Selasa, 22 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


BN Pilihan Orang Utan

Posted: 21 Nov 2011 11:00 PM PST



KUALA LUMPUR 68 Nov. – Perdana Menteri Pulau Pisang hari ini melancarkan slogan baru Beruk Negara (BN) khusus untuk menarik sokongan golongan haiwan kepada parti itu iaitu 'BN Pilihan Orang Utan.'

Ketua Pemuda LEMBUMNO berkata, Perdana Menteri Pulau Pisang yang juga Pengerusi BN dan Presiden LEMBUMNO melancarkan slogan itu selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri LEMBUMNO 2011 di Pusat Dagangan Lembu Fidlot Dunia, di sini.

Ketua Pemuda berkata, slogan itu akan digunakan oleh sayap dan ekor LEMBUMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya umum selain menarik undi golongan haiwan lain selain dari lembu fidlot sedia ada. - Utuseks



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kondom bertaburan di taman

Posted: 21 Nov 2011 08:00 PM PST

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga."Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu."Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat," katanya.Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan."Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan."Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula," katanya.Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.SH
Published with Blogger-droid v1.7.4

VIDEO JARINGAN FINAL SUKAN SEA 2011

Posted: 21 Nov 2011 05:00 PM PST

Gol separuh masa pertama Indonesia (1) Malaysia (1)




Tendangan penalti




Gol kemenangan Malaysia



KEPUTUSAN PENUH
MALAYSIA 1(4)-1(3) INDONESIA
(*)PENALTI

KUALA LUMPUR, 21 Nov - Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut.
Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 4-3.

Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.

Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: