," katanya kepada Sinar Harian. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing. "Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 25 Nov 2011 08:00 PM PST NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan. Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut. Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah. Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar. "Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?" jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya. Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis. Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut. Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh. Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar. Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya. "Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut," kata penyerang Pawar, Harvinder Singh. Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi pisanghijau KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
KISAH KJ PERTAHAN SHAHRIZAT TERLONDEH Posted: 25 Nov 2011 05:00 PM PST |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan