Khamis, 3 November 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sudahlah tu Nazri,Kalangan Umno Sendiri Pun Dah Naik Meluat Dengan Kelakuan Kamu!

Posted: 03 Nov 2011 04:02 AM PDT


Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan "semata-mata pendapat mahkamah", kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.

Beliau menyanggah pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, kata Khairi, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

Demikian katanya kepada media selepas perjumpaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan kerana ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi.

Nazri Aziz Degil Mengalahkan Badak Yang Pekak

Posted: 02 Nov 2011 09:32 PM PDT

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim telah berulang kali menuduh bahawa Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Gani Patail, Peguam Negara, telah mereka (mengada-adakan) bukti dalam Kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz terus berdegil dengan keputusan panel bebas yang ditubuhkan pada tahun 2009 yang membersihkan Peguam Negara dari sebarang salah laku.Memang degil betul menteri ini mengalahkan Badak yang pekak!

Mat Zain mendakwa panel khas tersebut dibentuk tidak mengikut perlembagaan.Beliau menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk sama ada sebuah suruhanjaya diraja siasatan (RCI) atau tribunal untuk menyiasat salah laku Peguam Negara itu.

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan Perdana Menteri itu ditahan pada September 1998.

Tetapi yang peliknya, panel khas 2009 itu tidak pernah memanggil Mat Zain sebagai saksi dalam siasatan panel tersebut ke atas insiden mata lebam Anwar.

Malaysia tidak akan menyaksikan keadilan sehingga kita memperolehi sebuah kerajaan yang baru yang bersedia membentuk sama ada sebuah suruhanjaya diraja siasatan (RCI) atau tribunal untuk menyiasat salah laku Peguam Negara tersebut.

Selagi Umno/BN memerintah, selagi itulah kita dinafikan keadilan yang sebenarnya.Tentukan Umno/BN tersungkur dalam PRU ke-13 ini nanti.

Tiada ulasan: