Rabu, 2 November 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAHASISWA BERDEMO LAGI DI UPSI

Posted: 02 Nov 2011 12:04 PM PDT




BAKAL GURU BERANI BERDEMO








5,000 MAHASISWA ISMO UPSI TUNTUT JAMINAN PENEMPATAN - meloya

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari


SALUT UNTUK YANG BERANI











NOTA:
satu pertanda yang amat baik
mereka adalah bakal guru
yang telah berani berdemo

bila telah menjadi guru nanti
mereka bukan saja akan mengajar
maths dan sains dalam bahasa melayu
mereka juga akan mengajar murid sekolah
agar berani turun berdemo
kah kah kah



NOTA:

madey kata demo bukan budaya kita
hari ini demo telah menjadi darah daging anak muda
syabas!



AKAN DATANG - BUKU DARI NAJIB RAZAK

Posted: 02 Nov 2011 11:43 AM PDT





UNTUK KERAS DAN NGANG





BUKU SEKS ISLAM DI HARAMKAN


Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.

Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, lapor The Star.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor dilaporkan berkata, ia diharamkan kerana buku itu dikeluarkan oleh pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.

Oleh kerana pergerakan itu diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50.


BUKU SEKS KELAB TAAT SUAMI HARAM – berita hairan

KUALA LUMPUR: Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia terbitan Kelab Taat Suami (KTS) diwartakan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas didapati bercanggah dengan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim, berkata hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati kandungan buku terbabit menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam.

"Kita sudah menghantar buku berkenaan kepada KDN semalam (kelmarin) untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamkan kerana kandungannya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KECEWA YANG MAHA SANGAT.... kah kah kah...

kah kah kah.... INDIA ADA KAMASUTRA.... kah kah kah..

kah kah kah...CHINA ADA THE ART OF BED CHAMBER.... kah kah kah..

kah kah kah... ARAB ADA PERFUMES GARDEN.... kah kah kah...

kah kah kah...AMERIKA ADA DEEP THROAT.... kah kah kah..

kah kah kah...SWEDEN ADA I AM CURIOUS YELLOW.... kah kah kah

woit...TAK KAN MELAYU TAK BOLEH.... kah kah kah..

nota:
najib razak sedang menulis
sebuah buku bernama : KELAB SEX DAN TAAT KEPADA ISTERI
sesiapa berminat sila pesan dengan segera
kah kah kah



HANYA GAMBIR SERAWAK


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
tak kan sex melayu
hanya gambir sarawak
kah kah kah


HANYA SATU JAWAPAN : BANGUN DAN LAWAN!

Posted: 02 Nov 2011 11:18 AM PDT




ANAK MUDA WAJIB BERANI





KENYATAAN KHALED NORDEN TENTANG AUKU TIDAK MASUK AKAL


Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Mohamed Khaled Norden, Menteri Pengajian Tinggi bahawa beliau akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khaled dilaporkan berkata:

"Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.

"Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.

"Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…

"Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah."

Kenyataan Khaled sendiri tidak masuk akal. Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan? Banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.

Apatah lagi, beliau seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai AUKU. Adakah beliau terlupa tentang Timbalan Menterinya sendiri, Dato Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama. Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB

Posted: 01 Nov 2011 11:22 PM PDT





SELAMAT TINGGAL LIBYA





SURAT KEDUA TENTANG GADAFFI

Tuan yang saya hormati,

Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka.

Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.

Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan.

Tuan yang saya muliakan,

Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?

Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang.

Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.

Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70'an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini.

Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.

Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.

Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA.

Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.

Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis.

Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.

Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.

Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik.

Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.

Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya.

Tuan yang saya hormati,

Apa yang ingin saya katakan disini ialah wujudnya persaingan yang maha hebat antara Amerika dengan China. Sayugia diingatkan dari strateji ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strateji ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.

Tuan yang saya hormati,

Dalam persaingan dua kuasa gergasi ini – dalam percaturan real politik Amerika dan China – Saddam, Gadaffi, Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak – hanyalah Pak Pacak yang dijemput menayangkan muka atau ditendang keluar apabila tidak diperlukan lagi. Tuan pasti menganggap bunyinya amat kasar. Saheh – memang kasar – tetapi dalam dunia kapitalis yang halus hanya kuasa bala tentera. Kuasa ini bertujuan untuk mencari keuntungan. Justeru, Gadaffi di Libya dianggap sebagai penghalang untuk penerusan strateji politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika.

Saya berharap tuan telah pernah membaca atau sekurang-kurangnya telah mendengar AFRICOM – Africa Command – yang diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan dibawah AFRICOM. Ini samalah seperti FPDA - Five Power Defense Arrangements antara Malaysia, Singapura, Auatralia, Newa Zealand dan Britain. Perjanjian ini untuk memastikan Malaysia akan terus berada dibawah telunjuk Britain.

Biar saya beritahu disini bahawa Libya dibawah Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu dibawah komand tentera Amerika. Opps... hampir saya terlupa, walau pun namanya AFRICOM tetapi ianya beribu pejabat di Stuggart Germany.

Gaddafi sebagai anak terbaik dari benua Afrika, sebagai anak terbaik dunia Arab telah menyusun strateji untuk menentang AFRICOM. Pada persidangan African Union Febuari 2008 satu ketetapan telah diambil untuk menolak AFRICOM. Ini satu tamparan keatas kuasa imperialis Anglo-Amerika. Gaddafi menentang kuasa bala tentera imperialis Anglo- Amerika. Justeru, Gaddafi wajib dibunuh.

Hampir saya terlupa - sebelum Raja Idris dijatuhkan oleh Gaddafi pada tahun 1969 – Amerika Syarikat memiliki sebuah lapangan terbang tentera yang terbesar didunia – Wheelus Air Base. Apabila Gadaffi mengambil alih Libya lapangan terbang ini ditutup. Satu lagi jenayah Gaddafi.

Tuan yang saya muliakan,

Semua yang saya tulis ini tidak dapat dibaca dalam media antarabangsa. Ini kerana mereka berkepentingan untuk menjatuhkan Gaddafi. Manakala penulis media tempatan mungkin kerana malas atau kerana mereka tidak mengambil maths dan sains dalam Bahasa Inggeris – maka mereka tidak berkeupayan untuk menulis.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila puluk talipon:

02-22-72-40-45

KES ROGOL AMAH DARI WIKILEAKS

Posted: 01 Nov 2011 10:24 PM PDT




KENAPA KES ROGOL INI DITUTUP

















SELAMATKAN GENERASI MUDA : RAIS - meloya

OXFORD 1 Nov. - Malaysia akan menggesa masyarakat antarabangsa melalui pendekatan kerjasama untuk menyelamatkan generasi muda dan generasi akan datang daripada menjadi seseorang yang tidak bermoral dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang rendah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim berkata, langkah itu antara beberapa pandangan yang akan dikemukakan oleh Malaysia pada Persidangan London mengenai Ruang Siber yang bermula Selasa.

Katanya, Malaysia akan turut mengemukakan pandangan berhubung undang-undang yang tidak seharusnya dianggap sebagai penapisan, merangkumi undang-undang yang sedia wujud, iaitu undang-undang kenegaraan dan undang-undang antarabangsa.

"Selain itu, keadaan berleluasa yang melibatkan pornografi kanak-kanak dan pornografi umum yang perlu mewujudkan satu program bagi menentukan hak-hak tertentu dengan persetujuan antarabangsa," katanya.

ini yang ingin kita baca:


SELAMATKAN AMAH-AMAH MUDA DARI DI ROGOL : RAIS - meloya

OXFORD 1 Nov. - Malaysia akan menggesa masyarakat antarabangsa melalui pendekatan kerjasama untuk menyelamatkan amah-amah muda dan generasi akan datang daripada dirogol oleh majikan yang tidak bermoral dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang rendah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim berkata, langkah itu antara beberapa pandangan yang akan dikemukakan oleh Malaysia pada Persidangan London mengenai Ruang Siber dan Hak Amah Sebagai Pekerja Asing yang bermula Selasa.

Katanya, Malaysia akan turut mengemukakan pandangan berhubung undang-undang yang tidak seharusnya dianggap sebagai penapisan, merangkumi undang-undang yang sedia wujud, iaitu undang-undang kenegaraan dan undang-undang antarabangsa.

"Selain itu, keadaan berleluasa yang melibatkan pornografi kanak-kanak dan pornografi umum yang perlu mewujudkan satu program bagi menentukan hak-hak tertentu dengan persetujuan antarabangsa," katanya.

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


BETUL KE SHARIZAT INI MELAYU - MUKA MACAM PEREMPUAN MADRAS?

Posted: 01 Nov 2011 08:48 PM PDT




YANG GEMOK INI ROSMAH KE SHAHRIZAT?













PROJEK PUSAT FIDLOT OLEH KELUARGA SHAHRIZAT 22 KALI GANDA MAHAL
– keadilan daily

Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Projek ternakan lembu yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil.

Selain itu, KEADILAN juga mendedahkan jualan daging lembu berkenaan- yang kurang dari sasaran ditetapkan- turut dijual kepada restoran mewah milik Shahrizat.

Rafizi berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.

Menurutnya, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.
"Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi," kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...JANGAN JADI BANGANG.... JANGAN BUAT TAK FAHAM... kah kah kah...

kah kah kah...PUAN SERI SHAHRIZAT INI WANITA BUKAN JANTAN.... kah kah kah...

kah kah kah.... PUAN SERI SHAHRIZAT INI ADA KELAURGA.... kah kah kah...

kah kah kah.... PUAN SERI SHAHRIZAT INGIN MEMBANGUNKAN KELUARGA..... kah kah kah..

kah kah kah... PUAN SERI SHAHRIZAT HIDUP DALAM MASYARAKAT.... kah kah kah

woit... PUAN SERI SHAHRIZAT TIDAK SALAH... PUAN SERI IKUT PERATURAN ..... kah kah kah

kah kah kah...PUAN SERI SHAHRIZA SEDANG MENJALAN TUGAS SUCI.... kah kah kah..

kah kah kah...PUAN SERI SHAHRIZAT SEORANG WANITA YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMBANGUNKAN KELUARGA UNTUK MASYARAKAT... kah kah kah..

kah kah kah...PASAL ITU DIA BAGI PROJEK 250 JUTA RINGGIT UNTUK ANAK DAN SUAMI.... kah kah kah..

woit...PUAN SERI SHARAIZAT JALIL BUKAN MENTERI PEMBANGUNAN JANTAN UNTUK KEMAJUAN ORANG RAMAI...kah kah kah..

woit...CUBA BACA NAMA KEMENTERIN PUAN SERI SHAHRIZAT INI...kah kah kah


INI SAHEH MELAYU?



NOTA:
wahai bani melayu
wahai bani ketuanan melayu
tengok muka ini betul betul
tengok rapi rapi
jangan tipu diri sendiri

ada muka melayu?

BERITA TERKINI - TERNOW - BERITA DARI LUAR NEGARA

Posted: 01 Nov 2011 08:10 PM PDT



PENYAKIT TELAH BERJANGIT -
kompas jakarta

Kuala Lumpur - Pada tahun 2000 dahulu umum diberitahu
bahawa Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi
yang menggantikan Mahathir Muhamad telah diserang
oleh penyakit 'ngantuk'.

Mantan PM Malaysia yang sering kelihatan ngantuk ini
telah mendapat jolokan Mat Ngantuk dari pihak opposisi.

Dua tahun dahulu Najib Razak telah
menggantikan Abdullah Badawai. Beliau juga
ada memiliki tabiat dan perangai
yang sama dengan Abdullah Badawi. Kedua-dua mereka
diserng oleh penyakit berdolak dalik
atau flip-flop ketika membuat pelbagai keputusan.

PM Najib awal tahun lalu telah memberikan
lesen perjudian kepada seorang peniaga Tionghua
yang kemudiannya Najib sendiri batalkan
kerana ada tentangan dari parti Islamisis.

Pada bulan Julai baru lalu,
ketika pihak opposisi Bersih
ingin melakukan tunjuk perasaan,
Najib Razak telah sekali lagi dilihat
'puntang panting' atau
'ngotok ngetek' dalam bahasa Sunda.

Najib Razak telah flip flop dalam membuat
keputusan apabila berhadapan dengan ribuan
demonstran sehinggakan ada ahli kabinet
yang merungut marah.

Berita terakhir dari Persidangan Dwi Tahunan negara bekas
jajahan Inggeris yang baru selesai di Perth Australi
sekali lagi telah memeranjat warga Malaysia.

Sebuah potret yang telah dimbil oleh ajensi poto berita
telah memperlihatkan Najib Razak tertidor
didalam dewan pesidangan dwi tahunan ini.

Ini amat memeranjatkan kerana telah terbukti
bahawa penyakit ngantuk mantan PM Abdullah Badawi
telah menjangkiti Najib Razak.

Doktor dan tabib yang mengiringi delegasi resmi
Malaysia telah tidak dapat dihubungi apabila ajensi
berita ingin mendapat maklumat lanjut
tentang serangan penyakit gantuk yang sedang
dihadapi oleh Perdana Menteri ini. ( Ajensi)

TERLENA DALAM PERSIDANGAN CHOGM


MASA NYA TELAH SAMPAI UNTUK MUHYIDDIN MENGGANTI NAJIB

Posted: 01 Nov 2011 07:56 PM PDT




LEMBU LORD MURUJIB








NAJIB NAFI PROJEK LEMBU SALAH GUNA PINJAMAN RM250 JUTA
- mkini

Najib menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.

Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.

Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya.

Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... RAKYAT JANGKA KAN HANYA ROSMAH SAJE ADA POWER NASI KANG KANG.... kah kah kah..

kah kah kah..RUPA RUPA NYA SALAH...kah kah kah

kah kah kah...SHARIZAT PUN SUDAH KENAKAN NAJIB DENGAN NASI KANG KANG.... klah kah kah..

woit... APA JENIS PERDANA MENTERI.. KENA NASI KANG KANG....kah kah kah..

kah kah kah...DAH JELAS KES REMBAT DUIT ORANG RAMAI...kah kah kah..

kah kah kah...NAK PERTAHAN KAN APA?.... kah kah kah..

woit..INI BUKTI NASI KANG KANG LEBIH POWER DARI POWER ROOT...kah kah kah


NOTA:
rakyat satu malaysia
sedang tidak sabar
menunggu kepimpinan
muhyiddin yassin




Tiada ulasan: