DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Lembut Hampir Diliwat
- Ingat Salim Parlan? Akhirnya, Dia Mengaku BERKHALWAT
- Awas, Gadis Nyaris Maut Tercekit Siput Sedut!
- Awas, Wanita Koma Selepas Warna Rambut
Posted: 21 Nov 2011 10:22 PM PST
Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lembut, Faizal (bukan nama sebenar) berhadapan saat paling perit dan aib dalam hidupnya apabila cuba diliwat sekumpulan lapan lelaki di banglo milik kerajaan sebuah negeri di sini, kira-kira jam 4 pagi Sabtu lalu. Bukan itu sahaja, adik angkat Faizal, Ecah (bukan nama sebenar), seorang gadis berusia 20 tahun juga cuba dirogol kumpulan berkenaan. "Kami dikurung kira-kira 10 jam dalam bilik rumah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, semalam. Menurut Faizal, dia pergi ke rumah itu setelah diajak seorang kenalannya yang dikenali sebagai Miji, dipercayai ahli keluarga penjaga rumah rasmi itu. "Apabila tiba di sana, kami diajak melepak dalam sebuah bilik. Di situ, kami dipaksa mengambil dadah jenis syabu. Bersama Miji ketika itu ada tujuh lelaki lain dan kami diugut akan dicederakan jika tidak ikut arahan mereka," katanya. Ketika itulah kata Faizal, dia dan Ecah diraba dan digomol oleh kumpulan lelaki itu. "Kami cuba melawan meskipun dalam keadaan khayal kerana dipaksa ambil dadah," katanya. Faizal berkata, dia mengugut kumpulan itu, akan buat laporan polis jika mereka terus berkelakuan tidak senonoh terhadap dirinya dan adik angkatnya. "Mereka keluar dari bilik itu dan mengurung kami, tidak memberikan kami makanan melainkan hanya secawan air. Saya juga ada terdengar kata-kata, mereka nak bawa kami ke Sungai Buloh dan kurung kami di sebuah rumah di sana," katanya Namun kata Faizal, apa yang dirancang kumpulan dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun itu tidak jadi kenyataan. "Kami dibebaskan setelah penjaga rumah itu datang kira-kira jam 5 petang," katanya. Dia dan adik angkatnya kemudian ditinggalkan di Bukit Bintang di sini. Telefon bimbitnya dirampas. Mereka kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira jam 1 pagi. P/s: Geli!!!! | ||
Ingat Salim Parlan? Akhirnya, Dia Mengaku BERKHALWAT Posted: 21 Nov 2011 06:30 PM PST Saya petik: [HM] GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu. Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam. Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh. Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama. Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam. Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan. Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan. Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah. P/s: Bukankah mereka sebelum ini sudah mengaku berkahwin, tetapi belum mendaftarkan perkahwinan itu? | ||
Awas, Gadis Nyaris Maut Tercekit Siput Sedut! Posted: 21 Nov 2011 05:45 PM PST Saya petik: [HM] ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya. Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma. Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37. "Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit. "Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya. "Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat," katanya di sini, semalam. | ||
Awas, Wanita Koma Selepas Warna Rambut Posted: 21 Nov 2011 04:57 PM PST Saya petik: [HM] LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup. Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L'Oreal Preference yang dipakainya itu. Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya, Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L'Oreal itu tetapi doktor yang merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L'Oreal menawarkan untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie. Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah. Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya. P/s: Sila ingat jenama produk yang dikatakan punca wanita itu koma!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan