Selasa, 15 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Artis Beraksi "Hot" untuk AS3 Ribu Dolar, Siapa Gosok Bebird Tengok Gambar Dia??

Posted: 15 Nov 2011 04:50 AM PST


Artis di atas dikenali melalui beberapa buah drama sebelum panas dengan pelbagai kontroversi. Terbaru, artis ini dikritik kerana bergambar dalam keadaan memberahikan dalam majalah FHM Indonesia.

Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran filem Khon Malaya, berkata, bayaran untuk sesi fotografi itu bernilai ASD3,500 (RM11 000) dan melakukannya demi minat dalam bidang modeling.

"Saya bukan nak jual badan, tapi dibayar untuk kerja. Daripada saya asyik kena kutuk, baik saya kerja dan buat duit.

"Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini," katanya kepada SH.

Terdahulu, artis ini membalas kritikan peminat dan blog-blog yang memperkatakan/menyiarkan cerita kontroversi terbarunya di twitter. Antara tweetnya termasuklah paparan skrin di bawah ini. - DCM

Lanjut boleh baca di sini.

P/s: Gosok? Ngeri TM tengok!!!!



Siapa Lahanat yang Edar Video Lucah Fitnah di Masjid?

Posted: 15 Nov 2011 12:00 AM PST

 
Saya petik:

[KD] SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.

Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.

Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan 'Wasiat Tok Guru dan Saksikan' yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.

"Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral," katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.

"Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita," katanya lagi.

Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.

Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi "maklumat palsu", satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya.

[Video] Budak 10 Tahun GANTUNG DIRI kerana Diejek "Hodoh, Gemuk, Jalang"

Posted: 14 Nov 2011 10:25 PM PST


Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Amerika Syarikat menggantung dirinya dengan selendang selepas dipanggil jalang, hodoh, dan gemuk.

Sebelum kejadian itu, Ashlynn Conner ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu bersekolah di rumah kerana terganggu dengan kejadian buli yang menimpa dirinya. Namun permintaan Ashlynn telah ditolak.

Ibunya, Stacy Conner, memberitahu WCIA-TV "Saya fikir anak-anak adalah anak-anak yang kuat, dan itulah yang sering saya ungkapkan kepada mereka sebagai bimbingan dan nasihat. Kata-kata itu lebih kuat daripada kata-kata yang mungkin keluar dari mulut rakan mereka.

Stacy memberitahu WCIA-TV bahawa dia tahu anaknya dibuli, tetapi tidak menyangka hal itu serius. 

Kakak Ashlynn menemuinya tergantung di dalam almari pakaian pada hari berikutnya. -DCM




[Video] Bung Mokhtar Minta Shahrizat Letak Jawatan di Parlimen

Posted: 14 Nov 2011 09:30 PM PST

 
Saya petik:

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

[MK] Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

P/s: Panas telinga!!!!


Lelaki "JUAL" Bini Kena Penjara 70 Bulan

Posted: 14 Nov 2011 08:22 PM PST

Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lebih dikenali dengan panggilan Shah Bunga kerana mampu memiliki lebih 21 isteri dijatuhi hukuman penjara 70 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam atas dakwaan memperdagang dan mengeskploitasi salah seorang isterinya sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Bahau pada awal bulan ini.

Tertuduh, Suhaimi Saad, 32, dari Alor Setar, Kedah dikenakan hukuman tersebut selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Hukuman penjara tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 November lalu di hadapan sebuah pusat hiburan di Bahau.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shukri Hussain mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Suhaimi didakwa memperdagangkan serta mengeksploitasi isterinya, Mashmidar Mansor, 19, dengan memaksa mangsa bekerja sebagai pelayan kelab malam sebelum merampas gaji wanita itu sebanyak RM20 sehari sebaik mangsa selesai bekerja.

Mangsa dipaksa bekerja di Kelab Happy Mansion Karaoke 7 Lounge di premis No. 34 Taman Sornam, Bahau, Jempol.

Rentetan tangkapan terhadap tertuduh, polis berjaya menyelamatkan Mashmidar yang hampir tujuh bulan dikurung di sebuah rumah sewa di Bahau di sini sejak April lalu.



P/s: Apa nak jadi???? Ayat apa yang mencairkan wanita sehingga terpikat kepada lelaki lahanat ini?



Ibu dan Anak Dicekup KHALWAT

Posted: 14 Nov 2011 07:20 PM PST


Saya petik:
Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi.

Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu.

Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah.

Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik.

"Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans," katanya.

Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.


P/s: Hancusss!!!


Remaja 15 Tahun "DIROGOL" di Rumah Sendiri Ketika Ibu Bapa Nyenyak Tidur

Posted: 14 Nov 2011 06:17 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.

"Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.

"Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal," katanya.

Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.

Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


P/s: RELA atau ROGOL?

Kurung dan Paksa Kekasih Anak Gugurkan Kandungan

Posted: 14 Nov 2011 05:30 PM PST


Saya petik:

[HM] SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.

Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.

"Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji tidak ditunaikan, malah mangsa dipaksa menggugurkan kandungan.

"Perbuatan kejam dua beranak itu membuatkan mangsa tertekan dan cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah, namun hampa selepas semua pintu dikunci dari luar.

"Mangsa kemudian menjumpai alat jalur lebar milik teman lelakinya sebelum menghubungi ibunya melalui e-mel," katanya.

Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, ibu mangsa bersama beberapa anggota polis ke rumah terbabit sebelum memecahkan pintu besi dan membawa pulang gadis berkenaan.

Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.


P/s: Lahanat!

Pak Uban (65 Thn) Jalankan Bisnes BERAHI di Hutan Simpan Panti

Posted: 14 Nov 2011 04:45 PM PST

Saya petik:


KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.
Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.

Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.

RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
 

Tiada ulasan: