Tukar Tiub |
- KALAU FITNAH - BILA NAK SAMAN?
- KENYATAAN PKR TENTANG PPSMI
- DAFTAR NAMA PUN KENA TIPU?
- TAHNIAH - KEPADA PEJUANG BAHASA
- MULUT BESAR ATAS BAWAH
- KES ROGOL AMAH DI BUKA DI LONDON
- MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK
KALAU FITNAH - BILA NAK SAMAN? Posted: 03 Nov 2011 01:18 PM PDT MAT ZZZZZZZZZZZZZZZZ DUA NOTA zzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kah kah kah JANGAN PERCAYA ATAU SEBAR PEMBOHONGAN : NAJIB - meloya KUALA LUMPUR 3 Nov — Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan suami saya Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya. Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth,venue perhimpunan CHOGM. Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya — TIEWNAMA KAH KAH KAH KAH KAH AKH KAH KAH AKH woit... BETUL KAH INI BERITA FITNAH?... kah kah kah... kah kah kah..KALAU BETUL BERITA FITNAH ... MENGAPA FITNAH DIBUAT?... kah kah kah.. kah kah kah..APA AJENDA AKHBAR INI?.... kah kah kah.. kah kah kah kah...APAKAH INI DASAR AMERIKA UNTUK MEMBUAT REGIME CHANGE SEPERTI GADAFFI?.... kah jkah kah kah kah kah..KENAPA BERITA INI KELUAR?.... kah jkah kah.. woit...ERTINYA NEGARA BARAT SUDAH JELAK DENGAN NAJIB... kah jkah kah... NOTA: kalau ini berita fitnah kita tunggu apakah rosmah dan najib akan menyaman akhbar ini jika tidak disaman maka terbukti berita ini saheh MULUT BESAR nota: mulut atas besar kerana suka makan free mulut bawah besar selalu kena makan free kah kah kah |
Posted: 03 Nov 2011 01:01 PM PDT PPSMI OPSYENEL BUKAN DASAR PAKATAN Minggu ini DAP mengumumkan bahawa mereka menyokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai opsyen bagi sekolah-sekolah yang mana majoriti ibu bapa memilihnya. Kami memahami keperluan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat pendidikan yang bermutu. Tetapi PPSMI bukanlah dasar untuk mencapai kedua-dua objektif ini. Tambahan lagi, PPSMI tidak disebut di dalam Dasar Bersama mahupun Buku Jingga yang mendasari muafakat antara KEADILAN, PAS dan DAP. PPSMI diperkenalkan pada 2003, tidak sampai enam bulan selepas Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohammad memutuskan untuk berbuat demikian tanpa sebarang perundingan, penyelidikan mahupun kajian. Dasar ini mendapat tentangan ibu bapa, pendidik dan sarjana daripada pelbagai latarbelakang dan kaum. Sementara PPSMI diperkenalkan sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah Cina dibuat di dalam dwi-bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris berikutan tentangan keras Dong Jiao Zong. Akhirnya kerajaan menerima kelemahan PPSMI pada 2009 dan memutuskan untuk memansuhkan dasar ini pada 2012. Kami menentang PPSMI kerana: 1. Cara terbaik mendidik anak-anak kita ialah menerusi bahasa kebangsaan yang difahami semua. Mendidik pelajar dengan bahasa yang asing pada mereka kecuali segelintir kecil keluarga yang beruntung datang daripada keluarga yang fasih berbahasa Inggeris (yang merupakan minoriti kecil) hanya akan memberi manfaat kepada mereka yang fasih Bahasa Inggeris dan merugikan majoriti pelajar-pelajar lain, sekaligus melebarkan jurang pendidikan. Malaysia merosot secara mendadak di dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007, Amerika Syarikat selepas pelaksanaan PPSMI. 2. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan telahpun termaktub di dalam muafakat Perlembagaan kita yang dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita. Pakatan Rakyat telah mengulangi komitmennya kepada muafakat ini. 3. Kami menyokong usaha menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris untuk semua rakyat Malaysia. Namun cara sebetulnya ialah dengan meningkatkan kualiti guru-guru dan kurikulum Bahasa Inggeris serta menambah masa pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya menerusi PPSMI! 4. Pelaksanaan PPSMI yang dibuat serta-merta menyebabkan guru-guru sains dan matematik yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dipaksa mengajar di dalam bahasa tersebut, sekaligus menjejaskan mutu pengajaran mereka. Mangsa paling besar dasar ini ialah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berbahasa Inggeris yang menanggung beban tambahan menyesuaikan diri dengan guru-guru yang tidak dapat mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dengan baik. 5. Pada masa dunia berbahasa Inggeris menjadi semakin terbuka terhadap pengajaran bahasa-bahasa asing seperti Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Arab, keghairahan kita dengan Bahasa Inggeris adalah luarbiasa. Kita sepatutnya bersyukur dengan warisan masyarakat majmuk kita yang membolehkan semua diajar Bahasa Malaysia dan Inggeris dan diberi peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Arab, Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi. Justeru, dasar Pakatan adalah jelas dalam isu PPSMI dan tidak patut dibangkitkan lagi sehingga dan sekiranya kepimpinan Pakatan mahu mengkajinya semula. NIK NAZMI NIK AHMAD Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat |
Posted: 03 Nov 2011 04:40 AM PDT TAUBAT : PENGAKUAN SUCI NOTA: kerajaan pakatan di selangor aklan kalah bukan kerana mb khalid lemah bukan kerna exco rasuah bukan kerana adun tak buat kerja kerajaan selangor kalah kerana tipu undi yang telah hampir selesai diatur mat bangla mat indon mat mymar menjadi pengundi rela wataniah isteri rrela bini wataniah semua menjadi pengundi pos! PENDAFTARAN PAKATAN: ROS DIDAKWA MENIPU - mkini Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka. Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat. Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu. Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BARU MENDAFTAR KAN GABUNGAN PARTI...kah kah kah.. kah kah kah ...HANYA NAK MENDAFTARKAN PARTY DIBAWAH SATU NAMA..... kah kah kah kah kah kah..ITU PUN MEREKA NAK MENIPU...kah kah kah.. woit...BAYANGKAN PILIHNARAYA NANTI... BAYANGKAN...kah kah kah.. kah kah kah...HABIS SEMUA BENDA DITIPU...kah kah kah.. woit...HANG INGAT DEPA NAK BAGI PAKATAN MENANG?.... kah kah kah.. kah kah kah...TENGOK...NAK REGISTER NAMA PUN DITIPU...kha kah kah... LAPAN TUNTUTAN WAJIB DITUNAIKAN NOTA: kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa telah lama pilihanraya akan diharamkan di malaysia ini! |
TAHNIAH - KEPADA PEJUANG BAHASA Posted: 03 Nov 2011 03:12 AM PDT DUA EKOR KAKI TIDOO PPSMI: KEPUTUSAN MUKTAMAD , KATA MUHYIDDIN - minsider KUALA LUMPUR, 3 Nov — Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini. Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009. "Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali," kata beliau lagi. "Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman," kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil. NOTA: inilah tanda seorang pemimpin yang tidak tidoo inilah tanda seorang pemimpin yang tidak flip flop inilah tanda bakal perdana menteri malaysia masanya telah sampai untuk tim muhyiddin ambil alih negara masanya telah sampai untuk pasokan muhyiddin memimpian malaysia tunggu lama buat apa? tunggu sampai pakai tongkat? kah kah kah CERIA TERSENYUM BAKAL PM |
Posted: 03 Nov 2011 01:01 AM PDT MULUT BESAR ANAK PEREMPUAN NAJIB TAK ADA DI PERTAH SEMASA CHOGM- mkini Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Najib Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini. Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk "Delegates go shopping, sightseeing" (Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones. Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu. Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar. NST juga memetik setiausaha politik Najib, Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth. "Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul," Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam. Najib dan suaminya, Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog KAH AKH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INI BETUL BETUL FITNAH.... kah kah kah.. kah kah kah...AKHBAR ORANG PUTEH INI BUAT FITNAH.... kah kah kah.. kah kah kah...BERAPA KALI NAK CAKAP MULUT BESAR TAK ADA DISANA.... kah kah kah.. kah kah kah....BUKAN MULUT BESAR YANG BERSHOPPING.... kah kah kah... kah kah kah...WARTAWAN AKHBAR INI MESTI TERIMA RASUAH DARI CIK GU BARD...kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TIDAK MACAM MANA BERITA FITNAH INI KELUAR?.... kah kah kah MAKAN FREE NOTA: kenapa berita ini keluar? kalau betul mulut besar tak ada disana ertinya jelas ada kumpulan anatarabangsa yang berselindung disebalik media untuk menibai rosmah dan najib siapa dibelakang kumpulan ini? mungkinkah ezam mat nor? mungkinkah gobala? atau ini kerja muhyiddin yassin kah kah kah NOTA: dan kenapa sesudah dua minggu berita ini muncul kemabali? adakah ini satu perancangan agar kesah mulut besar terus dimedia? kah kah kah LAGI BESAR |
KES ROGOL AMAH DI BUKA DI LONDON Posted: 02 Nov 2011 10:10 PM PDT POTONGAN DARI AKHBAR INDONESIA MEKANISME AKAN DIWUJUDKAN BAGI TANGAN JENAYAH SIBER - meloya LONDON 3 Nov. – Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, kata Rais Yatim. Dia berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang diadakan selama dua hari dan berakhir di sini semalam. "Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain. "Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini semalam. Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil. – Bernama NGO TERIMA LAPORAN AMAH DIROGOL ini berita yang ingin kita baca: MEKANISME AKAN DIWUJUDKAN BAGI TANGANI JENAYAN ROGOL AMAH LONDON 3 Nov. – Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah rogol amah, kata Rais Yatim. Dia berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruag Rumah dan Hak Asasi Amah ( RRHAA) yang diadakan selama dua hari dan berakhir di sini semalam. "Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain. "Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah rogol amah harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini semalam. " Malaysia yang banyak mengunakan khidmat Amah dari Indonesia akan memastikan bahawa semua amah yang berkerja di Malaysia akan mendapat pembelaan dan keselamatan yang baik. Kebelakang ini banyak laporan kes rogol amah yang telah diterima oleh pihak polis." Walau bagaimana pun kes rogol amah ini telah berkurangan. Kes terakhir yang mendapat liputan besar media ialah aduan seorang Amah yang bernama Robiah. Amah dari Indonesia ini telah membuat laporan kepada sebuah badan NGO – Migrant Care – yang beribu pejabat di Jakarta. Amah ini telah membuat laporan yang dia telah dirogol oleh Rais Yatim Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada syarikat pekerja asing, kerajaan, industri dan masyarakat sivil. – Tiewnama |
MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK Posted: 02 Nov 2011 07:57 PM PDT SATU KAJIAN AWAL IMEJ HAJI AL-HAJI DAN SEMIOTIK Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej. Gambar diatas mempelihatkan Rosmah dan Najib serta rombongan dari Malaysia sedang berjalan dan dikelilingi oleh soldadu. Gambar ini bukan diambil di Putrajaya kerana soldadu ini kelihatan amat asing. Najib dan Rosmah tidak memakai baju dan pakaian biasa. Rosmah tanpa cincin dan mutiara. Rosmah tanpa beg Birkin. Maka akan ada orang akan merasa pelik melihat pakaian Rosmah dan Najib ini. Apakah mereka berteater atau bersandiwara? Tetapi kepada yang tahu hal ehwal Islam atau seorang Muslim - mereka akan tahu Rosmah dan Najib memakai Ihram. Sedang berada di Mekah dan bukan berteater di Istana Budaya. Lalu timbul persoalan – siapakah pengiring Rosmah dan Najib ini? Ini kerana soldadu ini memakai pakian chelorong cheloreng? Apakah keadaan amat bahaya? Jika ini di Kaabah maka gambar ini memberi makna bahawa Rumah Allah ini dalam bahaya? Lalu timbul persoalan – bukankah di wilayah ini – dari sejarah nya – yang paling ditekan dan diajar ialah AMAN dan DAMAI – maka kenapa perlu bala tentera? Untuk yang mengetahui sejarah HAJI – akan bertemu babak sejarah dimana Muhamad telah datang membawa AMAN. Malah membunuh/memburu binatng liar pun diharamkam pada musim ibadah Haji? Mengapa perlu soldadu? Maka timbul persoalan : Apakah ayat ini wujud? : wahai orang orang beriman apabila kamu ada harta dan ada cincin berlian apabila kamu ada kuasa dan kekayaan maka apabila kamu hendak melakukan ibadah haji hendaklah kamu memakai soldadu dan bala tentera kerana mungkin ada kaum mushrikin yang kana merompak kamu - INI ADALAH AYAT SETAN. Mari kita selidiki lagi apa makna gambar ini. Apa tujuan gambar ini? Gambar ini pertama dikeluarkan untuk untuk memberitahu Mak Cik Felda bahawa Rosmah dan Najib kini sedang beramal ibadat di Mekah. Imej khusus ditujukan kepada manusia Melayu/Islam. Gambar ini diambil dan disebarkan bertujuan untuk mengatakan kepada bakal pengundi Melayu/Islam bahawa : Rosmah dan Najib itu adalah insan warak. Kes Bunuh Altantuya, kes makan duit komisen, kes rembat tanah lapangan terbang TUDM di Sungai Besi – semuanya telah disucikan dengan gambar ini. Gambar ini akan menjadikan tanda bahawa semua cerita-cerita itu fitnah. Cerita yang tidak boleh dipakai kerana sebenarnya Rosmah dan Najib ini orang yang warak. Gambar ini disebarkan dengan tujuan meminta Malayu/Islam mengundi gerombolan. Ini gambar poster berkempen. Dari segi semiotik pula gambar ini adalah GAMBAR ASOSIASI – atau GAMBAR BERKAIT. Contohnya ramai anak muda ingin mengambil gambar berdiri disebelah Siti atau Mawi. Justeru yang bergambar akan bangga dapat dikaitkan imej mereka dengan penyanyi pop ini. Atau mengambil gambar di hadapan parlimen British. Jika ada Mak Cik Felda melihat gambar dihadapan parliemn ini maka Mak Cik Felda akan menganggap bahawa – cukup terer orang yang dalam gambar kerana telah sampai ke London. Ini maknanya gambar berkait. Gambar ini mengkaitkan Rosmah dan Najib dengan Rumah Allah. Dengan Islam.Dengan kesucian beribadah. Tidak percaya? Ini satu lagi fitnah dari Tukar Tiub? Pandang sudut gambar ini betul betul. Dari sudut mana gambar ini diambil. Ianya bukan diambil dengan kamera cap ayam. Gambar ini diambil dari tempat tinggi. Ertiny memang ada juru gambar yang dibawa khas untuk mengambil gambar ini.semua ini dirancang.Walau opun ambil gambar ini BUKAN tercatit dalam rukum Haji, atau ini adalah rukun Haji yang terbaru. Justeru terbukti gambar ini memang untuk disebar. Ini bertujuan untuk mengkaitkan Najib dan Rosmah dengan Rumah Allah. Ini untuk memperlihatkan betapa suci nya Rosmah dan Najib. Lalu persolaan timbul: Apa sebenarnya naratif atau cerita gambar ini? Gambar ini adalah contoh terbaik apabila Islam difeudalkan. Inilah contoh terbaik apabila Islam di GEROMBOLANKAN. Gambar ini adalah wajah Islam Feudal. Konsep dan falsafah AL-Haj adalah KESAMARATAAN. Semuanya sama didalam Rumah Allah. Semua sama di hadapan Allah. Semua mengabdikan diri beramal kerana Allah bukan kerana undi atau RRU 13. Tidak ada yang SPESIAL dihadapan mata Allah kecuali yang bertakwa. Beg Birkin dan cincin berlian tidak akan diambil kira. Di hadapan Allah tidak tidak Tun, Taan Tin , Tong, Datuk, Seri , Datin. Semua dianggap sama justeru SEMUA memakai pakaian yang sama – ihram. Dengan ini jelas bahawa imej ini adalah imej terbaik untuk memperlihat betapa Islam telah difeudalkan – difeudalkan oleh Raja Saudi. Dan di feudalkan oleh Gerombolan/Melayu/Bumiputera/Ketuanan Melayu. Islam menentang feudal. Sayangnya satelah lebih dari seribu tahun maka agama ini semakin menjadi feudal dan terus difeudalkan. Imej ini adalah imej asap candu yang akan melalaikan Mak Cik Felda. Imej ini adalah imej feudal yang memperlihatkan bahawa di Kaabah pun – didalam Rumah Allah – ada yang wilayah khas untuk yang berkuasa. Yang berkuasa ini spesial tak kira sanma ada telah terlibat dalam kes bunuh Altantuya atau kes rembat tanah TUDM. Lihat bagaimana telah dilucahkan tempat suci ini. Wahai orang orang yang cerah sedarlah oleh kamu bahawa agama hari ini sedang dijual beli. Ada agama yang sedang menjadi dadah. Ada agama yang diperniagakan. Ada agama digunakan untuk menindas orang lain. Ada agama digunakan untuk menjadi kaya raya. Dan ada agama dijadikan kempen pilihanraya. Jika masih ada yang tidak faham akan tanda dan makna imej ini maka sila baca ayat ini: Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwa – ayat Tukar Tiub. NOTA: siapa pula yang lain lain di belakang Rosmah dan Najib? selain dari soldadu dan sosok yang tidak memakai ihram pasti mukabharat polis rahsia saudi arabia yang lain dari itu ialah para juak dan kaki kaki bodek pencari kontrek, bakal yang ingin jadi calon, broker tanah kontrektor kelas A, pegawai kerajaan, Ksu dan pelbagi macam malaon sayang sekali vincent tan dan ananda bukan islam kalau tidak pasti mereka pun ada dalam rombongan KITAB WAJIB BACA NOTA: wahai anak anak muda jika kamu ada masa wajiblah kamu mencari membeli buku ini agar kamu fahamlah hendaknay makna dan tanda naik haji |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan