Biaqpila |
- ELAK LINTAH MASUK KEMALUAN
- NFC : SPRM tak ada 'kuasa', serah pada polis..
- GEMPAR!!! MANUSIA DAH MULA MAKAN IBLIS
- SAMPAI BILA NAK DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO?
Posted: 15 Nov 2011 04:51 AM PST KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu. Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa. "Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan. Kosmo Published with Blogger-droid v1.7.4 |
NFC : SPRM tak ada 'kuasa', serah pada polis.. Posted: 14 Nov 2011 11:00 PM PST Dah makin kalut badan penguatkuasaan kat Malaysia sekarang ni. SPRM yang ditubuhkan untuk memperbaiki badan yang dikenali sebagai BPR dulu pun tak berani nak mulakan siasatan terhadap penyalahgunaan wang dana milik rakyat keatas pembelian kondo mewah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Salahguna wang milik rakyat tak termasuk dalam akta yang dikendalikan oleh SPRM ke? Macamana kes bekas MB Selangor, Khir Toyo yang beli rumah ala-ala Bali bernilai RM6.5 juta disiasat bawah SPRM? Apa beza antara kedua-dua kes ni? Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh SPRM mengatakan setelah dirujuk kepada Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah, kes ni mesti dirujuk kepada pihak polis dan disiasat dibawah Kanun Keseksaan. Semua rakyat tahu bahawa SPRM ni dibawah Yang DiPertuan Agong dan polis pulak dibawah Menteri Dalam Negeri. Dah tentu akan ada 'conflicts of interest' nanti. Takkan la Pak Menteri tak mau tolong geng dia kan? Dan slogan PM Najib sendiri dah menjadi trend ikutan golongan-golongan Pak Menteri Malaysia sekarang ini, U help me, I'll help U. Lagi mau tipu makcik-makcik dan pakcik-pakcik di felda dan di kampung ke? Wang dana disalahgunakan untuk membeli kondo mewah peribadi pun masih belum dikira kes yang kuat untuk SPRM memulakan siasatan. Nak tunggu bukti yang macamana lagi tak tahu la SPRM ni. Tapi kalau kes polis ambik duit RM50 dari orang awam merupakan kes yang paling disukai oleh SPRM sebab mungkin kerja mereka menjadi mudah. Nak tangkap Pak Menteri, silap-silap pengarah dia pun kena lucut jawatan. Kes NFC ni kalau siasatan yang telus dijalankan, maka akan ada Menteri yang mengidamkan kerusi nombor satu dalam negara akan tinggal angan-angan saja. Kes berprofile tinggi macam ni mana mungkin akan disiasat dengan setelusnya. Sebagai contoh, kita tengok macamana kes PKFZ yang hingga kini Pak Menteri yang terbabit masih bebas tetapi para pecacai pulak yang kena tanggung beban. Badan penguatkuasaan dalam negara makin teruk terjejas semenjak era pemerintahan Tun Madey lagi. Tun Madey la orang yang patut dipersalahkan kerana merosakkan sistem keadilan dalam negara bermula dengan sistem kehakiman pada tahun 1988 dan semakin hari semakin teruk akibat dari cubaan rakus untuk mengekalkan kuasa. badan penguatkuasaan telah di per'lembu'kan secukup-cukupnya demi memastikan kerahsiaan dan survival politik mereka terus kekal. kopitarikkaw KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GEMPAR!!! MANUSIA DAH MULA MAKAN IBLIS Posted: 14 Nov 2011 08:00 PM PST DEY MACHA!!! SAPA PUNYA ANGKARA NI? TANGKAP IBLIS BUAT SAMBAL KAH! KAH! KAH! SEDAP KA TAK SEDAP SAMBAL IBLIS NI? TAK TAU LA GUA TAK PERNAH RASA LAGI LAGI SEDAP DARI DAGING LEMBU SHARIZAT KOT KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
SAMPAI BILA NAK DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO? Posted: 14 Nov 2011 05:00 PM PST Sumber ASPAN ALIAS Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik. Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu. Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya. Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu. Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari 'idle' di dalam akaun syarikat. Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat). Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi. Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka. Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya. Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca. Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin. Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu. Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang. Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah 'self defeating' bagi beliau. Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit 'soft spot' terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau. bintongan KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan