Rabu, 23 November 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


GAJI ARTIS TIDAK HARAM

Posted: 23 Nov 2011 01:25 PM PST


Ada seseorang bertanya soalan dalam Facebook tentangstatus gaji para artis yang berlakon atau menjadi model; apakah hasil gajimereka itu halal atau haram. Mendapat persoalan sebegitu, terasa agak pelik. Mengapapersoalan sebegini dibangkitkan.

Diberitahu bahawa dalam TV 3 baru-baru ini, kononnya berlaku sedikitperkelahian antara seorang ustaz dengan dua  orang artis tentang status gaji itu. Ustazterbabit tetap berkeras menyatakan bahawa gaji artis atau model adalah haram,jika dalam lakonan mereka itu ada unsur yang haram, seperti membuka aurat danseumpama dengannya.

Secara peribadi, aku menganggap bahawa tindakanmenyatakan hasil atau gaji artis yang bekerja dalam bidang lakonan ataunyanyian atau model yang membuka aurat sebagai haram secara mutlak adalah satu tindakanyang gopoh, dan tidak sepatutnya berlaku.

Mengapa aku menyatakan demikian? Mari kita perhatikandari sudut penghujahannya.

Pertama;

Hukum haram itu, tidak boleh dilihat dari satu bentuksahaja. Ini kerana, dalam pengajian ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, hukumharam itu hendaklah dilihat kepada dua bentuk, iaitu haram mutlak dan haramliwasfih (melayu : haram berfaktorkan sifat). Lalu, haram liwasfih initerbahagi pula kepada dua pula, iaitu haram liwasfih al-mujawir  dan haram liwasfih al-lazim.

Maksud haram mutlak adalah sesuatu itu adalah haramyang tidak ada ruang untuk menyatakannya sebagai halal. Ia seperti Allah SWTmengharamkan makan daging babi yang termasuk juga tulang dan segala-gala yangberkaitan dengan babi. Dengan erti kata lain, pengharaman makan daging babi ituadalah haram mutlak.

Adapun maksud dengan haram liwasif al-mujawir adalahpengharaman terhadap sesuatu berfaktorkan sifat. Dan sifat tersebut pula, bolehdirenggangkan. Contohnya adalah pengharaman solat dengan memakai pakaian curiatau berpuasa nazar pada satu syawal.

Hukum solat dalam keadaan pakaian curi adalah haram,tetapi perbuatan solat itu adalah sah. Serupa juga hukum menunaikan puasa nazarpada satu syawal, yang mana hukum puasa itu adalah sah, tetapi perbuatanberpuasa pada satu syawal itu adalah haram.

Berpuasa dan solat itu adalah amalan yang baik. Tetapi,memandangkan ada sifat yang tidak baik (haram) berdempek dengan amalantersebut, maka ia dikira sebagai haram juga. Dengan erti kata yang lain, hukumsolat itu adalah halal; hukum berpuasa itu adalah halal, ekoran itu puasa dansolat itu adalah sah. Tetapi, solat itu dilakukan dalam keadaan memakai pakaiancuri, maka haramnya pada sifat curi itu. Begitujuga pada puasa yang dilakukanpada satu syawal. Dengan maksud, puasa itu adalah halal, ekoran itu ia adalahsah. Tetapi, puasa itu dilakukan pada satu syawal, maka haramnya itu pada satusyawal tersebut.

Adapun hukum haram liwasfih al-lazim pula adalah harampada sifat. Sifat tersebut pula, tidak boleh berenggang langsung, tidaksepertimana pada haram liwasfih al-mujawir. Ia diumpamakan seperti hukum haramriba.

Riba merupakan sifat kepada jual beli. Tetapi, apabiladisebut riba, mesti ia berkaitan dengan jual beli, sedangkan tidak semua jualbeli itu adalah riba.

Kedua;

Memahami perkara ini, cuba kita perhatikan pula kepadahukum hasil kewangan yang terhasil oleh para artis yang berlakon yang mempunyaiunsur yang tidak sepatutnya seperti buka aurat dan seumpamanya, seperti filemTahajud Cinta, ayat-ayat cinta dan banyak lagi filem-filem yang lain.

Hukum berlakon tidak haram. Tetapi, dalam lakonantersebut ada unsur maksiat seperti buka aurat dan seumpama dengannya. Ini dapatdifahami bahawa haram yang dimaksudkan disini adalah haram liwasfih al-mujawir,bukan haram mutlak.

Dengan erti kata yang lain, duit yang terhasil darilakonan itu adalah halal, tetapi perbuatan membuka aurat itu adalah haram. Makanya,unsur buka aurat itu wajib diberikan teguran dan ia tidak memberi kesan kepadapenghasilan dari lakonannya, sepertimana sahnya puasa nazar, waima dilakukanpada satu syawal sekalipun.

Ia berbeda dengan lakonan bagi filem lucah. Ia adalahharam liwasih al-lazim. Dengan maksud, pengharaman tersebut memang dilihat padasifat, tetapi sifat (lakonan lucah) itu tidak boleh berenggang dengan filemterbabit. Dalam bentuk ini, barulah duit yang terhasil dari lakonan itu adalahharam.

Dari penghujahan ini, aku mengira tindakan Ustazterbabit yang amat mudah mengatakan duit gaji artis itu sebagai haram tanpamengklasifikasikan bentuk-bentuk haram ini terlebih dahulu  merupakan tindakan yang tidak cermat, dansepatutnya ia tidak berlaku langsung.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Tiada ulasan: