dollah yankee |
Posted: 27 Nov 2011 05:18 PM PST Kita semua mungkin pernah main permainan 'tarian-limbo' ini. Selalunya permainan 'tarian-limbo' ini akan di-mainkan di parti-parti atau sukaneka atau hari keluarga korporat. Apabila muzik dimainkan, pemain ini akan membengkokkan badan mereka secara terlentang melintasi satu tiang yang dipegang secara melintang. Seorang demi seorang akan melintasi tiang yang dipegang melintang itu. Sesiapa yang terkena tiang itu atau jatuh ke-belakang akan di-kira 'out'. Ini ada lah permainan yang akan menguji ketahanan dan kekuatan pinggang dan kaki anda. Lagi ke bawah atau rendah tiang itu, lagi susah lah anda mahu melintasi dibawahnya, lagi penatlah dan lagi siksa lah kaki dan pinggang anda. Orang-orang disekeliling yang sedang melihat aksi ini akan bersorak-sorak riang, bertepuk tangan sambil menjerit-jerit seiring dengan muzik tadi menyokong pemain-pemain ini. Macam tu lah juga diibaratkan kepada umno/BN dalam mereka menghadapi PRU-13 nanti. Olih sebab mereka telah lama memerintah, dah lebih daripada 50 tahun, maka gurkah-gurkah politik di'port' telah menganggap yang mereka seperti seorang yang sudah tua dan tidak mampu untuk mem'bongkokan belakang mereka dan sudah tidak punya kekuatan pinggang dan kaki untuk melakukan aksi 'tarian-limbo' ini. Jadi untuk mengelakan kecederaan pada pinggang dan kaki mereka, mereka akan cuba untuk melakukan beberapa 'trick' seperti ketinggian tiang yang melintang itu tidak akan sama. Mungkin sebelah tinggi dan sebelah lagi rendah. Tetapi bagi Pakatan Rakyat, gurkah-gurkah anggap mereka seperti seorang pemuda. Mereka tidak ada hal untuk mem'bongkok. Pinggang dan kaki mereka kuat dan 'strong' untuk di-bengkokkan dan amat kuat untuk melakukan aksi limbo ini, mereka boleh membengkok walau serendah mana tiang yang melintang tadi. dollah yankee - Yang pasti..siapa yang berjaya mem'bengkokkan badan mereka melepasi tiang melintang itu tanpa jatuh, merekalah yang akan disorak penonton. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan