DUNIACACAMARBA |
- Campuran Simen dan Gam Disuntik ke Punggung Wanita
- "Saya yang tanggung semua dosa saya"
- Padah Lari dari Asrama, Budak 14 Tahun Dirogol Lelaki Baru Dikenali
- Ratu Cantik Islam Degil, Apakah Perkara yang MENYEDIHKAN Berkaitan dengan Kes Ini?
- Maksiat BUDAK Pantai
Campuran Simen dan Gam Disuntik ke Punggung Wanita Posted: 20 Nov 2011 06:00 AM PST Seorang "doktor" transgender dituduh menyuntik campuran simen, minyak, bahan kedap tayar, dan gam super ke punggung seorang wanita. Pelanggan malang itu dilaporkan membayar hampir £450 untuk perkhidmatan membesarkan punggungnya. Oneal Morris, 30, ditahan selepas mangsa hampir meninggal dunia berikutan bahan-bahan toksik yang disuntik itu tersebar di dalam badannya. Kini, Morris, hidup manusia sebagai seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan kepada badan pelanggannya. Dia didakwa melakukan prosedur itu di rumahnya sendiri. Menyorot kembali situasi yang dihadapi mangsa, sumber mendakwa wanita yang tidak dinyatakan namanya itu mula mengalami gejala seperti radang paru-paru dan kesan bilur besar yang muncul di belakangnya. Polis berkata Morris, dari Florida, Amerika Syarikat, memberikan wanita itu satu siri suntikan untuk mendapatkan bentuk "punggung ghetto" - satu istilah yang digunakan untuk menerangkan punggung yang lebih besar dengan bentuk yang menarik. Untuk mendapatkan bentuk badan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, wanita di Amerika beralih kepada pembedahan "homemade" yang jauh lebih murah, namun membahayakan nyawa berbanding dengan pembedahan kosmetik yang mahal. Sarjan Bill Bamford berkata: "Saya fikir cara itu gila, sudah tentunya mengancam nyawa." "Jika anda ingin menjalani prosedur perubatan, carilah pakar perubatan berlesen, pergilah ke kemudahan perubatan berlesen untuk mendapatkan rawatan perubatan yang betul." -DCM P/s: Sila ambil pengajaran! Untuk bacaan lanjut, sila baca di The Sun atau google di internet. |
"Saya yang tanggung semua dosa saya" Posted: 20 Nov 2011 12:28 AM PST Apa respons artis beraksi "hot" dalam majalah FHM Indonesia tentang kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya? "Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
Baca lanjut di Kosmo. P/s: Seperti biasa, saya bukan kemaruk mahu menyiarkan cerita fasal dia, cuma tertarik dengan kata-kata "saya yang tanggung semua dosa saya." Simpan jawapan itu!!! Wow!!! Seperkara lagi, tiada ulama, mufti, jabatan agama yang mahu bersuara. Jika mereka mampu memberikan kaunseling (dalam kes JAIS (Sarawak), itu yang mampu dilakukan oleh mereka) kepada peserta ratu cantik, mengapa tidak kepada artis yang beraksi "hot"? |
Padah Lari dari Asrama, Budak 14 Tahun Dirogol Lelaki Baru Dikenali Posted: 19 Nov 2011 10:00 PM PST Saya petik: [HM] ARAU: Akibat kebosanan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak melarikan diri dari asrama sekolahnya, dekat sini, berdepan detik menyayatkan hati apabila menjadi mangsa rogol seorang lelaki pada Khamis lalu. Mangsa dipercayai memanjat pagar asrama kira-kira jam 10.45 malam sebelum terserempak dengan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah stesen bas lalu mempelawa diri untuk menemani gadis itu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar di Kangar, dekat sini, sehingga tengah malam. Katanya, mangsa yang berasal dari Lubuk Sireh tidak dapat pulang ke asramanya kerana sudah lewat malam sebelum diajak pulang ke rumah lelaki terbabit. "Mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila suspek memaklumkan tinggal bersama keluarga selain berjanji menghantarnya pulang ke asrama pada keesokan paginya. "Percaya dengan kata suspek, mangsa mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirogol serta dikurung sehingga petang keesokkan harinya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ketika ketiadaan lelaki itu," katanya. Menurutnya, pihak sekolah yang terkejut dengan kehilangan mangsa dari asrama kemudian mencarinya sebelum berjaya menemuinya pada petang kelmarin. Katanya, selepas disoal, mangsa memberitahu dia keluar dari asrama sekolah sebelum dirogol suspek menyebabkan laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Arau untuk tindakan lanjut. "Berdasarkan laporan polis, suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. P/s: Cari nahas!!! |
Ratu Cantik Islam Degil, Apakah Perkara yang MENYEDIHKAN Berkaitan dengan Kes Ini? Posted: 19 Nov 2011 08:00 PM PST Mula-mula baca dahulu berita yang saya pautkan dari HM:
Lima orang peserta ratu cantik yang beragama Islam telah dipanggil untuk sesi kaunseling oleh pihak JAIS, namun mereka tetap berdegil dan meneruskan penyertaan mereka dalam pertandingan ratu cantik Borneo 2011. Kata salah seorang daripada mereka, rugi jika tidak menyertai pertandingan itu. Hujah mereka, penyertaan dalam pertandingan itu tidak menyalahi undang-undang di sana, walaupun mereka sengaja ataupun sememangnya jahil tentang hukum hakam agama yang dianuti oleh mereka. Apa yang menyedihkan tentang kes ini? Pertama, mengapa tiada undang-undang yang melarang orang yang beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik atau berpakaian mendedahkan aurat? Jika ada undang-undang sedemikian, maka sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan itu (bab ini perlu tanya kerajaan BN). Saya tidak pasti sama ada undang-undang ini diselaraskan di peringkat pusat ataupun diwujudkan bergantung pada peruntukan pihak berkuasa tempatan atau jabatan agama. Jika di Selangor, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dipersetujui pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Bagaimana dengan peruntukan undang-undang tentang hal ini di Sarawak? Adakah jabatan agama Islam Sarawak tidak mempunyai enakmen yang sama? Jika tidak ada, mengapa tiada usaha untuk menggubalnya? Sebelum ini, kita pernah membaca ibu dan anak ditahan kerana berpakaian mencolok mata beberapa tahun lalu. Penahanan mereka yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atas peruntukan yang ditetapkan. Kalau tidak silap, penahanan anak-beranak itu berlaku di kawasan Jalan Petaling dan penahanan mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak yang jahil atas alasan hak asasi. Perkara yang sering berlaku di Malaysia. Kedua, JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) seperti yang diberitakan HM hanya MAMPU memanggil dan memberikan kaunseling. Kata pihak JAIS, tiada kuasa diperuntukkan untuk menghalang atau mendakwa gadis-gadis jahil ini apabila mereka bertekad menyertai pertandingan ratu cantik itu. Pendedahan ini amat memalukan kerana jabatan yang menjaga hal ehwal dan maruah agama Islam tidak mampu berbuat apa-apa dalam hal ini. Ironi, jabatan agama Islam di Malaysia ini sangat berkuasa apabila melibatkan program pemimpin pembangkang. Mereka tiba-tiba amat berkuasa untuk menghalang dan menyerbu program-program yang tidak mesra kerajaan BN. Mereka mengawal masjid dan menghalang tokoh agama mesra pembangkang memberikan ceramah agama atas alasan tauliah dan sebagainya. Namun dalam kes ratu cantik ini, mereka umpama lelaki dayus yang tidak mampu berbuat apa-apa! Mengapa hal ini terjadi? Tanyalah kerajaan BN yang selama ini berkuasa menentukan segala-galanya di bumi Malaysia ini!!! Apabila menyentuh tentang pertandingan ratu cantik, kita pasti teringat akan kes yang membabitkan Tuan Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila dipecat daripada jawatan yang disandangnya selama 12 tahun kerana memberikan pandangan tentang penglibatan tiga orang gadis Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997. Yang menyedihkan tindakan tersebut telah dibantah, malah PM Malaysia pada ketika itu turut mengecam tindakan Mufti dan JAIS. Kes yang membawa kepada pemecatan Datuk Ishak ini telah diulas oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku bertajuk Mufti lawan Mahathir. P/s: Apabila menyentuh tentang aurat, orang lain terutamanya artis dan selebriti yang mendedahkan badan perlu dihukum juga. Masalahnya di Malaysia, hukum agama tidak dipandang berat, adakalanya undang-undang hanya diwujudkan atau dilaksanakan apabila pihak berkepentingan tergugat. |
Posted: 19 Nov 2011 06:46 PM PST Saya petik: [HM] PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka. Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ. Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing. "Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik. "Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. "Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba," katanya. Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara "Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya. Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker. "Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap. "Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang," katanya. Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu. "Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau. "Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung). "Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai," katanya. Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah. "Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. "Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan