Rabu, 2 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Anak Dara Siapa yang GEDIK Melampau Ini?

Posted: 02 Nov 2011 05:09 AM PDT




P/s: Apa nak hairan, macam-macam program hiburan bersepah di kaca TV!



Pakaian Dalam Queen Victoria DILELONG RM45 Ribu

Posted: 02 Nov 2011 03:00 AM PDT


Sepasang pakaian dalam (seluar kembang) sutera yang didakwa milik Ratu Britain, Ratu Victoria telah dijual pada satu lelongan pada harga £9375 (RM45 938) - tiga kali ganda daripada harga jangkaan awal lapor berita Agensi.

Selain pakaian dalam itu, sebuah lukisan Ratu bersama-sama dengan kakitangan warga Scotland, John Brown berjaya dijual  dengan harga £145.250 (RM711, 725) di  rumah lelaongan Lyon & Turnbull, Edinburgh. - DCM

P/s: Agak-agaknya apalah manfaat seluar dalam tersebut kepada orang yang membidanya?


Mengapa Saya Tidak MENGUTUK Muammar Gaddafi 2 - Tukar Tiub

Posted: 02 Nov 2011 01:00 AM PDT


Saya petik:

SURAT KEDUA TENTANG GADAFFI

Tuan yang saya hormati,

[TT] Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka.

Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.

Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan.

Tuan yang saya muliakan,

Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?

Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang.

Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.

Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70'an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini.

Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.

Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.

Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA.

Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.

Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis.

Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.

Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.

Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik.

Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.

Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya.

Tuan yang saya hormati,

Apa yang ingin saya katakan disini ialah wujudnya persaingan yang maha hebat antara Amerika dengan China. Sayugia diingatkan dari strateji ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strateji ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.

Tuan yang saya hormati,

Dalam persaingan dua kuasa gergasi ini – dalam percaturan real politik Amerika dan China – Saddam, Gadaffi, Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak – hanyalah Pak Pacak yang dijemput menayangkan muka atau ditendang keluar apabila tidak diperlukan lagi. Tuan pasti menganggap bunyinya amat kasar. Saheh – memang kasar – tetapi dalam dunia kapitalis yang halus hanya kuasa bala tentera. Kuasa ini bertujuan untuk mencari keuntungan. Justeru, Gadaffi di Libya dianggap sebagai penghalang untuk penerusan strateji politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika.

Saya berharap tuan telah pernah membaca atau sekurang-kurangnya telah mendengar AFRICOM – Africa Command – yang diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan dibawah AFRICOM. Ini samalah seperti FPDA - Five Power Defense Arrangements antara Malaysia, Singapura, Auatralia, Newa Zealand dan Britain. Perjanjian ini untuk memastikan Malaysia akan terus berada dibawah telunjuk Britain.

Biar saya beritahu disini bahawa Libya dibawah Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu dibawah komand tentera Amerika. Opps... hampir saya terlupa, walau pun namanya AFRICOM tetapi ianya beribu pejabat di Stuggart Germany.

Gaddafi sebagai anak terbaik dari benua Afrika, sebagai anak terbaik dunia Arab telah menyusun strateji untuk menentang AFRICOM. Pada persidangan African Union Febuari 2008 satu ketetapan telah diambil untuk menolak AFRICOM. Ini satu tamparan keatas kuasa imperialis Anglo-Amerika. Gaddafi menentang kuasa bala tentera imperialis Anglo- Amerika. Justeru, Gaddafi wajib dibunuh.

Hampir saya terlupa - sebelum Raja Idris dijatuhkan oleh Gaddafi pada tahun 1969 – Amerika Syarikat memiliki sebuah lapangan terbang tentera yang terbesar didunia – Wheelus Air Base. Apabila Gadaffi mengambil alih Libya lapangan terbang ini ditutup. Satu lagi jenayah Gaddafi.

Tuan yang saya muliakan,

Semua yang saya tulis ini tidak dapat dibaca dalam media antarabangsa. Ini kerana mereka berkepentingan untuk menjatuhkan Gaddafi. Manakala penulis media tempatan mungkin kerana malas atau kerana mereka tidak mengambil maths dan sains dalam Bahasa Inggeris – maka mereka tidak berkeupayan untuk menulis.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila puluk talipon:

02-22-72-40-45

Nallakaruppan Dilantik Jadi SENATOR, Orang Tanya, Apa Sumbangan Nalla?

Posted: 02 Nov 2011 12:00 AM PDT

YANG di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (dua kiri) beramah mesra bersama tiga ahli Dewan Negara yang baru dilantik (dari kiri) Pengarah Tess Innovations Sdn Bhd, Datuk Jaspal Singh, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk Datuk S Nallakaruppan dan Pengarah Syarikat CLK Consultants Sdn Bhd, Chiew Lian Keng di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Bernama melaporkan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) S. Nallakaruppan adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.

Nallakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama-sama dengan  Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, 49, dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng, 47. Ketika ditemui pemberita, Nalakaruppan berkata amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului.

Orang sibuk bertanya, apa sumbangan Nalla kepada masyarakat dan negara? Apa kepakaran Nalla bagi melayakkan dia dilantik sebagai senator? Antara yang menyoal hal ini termasuklah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) melalui Setiausaha Agungnya, Barathidasan Saminathan. Katanya,  "Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? "Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?" soalnya lagi seperti yang disiarkan di HD.

Soalan yang sama turut ditanya semasa Ezam dilantik sebagai senator. Sejak keluar dari PKR, 1Malaysia melihat dia sama ada di kaca TV atau di akhbar melanyak bekas bosnya dengan pelbagai tohmahan. Ezam yang dilantik sebagai senator itu juga muncul di akhbar dan kaca TV setiap kali timbul isu fitnah melibatkan DSAI. Adakah itu sumbangan yang melayakkan dia dilantik sebagai senator. Jika tidak, apa sumbangannya?

Jika Ezam didakwa sebegitu, apa pula sumbangan Nalla? Dalam sebuah laman,Yahaya Ismail menulis:

Datuk S.Nallakarupan dikatakan menjadi bapa ayam yang membekalkan Anwar dengan wanita dan juga lelaki. Malah dia sanggup menjadi driver untuk membawa perempuan dan Anwar ke Tivoli Villa, Bangsar untuk adegan asmara. Kata Anwar, Nalla rakan main tenisnya sekali-sekala. Tak lebih dari itu. Tapi ada orang berkata Nalla sahabat karib Anwar. Nalla dikatakan boleh menemui Anwar di pejabatnya tanpa membuat temujanji terlebih dulu. Malah dikatakan Nalla sering ke rumah Anwar dan boleh duduk dapur berborak dengan Anwar dan Wan Azizah.

Kalau Nalla sanggup membawa Shamsidar dalam Dimlernya bersama Anwar. Menurut warkah Ummi Hafilda kepada perdana menteri, bermakna Nalla bukanlah pasangan mainan tenis sekali sekala tetapi lebih dekat seperti isi dengan kuku. Dari berbagai sumber diperolehi maklumat bahawa Nalla ini seorang bapa ayam yang banyak menabur baktinya kepada berbagai orang termasuk Anwar yang kononnya seorang pejuang Islam nombor wahid. Sambung baca di sini.



Selain "peranan"nya di atas, Nalla seperti juga Ezam muncul sekali sekala di media melanyak DSAI kiri dan kanan terutamanya ketika kes fitnah liwat dan video lucah hangat di media pencacai. Adakah itu sumbangan yang melayakkan Nalla diangkat sebagai senator? Jika tidak, apa sumbangan Nalla yang pernah memegang jawatan Pengarah Magnum Corporation?


Jika begitu kriterianya, bila pula Ummi Hafilda akan dilantik sebagai senator? Kah kah kah! - DCM





Anwar Ibrahim Jawab Fitnah "Haji" di Twitter

Posted: 01 Nov 2011 09:15 PM PDT

Sejak Najib berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji, timbul sindiran dan cakap-cakap berunsur fitnah daripada pencacai UMCO di laman sosial dan di blog  kononnya DSAI belum menunaikan haji. Berkokoklah mereka dengan sekuat-kuatnya, maklumlah idola mereka kini berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Antara kata yang dilemparkan termasuklah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?" Bukan sahaja memfitnah tentang haji, malah jurublog penyokong UMCO tegar ini turut mengaitkan DSAI dengan fitnah video lucah yang kononnya berlaku di Bangkok.


Sila lihat paparan skrin di bawah ini:


Tohmahan pencacai UMCO itu dijawab oleh DSAI di Twitternya hari ini. Dalam mesej balasnya kepada seorang pengikut, DSAI menyatakan bahawa beliau sudah 2 kali menunaikan haji. -DCM



P/s: Orang pergi tunaikan haji senyap-senyap saja. Tidak perlu kecoh 1Malaysia!


Adakah Kak Ros "First Lady" Itu?????

Posted: 01 Nov 2011 08:34 PM PDT

Persoalan lanjut sila baca di KD, di sini.

P/s: Blog pro-UMCO mempertikaikan tindakan sesetengah blog pro-PR yang menulis nama Rosmah sebagai First Lady yang membeli mutiara yang berharga hampir RM500 ribu. Hujah mereka ada asasnya, kerana dalam laporan akhbar Australia itu tidak dinyatakan Rosmah sebagai First Lady tersebut. Jadi berhati-hati apabila mengaitkan seseorang dengan sesuatu isu!



MCA Perlu Perkasa Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Orang Cina, Sebelum Cadang Wajibkan Sastera Inggeris di Sekolah

Posted: 01 Nov 2011 07:50 PM PDT


Dalam berita Bernama Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, mencadangkan Kementerian Pelajaran memperkenalkan sastera Inggeris semula sebagai mata pelajaran wajib di sekolah dalam usaha memperkukuh penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris.

Ketika mencadangkan demikian, Dr Chua Soi Lek, berkata terdapat keperluan untuk menyekat kejatuhan standard bahasa Inggeris, sementara kontroversi tentang pengajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris menunjukkan betapa perlunya langkah diambil bagi mempertingkat penguasaan anak-anak dalam bahasa Inggeris.

"MCA mengambil perhatian tentang langkah-langkah diambil Kementerian Pelajaran dalam menangani kemerosotan standard bahasa Inggeris.

"Guru-guru bersara boleh diambil semula berkhidmat oleh sebab ramai daripada mereka yang sanggup menyumbangkan kemahiran kepada negara.

"Perlu ada elaun khas bagi guru-guru yang mendaftar untuk mengajarkan sastera Inggeris di sekolah menengah," kata beliau dalam satu kenyataan.

Seperti juga DAP dan MIC, MCA juga cenderung menyokong pelaksanaan PPSMI diberikan kelonggaran dan ibu bapa diberi pilihan untuk memilih sama ada menggunakan PPSMI atau dasar baru yang mewajibkan murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan di negara ini.

DCM bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan. Namun untuk mencapai tujuan itu, DCM dengan tegasnya tidak bersetuju peranan bahasa kebangsaan dikorbankan dan diambil alih oleh bahasa asing. Impak penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik begitu besar kepada perkembangan dan maruah bahasa kebangsaan. Bayangkan apakah yang akan berlaku kepada perkembangan kosa kata, istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada masa akan datang jika PPSMI terus dilaksanakan di negara ini? Itu baru soal perkembangan istilah, bagaimana dengan skop lain?

Untuk menguasai sesuatu bahasa, cara yang terbaik adalah melalui pemerkasaan subjek bahasa itu sendiri. Maknanya, jika seseorang itu mahu menguasai bahasa Inggeris, maka subjek bahasa Inggeris perlu diperkasakan, begitu juga jika mahu menguasai bahasa Mandarin. Oleh sebab itu, cadangan Chua Soi Lek yang mahu Kementerian memperkenalkan sastera Inggeris agak baik dan dalam masa yang sama sastera Melayu juga perlu dijadikan mata pelajaran wajib bukannya hanya sebagai subjek pilihan seperti yang berlaku hari ini. Paling menyedihkan, subjek kesusasteraan Melayu hanya diambil (dipaksa ambil) oleh pelajar di kelas lemah, manakala pelajar di kelas bijak (sains) tidak diwajibkan untuk mengambil subjek ini.

Dalam kemaruk dengan sastera Inggeris, Chua Soi Lek sewajarnya bertanya dan menyelidik tahap kefasihan (fahamkan maksud "fasih") dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Rata-ratanya masih belum menguasainya dengan baik. Lebih menyedihkan selepas 54 tahun merdeka, kefasihan generasi muda bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu masih lemah. Ada yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan sendiri. Ironinya, mereka lebih menguasai dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini amat memalukan! -DCM


 P/s: Masalah penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat bukan Melayu tidak akan selesai jika orang bukan Melayu di negara ini masih menganggap bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu. Bahasa Melayu tidak mungkin berjaya dikuasai sepenuhnya, jika masyakarat bukan Melayu tidak menggunakan bahasa kebangsaan di rumah, sebaliknya menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi sesama ahli keluarga dan rakan. Lebih penting, kefasihan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat bukan Melayu tidak akan tercapai selagi sistem pendidikan "pecah dan perintah" di negara ini tidak diubah.


Bob Lokman Sanggup ke Penjara

Posted: 01 Nov 2011 06:33 PM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

"Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya," katanya.

"Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis)," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

"Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima," katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

"Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah," tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

"Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka," katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


P/s: Bravo!!!!

Saiful Apek Didakwa Ambil Ganja

Posted: 01 Nov 2011 05:56 PM PDT


Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan. 



Tiada ulasan: