Ahad, 20 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lim: DUN hanya dibubar selepas rundingan Pakatan

Posted: 20 Nov 2011 05:03 AM PST


MALAYSIA KINI

Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

selangor dap congress 2011 2Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa.

Lim berkata, sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13, beliau akan bermesyuarat dengan parti-parti komponen pembangkang dan juga barisan kepimpinan pusat Pakatan.

Beliau yang juga setiausaha Agung DAP tindakan itu supaya fokus dapat diberikan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pemilihan di peringkat persekutuan.

Lim yang ditemui wartawan di Kuala Lumpur selepas melancarkan konvensyen tahunan ke-16 DAP Selangor, berkata Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika pilihan raya diadakan tahun ini.

selangor dap congress 2011 lim guan eng 2Khamis lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sehingga sekurang-kurangnya Jun tahun depan.

Mengulas keputusan itu, Lim berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan katanya, ia adalah keputusan dan prerogatif Khalid.

"Saya ambil pendekatan berbeza. Saya mahu berunding dengan rakan-rakan Pakatan yang lain," kata Lim.

Hisham: Kritikan Dr M bukan unik pada Umno

Posted: 20 Nov 2011 04:59 AM PST

Jimadie Shah Othman


Pelbagai masalah yang melanda Umno, seperti dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah unik pada parti itu semata-mata, kata naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, mengenali Dr Mahathir, perkara sebegitu sentiasa dilontar setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno saban tahun untuk disahut anggota parti.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin"Masalah ini bukan unik pada Umno sahaja. Saya tak nafi berlaku tetapi kita sentiasa melalui proses rombakan dan tranformasi," kata Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tertutup amanat presiden bersama Pemuda dan Puteri, Hishammuddin berkata, majlis seperti hari ini menunjukkan bahawa kebimbangan itu akan dapat dihadapi.

Dr Mahathir dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini menggambarkan Umno lemah kerana tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Mahathir, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

"Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

NONESementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program hari ini ke arah mendapatkan semula sokongan orang muda yang merupakan kuasa penentu dalam pilihan raya umum.

Katanya, dalam merangka halatuju mereka perlu khusus menjadikan generasi muda sebagai tumpuan atau touch point parti.

"Sebab itulah kita rangka slogan baru 'BN pilihan orang muda' sebagai ganti 'Undilah BN'," kata anggota parlimen Rembau itu.

Ditanya sama ada Pemuda mahukan lebih kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, Khairy enggan mengulasnya.

"Ini percakapan keluarga," katanya ringkas.

Amanat khas

Sementara itu, Bernama melaporkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat penting kepada anggota pergerakan Pemuda dan Puterinya sebelum Perhimpunan Agung Umno 2011 berlangsung pada 29 Nov ini.

Amanat khas kepada anggota kedua-dua pergerakan itu, yang julung kali diadakan, bermula pukul 4.30 petang dan berlangsung kira-kira satu jam setengah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

NONEKira-kira 4,000 orang terdiri daripada anggota kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri Umno di peringkat bahagian dari seluruh negara menghadiri majlis tertutup itu.

Sebelum ini, Presiden parti memberi amanat kepada semua anggota perwakilan Umno ke Perhimpunan Agung Umno pada hari permulaan Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap Umno itu.

Bagaimanapun bagi perhimpunan kali ini, Najib mengadakan majlis yang berbeza untuk Pemuda dan Puteri, antara lain untuk memberi nasihat kepada Pemuda dan Puteri Umno yang mewakili generasi muda dalam menghadapi Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 29 Nov hingga 3 Dis.

Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku?

Posted: 20 Nov 2011 04:36 AM PST

Oleh Addin


Ketika di kedai Mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yg duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indon vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa org Indonesia x hormatkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Jawapan yang dapat.. " Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami.

Bukannya melodi itu utk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu Aku Cinta Padamu milik Siti dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat?

Malahan bapak akan ejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala admin mendengarnya.

Addin :

Apa pun penyokong Indonesia sepatutnya hormat lagu Negaraku semasa dikumandangkan. Walaupun apa alasan, tindakan Indonesia seperti manusia tidak bertamadun. Gelagat segelintir rakyat Indonesia telah mengguris hati rakyat Malaysia. Kita serumpun dan seagama.. apa perlu berpelakuan sebegini hanya kerana permainan yang di namakan bola sepak, sungguh dangkal!!

Terjerat oleh janji palsu: Adik beradik minta penjelasan Najib dan Liow

Posted: 20 Nov 2011 04:32 AM PST

.Oleh : Dana Kay

Terjerat oleh janji palsu: Adik beradik minta penjelasan Najib dan Liow

Janji-jani pilihanraya yang dibuat oleh Barisan Nasional selalunya tidak akan di kotakan namun untuk dua adik beradik, mereka tidak akan melupakan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai yang telah menyebabkan kematian ayah mereka. Kedua-dua adik beradik ini mahukan jawapan daripada PM dan Liow.

Tan Chong Chern dan adiknya Tiney Tan yang berasal dari Sri Aman Sarawak telah memberitahu para wartawan bahawa sewaktu pilihanraya DUN yang lepas, Najib dan Liow telah pergi ke Sri Aman dan menjanjikan bahawa mereka akan mendapat sebuah hospital baru, dua pakar, sebuah ambulans (yang sedia ada hanyalah sebuah van yang diubahsuai menjadi ambulans) dan juga lebih ramai staf perubatan. Calon BN untuk Simanggang, Sri Aman, Dr Francis Hardin Hollis telah memenagi kerusi kawasan itu

Sudah 3 bulan berlalu dan hingga kini, tiada apa-apa yang berubah di hospital Sri Aman, tempat di mana ayah mereka menghembuskan nafas terakhir.

Pita Merah Birokrasi

Masalah yang terpaksa diharungi kedua adik beradik itu bermula sejak 19 Julai tahun lalu apabila ayah mereka, pemain bola tampar kebangsaan Tan Ting Hui mula mengalami masalah jantung. Tan Sr telah diminta menjalankan pembedahan pada bulan Ogos tahun lepas di Hospital Umum Sarawak tetapi doctor telah memberitahunya bahawa beliau boleh tunggu dahulu dan mengambil ubat sahaja.

Pada 27 Jun , Ta kembali ke hospital untuk pembedahan tetapi beliau telah diberitahu bahawa memandangkan Bahagian Jantung Hospital Umum Sarawak telah dipindahkan ke Sarawak International Medical Centre (SIMC) yang mengkhusus kepada penyakit jantung, mereka tidak boleh menjalankan pembedahan terhadap beliau kerana jadual pembedahan Tan telah dibuat oleh SGH. Disebabkan itu, pembedahan jantung Tan terpaksa dijadualkan semula.

Para doktor di SIMC telah memberi dua pilihan kepada keluarga Tan, samada beliau tinggal sahaja dahulu di SIMC sementara menunggu mereka menjadualkan semula pembedahan ataupun,pulang sahaja terlebih dahulu dan tunggu pihak hospital memaklumkan semula kepada mereka tarikh baru pembedahan Tan. Keluarga Tan telah memutuskan untuk membiarkan Tan menunggu di hospital kerana yakin bahawa peluang beliau untuk mendapat tarikh terdekat bagi pembedahan akan menjadi lebih cerah.

Chong Chern memberitahu bahawa sepanjang 3 minggu ayahnya berada di SIMC, ayahnya telah mengadu sakit dada sebanyak 3 kali tetapi doktor di sana hanya memberinya ubat untuk menstabilkan keadaan.

Diambang maut tetapi tiada rawatan

Apabila ditanya oleh keluarga Tan bilakah ayahnya akan dibedah, salah seorang doktor di sana memberitahu bahawa sekiranya mereka tidak dapat menunggu, mereka boleh pergi ke hospital swasta. Chong Chern mendapat thu bahawa Dr Jong merupakan doktor yang sama yang akan membuat pembedahan di hospital kerajaan dan swasta.

"Kami orang susah, kenapa ayah perlu pergi ke hospital swasta hanya untuk dibedah oleh seorang doktor yang sama?" Tanya Chong Chern.

Pada 18 Julai, keluarga Tan telah diberitahu bahawa Tan akan dibedah pada keesokkan harinya pukul 7 pagi. Seluruh keluarga merasa amat lega dan setelah persiapan dibuat pada pukul 6 pagi beikutnya, seorang jururawat memberitahu bahawa Dr Jong kurang sihat dan tidak dapat untuk membuat pembedahan itu. Pada keesokkan harinya pula, pihak hospital memberitahu bahawa Tan akan dibedah pada 21 Julai.

Menurut Tan, beliau pun memahami situasi doktor yang juga manusia biasa dan enggan memberi komen mengenai pembatalan pembedahan itu.

Menurut Chong Chern lagi, pada pukul 11 pagi hari yang sama, seorang doktor telah memberitahu keluarga Tan bahawa Dr Jong yodak dapat menjalankan pembedahan pada tarikh yang ditetapkan itu kerana keadaan Tan yang tidak mengizinkan. Doktor itu juga memberitahu bahawa bahawa Tan boleh keluar dari hospital pada hari itu juga dan datang semula pada 3 Ogos untuk MRI.

Sudah tiga minggu kami menunggu dan ayah saya berasa gelisah dan ingin kembali ke Sri Aman. Doktor juga memberitahu kami agar jangan risau dan memberi ayah ubat yang lebih kuat. Kata mereka ayah boleh berjalan-jalan tetapi harus menjaga pemakanan.

Perjalanan terakhir

Maka pada tengahari 20 Julai, Tan telah keluar hospital dan kembali ke Sri Aman. Pada malam 21 Julai, Tan mengadu berasa sakit dan meminta untuk dibawa ke hospital. Keluarganya membawanya ke hospital Sri Aman, dan beliau meninggal dunia di situ. Hospital tersebut tidak memiliki satu pun tangki oksigen.

Adik Chong Chern yang menangis secara senyap sepanjang masa sidang akhbar itu bekata walaupun mereka miskin tidak sepatutnya pembedahan ayahnya dilambat-lambatkan hanya kerana mereka tidak mampu membuat pembedahan di hospital swasta.

Beliau tertanya-tanya adakah janji Liow Tiong Lai untuk menempatkan pakar di situ adalah semata-mata untuk meraih undi dan setelah kembali ke Semenanjung, beliau terus melupakan janji beliau

"Membina hospital memakan masa yang lama tetapi, memandangkan kepada keperluan di sini, Kementerian Kesihatan sepatutnya meletakkan seorang pakar di sini seperti yang dijanjikan." Kata Chong Chern lagi.

Menurut Adun Batu Kawa, Christina Chiew, SIMC yang dirasmikan awal tahun ini dikatan mempunyai keselesaan seperti Hotel Hilton.

"Dianggarkan seramai 1500 pesakit jantung setiap tahun dan tiada maknanya memiliki sebuah hospital indah tetapi kekurangan doktor. Seorang pesakit jantung secara puratanya terpaksa menunggu lebih kurang 6 bulan untuk dibedah dan ia merupakan suatu penantian yang cukup menyeksakan untuk orang yang sedang sakit." Kata Christina.

Projek tarik diri

Menurut Chong Chieng Jen, SIMC sebenarnya adalah sebuah projek di mana tarik diri Kerajaan Persekutuan. "SIMC mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan bernilai RM400 juta dan ia telah terlebih anggar sebanyak RM 1.2 juta untuk sebuah katil .

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak mengambil serius isu kesihatan dan Chong juga memberitahu bahawa beliau juga kenal 2 orang pakar bedah yang mahu kembali ke negeri Sarawak untuk berkhidmat.

"Salah seorang bekerja di England dan seorang lagi di Taiwan, kedua-duanya merupakan negara membangun. Mereka telah menulis kepada Kementerian 2 bulan yang lepas dan masih lagi menunggu jawapan. Kerajaan sering mewar-warkan bahawa ia ingin golongan professional balik ke tanah air. Tapi mengapa doktor-doktor ini tiada menerima jawapan? Adakah mereka tidak berkelayakkan untuk bekerja di hospital kita?"Persoalan yang ditujukan Chong kepada Liow.

Chong also wanted both the hospitals - SGH and SIMC - to give statistics of how many patients had passed on due to the long waiting list for surgery. He said the people needed to know how they were taken for a ride by such poor medical services, with the government only keen to spend on the construction of the building to benefit the crony developer firms

Chong juga mahukan statistic daripada SGH dan SIMC mengenai berapa orangkah pesakit janung yang telah meninggal gara-gara terlalu lama menunggu peluang dibedah. Menurut beliau, rakyat behak mengetahui mengenai bagaimanakah situasi perkhidmatan kesihatan kita dengan sikap kerajaan yang cuma mahu menghabiskan wang dalam membina hospital besar yang menguntungkan kroni mereka dalam bidang pembinaan.

malaysia-chronicle.com

UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia

Posted: 20 Nov 2011 04:26 AM PST

Oleh Ibn_bacoks



PONTIAN – UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Osman, didakwa kini berada di penghujung pemerintahannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M. Subramanian, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor dengan katanya berdasarkan kajian yang telah dilakukan bahawa pertambahan pengundi baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) rata-ratanya adalah daripada kalangan bukan Melayu.

Hal ini katanya menjadi petanda bahawa pengundi Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

"Pengundi Melayu bukan penentu undi bagi kemenangan Barisan Nasional di Johor. Kajian mendapati 26.000 pengundi baru daripada orang Cina" tegas beliau lagi.

Tambahan pula ujarnya lagi, Pakatan Rakyat (PR) Johor telahpun mensasarkan lebih 13 kawasan Parlimen manakala 35 lagi ialah di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut memberi kejutan kepada parti yang sudah 53 tahun menjadi pemerintah di negara ini.

"(sejumlah) 13 kawasan Parlimen dan 35 peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini laporan sulit yang terakhir (diterima)" ujar beliau lagi.

Selain itu, kata Subramaniam lagi, negeri yang terkenal dengan jolokan 'kubu kuat UMNO' itu didakwa turut memiliki rekod kes khalwat yang banyak.

Dianggarkan kira-kira 1730 kes khalwat di negeri ini dan ini disifatkan satu jumlah yang cukup besar.

"Johor (ada) 1730 kes khalwat. Disebabkan kesilapan UMNO perkara ini berlaku." ujarnya lagi.

Justeru katanya lagi, adalah suatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai sebuah pemerintah yang hanya mendominasi sesuatu kaum dalam sesebuah parti.

Sedangkan katanya, rakyat negara ini harus berbangga kerana PAS bukan disifatkankan sebuah parti untuk satu kaum sahaja dan hal ini boleh membawa ke arah sebuah negara yang maju dan cemerlang.

"Kalau negara ini nak maju, jangan ada parti satu kaum.

"UMNO sendiri dalam bahasa inggeris. Kalau tak (amalkan) perkauman, parti dalam Malaysia dah maju seperti PAS" tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim, Sungai Pinggan, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Bob Kuman jatuh & ditahan di hospital

Posted: 20 Nov 2011 03:42 AM PST

KL TODAY



Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya.

SEMAK SEMULA PEWARTAAN HUTAN SIMPAN

Posted: 20 Nov 2011 03:38 AM PST

SABAH KINI

ANGGOTA Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mahu kerajaan negeri menyemak semula keputusannya untuk mewartakan sebagai Hutan Simpan Kelas Satu (kawasan tadahan air) bagi tanah melibatkan 19 buah kampung di Matunggong, Sabah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat 'tanpa pengetahuan penduduk' dan tanpa pertimbangan yang telah menjejaskan ribuan penduduk kampung yang telah tinggal dan mengusahakan tanah itu selama beberapa generasi.

"Keputusan bagi sempadan kawasan tadahan air, yang meliputi tanah penduduk dan tuntutan tanah adat, adalah tidak munasabah dan tidak adil. Penduduk tidak diberitahu mengenai pewartaan itu yang dibuat pada 2007. Mereka terkejut apabila diberitahu permohonan tanah mereka tidak dapat diproses dan diberikan alasan itu," katanya di Kota Marudu, kelmarin.

Penduduk yang kecewa mendakwa kawasan yang dikatakan itu melibatkan hutan simpan Gunung Gomantong-Geluang-Gesusu seluas kira-kira 600 hektar.

Ongkili berkata pewartaan itu didakwa menjejaskan beberapa kampung, 528 permohonan tanah, 73 geran tanah dan 54 pelan kaji ukur berdaftar termasuk ikon pelancongan di Matunggong iaitu rumah panjang Rungus di Kg Bavanggazo.

"Penduduk berkata: Sanggup anda lakukan ini terhadap penduduk pribumi yang telah mengusahakan tanah itu sejak zaman berzaman dan yang mempunyai hak ke atas tanah adat? Ini tidak konsisten dengan janji Rakyat Didahulukan."

"Berdasarkan pewartaan sempadan yang diumumkan kepada orang ramai, malahan tanah di mana terletaknya ikon diiktiraf dunia iaitu Bavanggazo juga diisytiharkan sebagai tidak boleh disentuh kerana ianya Hutan Simpan Kelas Satu. Ini betul-betul tidak munasabah," katanya.

Ongkili berkata walaupun terdapat keperluan untuk mewartakan kawasan tadahan air untuk memastikan bekalan air mencukupi ke kampung-kampung, cara sempadan itu ditetapkan adalah 'tidak bertimbang rasa' kerana ia bertindih dengan tanah warisan nenek moyang penduduk kampung dan kawasan tempat mereka mencari makan.

"Ia dilakukan secara tidak munasabah dan tidak rasional dan menjejaskan kehidupan orang ramai," kata Ongkili.

Mengesa kerajaan menyemak semula perkara itu demi kepentingan rakyat yang konsisten dengan prinsip 'Rakyat Didahulukan', 0ngkili berkata jika pihak berkuasa tetap berkeras mengenai keputusan pewartaan itu, dengan itu pampasan patut diberikan kepada mereka yang terjejas.

"Ini akan melibatkan jumlah yang besar iaitu ratusan juta ringgit. Tetapi kita perlu bersikap adil kepada rakyat," katanya. (BERNAMA)

Terlalu 'Bodoh' Untuk Seorang Exco Kerajaan Terengganu!

Posted: 20 Nov 2011 03:28 AM PST


KUALA TERENGGANU - Jawapan yang diberikan berkaitan isu sawah padi Kampung Jelapang oleh YB Ashaari Idris selaku Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Terengganu dianggap 'terlalu bodoh'.

Setiausaha Majlis Tindakan DUN Langkap Abdul Raof b Mohamed berkata, jawapan yang diberikan oleh Ashaari tidak masuk akal sama sekali.

"Jawapan YB Ashaari mengatakan bahawa beliau tidak jumpa nama-nama pemilik tanah sawah padi kampung Jelapang adalah tidak masuk akal dan terlalu bodoh bagi seorang Exco kerajaan

"semua maklumat berkaitan pemilik tanah ada di pejabat tanah Setiu dan beliau boleh mendapatkannya pada bila-bila masa,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Penerangan Konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Setiu di sini Khamis, 17 November.

[Gambar - Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, berucap dalam Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut]

Abdul Raof yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Padi Kampung Jelapang berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Ashaari dalam sebuah akhbar beberapa hari lalu.

Kenyataan Ashaari dibuat adalah ekoran 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat telah berhimpun secara aman di kawasan sawah padi mereka pada 13 November lalu.

Para pesawah mengadakan demonstrasi dan menyatakan bantahan atas tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang didakwa menipu para peswah dan bercadang merampas tanah mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

Sehubungan itu, Abdul Raof berkata, pihaknya telah mempamirkan senarai nama pemilik tanah padi terbabit melalui tulisannya "Tanaman Padi Kampung Jelapang - petani terus dizalimi" yang telah diterbitkan dalam Buletinonline.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk bertemu dan memberikan satu salinan nama pemilik berserta senarai lot pemilik tanah padi tersebut kepada Exco Pertanian itu, sekiranya Ashaari masih 'belum jumpa' senarai tersebut.

Kelapa Naik Hingga RM3 Sebiji

Posted: 20 Nov 2011 03:02 AM PST


KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual berkata kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.

Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.

Yusof Abdullah, 43 peniaga kedai runcit di sini berkata sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan.

"Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asas termasuk kelapa.

"Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga lebih rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya.

Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain.

Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu ketika dihubungi berkata ia akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi Fama untuk mendapatkan bekalan jika perlu.

Beliau berkata Fama akan berusaha mendapatkan bekalan kelapa tempatan dan import dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri ini.- BERNAMA

Menjawab Hujjah-hujjah Tokeh Lembu Feedlot

Posted: 20 Nov 2011 02:57 AM PST

KELAB GREENBOC


Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Langkah sebaik-baiknya ialah mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.


Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti
Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek 'berjaya' satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6 Disember 2007 bahawa "operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan." Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, "mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu". Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan "diternak", kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai "pengeluaran".

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, "dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010."

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, "kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara."

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk "lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran."

Untuk perladangan kontrak, NFC akan "membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.

Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.


Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku? -FMT

NFC dan kondo mewah, antara lembu dan manusia

Posted: 20 Nov 2011 02:53 AM PST

Oleh Syed Imran

Isu ladang ternakan negara yang dikatakan bakal memberi sumbangan besar kephttp://malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my/wp-content/plugins/RSSPoster_PRO/cache/fd2a8_12b53da1159c0897b90d1ac4ad3ad744.gifada industri makanan, National Feedlot Corporation [NFC] yang diketuai oleh suami Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memasuki fasa siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan [CCID].


Isu NFC bangkit ekoran laporan Ketua Audit Negara yang kurang berpuas hati dengan perjalanan dan pencapaiannya yang disifatkan oleh Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebagai kurang tepat.

Yang menarik perhatian seperti yang dibangkitkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS ialah pembelian dua buah unit kondo lampau mewah di Bangsar, yang diberi nama One Menerung, pada harga RM6.9 juta seunit [PKR kata RM9.8 juta].

NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta oleh Kerajaan Persekutuan semasa ditadbir oleh Tun Abdullah Ahmad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian, untuk membangun dan memajukan industri ladang ternakan lembu, sebenarnya tiada kepakaran untuk mengusahakannya.

Dr Salleh mungkin berjaya dalam membangun dan memajukan Taman Teknologi Malaysia atau TPM yang diterajuinya selama 18 tahun, tetapi tiada kepakaran dalam industri ternakan atau perladangan ternakan. Itu yang jelas. Oleh itu, banyak yang hairan bagaimana seorang yang tiada kepakaran atau pengalaman boleh diberi kepercayaan untuk mengusahakan sebuah ladang ternakan seluas 607 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

Tetapi, apa yang menarik perhatian umum ialah pembelian dua buah kondo lampau mewah di Bangsar yang disifat oleh Dr Salleh sebagai satu pelaburan yang baik untuk NFC walaupun ia melibatkan pelaburan RM13.8 juta daripada wang pinjaman RM250 juta yang diamanahkan oleh kerajaan.

Dr Salleh berkata pembelian dua buah kondo itu akan memberi pulangan lebih baik berbanding dengan jika wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap.

Beliau berhujah andai kata RM13.8 juta dimasuk dalam deposit tetap atau simpanan tetap bank pada kadar faedah 2.7 peratus setahun, NFC akan mendapat pulangan RM379,000 manakala pulangan daripada sewaan dua unit kondo mewah itu sebanyak RM360,000 setahun. Media melaporkan Dr Salleh sebagai berkata sewaan bulanan yang diperolehi adalah RM30,000 sebulan.

Tetapi, apabila penilai/pentaksir harta profesional menolak nilai sewaan yang disebut itu kerana menurut mereka, nilai paling tinggi yang boleh dicapai tidak melebihi RM24,000 dan mustahil untuk mencapai RM30,000 sebulan, Dr Salleh lantas menyatakan yang dia disalah petik oleh sesetengah media. Katanya, sewaan yang diterima ialah RM18,000 dan RM17,000 sebulan untuk dua unit kondo berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kondo berkenaan dibeli dengan mendapat diskaun 20 peratus dan pembelian tersebut adalah satu urus niaga yang baik untuk NFC.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang meneliti isu NFC mendapati ia tiada kaitan dengan undang-undang di bawah SPRM tetapi ada kaitan dengan Kanun Keseksaan dan oleh itu menyerah kes tersebut kepada PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM sedang menyiasat dan kita tunggu apa keputusannya.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Pak Lah, menolak desakan pembangkang dan beberapa NGO supaya Shahrizat, suami Dr Salleh melepaskan jawatan Kabinetnya. Mereka berkata Shahrizat tiada kaitan dengan pemberian pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dikuasai oleh suami dan keluarganya.

Itu kata mereka.

http://kudaranggi.blogspot.com

Muhyiddin wajar letak jawatan, gagal sedia penempatan guru

Posted: 20 Nov 2011 02:43 AM PST

DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Gabungan Ikatan Islam Se-Malaysia (Gamis) menasihatkan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhhttp://cdn.bintulu.org/uploads/2009/12/Muhyiddin-y000100.jpgyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah penempatan guru graduan pendidikan.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sehingga kini masih gagal memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

"Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran di kalangan graduan bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari kerja lain selain dari guru," katanya kepada Harakah.

Selain itu beliau juga mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianaktiri, dalam masa yang sama sejumlah 13,000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini.

Menurutnya, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut.

"Lebih mengecewakan ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur.

"Soalnya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita," soal Syazwan.

Tambahnya lagi, kegagalan garaduan ditempatkan juga menyebabkan mereka terus terbeban untuk membayar wang pinjaman PTPTN.

Tekanan ini katanya, sepatutnya diselesaikan dengan bijak oleh seorang Menteri Pelajaran dengan memberikan ruang dan jalan yang sesuai, bukannya lari daripada tanggungjawab dengan menyuruh bakal guru untuk bekerja di sektor lain.

"Sesunggunya amat songsang dengan falsafah pendidikan apabila seorang bakal guru disaran untuk bekerja di ladang ternakan lembu," katanya.

TU DIA!!! Blogger lucah jadi saintis

Posted: 20 Nov 2011 02:30 AM PST

PASPB


Hari ini Sk ada terima SMS dari seorang kenalan suruh tengok blog lucah katanya bloger tersebut yang sebelum ni terkenal dengan video2 porno kini dah bertukar jadi saintis pulak. Sebenarnya Sk malas la nak layan blog-blog terutama blog yang Pro Barisan Nasional, bukan apa kebanyakan blog pro BN ni boleh dikatakan semuanya memaparkan aksi lucah. Mau tak mau Sk pun cubalah buka blog yang diperkatakan tu.

Belek punya belek ternampaklah apa yang dikatakan saintis jelmaan tu.


Saintis tu mengaku dia adalah papagomo..sebut saja nama papagomo Sk pun dah nak tergelak bukan apa sebab bloger ni dahulunya terkenal sebagai bloger lucah, sekarang dah jadi saintis. Maybe dah terima hidayah untuk berubah agaknya. Video tersebut tak perlulah Sk copy dan paste kan disini nanti buat semak blog ni pulak.


Saintis Jelmaan tu ada buatkan satu ujikaji mengenai dakwat kekal yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat untuk diguna pakai dalam pilihanraya. Video 11 minit 24 saat itu menayangkan bagaimana saintis jelmaan tersebut cuba memadamkan dakwat yang didakwanya akan digunapakai oleh pengundi dalam setiap kali pilihanraya. Di awal tayangan memaparkan bagaimana jari saintis jelmaan tersebut mencalitkan dakwat dan dipadamkan dengan satu cecair yang didakwanya boleh diperolehi di setiap farmasi, kedai ubat, hardware atau kedai 2 ringgit.

Pada hemat Sk ujikaji yang dibuat tu adalah bertaraf pandir, ini kerana Dakwat yang digunakan oleh saintis jelmaan tersebut adalah dakwat biasa yang juga boleh diperolehi di seluruh kedai alat tulis dan seterusnya mendakwa inilah dakwat yang bakal digunakan oleh pengundi kelak. Inilah otak pemikiran bloger UMNO yang hanya mahu menipu dengan hanya mengambil contoh dakwat biasa yang banyak terdapat dipasaran. Kalau diteliti sekarang, kebanyakan negara-negara demokrasi menggunakan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh PR, bukannya dakwat mudah hilang sepertimana ujikaji saintis lucah tersebut.

Sk mengharapkan agar seluruh lapisan masyarakat usah terpedaya dan tertipu dengan ujikaji saintis jelmaan tersebut.

SK ada pendedahan terbaru mengenai kejahatan Pemimpin UMNO Kedah semasa mereka menjadi raja dahulu. Nantikan pendedahan tersebut. Kita akan londehkan satu persatu. BONGKARRR.....

Koh Tsu Koon tidak bertanding PRU-13: Berkorban atau dikorban?

Posted: 20 Nov 2011 02:16 AM PST

Diterbitkan oleh: Siput Darat

WarkahDaily - Semalam dilaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU-13 nanti. Konon kerana mahu berkorban demi parti dan menyelamatkan parti.


Koh Tsu Koon
Betul atau tidak 'berkorban' untuk parti atau 'dikorbankan' untuk parti kerana sebelum ini beliau digembar-gemburkan akan bertanding kerana 'orang-orangnya' mahu beliau bertanding.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pagi semalam mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 — mengakhiri spekulasi pelbagai pihaknya mengenai langkah pengorbanan yang beliau bakal lakukan demi menyelamatkan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua BN Pulau Pinang ini berkata langkah beliau umumkan hari ini adalah "keputusan peribadi" semata-mata.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau sudah pun memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keputusannya.

Bagaimanapun Koh mengesahkan yang beliau akan terus memegang jawatan-jawatan politik termasuk kedudukan sebagai Presiden Gerakan, ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dan naib pengerusi BN pusat.

Guan Eng: Umno paksa Tsu Koon lupakan PRU-13

Lim Guan Eng
Dalam perkembangan lain juga dipetik dari The Malaysian Insider, Lim Guan Eng mendakwa Umno memaksa pesaing politiknya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya tidak bertanding pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, sedangkan Presiden Gerakan itu sememangnya mahu turun gelanggang lagi.

Lim , yang menggantikan Koh sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengumuman senator itu pagi ini menunjukkan "misi Umno kini sudah selesai."

"Beliau menjadi presiden parti (Gerakan) dan kemudian menteri (di Jabatan Perdana Menteri). Saya merasakan ia bukan kehendak beliau," kata beliau di ibu negara semalam.

Sebelum ini Koh Tsu Kooon pernah berhadapan dengan kritikan ahli-ahli Gerakan dan pemimpin yang mendakwa kepimpinan beliau terlalu lemah.

Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP berkata, Umno menggerakkan kempen terhadap Koh khususnya menerusi akhbarnya Utusan Malaysia dan "apa yang dihendaki oleh Umno, ia dapat."

Beberapa pihak dalam Gerakan sebelum ini mahu Koh bertanding di kerusi Parlimen Bagan mencabar Lim dalam melahirkan kekuatan kepimpinannya.

Bagaimanapun Lim enggan mengulas sama ada keputusan Koh hari ini akan menjadikan BN lebih kukuh di Pulau Pinang.

"Pilihan saya tidak penting, Kami menghormati setiap lawan.

"Beliau seharusnya diberi satu peluang kedua. Meskipun anda kalah, anda boleh bertanding lagi pada hari lain. Malah Lim Kit Siang dan Karpal Singh pernah tewas masa lalu dan kembali," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Politik 3D UMNO-BN

Posted: 20 Nov 2011 02:09 AM PST

Oleh Adil Mat Selamat


Semakin jelas segala macam skandal penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO- Barisan Nasional sehingga nampak terang-benderang seperti dalam bentuk tiga dimensi atau 3D yang amat jelas bentuk, gaya dan rupanya.

Jika dahulu kita hanya mendengar khabar angin, gosip atau cakap-cakap kedai kopi, ia hanyalah ilusi 2D sebagai sekadar bahan jenaka, usik-megusik dan umpat-mengumpat.

Bentuk 3D adalah merujuk kepada ruang tiga dimensi. Dalam teori seni ia dimaksudkan sebagai bentuk yang punya sudut sisi, atas bawah dan belakang, iaitu gambaran 360o. Tidak sepertimana bentuk 2D yang hanya sekadar garis luar, sudut sisi dan atas bawah pada tahap 180o.

Kita lihat bagaimana manusia di zaman batu melakar dengan lukisan di dinding-dinding gua sebagai satu bentuk rakaman (dokumentasi) kejadian yang telah berlaku. Dari rupa (lakaran) kasar tanpa bentuk yang solid (sempurna), hinggalah ia berevolusi ke zaman teknologi ini menjadi 3D. Bentuk begitu realistik dan terperinci.

Begitu jugalah halnya dengan politik dan kerajaan kita.

Evolusi penyelewengan UMNO-BN

Apa yang kita maksudkan semua ini adalah bahawa UMNO-BN yang pada asalnya adalah sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan dibentuk atas dasar pemuafakatan antara berbilang kaum untuk membangunkan sosio-ekonomi negara.

Tetapi ia kini berevolusi menjadi sebuah kerajaan yang anti-rakyat dan anti-demokrasi. Bentuk-bentuk ini berubah dari bentuk asal dan menunjukkan 'watak' dan 'warna' sebenar mereka.

Apakah ini karma atau pilihan yang dibuat oleh kita sendiri?

Jika dapat disemak kes-kes yang pernah berlaku sejak dari kejatuhan ekonomi 1997/98 hingga kini, semua skandal itu jelas menunjukkan ada penglibatan kepentingan pihak kerajaan secara langsung. Ia bukan isu skandal persaingan di pihak swasta atau peribadi.

Kenyataan ini begitu menjolok perhatian kita, dan seharusnya ia begitu. Jika kita lihat bagaimana Malaysia boleh terlibat dengan krisis matawang pada 1997/98, Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas menyalahkan George Soros, pedagang mata wang antarabangsa.

Hakikatnya, mungkin kita semua sudah sedar bagaimana kerajaan menerusi Bank Negara telah melakukan satu kerja yang sangat tidak bertanggungjawab apabila 'bermain' dengan 'pakar' seperti Soros, dengan memperjudikan wang rakyat.

Hasilnya, perjudian ini tewas, dan apabila tersungkur, maka Soros yang juga seorang Yahudi dipersalahkan. Perkataan 'Yahudi' dipersebarkan pula oleh pecacai-pecacai Mahathir untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu, semata-mata mahu mengalih pandangan rakyat daripada permainan judi menggunakan wang rakyat oleh kerajaan UMNO-BN.

Kita rakyat pula yang menanggungnya menerusi wang KWSP dan Petronas sebagai harta rakyat yang digunakan untuk menyelamatkan atau bail out syarikat-syarikat kroni Mahathir dan jebauk-jebauknya.

Kesan salah urus terhadap rakyat

Kesan langsung kepada rakyat pada masa itu ialah, harga barang naik, cukai naik dan minyak naik. Kita diminta untuk mengubah gaya hidup, kita diminta bersabar, diminta yakin dan bermacam-macam lagi.

Seolah-olah rakyat Malaysia ini hamba kepada UMNO-BN. Mereka pula tidak perlu ubah apa-apa, dan terus senang-lenang kerana kerugian akibat perbuatan sendiri telah ditanggung oleh wang rakyat.

Kemudian kita dapat lihat skandal PKFZ, berbilion-bilion ringgit urusniaga itu melibatkan dana kerajaan – dana ini adalah wang hasil dari cukai kita. Kita dapat lihat bagaimana UMNO-BN menggunakan dana ini dengan mengagih-agihkan kepada 'sahabat-sahabat' mereka dalam parti dan kerajaan.

Oleh kerana wang yang berbilion ringgit itu tidak dapat dilihat secara zahir di mata rakyat, maka kebanyakan kita tidak begitu mengambil peduli tentang korupsi itu hinggalah kes ini diperkatakan dan diangkat oleh parti-parti Pakatan Rakyat bagi menuntut siasatan dan pendakwaan.

Kalau Pakatan membisu, masakan bekas-bekas Menteri boleh dihadapkan ke mahkmah. Hanya masa akan menentukan sama ada keadilan akan benar-benar terlaksana.

Begitu juga halnya dengan kes Perwaja Steel. Hingga hari ini, tiada ada mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan. Namun yang pasti, wang berbilion itu sudah habis dibelanjakan oleh para karuptor.

Hinggalah kepada kes terbaru yang melibatkan seorang Menteri UMNO dan keluarganya, iaitu National Feedlot Corporation (NFC). Hakikatnya, isu ini didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam buku laporan tahunannya 2010. Kemudian isu ini disambut oleh Pakatan Rakyat, dan daripada situ barulah semua intipati kes-kes ini berjaya didedahkan satu persatu.

Barangkali jika tidak kerana Ketua Audit Negara dan Pakatan Rakyat, tentu sekali kes ini sekadar menjadi kes 2D sahaja. Jadi kisah kedai kopi dan gossip politik, berlingkar di sekitar luaran sahaja.

Dalam kes ini, segala rasional pihak kerajaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar sebaliknya bertukar menjadi semakin kusut. Memang sukar untuk menjustifikasikan bagaimana wang rakyat menerusi kementerian yang bertanggungjawabkan telah disalahguna. Perniagaan yang seharusnya berjaya dan menguntugkan kini bertukar menjadi hal yang merepek dan terbengkalai.

Dan kini, kerajaan dilihat cuba menolak masalah ini kepada syarikat NFC sendiri untuk menjawabnya. Itulah jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh UMNO-BN. Baling batu sembunyi tangan. Namun, walau apa pun yang dilakukan, imej dan kredibaliti kerajaan UMNO-BN sudah tiada.

Terang sudah skandal 3D

Jika semua skandal-skandal ini dapat kita lukiskan, pasti bentuk-bentuk imej itu menjadi semakin nyata seperti imej 3D. Setiap bentuk 3D mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai satu bentuk yang sempurna.

Bentuk yang dapat kita lihat secara menyeluruh jalinan dan elemen-elemennya, bentuk yang dapat kita fahami keadaan warna dan sifatnya, bentuk yang dapat kita rasai kesannya.

Maka, menerusi perumpamaan dalam kes seperti ini kita akan dapat melihat, punca bagaimana korupsi itu boleh terjadi, di mana selalunya ia berlaku, berapa banyak wang yang boleh disalahgunakan, kuasa apa yang mengizinkan ianya berlaku hinggalah kita dapat melihat peranan masyarakat dan undang-undang dalam mengubati kanser ini.

Bentuk 3D UMNO-BN ini sudah jelas buat kita. Ia memberi kita petunjuk bahawa, ubat terbaik untuk mengubati kanser ini adalah dengan menolak keluar mereka dari pentadbiran negara dengan jalan yang sah, iaitu pilihan raya.

Jalan ini merupakan jalan tengah yang menolak cara-cara ganas termasuk panggilan revolusi yang tidak kena pada tempatnya di Malaysia yang masih aman walau sentiasa gelisah ini. Kita memilih jalan tengah untuk berubah, dan kita yakin jalan itulah yang terbaik dalam berhadapan dengan kabilah besar seperti UMNO-BN ini.

Inilah hakikatnya apabila sesebuah kerajaan itu sudah terlalu lama memerintah, mereka menjadi terlalu selesa hingga korup yang suatu ketika dulu begitu menjijikan tetapi kini hal itu menjadi budaya politik UMNO-BN.

Kita sudah memberi peluang kepada kerajaan UMNO-BN mereformasikan diri. Apa yang ada cuma janji demi janji.

Janji Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak 2004 gagal ditunaikan. Janji Datuk Seri Najib Razak pun akan tinggal janji. Malah menjilat semula ludahnya apabila reformasi yang dicanangkannya bukan sahaja tak nampak bayangnya tetapi sedang dimansuhkan satu demi satu.

Sebelum terlambat dan parah, kita sebagai rakyat perlu ingat kata-kata hikmat ini: Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. – Roketkini.com

Kongres KEADILAN : Satu penghormatan buat Johor – Jui Meng

Posted: 20 Nov 2011 02:07 AM PST

Nabihah Hamid



Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng menyifatkan pemilihan Johor sebagai tuan rumah sebagai penghormatan buat anak Johor.

"Ini satu penghormatan kepada Johor dan jentera KEADILAN Johor sudah membuat persediaan untuk kongres ini," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Kata Jui Meng, segala usaha dipertingkat bagi memastikan segalanya berjalan lancar sepanjang kongres itu berlangsung.

"Ini petanda bagus bagi Johor untuk menerima KEADILAN," katanya.

Logo Kongres KEADILAN Nasional yang ke-8

Bekas Menteri Kesihatan itu yakin penganjuran kongres berkenaan dapat membantu Pakatan Rakyat mendapatkan lebih kerusi melalui jentera mantap pada PRU akan datang.

"Kongres ini akan meningkatkan imej KEADILAN di Johor sekaligus bakal menyumbang kemenangan di Johor dan kita akan pecahkan pendapat yang mengatakan Johor kubu kuat Umno.

"Dengan gabungan jentera DAP dan PAS, semestinya jentera kita akan lebih kuat dalam usaha untuk menawan Johor.

Anak muda penentu ke Putrajaya

Posted: 19 Nov 2011 11:38 PM PST

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan meningkatkan fokus kepada pengundi muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ianya merangkumi kemas kini daftar pemilih di kalangan pengundi muda, culaan dan menyusun program bersesuaian bagi mendekati golongan sasar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, program penerangan bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi akan diserapkan ke dalam program sosial yang akan dijalankan di peringkat akhir ini.

"Sebelum ini bukan pemuda tak buat kerja, malah pemuda di setiap negeri sudah merangka dan emlaksanakan pelbgai program mendekatai pengundi muda tapi kita ingin tingkatkan dan perkasakan program-program ini untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, DPPM berjaya mengumpulkan hampir 500 petugas terdiri daripada Ketua Pemuda Negeri, Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya negeri-negeri dan kawasan di Konvensyen Pilihan Raya DPPM Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Sany berkata, pada konvensyen itu juga, pemuda diberi amanat untuk membantu PAS ke Putrajaya dengan menyediakan tenaga petugas bagi setiap kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

"Walaupun PAS belum tahu berapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi, namun pemuda diberi tugas dalam Road Map to Putrajaya yang dibentangkan oleh Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) semalam," katanya.

Tambahnya, konvensyen tersebut dijangka program besar yang terakhir oleh DPPM sebelum PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun hadapan.

"Setiap pemuda membawa balik semangat untuk berkerja di negeri dan kawasan masing-masing dan kita jangka ini program besar yyang terakhirlah sebelum PRU 13.

"Kehadiran semalam juga satu yang memeberangsangkan memandangkan pemuda baru sahaja selesai mengadalakn ijtimak baru-baru ini," katanya lagi.

Menyentuh program terdekat pula, beliau berkata, DPPM sedang merangka satu program mendekati pengundi luar bagi memberi kesedaran mereka untuk pulang mengundi di negeri masing-masing.

"Ramai pengundi yang tinggal di luar negeri tapi alamat mengundi di negeri asal. Jadi kita akan adakan satu program kesedaran untuk pulang mengundi," katanya.

PAS sambut baik mansuh guru kerja 9 jam

Posted: 19 Nov 2011 11:35 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan yang mengumumkan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut sangat wajar dan selari dengan desakan PAS selama ini yang mahu warga pendidik dibela, bukan dibebankan dengan ditambah waktu berkerja.

"Kita alu-alukan keputusan kerajaan membatalkan projek printis guru kerja sembilan jam ini.

"Saya sendiri sebelum ini turut menyuarakan bantahan kepada pihak kementerian di Dewan Rakyat, agar ianya dimansuhkan kerana khuatir kesan negatif kepada proses pengajaran guru dalam kelas," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.

Langkah itu menurut Muhyiddin, bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, ianya tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menegaskan, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu juga mendapat pandangan pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap tugas guru.

"Kerajaan perlu ambil pengajaran. Apa-apa keputusan berkaitan perguruan, perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak kesatuan.

"Kita tidak mahu keputusan yang dibuat akhirnya menjejaskan 'core business' guru sekaligus yang menjadi mangsanya adalah pelajar itu sendiri,' katanya.

Sebelum ini Presiden NUTP Hashim Adnan turut menyatakan bantahan dengan projek printis kerja sembilan jam itu kerana ianya dibuat tanpa berbincang dengan pihak mereka.

Lebih membimbangkan katanya, tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal dengan sistem pengajaran sedia ada.

Ibrahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat

Posted: 19 Nov 2011 11:33 PM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.

Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu

Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.

"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.

"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud."

Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.

Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.

Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.

Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.

"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.Malaysia Chronicle

Menangi hati orang Melayu - Dr M

Posted: 19 Nov 2011 11:31 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



Bermula 29 November hingga 3 Disember ini Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Signifikannya persidangan kali ini, ia dilihat sebagai kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan.

Pastinya dalam suasana politik hari ini, kedudukan dan penerimaan masyarakat terhadap parti ini masih lagi menjadi sesuatu yang ditagih kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negara oleh UMNO selama ini telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Namun bersesuaian dengan keputusan PRU-12, UMNO itu sendiri perlu berubah mengikut kehendak dan keperluan semasa tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kelangsungan yang telah diperjuangkan selama ini.

Untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan ini Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN telah mewawancara bekas Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas.

Dr. Mahathir, menyatakan sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat terutamanya orang Melayu.

Ujarnya dalam pertemuan yang berlangsung di pejabatnya di Tingkat 86, Menara Dua KLCC, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

"Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang," katanya.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?

DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada. Utusan

Anak Gaddafi ditangkap

Posted: 19 Nov 2011 11:28 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



TRIPOLI - Anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam ditangkap di selatan negara ini, kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) hari ini.

Menteri Kehakiman NTC, Mohammed al-Allagui berkata, Saif yang pernah disebut-sebut sebagai pewaris Muammar Gaddafi, dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun al-Allagui enggan mengulas lanjut penangkapan itu.

ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Saif, ayahnya dan bekas ketua perisikan Gaddafi, Abdullah al-Senussi pada 27 Jun lalu atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan untuk menghentikan tunjuk perasaan antirejim.

Satu sumber majlis 'thwar' (revolusi) Tripoli yang dianggotai bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Gaddafi berkata, Saif ditangkap di wilayah Ubari, selatan negara ini.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo pada 9 November lalu berkata, Saif pasti akan ditangkap dan masa sahaja yang akan menentukannya.

Seminggu sebelum itu, Moreno-Ocampo memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ICC menerima soalan daripada individu-individu yang rapat dengan Saif tentang tindakan undang-undang yang akan dikenakan jika dia menyerah diri.

Wakil Saif turut mempersoalkan nasib anak Gaddafi itu sekiranya dia dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan serta berkemungkinan dibebaskan.

Pasukan penyiasat ICC melawat Libya untuk mengumpul lebih banyak bukti dalam kes Saif dan turut menyiasat dakwaan kes rogol yang dilakukan tentera Gaddafi semasa melakukan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan sebelum demonstrasi itu bertukar menjadi perang saudara. - AFP

TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC

Posted: 19 Nov 2011 11:23 PM PST

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Seorang demi seorang pemimpin Umno keluar untuk mempertahankan Ketua Wanita Shahrizat Jalil, dengan ramainya setakat mencemarkan kredibiliti dan reputasi mereka sendiri. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang juga Timbalan Presiden Umno - mengatasi mereka semua.

Beliau tidak sama sekali peduli mengenai apa rakyat Malaysia fikirkan tentang penyalahgunaan wang RM250 juta oleh NFC melibatkan projek pengeluaran daging lembu negara dan tuduhan bahawa ia telah dengan cara rasuah diberikan kepada keluarga Shahrizat.

"Kami akan serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada menerima penjelasanyang NFC atau tidak kerana NFC telah menjelaskan setiap isu yang timbul," kata Muhyiddin kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.

"Bagi kami di pihak kerajaan, kami tahu kebenaran dan kami tidak terpengaruh dengan cerita-cerita yang direka oleh pihak pembangkang."

Salleh tidak dapat pertahankan kadar sewa RM70,000

Apa pun versi kebenaran yang dijual Muhyiddin, adalah jelas daripada rungutan yang didengari bahawa ia tidak sejajar dengan pandangan majoriti rakyat di negara ini.

Parti PKR, yang diketuai Anwar Ibrahim telah beberapa minggu yang lalu mendedah kepincangan NFC. Walaupun dengan mandat yang jelas untuk meningkatkan industri penternakan lembu di negara ini, NFC telah menggunakan dana untuk membeli kondominium mewah di Bangsar serta melanjutkan diskaun kepada syarikat yang dikawal oleh keluarga Shahrizat.

Enggan mengakui bahawa ini adalah tindakan yang boleh dipersoalkan, Ketua NFC Salleh Ibrahim - yang juga suami Shahrizat menegaskan, bahawa tindakan mereka adalah betul dan kondominium-kondominium itu telah disewa dengan harga RM70,000. Apabila pakar hartanah mempersoalkan kadar sewa yang tinggi itu, Salleh tidak dapat mempertahankannya dan mendakwa jumlah itu termasuk rebat ke atas harga belian.

Tetapi kerosakan telah dilakukan. Bagaimana akauntan Salleh atau NFC boleh membuat kesilapan pengiraan termasuk rebat dengan sewa sebanyak RM18, 000 setiap sebulan dan menganggap itu sebagai kadar pulangan pelaburan kekal menjadi misteri kepada akauntan dan pakar-pakar kewangan.

Walaubagaimanapun, Salleh berada di pihak yang berkepentingan dalam kemelut yang kini sedang disiasat oleh pihak polis. Muhyiddin pula tidak, dan oleh itu, penganalisis politik mengatakan tidak ada sebab untuk beliau menolak kemungkinan bahawa ia adalah rasuah. Beliau seharusnya menyeru kepada pihak polis dan SPRM untuk melakukan penyiasatan.

"Maklumbalas Muhyiddin terhadap skandal ini adalah yang paling mengecewakan. Beliau nampaknya tidak berminat untuk menyelamatkan wang rakyat. Beliau tidak peduli bahawa rakyat biasa telah bekerja begitu keras untuk mendapatkan pulangan yang sedikit. Umno kemudiannya hanya pandai menyapu wang rakyat untuk mengkayakan diri mereka sendiri," ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

SUHAKAM: Penangkapan 13 bawah ISA bertentangan dengan keputusan PM

Posted: 19 Nov 2011 11:16 PM PST

SUHAKAM


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara - yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.

Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga menyeru Kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah Akta ini.

*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Assasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Posted: 19 Nov 2011 11:15 PM PST

Langkah sebaik-baiknya ialah mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan berwibawa untuk mengendalikan projek ini.



Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.

Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek 'berjaya' satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6

Disember 2007 bahawa "operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan." Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, "mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu". Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan "diternak", kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai "pengeluaran".

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, "dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010."

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, "kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara."

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk "lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran."

Untuk perladangan kontrak, NFC akan "membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.
Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku?

Persediaan minda hadapi PRU 13

Posted: 19 Nov 2011 11:12 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Perhimpunan Agung kali ini penting untuk menyediakan "mind set" (minda) perwakilan, ahli-ahli Umno di semua peringkat.



PUTRAJAYA: Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan pada hujung bulan ini merupakan perhimpunan untuk menyediakan minda anggota parti mengenai pentingnya bermuafakat dan bersatu bagi memastikan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perhimpunan itu amat penting sebagai landasan untuk memastikan langkah -langkah penyatuan di kalangan anggota Umno di semua peringkat dapat dijayakan.

"Saya pun tak tahu bila pilihan raya akan diadakan, tetapi tanggapan kita, ini merupakan satu perhimpunan untuk menyediakan "mind set" (minda) perwakilan, ahli-ahli Umno di semua peringkat.

"Saya yakin ini merupakan satu persediaan yang cukup penting dan saya berharap perwakilan akan terus dapat mengeratkan silaturrahim dan manfaatkan perhimpunan ini sebagai satu tanda untuk melakukan persediaan untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang," katanya.

Perhimpunan kali ini juga agak besar berikutan jumlah perwakilan yang bakal hadir adalah tertinggi berbanding tahun lalu, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kementerian itu di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Umno 2011 akan berlangsung dari 29 Nov hingga 3 Dis ini.

Sementara itu, beliau berkata kementerian yakin akan dapat menyiapkan lebih 700 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) melalui Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan III (NBOS3) bagi Orang Asli menjelang awal Disember ini.

"Sasaran kita hampir 800 buah rumah. Kita telah siapkan lebih 400 buah dan yang sedang dalam pembinaan ialah lebih 200 buah rumah. Saya yakin pada awal Disember ini, kita akan siapkan lebih 700 buah rumah iaitu menepati sasaran yang telah ditetapkan," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sebuah laman web bahawa kerajaan negeri hanya akan menyertai PRU-13 sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun 2012, Mohd Shafie berkata kemungkinan mereka bimbang kekuatan di peringkat negeri tidak begitu menjamin kejayaan mereka dalam pilihan raya umum.

"Saya yakin, itu merupakan strategi (mengadakan pilihan raya berasingan) yang mereka yakin bahawa mereka tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat.

"Maka, mereka bimbang dan takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bersekali dengan Parlimen bila mana ia diumumkan," katanya.

Mohd Shafie berkata tindakan mengadakan pilihan raya umum secara berasingan hanya akan membebankan rakyat kerana bukan semua rakyat negeri Selangor menetap di negeri berkenaan manakala pilihan raya serentak dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa.- Bernama

Tiada ulasan: