Ahad, 27 November 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Aliran media statement

Posted: 27 Nov 2011 06:20 PM PST

Withdraw the draconian Peaceful Assembly Bill!

Given the more restrictive features of the newly proposed Peaceful Assembly Bill 2011, Aliran calls on the government to withdraw the undemocratic bill unconditionally from the current Parliamentary session.

Not only is the Bill an affront to the supposedly reformist political agenda of the Najib administration, it also violates the very fundamental human right of citizens to assemble peacefully in the public domain.

For one thing, to require the organiser to inform the police at least 30 days prior to the planned event is a tall order as it automatically invalidates the spontaneity of street protests. Surely calling for a rally cannot be equated with a plan to, say, organise or attend a rock concert.

Equally appalling is the immense powers given to the police to impose restrictions and conditions such as the date, time, duration, venue, manner and conduct of participants during an assembly. It begs the question as to why the government wants to insists on having such tight controls over an assembly that is supposed to be peaceful.

Yet another instance of a downright illiberal approach to freedom of assembly is the prohibition of assemblies at or within 50m of places such as water and power utility plants, petrol stations, places of worship, kindergartens and schools. Would it then be possible to demonstrate in front of, say, the controversial Lynas facility or another Bakun Dam? Will there ever be a demonstration at a mosque or Masjid Negara after Friday prayers?

These are some of the more restrictive features of a new Bill which ironically was supposed to liberate our society and enshrine civil liberties.

Aliran calls on the government to withdraw this Bill and respect the fundamental rights of the people.

Aliran Executive Committee

24 November 2011.

TERUSKAN PERJUANGAN WALAU SAYA DISEBALIK JERIJI BESI

Posted: 27 Nov 2011 02:54 PM PST






JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.

"Saya dipenjarakan enam tahun, adakah harga minyak turun? Adakah politik antara kaum bertambah baik? Adakah negara semakin sejahtera? Jadi apa yang berlaku selama ini adakah kerana Anwar?" tegas Anwar .

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak derita dan harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari gerakan rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."

Gendang Peperangan Dipalu

Posted: 27 Nov 2011 02:53 PM PST

JOHOR BAHRU, 27 NOV: Di hari terakhir Kongres PKR ke-8, Parti Keadilan Rakyat memalu gendang perang sebagai isyarat kepada Pakatan Rakyat menakluk Johor.

'Jeneral' perang pilihanraya PKR, Timbalan Presiden Azmin Ali berkata Umno merasai bahang kemaraan Pakatan Rakyat di Johor dan mencari pelbagai strategi kotor dan tidak bermaruah untuk kekal memerintah.

"Saya menyerang habis-habisan Umno kerana bagi saya BN sudah tidak wujud. Parti komponen sudah tidak lagi wujud yang ada sedikit nyawa ikan itu adalah Umno. Sedikit sahaja yang sudah berada di tahap nazak. Sebab itu kita serang habis-habisan," katanya.

Azmin berkata prestasi Pakatan Rakyat di empat negeri yang ditadbir telah membuktikan gagasan itu mampu menawarkan masa depan yang berperikemanusiaan dan memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan.

"Tan Sri Abdul Khalid telah mengupas panjang lebar tanpa Umno rakyat lebih sejatera dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan," katanya.

Baru-baru, Ketua Audit Negara dalam laporannya pada 2010, memberi pengikhtirafan kepada pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang atas kecekapan kedua-dua negeri itu dalam mengurus kewangan mereka.

Dalam seruannya kepada aktivis-aktivis PKR, khususnya yang beragama Islam, Azmin berkata mereka bertanggungjawab untuk menyelamatkan saudara-saudara mereka dari Umno.

"Umno tidak kenal konsep Hijrah kerana yang mereka tahu hanya 'Dulu, Kini dan Selamanya'. Dulu Perompak, Kini Perompak dan Selamanya Perompak," kata Azmin sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Anwar : Lagi Menang Lagi Banyak Halangan

Posted: 27 Nov 2011 07:44 AM PST

JOHOR BAHRU 27 NOV: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan yang bakal diperoleh dalam pilihanraya akan datang bukan merupakan kejayaan mutlak kepada PKR tetapi merupakan cabaran yang harus disambut dengan pengorbanan dan perjuangan kental.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Katanya reformasi merupakan usaha berterusan yang memerlukan pengorbanan semua pihak.

"Kalau kita menang lagi banyak halangan dan cabaran. Justeru kita memerlukan pemimpin dan ahli yang yang kuat dan sanggup berjuang demi membela rakyat." kata beliau.

Menyentuh mengenai calon-calon yang akan bertanding beliau berkata calon perlu menerima hakikat untuk membela nasib rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

"Pada wakil-wakil rakyat yang tidak terpilih perlu ingat dan insaf bahawa 'siapa kamu sebelum 2008' dan siapakah yang bertungkus lumus untuk memenangkan kamu.

"Jadi mereka (wakil-wakil Rakyat) perlu terima hakikat bahawa sekarang telah tiba masa kamu untuk bekerja keras untuk memenangkan orang yang telah membantu kamu untuk menang dahulu." tegas Anwar

Menurut Anwar kemenangan tidak aakan dicapai tanpa melibatkan jentera dan muafakat yang baik.

"Kalau kita muafakat, ini adalah peluang terbaik untuk mengangkat reformasi rakyat dan merubah sikap," jelas beliau dihadapan lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati.

Dalam pada itu katanya, permuafakan Pakatan Rakyat tidak perlu disangsikan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Barisan Nasional serta media milik-nya telah menjadikan komponen Pakatan lebih akrab.

"Ini yang menjadikan Umno semakin terhimpit dan terdesak untuk menarik sokongan rakyat setelah menyaksikan kekuatan kita (Pakatan).

Berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang bertindak melompat parti beliau berkata parti tersebut telah melalui proses pembersihan yang sihat.

"Kita juga bersyukur kerana semua pengkhianat yang melompat parti telah dibersihkan dari parti dan pembersihan ini sesuatu yang baik bagi parti," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

GERAKAN SELAMATKAN FELDA

Posted: 27 Nov 2011 07:36 AM PST




klik imej untuk besarkan

Perhimpunan Aman: ABIM mahu PM hormati rakyat, jangan mundur

Posted: 27 Nov 2011 02:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pentadbiran Najib menghormati suara rakyat, bukannya mundur dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan Perlembagaan Perrsekutuan.

Presidennya Amidi Abd Manan berkata, setelah menilai dengan mendalam, ABIM ingin meluahkan bantahan terhadap rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini.

Ekoran bantahan, Kabinet setakat Jumaat lalu telah memutuskan untuk meminda sekurang-kurangnya tujuh peruntukan rang undang-undang itu.

"ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.

"Antara peruntukan-peruntukan tersebut ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011," kata beliau.

Katanya, ABIM juga menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Malah tegas beliau, ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan.

"ABIM khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan," katanya.

Amidi menambah, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia.

Dalam hal ini katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi.

"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.

"Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif," katanya.

Sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah, tambah Amidi.

" Dikhuatiri sekiranya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," katanya.



Tiada ulasan: