Rabu, 16 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


7 persoalan tentang gerabak EMU RM1.89 bilion

Posted: 16 Nov 2011 03:50 PM PST

Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China dengan harga sekitar RM1.9 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010.

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010.

Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos menyelenggara, membaiki dan overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan.

Walaupun pembelian EMU dari Zhuzhou ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian pada 23 Julai 2010.

Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan, iaitu dua bulan empat hari.

Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara?

Susulan desakan saya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 27 Julai 2010 memutuskan bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU disiasat dengan lebih terperinci. PAC mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan.

Spesifikasi tender asal

Pada 1 April lalu, saya menerima jawapan bertulis dari Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa siasatan kes ini masih dijalankan SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan.

Bagaimanapun, pada 14 November lalu, timbalan menteri pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dalam pembelian EMU dari Zhuzhou.

Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari menteri pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut:

(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?

Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.

Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.

(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?

Pohon semak dokumen

Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?

Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.

Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.

(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.

Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.

Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.

Kawal ketat kerajaan China

(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?

(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.

Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.

SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.

(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.

Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.

Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk 'elemen komisyen' atau lebih tepat lagi 'kickback' agen tempatan.

(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.


Penulis merupakan anggota parlimen Kuala Sekangor.

Kongres PKR bagi rempuh kubu Umno

Posted: 16 Nov 2011 03:32 PM PST


MALAYSIA KINI

PKR berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan Rakyat menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat Umno.

NONESetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.

"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.

"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno," katanya.

Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.

Kontroversi Fidlot ulangi skandal PKFZ?

Posted: 16 Nov 2011 03:27 PM PST

Ko

S Pathmawathy

Anggota parlimen pembangkang hari ini menimbulkan persoalan sama ada menteri terbabit "menipu" kabinet dalam pemberian projek lembu RM250 juta kepada syarikat yang didakwa tidak berpengalaman seperti Perbadanan Fidlod Kebangsaan (NFC).

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau bimbang kontroversi sekitar NFC boleh mengulangi kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFC) yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Apabila NFC dianugerahkan projek itu pada 2008, kabinet diketuai bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan projek itu bawah seliaan menteri pertanian pada masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, Muhyiddin dan Abdullah mesti menjelaskan kenapa projek itu diberikan kepadda NFC sedangkan ia tiada pengalaman, kata Mahfuz.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan bulan lalu, projek ternakan lembu itu berada dalam keadaan yang tidak teratur.

NONEAntara yang didedahkan, jumlah lembu yang berjaya diternak pada 2010 adalah hanya 3,289 ekor atau 41.1 peratus daripada sasarannya.

NFC ditubuhkan tiga tahun lalu dengan tujuan mentranformasikan industri penternakan lembu dan daging bagi memenuhi keperluan negara pada kadar sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang akhir tahun lalu.

Kes rasuah Ling: Dr M tak buat laporan polis, kata saksi

Posted: 16 Nov 2011 03:18 PM PST


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahupun menteri-menteri kabinet lain, tidak membuat sebarang laporan polis yang mendakwa diri mereka ditipu berhubung perjanjian pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

altantuya razak baginda mongolian murder 270607 wong kian kheongPegawai penyiasat kes itu, R Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sepanjang pengetahuannya tiada aduan yang dibuat dari 1999 hingga 2002.

Ketika diperiksa balas oleh peguam bela, Wong Kian Kheong (kanan), beliau berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada Mahathir pada 15 Ogos tahun ini, dan dari seorang lagi bekas perdana menteri, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 3 Mac tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan apa yang mereka diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin negara itu.

Rajagopal merupakan saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas presiden MCA.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

azlanBeliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan bermula pada 1 Ogos lalu.

Susu 1M'sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran

Posted: 16 Nov 2011 03:16 PM PST


MALAYSIA KINI

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

NONEDalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

"Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

"Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi.

Dakwa dihina MB: Orang Asli 68 kampung berdemo

Posted: 16 Nov 2011 03:03 PM PST


Darwish Zainal

Kira-kira 100 Orang Asli daripada 68 perkampungan sekitar Negeri Sembilan berhimpun di bangunan setiausaha kerajaan negeri di Seremban bagi menuntut menteri besar memohon maaf kerana menyamakan kampung mereka dengan "setinggan".

Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif".

orang asli demo mb mohamad hassan squatters seremban 161111"Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu.

Mohamad dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.

Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan.

Teriak, sorak 3 jam

Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap.

orang asli demo mb mohamad hassan squatters seremban 161111 banner"Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu."

Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang.

Beberapa slogan - seperti "Jangan ganggu kami", Jangan menghina asal usul nenek moyang kami dengan perkataan setinggan" dan "Di mana nenek moyang kami dikuburkan, di situ wilayah tanah adat kami" - kelihatan dipamerkan.

Sementara itu, ketika menerima memorandum tersebut Mohd Hasan berkata kepada Langkap bahawa beliau akan membaca kandungannya terlebih dahulu.

Penyelewengan Satim dan Barisan Nasional Dibongkar MB

Posted: 15 Nov 2011 11:53 PM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

Selangorkini Capai Sasaran 150,000 Naskah Seminggu

Posted: 15 Nov 2011 11:52 PM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM, : Permintaan hangat daripada rakyat Selangor terhadap naskah mingguan Selangorkini menyaksikan akhbar percuma kerajaan negeri itu mencapai sasaran 150,000 seminggu pada tahun ini.

Rekod menunjukkan peningkatan sebanyak 40,000 naskah berbanding tahun sebelumnya.

Penerbitan Selangorkini adalah dibawah tanggungjawab anak syarikat Kerajaan Negeri, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pentadbiran dan urus kelola Selangorkini hanya melibatkan tujuh kekuatan tenaga kerja dengan kos RM207,000 setahun.

"Sehingga bulan Oktober 2011, 110,000 naskah Selangorkini berjaya dikeluarkan oleh CCSB telah membelanjakan RM2,676,000 untuk 40 edisi Selangorkini dengan jumlah 150,000 naskah seminggu.

"Manakala pada tahun 2010, edisi Selangorkini dengan jumlah 110,000 naskah setiap keluaran mingguannya dan diterbitkan dengan kos RM1,926,250 untuk biaya penerbitan dan pengedaran,"katanya.

Khalid berkata demikian ketika menjawap pertanyaan mulut daripada Adun Subang jaya, Hannah Yeoh di Sidang DUN hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid menjelaskan sebagai langkah penjimatan kos pengurusan, Selangorkini menggunakan khidmat unit grafik CCSB selain menolong pasukan editorial TVSelangor yang juga dibawah pengurusan CCSB.

MB : Syabas Berniaga Air Cara Hutang

Posted: 15 Nov 2011 11:48 PM PST

Oleh Mat Zahari Ali


SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan tindakan beberapa syarikat konsesi air seperti Syabas yang menjalankan operasi perniagaan mereka secara berhutang dan bukannya berdasarkan kemampuan kewangan syarikat terbabit.

Kesan dari itu mengakibatkan Syabas terpaksa menaikkan tarif air bagi membayar pelbagai tunggakan kepada pihak yang memberi hutang.

Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat tersebut menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan.

"Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.

"Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri." kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.

"Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.

"Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun." jelas Khalid.

Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsasi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini.

"Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsasi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.

"Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat." ujar beliau lagi.

Lesen memandu ikut tarikh lahir mulai 21 Nov

Posted: 15 Nov 2011 11:47 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA – Mulai Isnin ini, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita.

Dipetik Bernama Online, Kong berkata diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

"Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna," katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

PRU: PAS sasar kerusi campuran letak bukan Islam tanding

Posted: 15 Nov 2011 11:45 PM PST


KUALA LUMPUR– PAS melobi untuk mendapatkan kerusi-kerusi bersifat campuran bagi membolehkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diletakkan dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan PAS tidak mahu meletakkan calon DHPP di kawasan-kawasan yang ia pernah bertanding memandangkan kebanyakan bahagian terbabit adalah majoriti pengundi Melayu.

"Mereka boleh bertanding di bawah bendera parti. Itu tiada masalah. Masalah sekarang ialah kesemua kerusi kami majoriti Melayu. Bagaimana mereka boleh bertanding di sana?" kata seorang anggota biro politik.

Beliau juga berkata daripada 66 kerusi Parlimen PAS bertanding pada Mac 2008, hanya Kota Raja di mana Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan penyandang dari MIC merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.

Pada Julai lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS menyasarkan kerusi dimenangi enam calon PKR tetapi meninggalkan parti itu kemudian dan juga kerusi-kerusi lain seperti Kuala Kedah dan Machang.

Machang disandang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

PRU: Pakatan lancar prakempen awal Disember

Posted: 15 Nov 2011 11:41 PM PST


KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan kempen prapilihan raya dengan rapat umum di Selangor awal bulan depan sebelum menghantar pemimpin-pemimpin kanannya ke setiap negeri untuk mengenal pasti isu-isu pilihan raya.

Keputusan itu dibuat oleh majlis kepimpinan petang ini sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) malam ini, dipercayai bagi membincangkan aspek peruntukan kerusi dan senarai bakal calon.

"Kami telah membincangkan langkah-langkah persiapan menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam waktu terdekat dengan satu perhimpunan di Stadium Melawati pada 4 Disember ini," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata pendekatan itu bertujuan membawa kesemua pemimpin PR bersama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sekretariat PR juga akan menganjurkan acara-acara untuk menghantar pemimpin-pemimpin kanan ke setiap negeri bagi memahami isu-isu lokal secara terperinci," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Ketika ditanya mengenai pertemuan perdana menteri dengan ketua parti komponen BN, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata: "Kami sudah lama bersedia, itu sebabnya kami melancarkan program 4 Disember."

Meskipun mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013 tetapi spekulasi menyebut Najib kemungkinan akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat – tahun ini ataupun awal 2012.

Pakatan buat permohonan baru sebaik ROS beri respons rasmi

Posted: 15 Nov 2011 11:40 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi respons bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan perikatan itu sebagai parti, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata sehingga kini agensi itu tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara tersebut kecuali hanya diketahui menerusi media massa.

Dipetik Harakahdaily, katanya, jawapan ROS penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.

"ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau dia kata tolak, tolak . . . alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR," katanya.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berkata permohonan mendaftar Pakatan Rakyat secara automatik terbatal selepas Zaid selaku pemohon telah meninggalkan PKR, anggota komponen Pakatan Rakyat.

Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat tidak pernah mengemukakan permohonan baru selepas dari itu.

Saifuddin berkata Pakatan Rakyat telah melantik ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar untuk menggantikan tempat Zaid dan permohonan baru telah dilakukan kepada ketua penolong Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Namun ujarnya, ketua penolong pengarah tersebut enggan menerimanya bagi pihak ROS kerana mendakwa permohonan terdahulu belum dimuktamadkan oleh ROS.

"Kita membuat susulan dari masa ke masa. Kes itu tertangguh sehingga ketua pengarah ROS kata kita tak buat apa-apa.

"Majlis Presiden (Pakatan Rakyat) juga bersetuju untuk satu permohonan baru kita kemukakan sepantas mungkin apakala keputusan ROS itu diketahui," katanya.

Sukan SEA: Malaysia kekal di tangga lima, 22 emas

Posted: 15 Nov 2011 11:30 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

JAKARTA — Malaysia mengutip sembilan emas, tujuh perak dan 11 gangsa semalam dan terus kekal di tangga kelima jumlah pungutan pingat keseluruhan pada hari kelima Sukan SEA Ke-26.

Acara akuatik menjadi penyumbang terbanyak pingat emas iaitu tiga menerusi acara renang dan dua dari terjun, diikuti dua dari olahraga dan setiap satu dari memanah dan menembak.

Selepas tamat semua acara melibatkan atlet Malaysia, Malaysia mengutip keseluruhan 22 emas, 21 perak dan 34 gangsa.

Tuan rumah Indonesia terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta kutipan pingat dengan 71 emas, 58 perak dan 53 gangsa, diikuti Thailand (45-32-53), Vietnam (33-39-46) dan Singapura 23-23-40.

Di Pusat Akuatik, Palembang, penerjun negara Cheong Jun Heong meraih satu pingat emas dalam acara individu wanita 3m platform dengan mengumpul 310.70 mata, sementara rakan sepasukan Ng Yan Yee mendapat perak dengan 290.10 mata.

Penerjun bertaraf Olimpik, Bryan Nickson Lomas turut menambah satu lagi pingat emas menerusi acara acara 10m platform individu lelaki dengan mengumpul 500.80 mata, suatu jumlah mata tertinggi yang belum pernah dicapai olehnya dalam mana-mana kejohanan sebelum ini, lapor Bernama Online.

Skuad renang negara menyumbang tiga pingat emas melalui dua perenang jarak jauh iaitu Khoo Cai Lin (800m gaya bebas wanita) dan Kevin Yeap (400m gaya bebas lelaki) serta Siow Yi Ting (100m kuak dada wanita).

Dalam acara 800m gaya bebas, Cai Lin mencatat masa 8:50.17s untuk mengatasi Nantthanan Junkraja dari Thailand dan Raina Saumi dari Indonesia.

Acara 100m kuak dada wanita pula menyaksikan dua perenang negara Siow Yi Ting dan Christina Loh, masing-masing meraih pingat emas dan perak dengan catatan masa 1:10.55s dan 1:10.57s.

Sementara Kevin berjaya mencatat masa 3:55.07 saat, hanya kira-kira 0.02 saat untuk menyamai rekod kebangsaan dan juga rekod Sukan SEA milik Daniel Bego iaitu 3:53.99s yang dilakukan pada Sukan SEA Laos, dua tahun lepas.

Juara bertahan acara lompat bergalah wanita Sukan SEA, Roslinda Samsu bukan sahaja meraih emas dari acara tersebut malah mencipta rekod baru kejohanan 4.20m bagi mengatasi rekod lama miliknya iaitu 4.15m.

Ratu lari berpagar negara Noraseela Mohd Khalid menepati jangkaan apabila mengungguli acara kegemarannya 400m lari berpagar wanita dengan mencatat masa 57.41s.

Di Lapang Memanah Senayan di Jakarta, dua pemanah negara yang telah menempah tiket ke Olimpik London 2012, Cheng Chu Sian meraih pingat emas sementara rakan senegara Mohamad Khairul Anuar mendapat perak dari acara Recurve individu.

Sementara di Lapangan Sasar di Palembang, Nur Suryani Muhamed Taibi membidik pingat emas kedua selepas mengungguli acara 10m Air Rifle wanita.

Sebelum ini, Nur Suryani menghadiahkan emas pertama negara dalam acara 50m Rifel 3 Posisi pada Sabtu lalu.

Skuad boling negara pula sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa yang disumbangkan oleh Adrian Ang dengan mengumpul 1,359 jatuhan pin, ketinggalan 27 pin di belakang pemenang pingat emas, Frederick Ong dari Filipina.

Skuad badminton Malaysia juga gagal memberikan emas bila sekadar meraih pingat perak selepas kalah 1-3 kepada pasukan tuan rumah pada aksi final, acara badminton berpasukan lelaki.

Hari ini, sebanyak 54 pingat emas menjadi rebutan.

49 peneroka tuntut Felda, Felda Technoplant bayar RM6.75 juta

Posted: 15 Nov 2011 11:29 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Seramai 49 peneroka dari tiga kawasan Felda Palong dekat Gemas hari ini memfailkan saman ke atas Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd menuntut hak bayaran lebihan hasil sawit melibatkan RM6.75 juta — kes terbaru dalam siri tuntutan dibawa oleh peneroka ke atas agensi rancangan tanah sejak kebelakangan ini.

Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini, plaintif menamakan Felda dan Felda Technoplant masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam writ saman mereka, peneroka-peneroka terbabit masing-masing menuntut bayaran lebihan hasil, selepas ditolak kos pengurusan RM900 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500, berjumlah RM150,000.00 setiap seorang.

Menurut kenyataan media dikeluarkan selepas writ saman difailkan, plaintif mendakwa defendan tidak membuat pembayaran yang berhak itu untuk satu tempoh selama lima tahun, sekali gus bercanggah dengan persetujuan kedua-dua pihak semasa program tanaman semula dilaksanakan.

Dalam tuntutan ke atas defendan pertama, plaintif mendakwa, berdasarkan fakta bahawa hasil sawit diperoleh oleh defendan pertama dari ladang plaintif adalah tinggi, ditambah pula harga sawit yang baik dan stabil tetapi Felda tidak pernah menyatakan dalam mana-mana penyata perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit sebenar yang diperoleh dan dikeluarkan dari ladang mereka.

"Plaintif menuntut penyata hasil daripada defendan pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintif sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan pada setiap suku tahun," kata kenyataan itu.

Perjanjian itu dimeterai sekitar tahun 2000 sehingga 2003, di mana Felda akan melaksanakan program tanaman semula kawasan ladang plaintif bagi menggantikan pokok-pokok getah tua dengan kelapa sawit sepenuhnya.

Antara perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama adalah Felda akan menyediakan modal tanaman semula sawit pada kadar RM1,700 seekar yang dikira sebagai pinjaman kepada plaintif bagi menguruskan kerja-kerja penanaman semula ladang milik plaintif, yang akan bermula sebaik sahaja pokok getah telah habis ditebang.

"Plaintif mendakwa defendan pertama (Felda) telah menindas dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui apabila gagal membuat pembayaran lebihan hasil yang dianggarkan RM2,500 sebulan kepada plaintif yang telah mengakibatkan kerugian dan kehilangan serta tekanan kepada plaintif untuk tempoh lima tahun di bawah pentadiran dan pengurusan defendan pertama," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, tuntutan terhadap defendan kedua berdasarkan kegagalan untuk mengurus ladang-ladang milik plaintif dengan baik dan mengeluarkan hasil yang maksimun.

"Terdapat banyak ladang milik plaintif yang terbiar tanpa diurus dan diselenggara dengan baik oleh defendan kedua sedangkan setiap bulan terdapat jumlah kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang plaintif.

"Sebagai bukti tuntutan tersebut plaintif telah memohon untuk mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka dan ternyata bahawa hasil sawit yang diperoleh adalah sekitar lima hingga lapan tan setiap peneroka untuk sebulan dan pendapatan yang diperoleh juga sekitar RM4,000 hingga RM7,000 sebulan," tambah kenyataan itu.

Selain itu jelas kenyataan tersebut, "sedangkan semasa defendan pertama menguruskan ladang mereka hanya sekali atau dua kali bayaran lebihan hasil dibuat bagi jumlah yang kecil untuk tempoh lima tahun hasil dikeluarkan."

Kenyataan itu menambah, plaintif juga tidak lagi mampu untuk menyara hidup dengan wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan sekeluarga, yang nyata di bawah paras kemiskinan dengan kos hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan yang sepatutnya diterima dari ladang-ladang sawit milik plaintif sendiri adalah tinggi dalam bentuk lebihan hasil setelah ditolak kos dan wang sara hidup.

Lebihan hasil adalah hak plaintif dan sepatutnya dibayar setiap bulan, tetapi defendan pertama telah memungkiri perjanjian dengan tidak membayar apa-apa lebihan hasil malah menindas plaintif dengan hutang yang meningkat secara berterusan, jelas kenyataan itu.

Plaintif diwakili oleh peguam T Kumar dan Abdul Nasir Abdul Aziz.

PSC: Peguam Negara beri ‘lampu hijau’ guna dakwat kekal

Posted: 15 Nov 2011 11:28 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Peguam Negara memberi "lampu hijau" kepada usaha menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya dengan memberitahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bahawa hanya memerlukan pindaan kecil dalam peraturan pilihan raya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0.

Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ada memaklumkan hari ini bahawa sama ada pindaan perlembagaan ataupun perubahan kecil pada peraturan diperlukan bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tanda menggunakan dakwat kekal pada jari bagi mengelakkan pengundian lebih sekali.

MENYUSUL LAGI

Sultan Kedah kesal hospital belum dibina

Posted: 15 Nov 2011 09:34 PM PST

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum terlaksana sehingga kini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, penggal keempat, mesyuarat Bajet 2012 pagi tadi.

Titah baginda lagi, kegagalan kerajaan persekutuan menyediakan infrastruktur awam itu mengakibatkan rakyat menghadapi kesukaran apabila terpaksa bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di luar daerah.

Justeru baginda berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan susulan agar kemudahan hospital yang dimaksudkan dapat disediakan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

Baginda turut berbangga dengan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan projek-projek utama yang dirancang melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera.

Menurut baginda, perlaksanaan projek-projek melibatkan pertanian, pembuatan, pelancongan dan pembangunan insan memberikan impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Tindakan kerajaan negeri membangunkan semula Plaza Tunku Yaakub yang telah sekian lama terbengkalai dan pembangunan semula Kuala Kedah serta pembangunan bandar baru di Pokok Sena juga mendapat penghargaan.

Selain itu, baginda turut menghargai usaha murni kerajaan negeri mewujudkan Maahad Tahfiz Sains yang bakal membentuk generasi intelek berakhlak mulia dan mampu menguasai Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan mereka.

Sehubungan itu baginda berharap proses tersebut hendaklah dijalankan secara berterusan bagi memastikan projek yang dirancang dapat memberikan faedah kepada semua pihak.

Terdahulu baginda berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan 130 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur.

Awang Adek berniat jahat tolak amanat Tun Razak

Posted: 15 Nov 2011 09:30 PM PST

Rizal Tahir


PASIR PUTIH: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan 'jahat'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus.

Katanya, tuntutan itu memang wajib dilakukan kerana ianya menjadi hak kerajaan negeri memandangkan hasil minyak terdapat dalam perairan Kelantan.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis solat hajat dan pecah tanah sempena projek naik taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut, Pasir Putih, dekat sini tengah hari tadi.

"Kalau Terengganu dibayar royaltinya kerana minyak diambil dari negeri itu, begitu juga dengan Kelantan, hasil minyak juga diambil dari bumi Kelantan," ujarnya.

Pada 10 November lalu, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti ke Parlimen untuk menyerahkan poster tersebut kepada pihak kerajaan Pusat.

Setiausaha Gegar, Muhammad Hishammuddin Ghazali, berkata malangnya, poster berkenaan ditolak oleh Dr Awang Adek apabila ianya diserahkan kepada timbalan menteri tersebut.

"Sebanyak dua kali kami memberikan poster tersebut, kedua-duanya dia menolak dengan kasar, tak payah,… tak payah… sambil menolak poster yang diberikan.

"Kali kedua kami memberikan padanya dia kata lagi "tak payah… tak payah… ini semua kerja politik," ujar Hishamuddin lagi.

Hishammudin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan sendiri berhubung tuntutan hak itu.

Katanya, sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri.

"Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalty minyak yang masih gagal diperolehi kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri.

"Mana bukti yang mengatakan untuk membantu rakyat Kelantan, mana slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Kementerian Pelancongan terima pandangan PAS

Posted: 15 Nov 2011 09:15 PM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR,: Pandangan PAS agar pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan yang berkelayakan dinaiktaraf diterima dengan baik oleh kementerian itu.

Pandangan tersebut dikemukakan oleh PAS bagi membolehkan pegawai-pegawai terbabit diiktiraf dalam Jusa demi memanfaatkan kebolehan mereka untuk kepentingan perkembangan bidang pelancongan negara.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sehingga kini kedudukan pegawai-pegawai kementerian terbabit berada dalam kedudukan yang tidak sewajarnya, walaupun mereka mempunyai kebolehan tersendiri.

Menurut beliau, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menganiaya pegawai-pegawai terbabit, tetapi boleh menjejaskan keyakinan pelbagai pihak terhadap kebolehan mereka.

Katanya, disebabkan kejadian itu, banyak pihak berasa kurang yakin untuk berbincang dengan mereka berhubung sesuatu perkara kerana diyakini gagal untuk menyelesaikan sesuatu masalah berbangkit dalam usaha untuk mengembangkan bidang pelancongan negara.

"Contohnya termasuk berhubung sesuatu masalah besar seperti yang berkaitan perbincangan makmal," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan peringkat Kementerian Pelancongan oleh timbalan menteri terbabit pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Disebabkan keadaan itu, menurut beliau, pegawai-pegawai kementerian terbabit pasti akan turut dipandang rendah oleh pelancong-pelancong asing sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pegawai-pegawai tersebut.

"Padahal, pegawai-pegawai itu juga mempunyai kebolehan dan memang telah memainkan peranan yang baik bagi perkembangan industri pelancongan negara.

"Oleh itu, mereka selayaknya dinaik taraf setandiing dengan pegawai-pegawai lain yang berada dalam Jusa," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit ketika menyambung penggulungannya mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas pandangan tersebut kerana ia ternyata satu pandangan yang baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mambong ternyata dapat memahami dengan baik pandangan tersebut dan berjanji akan membawanya ke peringkat perbincangan di peringkat atasan nanti.

Bahan ketawa

Dalam pada itu, James Dawos Mamit mengundang ketawa ahli-ahli Parlimen lain dan orang ramai pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Keadaan itu tercetus apabila beliau bertindak memarahi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang memberikan satu pandangan baik berhubung pelancongan, pada hal Teresa sebenarnya menyokong pandangannya.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh ketika bangun mencelah sewaktu James menggulung perbahasan peringkat Kementerian Pelancongan mencadangkan gambar menteri dan timbalan menteri terbabit turut dipaparkan pada billbord.

Menurut Marcus, tindakan itu merupakan sesuatu yang baik dan wajar dalam usaha promosi pelancongan negara dan seperti juga dilakukan oleh kementerian-kementerian lain dalam mempromosikan aktiviti kementerian masing-masing.

Memberikan respons bagi pandangan itu, James berpandangan tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan pada kementeriannya, malah beliau lebih bersetuju jika gambar Menteri Pelancongan dan gambarnya tidak dipaparkan pada billbord.

Sebaliknya, beliau lebih bersetuju jika gambar-gambar lain yang bersesuaian yang dipasang di tempat-tempat tertentu, terutama di sesuatu kawasan pelancongan di seluruh negara.

Teresa yang bangun mencelah bersetuju dengan pandangan beliau dan mengaskan bahawa memaparkan gambar-gambar seperti mascot orang utan pada destinasi pelancongan tertentu seperti di Sarawak lebih berkesan dalam usaha menarik perhatian pelancong berbanding gambar-gambar manusia termasuk wanita.

Menurut beliau, tindakan seperti itu juga patut dilakukan di kawasan-kawasan pelancongan di negeri-negeri lain di seluruh negara dengan difokuskan kepada gambar tertentu yang mempunyai kaitan dengan ciri-ciri tempatan.

"Saya bersetuju dengan pandan YB Timbalan Menteri dalam hal ini. Gambar-gambar seperti itulah yang patut dipaparkan, bukannya gambar orang seperti gambar-gambar perempuan," katanya.

Bagaimanapun, James ternyata salah faham dengan pandangan itu lalu menganggap tindakan memasang billbord ditentang oleh Teresa walaupun ia penting bagi perkembangan pelancongan negara.

Meskipun Teresa bangun sekali lagi menjelaskan pandangannya, James tetap salah faham sehingga ahli-ahli Parlimen dan pelbagai pihak lain yang bertugas di Parlimen menjadi hairan dengan sikap beliau lalu mencetuskan ketawa orang ramai.

Sikap James yang suka berpusing atau berpaling kiri kanan dan belakang depan mencari ahli Parlimen yang bangun mencelah ketika beliau berucap, turut ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana ia menyalahi peraturan Parlimen.

Bagaimanapun, teguran itu dijawap oleh James dengan mengkritik sistem bunyi di dalam dewan persidangan yang tidak memuaskan sehingga mengganggu pendengarannya, walaupun menteri dan timbalan-timbalan menteri lain yang berucap sebelum ini tidak pula mengalami sebartang masalah dengan sistem bunyi di dalam dewan persidangan baru itu.

Sebelum itu, James turut kelihatan cemas apabila diserang bertubi-tubi dengan beberapa pertanyaan daripada Ahli Parlimen Rasah yang juga Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke.

Antara persoalan yang ditimbulkan oleh Anthony termasuk berhubung jumlah sebenar kakitangan Kementerian Pelancongan yang terbabit dengan urusan Facebook sehingga perbelanjaan bagi pengurusan Facebook kementerian itu memakan belanja amat besar sebanyak RM1.8 juta.

Pertanyaan Anthony tidak dijawab oleh James tetapi sebaliknya beliau cuba beralih kepada persoalan lain khususnya berkaitan kepentingan Facebook kementerian itu untuk mengembangkan industri pelancongan negara, pada hal ia ternyata di luar kontaks persoalan sama sekali.

Walaupun Anthony bangun beberapa kali bertanyakan soalan-soalan lain dan soalan yang sama, James ternyata gagal menjawabnya dan akhirnya berjanji akan memberikan jawapan bertulis kepada Anthony berhubung perkara itu kemudian nanti.

SAMM sambut kehadiran BERSIH 3.0

Posted: 15 Nov 2011 09:13 PM PST

SAMM


Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Setakat hari ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Dalam PRU 2008, pihak SPR telah membeli sejumlah dakwat kekal bernilai RM8 juta untuk digunakan dalam pilihanraya tersebut. Malangnya atas desakan kerajaan, SPR telah menarik semula penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU-12 walaupun menyedari tindakan penarikan itu membazirkan RM8 juta wang negara selain menimbulkan keraguan besar. Peristiwa pembatalan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir itu juga membuktikan SPR mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa sebarang perubahan akta di parlimen. Ia diakui sendiri oleh pakar perlembagaan, Aziz Bari.

Dalam perkembangan lain, timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi sokongan penuh untuk BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang. SAMM melihat pelancaran BERSIH 3.0 adalah demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikh untuk perhimpunan BERSIH 3.0 juga sudah dipilih dan akan diumumkan oleh seketariat BERSIH dalam masa terdekat.

BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.

SAMM berpendapat, pengumuman tarikh BERSIH 3.0 akan turut menjadi faktor pemantau perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Penetapan tarikh BERSIH 3.0 adalah selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.

Seandainya apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya. SAMM tetap bergerak ke arah mobilisasi BERSIH 3.0 walaupun PSC sedang dalam proses sebagai langkah berjaga-jaga.

Harus diingat, setiap mereka yang turun pada BERSIH 2.0 akan tetap hadir lagi sekali apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120 ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti apabila hak untuk berhimpun itu wujud dalam perlembagaan.

Berapa ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap, memandangkan makanan yang disediakan adalah semewah RM25 sekepala. Pihak berwajib perlu sediakan kem tahanan yang lebih besar untuk BERSIH 3.0 kerana rakyat yang hadir kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!

SAMM dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditahan oleh pihak berkuasa dengan syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama SAMM untuk ditahan dan kemudian dibenarkan makan percuma.

BERSIH 3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana reformasi pilihanraya.

Jangan sekali-kali "under-estimate" kekuatan rakyat. SAMM bersama ratusan NGO sudah buktikan mobilisasi rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya semula dalam BERSIH 3.0.

*Kenyataan media oleh Edy Noor Reduan (EDYES) selaku Pengarah Propaganda SAMM.

UMNO berselindu​ng atas nama mempertaha​nkan Melayu dan Islam

Posted: 15 Nov 2011 09:12 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man


Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam - seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.

Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam. Namun, apa yang penting ialah "Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?"

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, UMNO adalah tunjang kekuasaan BN dan UMNO-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah UMNO tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan UMNO. Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1. Kalau betul UMNO pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3. UMNO dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4. Kalaulah benar UMNO ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong UMNO di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata UMNO sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5. Kenapa UMNO sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh UMNO kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini UMNO sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan UMNO dan menteri yang mencadangkannya pun dari UMNO?

7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin UMNO?

8. Apakah hanya Melayu UMNO (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan UMNO - seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dan agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, UMNO selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali UMNO melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, "Tanpa UMNO, mereka hilang tempat bernaung." Sebaliknya, mereka harus menuntut UMNO untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan "Asal bukan UMNO" akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan UMNO-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

KOMAS alu-alukan komitmen Khalid untuk kukuhkan institusi demokrasi

Posted: 15 Nov 2011 09:03 PM PST

KOMAS


Pusat KOMAS mengalu-alukan langkah berani kerajaan Negeri Selangor apabila Menteri Besar Khalid Ibrahim membentangkan bajet 2012 di mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, RM5 juta akan diperuntukkan untuk mengukuhkan institusi demokrasi.

Jumlah ini adalah untuk program-program meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak-hak demokratik masing-masing; pendaftaran pengundi dan pemantauan pilihan raya.

Kami percaya bahawa tanggungjawab ini sudah lama tertangguh dan telah diabaikan oleh kerajaan Persekutuan - termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - yang seolah- olah beranggapan bahawa semua mekanisme pilihan raya yang sedia ada berjalan dengan lancar.

Rakyat yang makin sedar tentang hak-hak mereka dalam pilihan raya dan mampu mengesan amalan penipuan merupakan komponen yang penting untuk memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Pengetahuan dan maklumat sedemikian rupa adalah alat yang penting untuk pengundi melindungi undi mereka. Tambahan pula, pendidikan kerakyatan merupakan salah satu rukun yang asas dalam demokrasi.

Selain itu, pendidikan kerakyatan seperti ini sudah lama dianggap sebagai norma dalam negara yang maju, matang dan berasaskan nilai demokrasi seperti Jerman, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Walau bagaimanapun, di Malaysia pendidikan demokrasi ini merupakan perkara yang baru.

Walaupun dengan sumber kewangan dan sumber manusia yang terhad, Pusat KOMAS bersama-sama dengan beberapa organisasi-organisasi masyarakat sivil yang lain telah terlibat secara aktif dengan Program Pendidikan Kerakyatan sejak lima tahun yang lalu. Kami telah menghasilkan banyak buku komik pendidikan pengundi, risalah, poster dan video serta telah menjalankan ratusan bengkel dan sesi pendidikan pengundi di kalangan masyarakat rumah panjang di Sarawak, masyarakat orang Asli di Semenanjung dan masyarakat miskin bandar di Selangor dan KL.

Dalam usaha untuk menggalakkan pendidikan pengundi dan mengambil bahagian dalam pemantauan pilihan raya, kita menyedari bahawa rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang kekurangan atau hampir tiada peluang mengakses internet sebenarnya tidak berpengetahuan mengenai hak-hak mengundi mereka, apatah lagi dengan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Lantaran itu, mereka terdedah kepada kuasa-kuasa eksploitasi dengan agenda politik tersembunyi yang akan memujuk atau merasuah mereka untuk memberi undi mereka. Sesetengah daripada mereka sedar akan pelanggaran dalam sistem pilihan raya tetapi tidak tahu bagaimana dan mana hendak melaporkan pemerhatian mereka. Yang lebih menyedihkan lagi, ada di antara mereka yang telah kehilangan keyakinan terhadap sistem pilihan raya yang sedia ada lalu berhenti mengundi.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang pantas dan juga reputasi global menjadi hab pendidikan swasta yang popular di rantau Asia. Tetapi apa yang menyedihkan ialah ramai daripada 28 juta rakyat Malaysia kekal cetek dalam pengetahuan dan maklumat mengenai hak asasi manusia seperti hak untuk mengundi dan untuk melindungi hak mengundi mereka.

Sesungguhnya, kami berharap agar komitmen kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 5 juta untuk mendidik rakyat tentang hak-hak demokratik masing-masing juga akan dicontohi oleh kerajaan negeri yang lain. Lebih penting lagi, kami berharap agar usaha ini akan menjadi teladan kepada kerajaan persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang masih degil dan berpendapat bahawa sistem pilihan raya telah mencapai tahap piawaian yang memuaskan.

Akhir sekali, Pusat KOMAS dengan sepenuh hati menyokong komitmen kerajaan negeri dalam pendidikan kewarganegaraan kerana cara ini adalah penting untuk mengukuhkan sistem demokrasi di kalangan rakyat.

*Kenyataan media oleh Tan Jo Hann (gambar kanan) selaku Pengarah Eksekutif Pusat KOMAS merangkap Ahli Majlis MPSJ.

MB: Jana untung untuk PKNS

Posted: 15 Nov 2011 09:02 PM PST

Apabila PKNS dapat untung, ia boleh disalurkan untuk pembangunan rumah mampu milik dan kos rendah yang diperlukan rakyat Selangor.



DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Cadangan pembinaan pangsapuri dan kompleks perniagaan di atas tanah Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya dekat sini merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia merupakan langkah awal untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

"Salah satu perkara mengapa permohonan dibuat ialah dalam perancangan pelan struktur Kelana Jaya, kawasan Kompleks Sukan PKNS dimasukkan projek dalam kawasan komersial dan nilai tanah itu, kalau tidak dibuat pembangunan komersial, sudah tentu kita tidak dapat nilai terbaik.

"Jika dibuat mengikut perancangan, PKNS dapat untung dan ia boleh disalurkan untuk pembangunan rumah mampu milik dan kos rendah yang diperlukan oleh masyarakat di seluruh negeri Selangor," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Bangunan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) berhubung bantahan penduduk setempat terhadap pembangunan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat di atas tanah Kompleks Sukan PKNS itu.

Niz Nazmi yang ditemui pemberita di lobi Dun berkata, beliau mengetahui mengenai cadangan itu menerusi papan tanda Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dipamerkan di kawasan berkenaan.

"PKNS perlu mengadakan sesi pendengaran awam mengenai cadangan ini bagi mengelak dari timbulnya banyak lagi salah faham dengan penduduk setempat.

"Permohonan pertama PKNS untuk projek perumahan di kawasan ini ditolak oleh MBPJ minggu lalu dan permohonan baru sedang diusahakan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan membantah cadangan pembinaan pangsapuri dan kompleks perniagaan di atas tanah Kompleks Sukan PKNS itu.

Penduduk berkata pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu akan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

Dun tolak bahas isu kilang arak

Posted: 15 Nov 2011 08:59 PM PST

Adun Sementa bertanya mengenai status kilang arak Carlsberg kerana Pakatan Rakyat berjanji untuk menutup sekiranya mengambil alih pemerintahan negeri.



DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berhubung kilang arak Carlsberg di negeri itu ditolak dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata kedua-dua soalan itu ditolak oleh Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 24 Oktober lalu.

Abdul Rahman bertanya mengenai status kilang arak Carlsberg kerana Pakatan Rakyat sebelum ini berjanji untuk menutup sekiranya mengambil alih pemerintahan negeri. Beliau juga ingin tahu sama ada kilang tersebut akan kekal atau dipindahkan ke kawasan lain.

Soalan itu sepatutnya dijawab oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Dulu masa pilihan raya umum 2008 dan ketika memperkenalkan calon, Exco (Hasan) janji kalau menang kilang arak akan ditutup.

Saya tanya kenapa tidak ditutup…..kenapa kerajaan negeri tidak berani jawab soalan saya?

"PAS mahu menjaga kepentingan DAP. Dahulu ketika Barisan Nasional mentadbir negeri, kita dihentam kerana bina kilang arak," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Annex.

Hasan yang ditemui pemberita kemudian mendakwa beliau tidak mengetahui punca soalan berhubung kedudukan kilang arak itu ditolak.

"Saya hanya dimaklumkan bahawa soalan ini sudah ditolak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab," katanya.

Ketika dalam dewan, Hasan menjelaskan pihaknya sedang merancang untuk menubuhkan satu tabung khas khusus bagi orang Islam yang secara sukarela berhenti dari bekerja di premis menjual minuman keras.

Hasan menerangkan Tabung ini belum dapat dilaksanakan sehingga kini kerana mengalami beberapa masalah seperti kesukaran mengumpulkan maklumat dan statistik mengenai pembabitan umat Islam di premis yang jual minuman keras.

"Saya berharap dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kita dapat kumpul data dan maklumat secukupnya dan dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Posted: 15 Nov 2011 08:57 PM PST

Gaji bos PKNS munasabah

Fazy Sahir | November 16, 2011

Sepanjang kepimpinan Othman Omar, keuntungan operasi PKNS berjaya ditingkatkan.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata gaji Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor b(PKNS) sebanyak RM40,000 bagi tempoh dua tahun perkhidmatannya adalah munasabah berdasarkan prestasinya yang baik.

"Sepanjang kepimpinan Othman Omar, keuntungan operasi PKNS berjaya ditingkatkan berbanding dengan penjualan syer dan aset yang dilakukan kepimpinan terdahulu," katanya dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2012 di Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Malah melalui semakan yang dilakukan ke atas Khazanah Nasional Berhad dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain, beliau mendapati gaji yang diberi melebihi RM1 juta setahun iaitu kira-kira RM100,000 sebulan.

"Gaji sebanyak RM40,000 itu adalah munasabah walaupun ada orang kata gaji itu lebih mahal daripada Menteri Besar. Selagi tidak mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa maka tak mengapa. Saya bukan orang yang senang buang duit.

"Ketika di PNB (Permodalan Nasional Berhad) kita bayar gaji tinggi tetapi munasabah. Sepatutnya perkara sama dilakukan ke atas Pengurus Besar yang menguruskan syarikat yang tidak berjaya dan kemudiannya menjadikan syarikat itu berjaya.

"Bagi pihak kerajaan negeri Selangor, pendapatan yang diterima oleh Pengurus Besar PKNS akan dinilai berdasarkan prestasi beliau dan PKNS itu sendiri. Sejak 2009 hingga 2011, pencapaian beliau dan PKNS boleh dikategorikan sebagai baik," terangnya.

Bagaimanapun, menurut Khalid jumlah bayaran bonus kepada Pengurus Besar PKNS akan di kaji semula.

Pada sidang Dun minggu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Mohammad Satim Diman (BN-Sri Serdang) mempersoalkan jumlah gaji Pengurus Besar PKNS sebanyak RM39,933 sebulan dan ia dianggap sebagai luar biasa.

Satim berkata, jumlah tersebut meliputi gaji dan elaun dari PKNS sebanyak RM16,933 dan elaun tambahan dari empat anak syarikat PKNS sebanyak RM23,000.

Tiada ulasan: