DUNIACACAMARBA |
- Selain Tebal Muka, Permintaan Kem Tentera oleh Ibrahim Ali "Serlahkan" Penyalahgunaan Undi Pos
- Kementerian Kesihatan Arah Sos Tiram KR1M Ditarik Balik, Siapa yang Malu Sekarang?
- [Gambar Panas] Rosmah Jumpa Queen E "VS" Isteri Presiden Turki Jumpa Queen E, Apa yang Menariknya?
- Hilang Dua Hari, Hilang DARA!
- Bantu Blog KELAB GREENBOC!
- Kumpulan 13 Ditahan ISA: Al Maunah 2 atau Mitos untuk MENGHALALKAN ISA yang Kononnya Mahu Dihapuskan?
Selain Tebal Muka, Permintaan Kem Tentera oleh Ibrahim Ali "Serlahkan" Penyalahgunaan Undi Pos Posted: 23 Nov 2011 07:00 AM PST Saya petik: [MK] Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ. "Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul. "Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya. Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN . Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN. Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya. P/s: Ibrahim Ali minta nyawa politik, dalam masa yang sama dia mengantoikan UMCO! |
Kementerian Kesihatan Arah Sos Tiram KR1M Ditarik Balik, Siapa yang Malu Sekarang? Posted: 23 Nov 2011 05:09 AM PST Saya petik: [MK] Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. "Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran. "Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang. Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram. [Baca berita penuh] P/s: Bayangkan jika Tony Pua tidak mendedahkan hal ini? Apakah risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat yang membeli produk ini? Bagaimana dengan sos cili yang didakwa mengandungi raksa dan merkuri? Boikotlah demi keselamatan dan kesihatan selagi tiada jaminan bahawa produk disahkan selamat oleh pihak berkuasa! |
[Gambar Panas] Rosmah Jumpa Queen E "VS" Isteri Presiden Turki Jumpa Queen E, Apa yang Menariknya? Posted: 22 Nov 2011 11:48 PM PST Apa yang menariknya gambar Presiden Turki dan isterinya ketika bertemu dengan Queen E sempena lawatan rasmi dan jamuan makan tengah hari? Selain dilihat manis bertudung, menutup aurat, apakah yang membezakan lawatan isteri Presiden Turki dengan lawatan Rosmah tempoh hari? Sila lihat gambar di bawah ini: Queen E tidak memakai baju kuning ketika bertemu mereka. Sebelum ini, blog pencacai berhujah bahawa Queen E memakai baju kuning kononnya sebagai warna diraja. Kah kah kah! Hari ini terbukti bahawa Queen E bisa sahaja memakai baju warna kegemarannya ketika berjumpa dengan ketua negara. Terima kasih Queen E kerana menyokong BERSIH 2.0, takziah Haji dan Hajjah!!! -DCM P/s: Kah kah kah |
Posted: 22 Nov 2011 10:30 PM PST Saya petik: [HM] KAJANG: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin. Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri Sabtu lalu. Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya. Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang. "Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa akhirnya bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memaklumkan kepada keluarganya. "Melihat mangsa memasuki 'jerat', suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya," katanya. Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa kerana bimbang akan ditahan polis. Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri. "Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa membuat laporan polis. "Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis bawah umur dan kini di tempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. P/s: Retorik apabila perbuatan sendiri terbongkar! Kalau usia baru 15 tahun sudah ada teman lelaki dan berani pula tidur di rumahnya, apa jenis budak perempuan ini? |
Posted: 22 Nov 2011 09:00 PM PST Saya petik: [GB] Merujuk kepada posting GB sebelum ini, jumlah sumbangan yg GB terima drp rakan2 setakat ini ialah RM220. Masih jauh dpd kos utk mmperbaiki peralatan yg rosak yg mencecah hampir RM2,000. (mcm nk kena beli baru nmpknya). Jika sesiapa yg sudi sumbangkan laptop atau komputer dan modem pun GB terima. Email GB di greenboc@gmail.com GB ucapkan terima kasih kpd yg sudi mmbantu dan semuga Allah jua yg membalas budi baik penyumbang semua. Begitu jg kpd yg memberikan kata2 semangat. - patah sayap ku tetap cuba terbang jua. Doakan GB. P/s: Pemimpin PR yang terbaca kiriman ini janganlah buat-buat terlepas pandang kerana blog GB ini adalah salah satu blog pro-PR paling berpengaruh di Malaysia. Jika mahu dikira dari segi sumbangan, memang tidak ternilai sumbangan blog-blog seperti GB dalam membantu menyebarkan maklumat "sebenar" kepada orang ramai. Kepada rakan-rakan yang membaca kiriman ini, hulurkanlah sumbangan untuk sahabat kita ini dengan menghubunginya melalui alamat e-mel yang tertera di atas. |
Posted: 22 Nov 2011 08:41 PM PST Mula-mula, sila baca berita yang disalin dan ditampal dari TMI: KUALA LUMPUR, 23 — Seramai 13 suspek pengganas Darul Islam yang ditahan di Tawau, Sabah minggu lalu dipercayai anggota kumpulan yang pernah merancang mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tempatan. Pelik. Berdasarkan kenyataan Hishammudin, kumpulan ini kononnya pernah merancang melakukan jenayah termasuk pembunuhan dan menahan tebusan. Kononnya. Persoalannya, jika polis sudah mempunyai bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan undang-undang sedia ada. Mengapa perlu menahan mereka di bawah akta zalim yang menurut Najib akan dihapuskan tidak lama lagi? Ingat pendedahan Utusan tentang surau yang dikatakan mengajar muridnya untuk bertindak ganas, melakukan rusuhan sebelum ini? Apa perkembangan kes itu yang kononnya pihak risikan mempunyai bukti surau itu boleh mendatangkan mudarat kepada keselamatan negara? Mengapa sehingga sekarang masih belum ada dakwaan dibuat terhadap individu tertentu, walaupun nama surau itu didedahkan tanpa selindung di akhbar dan tuduhan juga dibuat secara terang-terangan! Jika beginilah keadaannya, sudah tentu akta baru yang dikatakan akan menggantikan ISA akan bersifat sama cuma dengan nama dan imej berbeza. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan