Cursing Malay : Terus Terang |
Pemimpin Melayu dan Tengkorak Dalam Almari Posted: 27 Nov 2011 05:32 PM PST Kita tau politik kat Malaysia ni memang apa-apa cara sekalipun, boleh. Buat lah tuduhan macam mana sekalipun, semuanya ok...atas dasar politik. Daripada semua tuduhan2 yang berlaku tu yang kita takkan tau pucuk pangkal dia sama ada benda tu benar atau tidak, orang tu jugak la yang akan diangkat jadi pemimpin. Tak pernah ke anda terfikir; kalaulah SEMUA tuduhan politik yang kita boleh dengar hari2 sekarang ni itu..adalah benda betul. Benda yang benar-benar terjadi. Najib dengan Rosmah memang pembunuh Altantuya. Anwar Ibrahim memang biseksual. Rais Yatim memang rogol orang Indonesia. Menteri Besar Terengganu memang kena tangkap khalwat. Wan Azizah tau Anwar gay tapi senyap sebab kepentingan politik. Nik Aziz sebenarnya berlakon alim sebab nak jawatan. PM kita pernah kena tangkap dengan artis dekat Port Dickson. Bagaimana kalau semua benda tu betul? Dan kita pulak akan take sides.. Hanya percayakan cerita mana yang kita sokong,yang kita suka. Kita ni, tak ubah seperti buah catur yang dikawal. Kerana tak ramai antara kita yang nak jadi pemimpin. Tak ramai yang berangan pun nak jadi PM. Mungkin masanya dah tiba untuk ajar anak2 kita jadi pemimpin. Bukan untuk jadi seorang politician yang berlakon hebat jadi seorang pemimpin. Mungkin ada yang bertanyakan... "Habis tu, kalau macam tu nak sokong siapa?" Sokonglah mereka yang takde skandal takde gosip liar. Masalahnya,.....ada ke? Kita terlalu ramai politician.. Tapi sangat kekurangan pemimpin. Apa yang kita mampu buat sekarang ni adalah pilihlah pemimpin yang paling kurang memburukkan orang lain. Kita takde choice lain. Itu cara kita sekarang. Agama tak suka cara politik kita... Tapi kita kena suka sebab itu cara Malaysia. Berapa orang pemimpin kita...berpolitik ikut cara agama? Bilanglah dengan jari dan tangan anda. Insya Allah cukup jari anda. Sebab tu masyarakat kita suka tengok orang lain jatuh. Sedar tak sedar, pemimpin yang kita pilih adalah wajah kepada masyarakat yang mereka pimpin. |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan