Biaqpila |
- Ada 59 aduan salah laku SPRM tapi tiada satu pun didakwa
- Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook
- Penyelewengan Satim Diman dan BN Selangor dalam jual beli tanah di dedah.
- SAYA MAHU BERTANDING JADI PM JIKA…
Ada 59 aduan salah laku SPRM tapi tiada satu pun didakwa Posted: 16 Nov 2011 02:00 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengakui terdapat 59 laporan polis dibuat antara 2005 hingga 2009 terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah laku dan penganiayaan. Daripada 59 laporan polis itu, masih disiasat (23), menunggu arahan Pejabat Peguam Negara (29) dan tujuh lagi ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut. Perkara ini dinyatakan Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong). Mengikut MalaysiaKini, Gobind Singh melahirkan kebimbangannya kerana tiada satupun pendakwaan dibuat daripada 59 laporan polis itu. "Bukankah ganjil jika tiada satu pun daripada 59 laporan berkenaan menyaksikan sebarang pendakwaan di mahkamah?" soal Gobind. Menurut beliau, kes sedemikian menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan ia menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketat. KD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook Posted: 16 Nov 2011 06:42 AM PST Hari ini heboh di facebook dengan penyebaran gambar gambar lucah gadis gadis Melayu yang muncul di newsfeed . Ada sesetengah dari pengguna facebook yang dah tertengok kan? Mungkin anda yang sedang membaca ni pun dah tertengok gambar gambar panas tersebut. Aku sendiri mengaku aku pun dah tertengok. Ia nampak macam friends di facebook kita yang sharekan gambar gambar tersebut . Ianya Satu Virus! Berhati Hati TAPI!!!jangan cepat melatah dan jangan tuduh kawan kawan anda jahat sebab sebarkan gambar gambar lucah tu. Sebenarnya, tu semua kerja hacker tak guna yang memang dah tak ada kerja lain dah nak buat. Bertindak seperti virus, hacker ni dah masukkan gambar gambar tersebut yang menampakkan certain certain pengguna share gambar gambar tersebut. SANGAT JAHAT dan BIADAP apa yang hacker ni buat . Virus tersebut akan bertindak dengan menghantar gambar tersebut kepada friend list di facebook kita secara automatik melalui comment tanpa kita sedari dan akan muncul di newsfeed rakan rakan di facebook. Sangat bahaya kan? Dan ini ada sedikit makluman untuk pengetahuan anda : Kepada kawan2 ku yg dihormati..Sekarang ni ada virus yang dah menjangkiti rangkaian Friendster , Tagged , MySpace , Facebook.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita .. Sekiranya berlaku , seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT.. Lepas kita "SIGN IN" balik , virus ini akan mula beroperasi dan ia a......kan... menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di Friendster,Tagged,MySpace,Facebook, dll ni melalui comment dengan menggunakan nama kita..Secara langsung,ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri..Pada kawan2 sekalian,sekiranya anda menerima gambar yang bukan-bukan (lucah) daripada ID saya,ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut .. Saya tidak akan melakukannya sebab saya menghormati kawan2 saya.HARAP MAKLUM..SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA! Boleh berkongsi pada rakan rakan yang lain berkaitan info ni. Atau tekan button like atau retweet. hazrilhafiz KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Penyelewengan Satim Diman dan BN Selangor dalam jual beli tanah di dedah. Posted: 15 Nov 2011 08:00 PM PST SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman. Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit. Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang,Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu. Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains. Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah. "Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda. "Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid. Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah. "Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian. "Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya. Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN. Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian. "Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi. Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma. Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor. TVS News Published with Blogger-droid v1.7.4 |
SAYA MAHU BERTANDING JADI PM JIKA… Posted: 15 Nov 2011 04:54 PM PST Saudara Pengarang, Surat ini saya tulis selepas beberapa tahun saya mengikuti perkembangan politik tanah air yang langsung tidak mencerminkan perpaduan rakyat dan pembangunan rakyat. Mungkin sistem dua parti di negara ini akan menemui jalan buntu apabila pihak ROS dan SPR tidak berkerjasama untuk menjadikan isu ini sebagai isu penting bagi menjamin ketelusan di dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pada saya siapa pun berada di tempat PM akan menikmati gaji yang lumayan dan projek yang besar. Jika menteri pun seperti Shahrizat boleh mendapatkan projek juta-juta tidak mustahil bekas menteri besar Selangor pun ada juga projek side income yang lumayan. Masalah kita di negara ini sejak turun temurun menjadikan bidang politik sebagai kerjaya…Ganti kerja makan gaji. Kalau dahulu guru kini jadi menteri, kalau dulu engineer sekarang jadi MP dan kalau dulu tukang buka serta angkat beg YB sekarang dah jadi exco. Masalah ini dapat kita samakan apabila si buta dapat melihat atau si pekak dapat mendengar. Sebelum jadi VIP bermacam-macam dijanji sambil mengangkat sumpah menjadikan jawatan dipilih rakyat sebagai amanah, tetapi bila semua itu sudah di dalam gengamam habis kekayaan rakyat dan kebebasan rakyat dirantai sesuka hati. Peliknya masih ada lagi pengundi yang mengundi PENDUSTA-PENDUSTA ini sehingga mereka itu diberikan jolokan pemimpin rakyat. Rakyat negara ini tidak buta dan tidak pekak. Setiap kali pilihanraya bermacam-macam lagi ditohmah, difitnah dan dijolok supaya menjadi pilihan YB. Apakah sudah tiada lagi orang yang lebih AMANAH mendukung jawatan yang sepatutnya itu, sehingga wakil yang sama diundi dan dipilih. Ada juga yang didapati terlibat politik wang pun masih lagi dipilih sehingga bermaharajalela di FELDA dan terbaru ada yang menggunakan duit lembu beli pelaburan aset untuk kepentingan peribadi. Menteri yang tidak berkerja dengan baik dengan menfaraidkan projek itu juga bakal dinobatkan jadi bakal MB Selangor. Apa sudah jadi? Mengapa masih lagi diHALALkan oleh Haji Najib dan Hajah Rosmah puak-puak yang sesat dan tidak mendukung AMANAH rakyat ini. Belum insafkah lagi apabila menghadap muka ke wajah Kaabah itu. Tiadakah calon yang baik sehingga terpaksa menggunakan kuda-kuda yang tempang itu demi menjaga kedudukan sedia ada. Ayuh! Sama ada anda itu PKR, UMNO, USNO, MCA, MIC, DAP, PAS atau apa sekali parti pun pilihlah pemimpin yang AMANAH! Jangan pilih PARTI kerana PARTI belum tentu menjamin seseorang wakil rakyat itu AMANAH, BAIK AKHLAK atau melahirkan pemimpin yang bertanggung jawab. Carilah pemimpin yang berkerja untuk rakyat, membahagiakan rakyat, membantu rakyat dan memperjuangkang HAK RAKYAT! Bukan MAJORITI yang dicari di parlimen untuk memperjuangkan hak rakyat tetapi SUARA RAKYAT mesti sampai ke parlimen agar kita semua sentiasa diberkati dan beroleh kesejahteraan. Saya juga mahu bertanding jadi PM, tetapi sistem biarlah ditukar rakyat memilih PM dan bukan wakil rakyat. Wakil rakyat apabila duduk dikerusi parlimen ada yang tertidur, ada yang mencarut, ada yang menghina, ada yang berkhayal dan juga tidak kurang ada yang melalut. Hal kecil dibesarkan dan hal bontot dibawa ke parlimen. Parlimen membincangkan hal dan kepentingan GLOBAL untuk seluruh rakyat Malaysia. Parlimen merupakan perjumpaan menentukan hala tuju yang dipersetujui oleh rakyat untuk membawa negara ke era negara maju. Parlimen bukan tempat bergaduh atau melanyak hak rakyat tidak kira bangsa dan agama. Pilihlah saya jadi PM, pasti saya akan pastikan WIN WIN SITUATION untuk semua rakyat tidak kira RAJA, Rakyat Jelata dan Wakil Rakyat. Saya akan pastikan Malaysia semakin maju, kebajikan rakyat termasuk gaji kakitangan awam dinaikkan sehingga ke tahap maksima. Daripada memberi projek berjuta-juta untuk menteri-menteri yang tidak menjalankan tugas dengan baik, adalah lebih baik kakitangan awam semua dinaikkan gaji agar kualiti perkhidmatan semakin cemerlang. Kakitangan kerajaan bukan mahu umur pencen dinaikkan….mereka mahukan GAJI dinaikkan sesuai dengan taraf hidup dan kos sara hidup masa kini. Susah sangatkah seorang PM untuk mengambil duit dari GLC dan LHDN untuk membayar gaji kakitangan kerajaan agar mereka tidak lagi digelar peminta-peminta yang tidak lain dan tidak bukan seperti hamba kepada Pak Menteri yang kaya raya. Mari kita semua menjalankan solat istiharakh bagi menentukan calon manakah yang mesti dipilih, agar kita tidak lagi ditimpa kesusahan dan penganiayaan yang berlanjutan. Walau bagaimanapun UNDILAH SAYA UNTUK JADI PM. Salam 1 Malaysia 1 Negara 1 KEBANGGAAN… Budak Kampung maclub81@gmail.com kl-today Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan