Rabu, 16 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Berbunuh-bunuhan kerana Berebut Viagra Himalaya, 19 Orang Dihukum

Posted: 16 Nov 2011 04:00 AM PST


Berita AFP melaporkan sebuah mahkamah di Nepal menjatuhkan hukuman penjara terhadap 19 penduduk kampung atas kesalahan membunuh sekumpulan petani dalam pergaduhan berhubung dengan hak untuk mengutip tumbuhan Yarshagumba yang mampu menguatkan seks yang dikenal sebagai Viagra Himalaya, kata seorang pegawai semalam.  

Untuk rekod, sebanyak tujuh orang petani telah dibunuh di daerah Manang pada bulan Jun 2009 semasa mengutip tumbuhan itu yang merupakan pendapatan utama bagi kebanyakan penduduk di Himalaya.

Para tertuduh itu mendakwa tujuh orang petani tersebut mati secara tidak sengaja ketika berlaku pergaduhan berhubung dengan hak untuk mengutip tumbuhan tersebut yang harganya boleh mencecah puluhan ribu dolar untuk satu kilogram di China.

Laporan mengenai kehilangan para petani itu diketahui oleh pihak berkuasa pada Jun 2009.

"Enam tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata seorang pendaftar sebuah mahkamah di daerah Manang, Shambhu Baral.

Menurutnya, sebanyak 13 orang lagi dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi mereka telah menghabiskan masa dalam tahanan sejak ditangkap.

Katanya, bukti-bukti menunjukkan hanya enam orang terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu. Pada mulanya, pihak berkuasa menangkap seluruh penduduk kampung tetapi sejumlah wanita dan kanak-kanak kemudian dibebaskan. 



Tiga Lelaki DIPANCUNG kerana Merogol Amah & Meliwat 2 Lelaki di Jeddah

Posted: 16 Nov 2011 02:00 AM PST


Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.

Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas dia menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.

Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.

 

Budak Sekolah Kantoi BERPELUKAN dengan Lelaki

Posted: 16 Nov 2011 12:06 AM PST


Saya petik:

[SH] KULIM - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.

Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.

Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.

Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.

"Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan," katanya.

Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.

"Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.

"Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.
 
"Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya," katanya.

Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


152,182 Anak Tidak Sah Taraf 2008-2010

Posted: 15 Nov 2011 10:35 PM PST

Saya petik:

[HM] SERAMAI 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga tahun lalu dengan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang.

Selain Sabah, statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu Selangor (18,983 orang); Sarawak (17,570 orang); Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, berkata, kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah.

Beliau berkata, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurang perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

"Antara langkah yang dibuat ialah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif.

"Kementerian juga bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah," katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut pecahan negeri dan punca utama berlakunya masalah itu serta inisiatif kementerian bagi membendung gejala itu.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin, sama ada pelaku dan juga ibu bapa boleh didakwa, Heng berkata, bagi pelaku bukan Islam ia tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun bagi pelaku Muslim ia boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.


P/s: Agak-agaknya, berapakah jumlah anak yang lahir daripada ibu yang beragama Islam?



Jangan Beli Sos Cili 1Malaysia? MENGAPA? Baca!

Posted: 15 Nov 2011 09:00 PM PST


Malaysia Kini melaporkan ujian makmal terhadap sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) didapati mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperoleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Sebelum ini, Tony Pua menyatakan hasil ujian makmal dilakukan terhadap beberapa sampel produk Kedai 1Malaysia mendapati isi kandungannya tidak menepati piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Sembilan produk yang dimaksudkan ialah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

"Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kandungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus."



P/s: Adakah demi kepentingan politik, kerajaan 1Malaysia mahu menganiaya rakyat?Kalau beginilah hasil ujian makmal, tidak salah kalau kita boikot sahaja produk yang dijual di K1M




Budak 15 Tahun Kantoi, Sudah 20 Kali Terlanjur (Kalau Tidak Kantoi..??)

Posted: 15 Nov 2011 08:10 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

"Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

"Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

"Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

"Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka," katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.



P/s: Mungkin sedikit masa lagi, pertanyaan "Adakah anak aku masih dara?" berlegar-legar dalam fikiran seorang bapa. Malang, Kementerian Pelajaran hanya bimbang soal pelajar obes...!!!
 


Duda 64 tahun + Dara 26 Tahun

Posted: 15 Nov 2011 06:15 PM PST


Saya petik:

[HM] TANAH MERAH: "Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi," kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam. | foto Harian Metro

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.


P/s: Semoga tercapai apa-apa yang dihajati dan berbahagia hingga ke akhir usia.



Tiada ulasan: