DUNIACACAMARBA |
- Ikan Kerapu Berharga RM16 Ribu
- Jika 12 Tahun Berlagak Samseng, Masuk Sekolah Menengah Jadi Apa?
- Sejak Bila Ibadah Haji Dibeza-bezakan Sesama Manusia yang Menganut Islam
- [Awas] Bayi 19 Bulan Telan Bebola Jeli Pokok
- Miss Transgender Malaysia 2011 Competition, Jabatan Agama, NGO "Tengok" Sahaja???
- Pensyarah Berahi Didakwa Cabul & Rogol Siswi
- Isteri Jual Gambar Bogel di Laman Sosial
- [Video] Cuba KIRA BERAPA Banyak FITNAH Zul Nordin dalam Video Ini!!!
- [Video Ceramah Perkasa] Pengakuan Anak DSAI Kononnya Mengaku Bapanya Meliwat Saiful
Ikan Kerapu Berharga RM16 Ribu Posted: 03 Nov 2011 05:00 AM PDT Menurut Kosmo, seorang nelayan memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas berjaya menangkap seekor kerapu gergasi semalam. Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak. Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000. Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram. | ||
Jika 12 Tahun Berlagak Samseng, Masuk Sekolah Menengah Jadi Apa? Posted: 03 Nov 2011 04:00 AM PDT
Saya petik: [HM] KAJANG: Samseng cilik. Itu gelaran buat seorang murid sekolah rendah, di sini, yang berusia 12 tahun apabila menyepak dan menumbuk rakan sekolahnya hingga bengkak bibir dan cedera pada mata kanan hanya kerana dikatakan merosakkan payung miliknya, kelmarin. Mangsa yang berusia lapan tahun diperlakukan sedemikian ketika berada di dalam kawasan sekolah pada jam 9 pagi kerana bengang dengan tindakan mangsa merosakkan payungnya. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian bermula apabila murid terbabit memanggil mangsa untuk mendapatkan kepastian sama ada mangsa yang merosakkan payung miliknya. Katanya, mangsa yang tidak melakukan perkara seperti didakwa menafikan payung berkenaan dirosakkannya. "Oleh kerana tidak dapat menerima penafian mangsa, murid terbabit menyepak dan menumbuk mangsa beberapa kali. "Mangsa merayu supaya murid terbabit tidak meneruskan tindakannya itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan selain berusaha meminta pertolongan daripada murid lain yang berada berhampiran tempat kejadian," katanya. Ab Rashid berkata, bimbang mangsa terus dibelasah, beberapa murid yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada pihak sekolah. Beliau berkata, sebaik pihak sekolah dimaklumkan kejadian itu, dia dibawa ke pejabat sekolah sebelum memaklumkan kejadian terbabit kepada bapa mangsa. "Bapa mangsa yang berusia 39 tahun bergegas ke sekolah bagi melihat kecederaan anaknya. "Sebaik diperiksa didapati bibir anak lelakinya bengkak selain kulit mata kanan mempunyai kesan koyak dipercayai akibat ditumbuk berulang kali," katanya. Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dibenarkan keluar selepas doktor mengesahkan mangsa tidak cedera serius. Katanya, murid terbabit sudah dikenal pasti dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, tetapi polis perlu menunggu arahan pendakwa raya untuk memulakan siasatan memandangkan murid terbabit di bawah umur. | ||
Sejak Bila Ibadah Haji Dibeza-bezakan Sesama Manusia yang Menganut Islam Posted: 03 Nov 2011 03:00 AM PDT Gambar Haji Najib dan Hajah Rosmah. Macam-macam intepretasi boleh diberikan terhadap gambar di atas. Anataranya, orang mempersoal, adakah di sana keadaannya tidak aman? Adakah di sana ada pengebom berani mati? Adakah di sana ada demonstrasi Bersih? Adakah di sana ada militan? Adakah di sana ada penjenayah yang mahu mengganggu/mengancam PM Malaysia?.... Sejak bila manusia yang menunaikan ibadah terhadap Allah perlu dibeza-bezakan, diberi layanan yang mengikut darjat dan pangkat? Walhal pakaian, amalan, dan syarat wajib sah ibadah seperti yang ditetapkan oleh Islam itu sama tanpa mengira siapa orang itu, apa darjat orang itu? Soalan cepu emas: adakah di Padang Masyar nanti ada pegawai keselamatan seperti yang ditugaskan mengawal pemimpin yang menunaikan ibadah haji di Makkah? | ||
[Awas] Bayi 19 Bulan Telan Bebola Jeli Pokok Posted: 03 Nov 2011 02:15 AM PDT Saya petik:
[HM] KUANTAN: Gara-gara tertelan bebola jeli yang digunakan sebagai baja pokok hiasan, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bahan berkenaan yang sudah mengembang di dalam perutnya. Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin demam teruk selain muntah-muntah dan tidak boleh makan atau minum selepas usus kecilnya dipenuhi agar-agar berkenaan yang sudah mengembang beberapa kali ganda berbanding saiz asalnya. Bayi malang itu selamat menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kelmarin, dan kini dilaporkan stabil. Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu apabila anak sulungnya itu tertelan dua daripada tiga bebola agar-agar yang ditemuinya dalam pek makanan ringan. "Makanan ringan itu dipercayai dibeli di kedai runcit berdekatan perumahan kami di Taman Seri Mahkota, Batu 11 oleh kanak-kanak lain yang kemudian diberikan kepada anak saya,"katanya ketika ditemui di HTAA di sini, semalam. P/s: Sebelum ini DCM ada menyiarkan berita tentang pengharaman bebola jeli pokok ini dalam kiriman terdahulu. Baca di sini. | ||
Miss Transgender Malaysia 2011 Competition, Jabatan Agama, NGO "Tengok" Sahaja??? Posted: 03 Nov 2011 01:15 AM PDT
NGO Islam, Jabatan Agama???? Acara ini dianjurkan oleh PT Foundation, salah sebuah organisasi yang menyokong Seksualiti Merdeka. Gambar dan maklumat lain di sini. . | ||
Pensyarah Berahi Didakwa Cabul & Rogol Siswi Posted: 03 Nov 2011 12:15 AM PDT Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin. Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi. Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya. Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. "Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya. "Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu," katanya. Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri. "Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci. "Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa," katanya. Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain. Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan. Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing. Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan. Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan. | ||
Isteri Jual Gambar Bogel di Laman Sosial Posted: 02 Nov 2011 11:49 PM PDT Saya petik: [HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar. Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit. Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu. "Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri. "Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang," katanya. P/s: Selepas jual gambar, jual apa pula? | ||
[Video] Cuba KIRA BERAPA Banyak FITNAH Zul Nordin dalam Video Ini!!! Posted: 02 Nov 2011 10:30 PM PDT | ||
[Video Ceramah Perkasa] Pengakuan Anak DSAI Kononnya Mengaku Bapanya Meliwat Saiful Posted: 02 Nov 2011 09:00 PM PDT P/s: DCM setuju dengan pendapat Manjung Mari di sini. Nyawa masih dikandung badan, dosa pahala bukan menjadi persoalan! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan