Ahad, 27 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Banjir: Apa agenda media mengelirukan rakyat

Posted: 27 Nov 2011 02:39 AM PST

Ibnu Halim, Tanah Merah


23 November 2011 yang merupakan penghulu segala hari, Hari Jumaat yang lepas telah dicemari dengan budaya kerja media yang mengelirukan rakyat melalui medan suaranya yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan.

Jam 7.00 pagi, berita RTM memaparkan berita perkembangan semasa banjir. Menyentuh banjir di Kelantan, pembaca berita menyebut berita yang menggambarkan bahawa banjir amat buruk sedang berlaku di Kelantan yang ingin dikaitkan dengan kegagalan kerajaan Kelantan mengawal masalah banjir saban tahun. Apabila menyebut jumlah mangsa yang berpindah di Kelantan pula disebut 1800 orang tapi jadual grafik yang dipaparkan hanya menunjukkan jumlah 1,400 orang, menggambarkan media yang ingin melebih-lebih dalam memburukkan keadaan Kelantan. Walhal melihat kepada jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah jauh lebih rendah berbanding Terengganu pada masa itu, berjumlah lebih 2,000 orang, namun tidak pula disebutkan banjir sedang buruk di Terengganu.

Tengah hari, selepas Solat Jumaat saya membeleksebuah akhbar bahasa Melayu yang beredisi Kelantan. Sekali lagi terdapat perkara yang memburukkan imej Kelantan dilakukan oleh media. Membelek helaian 4 sisipan berita daerah Kelantan, berita yang agak besar di bahagian bawah melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pesan kepada rakyat Kelantan agar menyatakan pendirian dengan mengubah kepimpinan Kelantan sekarang dalam PRU-13 akan datang yang katanya 'agar Kelantan tidak semakin ketinggalan'. Berita berkenaan menyebut seramai 15,000 rakyat hadir memberi sokongan ke majlis jamuan rakyat bersama TPM di SK Gual Ipoh, Tanah Merah pada 23 Nov yang lepas. Namun, apabila dibelek lagi di muka 19, berita khas daerah Tanah Merah, dilaporkan berita bertajuk "18,000 memeriahkan karnival". Pihak Umno Bahagian Tanah Merah menyatakan sejumlah 18,000 orang yang hadir dan ini adalah tanda sokongan dan komitmen rakyat terhadap Umno semakin bertambah di Tanah Merah & Kelantan. Ini jelas berbeza dengan berita di muka yang terkedepan tadi iaitu diberitakan 15,000 orang yang hadir, namun pihak Umno Bahagian melalui media berkenaan bersikap melebih-lebih apabila menyatakan 18,000 rakyat yang hadir. Percanggahan fakta ini menggambarkan sikap media yang tidak telus dalam melaporkan berita dan kemungkinan jumlah orang yang hadir dalam majlis tersebut jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dilaporkan .

Walaupun 10,000 orang yag hadir sekalipun, pihak Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah itu kerana sebenarnya semua sekolah dalam daerah Tanah Merah telah mengeluarkan sepucuk surat yang ditandatangani Guru Besar kepada semua guru, guru Kafa, staf sekolah, dan ibu bapa pelajar yang mana menyatakan semua yang terbabit Diwajibkan Hadir (dengan tulisan Bold Hitam) ke majlis tersebut. Maka semua ibu/bapa/penjaga yang rata-ratanya masyarakat kampung di Tanah Merah ini merasakan perlunya hadir, bimbang kehadiran diambil dan tindakan akan dikenakan kepada anak masing-masing di sekolah nanti. Tidak dikira lagi dengan semua guru yang sememangnya akan dikenakan tindakan sekiranya tidak hadir, maka tidak hairanlah walaupun ramai orang yang hadir.

Membelek halaman lain, terjumpa berita bertajuk "Banjir Kelantan Paras Bahaya". Apabila dibaca berita lanjut dalam artikel berkenaan, berita mengatakan air sungai utama di Kelantan berada pada paras amaran dengan jumlah mangsa perpindahan banjir seramai 1,184 orang. Langsung tidak menghuraikan tajuk utama, "Banjir Kelantan Paras Bahaya". Namun, dalam artikel dibawah tajuk yang sama, dipaparkan air sungai di beberapa lokasi di Terengganu dilaporkan Melebihi Paras Bahaya dengan mangsa perpindahan banjir seramai 2,402 orang (jauh lebih ramai berbanding Kelantan). Secara jelas berita ditulis air sungai di Terengganu berada pada paras melebihi tahap berbahaya berbanding Kelantan hanya pada paras amaran dan sepatutnya berita tersebut bertajuk "Banjir Terengganu Paras Bahaya". Hanya kerana Kelantan dibawah pimpinan ulama' dan Terengganu di bawah pimpinan nasionalis (Umno), maka berita dilaporkan sedimikian rupa. Sekali lagi secara jelas media melebih-lebih dalam memburukkan imej & keadaan di bawah kepimpinan ulama' Kelantan.

Seterusnya, selepas pulang Solat Isya' di masjid, saya membuka saluran TV3 menonton siaran Buletin Utama bagi mengetahui isu semasa negara tercinta ini. Sekali lagi pada hari ini berita mengelirukan rakyat dikeluarkan oleh media Malaysia. Berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan "Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Majlis Bekwoh Anak Kelate 2011 bersama Pemimpin-Pemimpin Kelantan pada 26 Nov 2011, Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil". Saya yang pada mulanya bersangka baik kepada TV3 memikirkan TV3 sanggup mengiklankan program kerajaan negeri dalam siaran berita mereka. Namun apabila disiasat, kawan saya memaklumkan bahawa majlis tersebut sebenarnya adalah Majlis Perhimpunan Ahli Umno Kelantan bersama pemimpin pengkhianat Kelantan yang bermimpi memerintah Kelantan sejak 2 dekad yang lalu iaitu Dato' Mustapha Mohamad & Awang Adek serta dihadiri seorang Menteri jemputan, Dato' Shabery Chik.

Keesokan harinya, (26 Nov) saya menonton Buletin 1.30 TV3. Sekali lagi iklan majlis tersebut diiklan dalam TV3, bagaikan TV3 ini adalah media rasmi Umno walaupun umum mengetahu TV3 adalah media swasta. Satu lagi perkara menyakitkan hati selaku rakyat Kelantan apabila berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan "Banjir Kelantan Semakin Buruk". Namun tidak sampai 5 minit kemudian pembaca berita membacakan berita berbunyi : "Banjir di Kelantan semakin pulih….". Secara jelas, sekali lagi percanggahan berita diberikan kepada rakyat Malaysia dalam satu berita yang sama, sama seperti berita dari akhbar yang saya ceritakan tadi.

Sungguh keji etika kewartawanan dan kebebasan media yang diamalkan para media negara ini apabila banyak memutar belitkan fakta dengan niat mengelirukan rakyat. Mereka ini tidak mengambil iktibar terhadap peringatan yang diberikan di mana setiap tulisan dan perbuatan mereka walau baik dan buruk akan dicatat oleh malaikat dan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Semoga Allah dapat menunjukkan yang hak & menjatuhkan yang batil suatu hari nanti. Insya-Allah...

Urustadbir baik: Bukan PR kata, ketua audit yang kata

Posted: 27 Nov 2011 02:37 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu rakyat menilai sendiri Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang merekodkan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Menurutnya, 'pujian' sebegitu bukan datang sama ada dari PAS, PKR mahupun DAP tetapi datang dari pihak yang diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat untuk membuat penilaian terhadap semua negeri.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang.

"Sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit, tetapi (dengarlah) laporan orang tengah iaitu Audit Negara yang memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP ke-45 yang diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang malam tadi.

Turut serta berucap malam tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," kata Mohamad lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan khususnya Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka.

Bagi Kelantan pula, ketua audit negara merumuskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan penjimatan cemerlang dalam pentadbiran.

Ianya juga membuktikan kerajaan PAS itu mampu mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat.

Isu air tak jejas sokongan rakyat Kelantan

Posted: 27 Nov 2011 02:36 AM PST

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, isu air yang dimainkan pihak tertentu menyerang Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti Islam itu.

Beliau yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu tersebut bukan baru di negeri itu malah rakyat negeri itu sendiri tidak melihat isu itu sesuatu yang besar kepada mereka kerana memahami kekangan yang ada pada kerajaan negeri.

"Bukannya saya hendak katakan kerajaan Kelantan itu tidak ada kelemahan, kelemahan memang ada, misalnya dalam isu air. Memang airnya keluar perlahan, airnya kotor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi itu tidak menjadi isu besar bagi rakyat Kelantan.

"Mengapa demikian? Ini kerana kerajaan Kelantan ada satu tiang besar dan kukuh yang sukar digoncang, iaitu kepimpinan Tok Guru dan ketelusan pentadbiran sehingga rakyat faham kerajaan negeri tidak boleh menyediakan prasarana yang baik kerana tidak ada wang disebabkan oleh tiada bantuan dari kerajaan pusat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Media dan pemimpin Umno sejak dua minggu lalu menyerang Kelantan dengan mendakwa air di negeri itu tidak bersih dan berisiko membawa penyakit.

Ianya termasuk akhbar Umno, Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk 'Air Kelantan Terkotor?'.

Mereka juga mendakwa kononnya air yang dibekal Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), mengandungi logam berat serta E-coli.

Bagaimanapun dakwaan itu dibidas kerajaan negeri dengan membawa fakta dari Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

Laporan itu mendedahkan bahawa negeri-negeri ditadbir kerajaan BN mengandungi kadar pencemaran bakteria E-coli lebih tinggi berbanding Kelantan.

Negeri Perlis mencatat pencemaran E-coli paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%).

Mengulas lanjut, Mohammad Agus yang juga anak Kelantan berkata, biarpun isu tersebut dimainkan, namun baginya rakyat Kelantan tidak terpengaruh apatah lagi keyakinan rakyat terhadap kejujuran kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat tinggi.

"Dalam keadaan tertekan seperti sekarang ini pun Kelantan sukar digugat oleh kerajaan pusat dari segi sokongan rakyat kepadanya. Kenapa?

"Ini kerana kerajaan Kelantan mempunyai darjah integriti, ketelusan dan kejujuran politik yang tinggi," katanya.

'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia?

Posted: 27 Nov 2011 02:31 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.

"Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.

"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? "katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman.

"Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

"Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya.

Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.

Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama.

Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.

"Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara.

Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak.

"Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka," tambahnya.

Guan Eng: Umno ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP

Posted: 27 Nov 2011 02:29 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian.

Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa.

"Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (gambar) berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.

"Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu," katanya.

Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13.

"Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

"Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

"Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi.

Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi.

Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan.

Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya.

Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini.

Menteri Haji Saudi terima Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa

Posted: 27 Nov 2011 02:28 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA – Menteri Haji Arab Saudi Dr Fouad Abdul Salam dianugerah Tokoh Maal Hijrah antarabangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menyampaikan wang tunai RM100,000, sumbangan Yayasan Ubadi sebanyak RM10,000, medal tokoh Maal Hijrah, plak cenderamata sijil penghargaan kepada Dr Abdul Shokur di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Fouad, 65, yang tidak dapat menghadiri majlis itu akan menerima penghormatan itu pada satu majlis khas nanti.

Abdul Shukor, 69, yang juga Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (OIC) dan Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia, memanjangkan penghargaan terhadap penghormataan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Abdul Shukur meminta setiap umat berpegang kuat kepada amalan mulia yang membina perwatakan baik dan dihormati.

"Sebagai umat Islam kita perlu meneruskan tradisi yang baik bagi terus maju dengan mengenepikan idea dan provokasi yang berunsur negatif. Kita juga perlu bersatu padu sebagai rakyat negara ini walaupun berbeza dari segi politik," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', adalah selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasi.

Sebanyak 122 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai perhimpunan itu yang membabitkan hampir 5,000 penyertaan.

MTUC isytihar ‘perang’ jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja

Posted: 27 Nov 2011 02:26 AM PST



Sebahagian daripada perwakilan yang mengikuti sidang Kongres Nasional PKR. – Foto oleh Choo Choy May


JOHOR BARU — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini.

MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Ia telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di pekarangan Parlimen dan peringkat nasional pada 3 November. Seterusnya, satu perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini.

Setiausaha Kewangannya Alias Awang Ibrahim berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan yang dibawa ke atas Akta Kerja sekarang.

"Jika ia diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember, maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi," kata beliau pada Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Alias Awang Ibrahim
Pindaan itu sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu dan kini tunggu giliran Dewan Negara.

MTUC sudah pun memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 5.7 juta pekerja akan membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pentadbirannya enggan mendengar suara mereka.

Kongres itu telah menulis surat kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini.

Minggu lalu, Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini, tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja.

Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Zahid Hamidi: Umno bukan parti ‘orang kampung’

Posted: 27 Nov 2011 02:25 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

BAGAN DATOH – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa parti Umno hanya memperjuangkan masalah rakyat luar bandar sahaja.

Beliau berkata berdasarkan kajian ke atas bilangan pengundi, 60 peratus berada di kawasan bandar dan pinggir bandar serta 38.8 peratus lagi yang berumur 21 hingga 40 tahun kebanyakannya pengundi di bandar.

"Tidak benar kalau ada anggapan mengatakan Umno 'parti kampung' kerana program yang dilaksanakan tidak hanya tertumpu menyelesaikan masalah rakyat di luar bandar tetapi merangkumi seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan perdana Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata sebagai contoh Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Politik (PTP) bukan hanya untuk penduduk luar bandar sahaja sebaliknya merangkumi seluruh kategori pelbagai kumpulan di negara ini.

"Lebih 80 peratus daripada kumpulan pertengahan mengatasi golongan bawahan dan atasan kerana kebanyakan mereka berada di bandar atau di pinggir bandar yang dikategorikan sebagai masyarakat 'permata'," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata kumpulan berkenaan diberi tumpuan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ibu 75 tahun mati dikelar anak perempuan

Posted: 27 Nov 2011 02:24 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, warga emas itu yang namanya tidak dikeluarkan, mati di tempat kejadian manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri.

"Kejadian disedari seorang lagi anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu.

"Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher. Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian di sini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercaya digunakan suspek, di atas meja kopi di ruang tamu rumah.

Razak berkata polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan.

Menurutnya mangsa, yang sakit tua, dijaga suspek yang merupakan anak keenam dari lapan beradik.

"Kami juga diberitahu bahawa suspek sudah lama mengidap penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri sendiri dua bulan lepas dengan kelar tangannya," katanya.

Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perhimpunan Aman: ABIM mahu PM hormati rakyat, jangan mundur

Posted: 27 Nov 2011 02:23 AM PST


KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pentadbiran Najib menghormati suara rakyat, bukannya mundur dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan Perlembagaan Perrsekutuan.

Presidennya Amidi Abd Manan berkata, setelah menilai dengan mendalam, ABIM ingin meluahkan bantahan terhadap rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini.

Ekoran bantahan, Kabinet setakat Jumaat lalu telah memutuskan untuk meminda sekurang-kurangnya tujuh peruntukan rang undang-undang itu.

"ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.

"Antara peruntukan-peruntukan tersebut ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011," kata beliau.

Katanya, ABIM juga menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Malah tegas beliau, ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan.

"ABIM khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan," katanya.

Amidi menambah, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia.

Dalam hal ini katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi.

"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.

"Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif," katanya.

Sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah, tambah Amidi.

" Dikhuatiri sekiranya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," katanya.

Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan

Posted: 27 Nov 2011 02:21 AM PST

Oleh Afix Redzuan


JOHOR BAHRU Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.

Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.

"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.

Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.

"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.

Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.

Himpunan Rapat Rakyat "Pre-Bersih 3.0"

Posted: 27 Nov 2011 02:14 AM PST

Oleh Naeem Raffi


JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan komitmennya untuk melancarkan gerakan Bersih 3.0 dalam masa terdekat ekoran keengganan kerajaan pemerintah melaksanakan tuntutan rakyat menambahbaik sistem pilihanraya.

Wakil AMK, Azmizam Zaman Huri berkata keanggkuhan pemerintahan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang menafikan artikel 10 Perlembagaan seharusnya dihukum oleh gerakan rakyat Bersih 3.0.

"Kita akan desak pimpinan utama untuk lancarkan gerakan Bersih 3.0 dalam masa terdekat.kita tidak boleh tunggu sampai Februari depan, bulan depan juga kita akan turun mendesak kerajaan menerusi himpunan bersih 3.O,"katanya.

Azmizam berkata demikian dalam sesi perbahasan hari ke-3 Kongres Nasional Parti Keadilan rakyat kali ke-8 di sini hari ini.

Pergerakan ini adalah jalan terakhir sekiranya kerajaan masih lagi berdolak-dalik atau menolak cadangan reformasi sistem pilihanraya negara yang diusulkan berhubung lapan tuntutan Bersih 2.0.

Azmizam berkata sebagai langkah permulaan mengerakkan Bersih 3.0 beliau mengesa para pewakilan memainkan peranan mengumpulkan seramai mungkin rakyat untuk menyertai penganjuran 'Himpunan Rapat Rakyat' yang akan diadakan pada 4 Disember depan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Himpunan ini adalah untuk menghantar mesej jelas kepada Najib dan Rosmah bahawa kita tidak sama sekali setuju pilihanraya dijalankan sebelum lapan tuntutan Bersih dilunaskan," tegasnya sambil menerima laungan gemuruh para pewakilan.

Mesej Pakatan ke Rakyat Johor : Pentadbiran Kita Lebih Baik

Posted: 27 Nov 2011 02:10 AM PST

Oleh Afix Redzuan


PASIR GUDANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor untuk membawa perubahan pentadbiran dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, rakyat Johor boleh menilai sendiri prestasi pentadbiran Pakatan yang jelas lebih baik sehinggakan banyak program untuk manfaat rakyat telah pun diberikan secara terus. Antaranya program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilakukan di Selangor meskipun berdepan kekangan media dari segi penyampaian maklumat.

"Beri peluang kepada kita. Dahulu mereka katakan kita tidak boleh memerintah. Kita dah perintah Selangor dan Pulau Pinang.

"Kita berikan air percuma, anak baru lahir kita berikan RM100 kepada mereka sehingga umur 18 tahun. Kita juga berikan RM2,500 kepada warga emas yang meninggal dunia. Bila anak masuk universiti, kita berikan RM1,000 tanpa mengira siapa mereka asalkan layak," katanya di dalam satu ceramah di Ulu Tiram semalam.

Dalam pembentangan Bajet Selangor 2012, Kerajaan Selangor mengumumkan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta hasil dari penstrukturan semula hutang gergasi yang tertunggak dan penyusunan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri.

Jelasnya, kehadiran beliau ke Ulu Tiram bukannya untuk menetang individu tertentu, sebaliknya menyanggah dasar dan sikap pimpinan atasan yang mengabaikan rakyat dan mengutamakan kroni.

Anwar ketika berucap dihadapan hampir 1,500 orang penduduk Ulu Tiram mengulangi pendirian beliau untuk membantu golongan marhaen dengan menurunkan harga minyak sejurus Pakatan mengambilalih Putrajaya.

Selain itu, beliau turut akan membantu pemandu teksi yang selama ini tertindas selain berunding menurunkan tarif elektrik untuk kemudahan rakyat.

"Saya jamin, bagi saya sebulan untuk berunding dan Insyaallah kita akan turunkan tarif elektrik," katanya.

KEADILAN parti dari rakyat dan untuk rakyat- Tian Chua

Posted: 27 Nov 2011 02:09 AM PST

Oleh: Ahmad Fadli

JOHOR BAHRU : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menegaskan bahawa parti itu diasaskan bertitik tolak dari kebangkitan rakyat melawan kezaliman pemerintah.

Justeru itu katanya, pimpinan KEADILAN wajar mendengar pandangan dan hasrat yang disampaikan oleh rakyat.

"KEADILAN adalah parti aktivis, parti reformis, dan parti yang taat kepada prinsipnya," kata Tian Chua dalam ucapan penggulungan perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, di Kongres KEADILAN Nasional ke 8.

Meminjam tema Hijrah, Tian Chua berkata pemimpin yang sudah memegang tanggungjawab tetapi lupa kepada akar umbi, ibarat mereka yang berhijrah tetapi tidak sempurna.

"Berhijrah sahaja tetapi lupa asal-usul adalah penghijrahan yang tidak sempurna.

"Kalau Nabi Muhammad berhijrah sahaja ke Madinah tetapi melupakan tanah Mekah yang perlu diselamatkan, baginda tidak akan berjaya membina ummah yang kuat dan bersatu," kata Tian Chua.

Beliau seterusnya berpesan agar perwakilan kongres mengambil contoh daripada pemimpin-pemimpin yang digulingkan agar sentiasa mendengar suara rakyat.

"Pemimpin yang lupa perkara asas yang pokok akan digulingkan oleh rakyat," kata Tian Chua.

KEADILAN lancar program ‘Ganyang BN”

Posted: 27 Nov 2011 02:04 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

JOHOR BAHRU: Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dalam ucapan penggulungannya di Kongres KEADILAN Nasional berkata, program 'Ganyang BN' akan dilancarkan untuk menyerang kubu Barisan Nasional termasuk di Johor dalam masa terdekat.

"Kita akan gembeling tenaga dan latih 100 biro komunikasi dan penerangan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

"Satu hari suntuk kita adakan program dari pagi, diakhiri ceramah pada sebelah malam di sekurang-kurangnya 20 buah tempat, seperti di Johor. Semua pemimpin-pemimpin utama KEADILAN akan dilibatkan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mansor yang pertama kali hadir ke ceramah umum di pekan Ulu Tiran dalam Parlimen Tebrau, Johor malam tadi, terkejut dengan kehadiran ribuan penduduk, meskipun diketahui kawasan itu adalah kubu Barisan Nasional.

"Kalau beginilah sambutannya, Umno akan tergugat," kata Dr Mansor

Beliau dalam pada itu berkata, program yang berjaya dilaksanakan di negeri Pakatan Rakyat adalah model terbaik untuk meyakinkan pengundi di negeri yang ditadbir BN.

Bagaimana kita jadi begini?

Posted: 27 Nov 2011 01:54 AM PST

Oleh Muhammad Zir


Dasar ekonomi kita dibentuk melalui dasar politik negara. Dan politik negara ini ditentukan pula oleh kuasa politik yang memerintah. Kuasa politik parti yang memerintah ini mempunyai perjuangannya, objektifnya dan kepentingannya.

Matlamat dan perjuangan parti yang memerintah kala ini dikatakan ingin memajukan negara dan mengangkat ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu yang merupakan majoriti penduduk menerusi tindakan afirmatif.

Dahulunya dilancarkan dengan nama Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970 dan selepas tamat tempohnya diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional pada 1991, dan diteruskan melalui Agenda Melayu, dan kini dijenamakan semula sebagai Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Program (ETP) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dasar ini tidak dibuat melalui pungutan suara rakyat atau referendum. Ia adalah keputusan parti yang memerintah. Itu jelas sekali apabila penubuhan agensi-agensi kerajaan yang mengurus sumber-sumber ekonomi ini diputuskan oleh UMNO sebagai parti yang memerintah.

Isu utama dalam dasar parti ini ialah pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Sejak DEB diperkenalkan dan berterusan ke masa ini, isu tersebut masih diperkatakan.

Bagaimana sumber ekonomi negara diurus

Kerajaan yang memerintah telah mewujudakan kementerian-kementerian yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi dan perniagaan. Bagi sumber-sumber penting seperti petroleum, ia dikuasai oleh Petronas di mana Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa dan akses secara langsung kepada akaun Petronas.

Petronas merupakan 'syarikat' paling besar dan paling kaya di Malaysia. Majalah ekonomi Fortune menyenaraikan Petronas di tangga ke-95 syarikat terbesar di dunia. Malah Petronas menduduki tangga ke-13 sebagai syarikat yang membawa untung terbesar di dunia dengan anggaran pendapatan tahunan sekitar USD80 billion pada 2010.

Dengan kehebatan Petronas yang sememangnya milik pemerintah, kita masih bingung mengapa, dasar afirmatif DEB untuk membela nasib kaum Bumiputera khususnya Melayu, masih menjadi persoalan besar.

Dari satu sudut, media arus perdana kawalan UMNO-Barisan Nasional sering mewarwarkan kejayaan, kehebatan dan kemakmuran ekonomi negara tetapi melalui media massa yang sama, para pemimpin UMNO pula sering menyatakan matlamat DEB masih belum berjaya dicapai.

Bagaimana instrumen (institusi) berfungsi

Penubuhan agensi-agensi di bawah seliaan kementerian-kementerian yang penting seperti ekonomi, kewangan dan perniagaan cukup banyak. Dan kita akan dapat melihat dengan jelas satu corak di mana dasar-dasar ekonomi kerajaan ini telah menjadi sangat kompleks untuk dilaksanakan di bawah agensi-agensi kerajaan tersebut.

Paling ketara ialah tahap birokrasi semakin bertambah hingga menyebabkan dasar birokrasi pula terpaksa dibuat. Kesannya, pencapaian terhadap perlaksanaan dasar menjadi lambat dan hasilnya pula kurang berkesan.

Lebih parah, percambahan birokrasi akan melahirkan karenah birokrasi (red tape) yang tentunya membuka jalan untuk rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah urus. Tiap-tiap tahun Laporan Ketua Aduit Negara dengan jelas memperincikan kemelut yang telah membazirkan beratus billion ringgit wang rakyat.

Bermacam-macam agensi ditubuhkan. Itu tidak termasuk jawatankuasa dan jawatankuasa kecil. Tidak mustahil ramai antara kita termasuk ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak tahu kewujudan agensi-agensi tersebut.

Contohnya, jika kita lihat Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, kita dapati wujud tujuh agensi yang menjadi pengurus Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Ini baru sebuah kementerian sahaja. Kita belum lagi melihat kementerian-kementerian lain yang mana wujud berpuluh-puluh lagi agensi di bawah setiap satunya.

Jika kita masih ingat bagaimana kerajaan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), dalam masa yang sama wujud juga Unit perancang Ekonomi Negara (UPE), termasuk TERAJU (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan pelbagai lagi badan di bawah program yang juga pelbagai.

Melihat kepada kewujudan agensi-agensi ini, sudah tentu ia juga berkaitan dengan kos operasi dan program-programnya. Bagimana pula dengan laporan Ketua Audit Negara yang lalu, adakah perjalanan operasi dan urusan kewangan agensi-agensi ini sudah diperbetulkan mengikut saranan Jabatan Audit Negara?

Akhirnya untuk apa?

Kita tidak menolak keperluan mewujudkan agens-agensi ini, namun adakah perlu diwujudkan terlalu banyak sehingga kos operasi dan pengurusan sentiasa melambung tinggi berbanding dengan kos untuk pelaksanaan projek dan program kepada rakyat?

Sebaiknya kementerian yang ada hanya perlu diperkemas dan dipertingkatkan keupayaannya. Baik dari segi kualiti perkhidmatan, sumber manusia dan jaringan operasi. Malah, ada juga sebilangan unit atau agensi yang boleh diletak dan diselia di bawah kerajaan negeri.

Kerajaan yang bertunjangkan UMNO ini dilihat hanya tahu menambah agensi dan jabatan dengan harapan ia akan melaksanakan agenda penting untuk rakyat. Seolah-olah itu sahaja jalan keluarnya.

Malangnya, agensi dan jabatan yang ditambah hari demi hari itu juga melambatkan dan mengekang proses pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, khususnya yang ditujukan kepada kaum Bumiputera. Ia menjadi lambat dan mengekang kerana kebanyakan mereka terperangkap dengan paper work dan birokrasi.

Mangsanya tetap Bumiputera sendiri. Rakyat semakin lama semakin menjauh, pengurus yang diamanahkan untuk mengurus ekonomi negara terus tenggelam dalam kekalutan ciptaan mereka sendiri.

Malah, menyedihkan sekali, apabila dicadangkan supaya reformasi pentadbiran awam dilaksanakan, ada dikalangan pemimpin UMNO serta para pecacai mereka telah menuduh pihak yang memberi cadangan sebagai rasis dan anti-Melayu.

Justeru, rakyat khususnya kaum Bumiputera dan orang Melayu bukan sahaja terpaksa menelan propaganda perkauman tetapi mereka juga masih menunggu buah-buah yang tidak gugur kerana usaha-usaha pembangunan dan kemajuan yang dijanjikan kerajaan belum juga sampai ke kampung dan pekan mereka. – Roketkini.com

DAP akur realiti politik Perdana Menteri dari Melayu

Posted: 27 Nov 2011 01:50 AM PST


Lim Guan Eng menolak spekulasi meminda Perlembagaan yang memberi jaminan hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri kerana menurutnya realiti politik sudah terbukti penyandang jawatan utama negara harus dari kalangan orang Melayu.

Setiausaha Agung DAP itu akur, dalam politik negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, sebagaimana menjadi amalan sejak lima dekad lalu.

"Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang," katanya dipetik portal berita Malaysian Insider.

Beliau dengan tegas menyatakan, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya dari kaum Melayu.

"Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu hanya untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.

DAP merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua anggota lain ialah PAS dan PKR.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan cabaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin agar Umno meminda Perlembagaan hanya satu strategi sayap pemuda itu, bukannya pendirian PKR ataupun Pakatan Rakyat.

"Ia satu cabaran sebab Umno terus berkata Melayu, Melayu, Melayu. Jika Umno benar-benar komited, maka kami hendak tahu jika mereka berani lakukan apa yang mereka (terus) perkatakan di kampung-kampung orang Melayu," kata Anwar menjawab ucapan Shamsul Iskandar.

Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Shamsul Iskandar mencabar Umno agar meminda Perlembagaan Persekutuan dan menetapkan jaminan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu jika benar parti teras BN itu mendakwa hanya Umno yang mampu melindungi kaum Melayu.

Kata Shamsul Iskandar, alasan jawatan tersebut dipegang oleh seorang Melayu hanya semata-mata kerana Umno berkuasa tidak boleh diterima.

Jelas beliau, perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri di Malaysia mensyaratkan ketua kerajaan negeri mesti seorang Melayu.

Pertengahan tahun ini, media pro-Umno pernah menyiarkan muka depan bahawa ada usaha di kalangan pemimpin DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun laporan itu terbukti tidak benar.

Dalam kenyataannya, Lim menambah, jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat anggota Kabinet persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan Umno kerana Umno bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti komponen BN di Pulau Pinang," katanya.

Daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, Umno bertanding 15 di kawasan, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC dua.

"Kalau BN membentuk kerajaan dan selagi Umno bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka Umno sampailah seorang calon Umno menjadi Ketua Menteri," katanya.

Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, kata Lim, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.

"DAP tidak pernah berlaku begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut.

"Ini jelas dibuktikan apabila 70 peratus daripada kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing," katanya lagi sambil menambah, "hanya kontraktor kroni Umno yang tidak mampu bersaing."

Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka.

Jelas beliau, secara kebetulan mereka juga Melayu dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga ketua kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Oleh itu kata Lim, sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman Umno kerajan orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti Umno untuk mempertahankan mereka.

"Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi," katanya lagi.

Kongres PKR - Tan Ah Kau Ceramah Isu Maal Hijrah.

Posted: 27 Nov 2011 01:38 AM PST

Radhi Razak

JOHOR BAHRU . - Kongres PKR hari ini diserikan dengan ucapan Perwakilan dari Selangor, Tan Ah Kau yang menyelitkan tema Maal Hijrah di dalam ucapannya.

Beliau yang juga merupakan salah seorang Pemimpin PKR Cabang Kota Raja menyeru kepada kesemua perwakilan yang hadir agar tidak hanya memikirkan soal Hijrah dalam bentuk fizikal semata-mata.

alt


"Ia menuntut perubahan daripada kezaliman kepada keadaan yang lebih selesa," kata Tan Ah Kau.

Dalam pada menyebut soal Hijrah, Tan sempat memerli Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai soal Hijrah Piihan Raya.

"Atas semangat Hijrah ini, makin cepat Haji Najib umum bubar Parlimen, makin cepat Haji Najib berhijrah ke kampungnya di Pekan. Pada masa sama, makin cepat pula KEADILAN berhijrah ke Putrajaya," kata Tan Ah Kau disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Peguam: Teguran Sultan Selangor sentuh nama individu ‘luar biasa’

Posted: 26 Nov 2011 04:10 PM PST


KUALA LUMPUR ― Teguran secara langsung Sultan Selangor dengan menyentuh nama seorang individu, dalam kes terbaru membabitkan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan laporan kewangan agensi agama negeri, adalah sesuatu yang "luar biasa" dan kemungkinan akan dijadikan modal politik, kata peguam hari ini.

"(Pada pengalaman saya) ia memang sesuatu yang agak luar biasa," kata ketua bahagian perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun peguam muda ini menambah, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai segala hak untuk memberi pandangan sedemikian meskipun dianggap sebagai sesuatu yang agar luar biasa.

Tetapi apa yang dikhuatiri ialah, jelas beliau, kenyataan baginda akan dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Di negara ini setiap isu akan dijadikan modal politik, isu politik. Dari sudut perundangan, kita boleh mengatakan bahawa tidak salah bagi tuanku mengatakan begitu," kata beliau sambil menambah, ia bukan satu perintah tetapi hanya "satu kenyataan dan pandangan daripada tuanku."

"Tetapi apa dikhuatiri ialah akan ada pihak-pihak tertentu menggunakan pandangan tuanku ini untuk menyerang individu yang dimaksudkan (Aziz)," katanya lagi.

Dilihat sebagai kenyataan secara langsung yang jarang-jarang dibuat oleh raja dan sultan, kelmarin Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita baginda berhubung kenyataan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Beta sangat dukacita apabila beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti Mais dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di Shah Alam.

Dalam penjelasan pada hari yang sama, Aziz yang berhadapan dengan siri kritikan dan siasatan pihak berkuasa sejak sebulan lalu berkata, beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan itu.

"Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan sultan," kata Aziz.

Dalam pada itu, penganalisis politik berpendapat sultan juga ada hak menegur sesiapa yang mengkritik Mais dan LZS yang secara kebetulan baginda adalah ketua agama negeri.

Bagaimanapun menurut Prof Madya Dr. Mohd Nor Yazid dari Universiti Malaysia Sabah, oleh kerana sultan adalah institusi yang tertinggi, seharusnya hanya Mais dan LZS yang perlu menjawab isu dibangkitkan oleh Aziz jika perkara seumpama itu muncul.

"Sultan Selangor amat perihatin dengan masalah yang timbul. Oleh itu, sultan berhak mempertahankan Mais dan LZS yang dinaungi baginda," kata beliau lagi.

Mohd Nor menambah, teguran itu tidak menimbulkan sebarang implikasi kerana baginda bertanggungjawab untuk mempertahankan agensi-agensi di bawahnya selaku ketua agama negeri.

Sementara itu, penganalisis Dr Nik Yahya Nik Abdul Rahman dari Universiti Malaysia Kelantan berpendapat Aziz wajar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat ulasan-ulasan disentuhnya.

"Sebagai ahli akademik, fakta penting untuk sandarkan maklumat dan komen beliau," katanya.

Aziz Bari: Saya tiada hasrat tanding PRU, Umno pun boleh jemput jika sudi

Posted: 26 Nov 2011 04:03 PM PST


KUALA LUMPUR — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.

Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.

"Selain tidak lagi dibenarkan bercakap di atas pentas akademik seperti yang berlaku di KUIS tiga hari lalu saya sebenarnya telah mula ditekan sejak setahun kebelakangan ini.

"Jabatan dan institusi yang dalam orbit Umno-BN tidak lagi menjemput atau membenarkan saya bercakap," kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan semasa membabitkan diri beliau.

Katanya, ada raja yang tidak senang dengan "saya meskipun saya mempertahankan institusi beraja. Apa pun masih ada kalangan kerabat diraja yang menyokong saya."

"Misalnya saya berucap pada ceramah anjuran Angkatan Muda PKR di Gelang Patah (kelmarin sempena kongres tahunan), sebab ketuanya anak murid saya, dia jemput saya, saya beri pandangan.

"Malangnya ada anak-anak murid saya dalam Umno tidak mahu jemput saya . . . apa saya nak buat?" katanya lagi.

Ekoran teguran Sultan Selangor dengan menyebutkan nama beliau secara langsung dalam titah ucapannya minggu lalu, ada penganalisis politik dan ahli-ahli politik Umno menggesa Aziz turun gelanggang politik.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Dalam ulasannya, Aziz menambah, "secara jujur saya mengatakan saya tidak bersedia pun untuk bertanding dalam pilihan raya atau bercita-cita mahu jadi ahli politik."

"Nak bertanding dalam politik, sertai politik perlu duit. Siapa yang sanggup bagi duit. Saya tiada persediaan. Kalau keadaan mengizinkan, saya lebih suka bekerja seperti sekarang sehingga pencen," kata ahli akademik ini.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika Umno sanggup mengundang saya untuk memberikan pandangan, saya mengalu-alukan, saya bersedia, tetapi jangan kata saya digunakan oleh pembangkang," katanya lagi.

Aziz menambah, di negara-negara maju ahli-ahli akademik berpolitik perkara biasa dan hanya di Malaysia, "itu pun ketika Umno sedang nazak, menyokong parti pembangkang lain dari Umno dianggap kesalahan."

"Di England tokoh akademik seperti Prof Harold Laski diketahui berfikiran kiri sehingga digelar 'red professor'. Sementara itu sarjana perlembagaan Prof Wade diketahui berfikiran konservatif dan anti-Parti Buruh. Di Scotland, sarjana sains politik John Mackintosh, pernah menjadi ahli parlimen Glasgow," katanya lagi.

Tambah beliau, Barisan Nasional sendiri sebenarnya mempunyai ramai pemimpin yang pernah menjadi akademik seperti bekas timbalan perdana menteri di era Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan bekas-bekas menteri pusat Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Fong Chan Onn.

"Jadi apa masalahnya? Umno kena sedar bahawa zaman dan masa untuk mengugut sudah berlalu," katanya lagi.

"Yang lebih parah ialah kita punyai ramai (naib-naib canselor) VC, rektor, dekan yang penakut dan lebih Umno dari para pemimpin Umno sendiri.

"Saya nak sebut bahawa menyertai politik bukan pilihan atau opsyen tetapi tanggungjawab; khususnya untuk memperbetulkan sistem yang kian tidak demokratik, menekan dan autoritarian," jelas beliau dengan lebih lanjut.

Tambahnya, mereka yang lebih suka bermain dengan retorik adalah ahli-ahli akademik yang takut hilang jawatan atau lebih teruk lagi memang tidak punya kelayakan untuk jawatan itu selain mengampu dan membodek sahaja.

Umno ambil mudah tutup skandal besar

Posted: 26 Nov 2011 04:02 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man

Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.

Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.

Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.

Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.

Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.

Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.

Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.


Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.

Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.

Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 November 2011

Posted: 26 Nov 2011 04:01 PM PST

Transformasi Umno ke arah lebih teruk

Posted: 26 Nov 2011 03:57 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menyenaraikan tiga langkah Umno yang disifatkannya sebagai langkah murahan untuk menutup kemarahan rakyat jelata.

Selepas kegagalan meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, Tuan Ibrahim berkata kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.

"Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya," kata Tuan Ibrahim.

Langkah ketiga kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ialah cara Umno cuba meredakan kemarahan mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan," kata beliau.

Semua langkah mudah yang diambil kerajaan Umno, kata Tuan Ibrahim telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya mereka tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.

"Segala langkah mudah yang diambil Umno hanya bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.

Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini," tegas beliau.

Menurut beliau, skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.

"Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.

Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah," saran beliau.

PKR ada hala tuju jelas dalam Pakatan

Posted: 26 Nov 2011 03:56 PM PST

Muhammad Faizal


JOHOR BAHRU: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyambut baik ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres Nasional Keadilan kali ini.

Beliau berkata, ucapan tersebut menggambarkan hala tuju yang jelas tentang peranan penting Keadilan dalam meletakkan posisi parti tersebut di dalam Pakatan Rakyat.

"Ucapan ini harus menjadi fokus kepada semua perwakilan kerana ia jelas menggambarkan komitmen yang tinggi dalam kita memberi impak baru pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya ketika ditemui, semalam.

Tambahnya, pilihan Negeri Johor sebagai tempat kongres kali ini dilihat sebagai satu pilihan yang tepat kerana ia merupakan satu cabaran baru kepada Umno Barisan Nasional.

"Pemilihan tempat ini pasti memberi tamparan yang kuat kepada Umno Barisan Nasional dan bagi Pakatan Rakyat ia merupakan peluang untuk kita memposisikan kedudukan kita di negeri ini malah cukup penting ia dapat mengubah lanskap politik Johor.

"Saya berharap ia dapat memberi nilai tambah terhadap masa depan dalam Pakatan Rakyat dan apa yang boleh dicapai di Johor sendiri pada pilihan raya yang akan datang.

"Berharap kejayaan ini dapat boleh ditembusi di Johor dan memudahkan laluan kita ke Putrajaya," jelasnya.

Salahuddin menyifatkan sambutan ini satu yang luar biasa terutamanya Johor merupakan kubu kuat kepada Umno.

"Hari ini melihat kepada sambutan yang diperolehi kita pasti kubu kuat Umno sudah dapat kita tembusi dan pada hari ini ia merupakan satu impian kehendak rakyat di Johor," sambung beliau.

Ketika ditanya tentang khabar angin mengatakan nama beliau disebut sebagai salah seorang Menteri Besar Johor, Salahuddin memberitahu tentang kedudukan siapa Menteri Besar itu bukan satu perkara yang penting.

"Tentang kedudukan ia bukanya satu yang diutamakan dalam Pakatam Rakyat dan bagi saya siapa yang dipilih itu perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

"Sekarang yang paling utama adalah kita harus memenangi pilihanraya nanti kerana matlamat asal kita adalah ingin menawan Putrajaya. Dalam pada itu kita harus menyakinkan rakyat dengan meletakkan barisan kepimpinan terbaik di Johor bagi memastikan segala usaha murni di Johor dapat dilaksanakan apabila kita memenangi pilihanraya nanti.

"Berkenaan dengan kedudukan saya yang akan bertanding di mana itu diputuskan pada peringkat pusat dan saya hanya mengikuti apa yang diputuskan, yang penting sekali adalah kemenangan," katanya lagi.

Najib disalahkan: Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13

Posted: 26 Nov 2011 03:51 PM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei


Vladimir Putin telah digambarkan sebagai lelaki yang membawa kebanggaan kembali ke Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet di bawah Gorbachev. Beliau yang dikeluarkan dalam gambar rasmi kerajaan, menunjukkan fizikal, imej macho, menunggang kuda dan berenang di Sungai Moscow yang sejuk. Tetapi baru-baru ini, beliau dicemuh oleh sebahagian besar penonton 20,000 lebih apabila beliau masuk ke dalam gelanggang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang siaran perjuangan seni mempertahankan diri yang ganas secara langsung di TV di seluruh negara.Tidak menghairankan, berlakunya penutupan berita untuk mengawal kerosakan dan melindungi beliau dari publisiti negatif.

Parti pemerintah Putin, United Russia akan melalui pilihanraya parlimen dalam masa dua minggu, dan walaupun beliau sudah pasti menang, sebenarnya populariti beliau telah melendut. Itulah mengapa apa jua cara dan kaedah yang digunakan penasihat perhubungan awam itu untuk meningkatkan imej tidak benar-benar bekerja seperti mana yang dihasratkan.

Begitu juga untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. beliau juga telah cuba untuk memperbaiki imej beliau di peringkat tempatan dan global, menggunakan beberapa pasukan perunding imej profesional yang mahal pada kos yang besar kepada pembayar cukai. Tetapi dari APCO hingga Media FBC ataupun pasukan bekas imej Tony Blair, tiada satu pun yang mampu untuk melakukan perkara yang mustahil, iaitu menukarkan katak menjadi Putera. Sebaliknya, usaha mereka telah menjadi bencana terang-terangan - menjadikan Najib dan Malaysia sebagai mangsa lawak golongan diplomatik, yang kagum dengan egonya yang besar.

Walaupun Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjaya ke tahap tertentu dalam menggambarkan diri mereka sebagai lelaki yang dinamik yang boleh diharapkan untuk melakukan perkara-perkara yang baik, perkara-perkara yang perlu untuk kebaikan orang negara mereka, Najib masih dilihat sebagai seorang pemimpin yang berparut skandal dan rasuah, bertukar-tukar fikiran dan bersedia untuk menggunakan kekerasan bagi berpaut kepada kuasa.

Kadang-kala, tidak ada berapa jumlah cat pun yang boleh menutup wajah yang cacat. Najib harus mengakui bahawa sebahagian besar daripada ketidakupayaannya untuk menang pada permainan persepsi adalah disebabkan oleh hakikat bahawa beliau lemah, ragu-ragu dan tidak tegas dengan isu-isu kritikal yang terlalu banyak. Ini adalah fakta-fakta yang sedih dan kenapa rakyat Malaysia perlu membenarkan dia untuk terus mencurahkan wang hasil titik peluh mereka ke dalam longkang untuk menutup kegagalan peribadi dan profesional sendiri!

Terlalu sibuk

Walau bagaimanapun, ia tidak nampak seperti Najib akan berhenti. Beliau telah sibuk dengan meningkatkan imej sehingga mengabaikan keadaan ekonomi negara dan kebajikan rakyat. Malah pemimpin-pemimpin tertinggi dalam parti Umno berfikir bahawa beliau telah mengabaikan mereka, terlalu sibuk dengan perjalanan-perjalanan ke luar negara hingga ramai rakyat Malaysia tidak dapat melihat beliau lebih dari seminggu di Malaysia pada satu-satu masa.

Pada masa kini, rakyat Malaysia tahu betapa marahnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada Najib. Bekas Presiden Umno itu masih sangat kuat dan nampaknya telah kehilangan semua kepercayaan pada Najib, baru-baru ini beliau mencerca Najib kerana terlalu sibuk untuk "menetapkan" semua perkara salah dalam UMNO. Dan kita semua tahu berapa banyaknya kesalahan dalam UMNO! Mahathir terus mengatakan bahawa sebagai hasil daripada pengabaian, UMNO telah menjadi begitu lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan imej sehingga sekarang telah berbaik dengan kumpulan-kumpulan perkauman seperti PERKASA untuk menjadi kukuh sekali lagi.

Logik yang pelik? Tetapi itu adalah Mahathir sebenarnya. Beliau adalah seorang yang muktamad. Beliau katakan apa yang beliau mahu kata, pastikan semua orang tahu apa yang beliau katakan dan bahawa beliaulah orang yang mengatakannya. Dan bukan saja itu, beliau hanya katakana apa yang akan memberi manfaat kepada rancangannya!

Walau bagaimanapun, kisah panjang dan pendek tentang apa yang berlaku selepas Mahathir membuat komen "terlalu sibuk" kepada Najib dalam temu bual dengan akhbar Utusan adalah jelas kepada semua. Ia menghancurkan keyakinan pasukan Najib, dengan sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein cuba untuk mempertahankan beliau, manakala saingan Najib dalam UMNO - timbalannya Muhyiddin Yassin - bersetuju dengan Mahathir. Ya, terdapat banyak buah busuk dalam UMNO tetapi ia boleh dibaiki (sudah tentunya oleh beliau, itulah implikasinya!).

Huru-hara lebih teruk di dalam BN

Sesungguhnya sebagai media BN, terutamanya Star, suka menuding dan menuduh Pakatan Rakyat kerana tidak pernah dapat bersetuju dan sentiasa bersengketa dengan satu sama lain, ia sebenarnya dalam BN di mana huru-hara terbesar dan pertelagahan dalaman sedang berlaku. Ia amat sengit dalam UMNO, dengan calon saingan berentap dengan satu sama lain di Terengganu, Negri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor disebabkan kerusi, kedudukan dan bagaimana untuk membahagikan harta rampasan permainan politik ini.

Parti seterusnya yang paling bermasalah ialah sudah tentu MCA, kini di bawah Chua Soi Lek yang dicemari skandal. Bahawa ia telah melalui dua pecah-belah EGM tidak membantu untuk mendekatkan jurang antara puak yang dipimpin oleh pemimpin lama seperti Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat. Sebaliknya semua sedang menunggu untuk isyarat yang tepat untuk menumbangkan Soi Lek, yang mereka semua tahu mesti berhenti kerana skandal DVD seks itu adalah liabiliti terlalu besar kepada masa depan parti.

Sama juga dalam Gerakan, di mana semua sedang menunggu untuk membuang Presiden tempang Koh Tsu Koon dan kroninya. UMNO tidak yakin dengan Tsu Koon hingga UMNO mahu membuat keputusan berkenaan Gerakan.

Tetapi nampaknya Najib, Soi Lek, Tsu Koon dan pengikut terkuat mereka lebih rela mati daripada mengakui ini. Soi Lek percaya beliau boleh memerintah MCA selama-lamanya kerana beliau mempunyai kawalan ke atas media yang paling berkuasa untuk memutar berita palsu bagi pihaknya – iaitu The Star dan cabangnya yang pelbagai termasuk stesen radio bahasa Cina yang popular. Tetapi seperti Najib dan UMNO, Soi Lek dan MCA tidak mungkin lebih silap.

Mengapa? Kerana di bawah semua rupa, mesti ada isi. Orang ramai bukannya bodoh. Mereka boleh diperbodohkan kadang-kala tetapi bukan selalu!

Perkara Sebenar!

Lihatlah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, beliau mungkin kelihatan seperti seorang tokoh populis yang tahu bila dan bagaimana untuk mendebar-debarkan dadanya untuk memenangi hati pengundi nasionalis. Tetapi jangan silap, beliau juga seorang pengurus ekonomi yang sangat arif dan, bagi orang ramai, reformis kebenaran yang inginkan Turki untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang ekonomi dan politik pada peringkat global, bermula dengan Eropah.

Berdasarkan laporan majalah Time, sepanjang tempoh Erdogan berkhidmat, pendapatan per kapita di Turki meningkat tiga kali ganda, eksport meningkat empat kali ganda, dan inflasi telah menurun dari setinggi 37% kepada di antara 5% dan 8%. Turki mempunyai ekonomi ke-17 terbesar di dunia, dan Goldman Sachs meramalkan ia akan memecah masuk ke dalam 10 teratas menjelang 2050, dengan mengandaikan semuanya berjalan lancar.

Jadi ya, Erdogan telah berjaya. Beliau dialu-alukan oleh ahli-ahli revolusi dalam kerajaan Spring Arab Mesir, Tunisia dan Libya. Beliau sangat dihormati sehinggakan kata-kata beliau juga sangat bermakna bagi Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Bolehkah Najib dan Soi Lek berani berharap untuk dibandingkan dengan tahap tersebut? Seperti membandingkan kecantikan dengan keburukan, bukan? Kedua-dua rakyat Malaysia ini tidak mempunyai sebarang hasil konkrit untuk ditunjukkan. Kedua-duanya dibelenggu skandal peribadi yang besar. Juga tidak imaginatif, kreatif ataupun mempunyai kualiti asas bagi menginspirasikan kepercayaan dan rasa hormat. Dan ini adalah jujur, menjaga perkataan seseorang, kebolehpercayaan dan amanah.

Berapa ramai rakyat Malaysia benar-benar boleh mengatakan yang mereka percaya atau hormat dengan apa-apa yang telah ditawarkan oleh Najib atau Soi Lek?

Rakyat Malaysia tidak penting bagi Najib

Najib – mempunyai risiko tertinggi - lebih prihatin tentang rupa dan bagaimana beliau akan muncul dalam buku-buku sejarah. Rakan-rakan UMNO-BN dan kroni mereka tidak berminat untuk meningkatkan ekonomi, tetapi seolah-olah lebih berminat untuk menggoyahkan dana negara dengan mengorbankan keperluan rakyat.

Najib tidak pernah menunjukkan kebimbangan sebenar bagi rakyat. Ia adalah terlalu terlalu susah bagi si lembut seperti beliau. Beliau sudah biasa untuk kehidupan yang baik dan lebih suka gaya hidup mewah sehingga beliau lebih daripada cukup kaya untuk menyokong. Dan cuba teka siapa yang harus diterima kasih untuk semua harta benda yang mewah?

Bagi Najib untuk menggulung lengannya dan menangani pelbagai masalah di negara ini adalah tidak sama sekali, bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada isteri beliau Rosmah Mansor. Dia mungkin satu-satunya orang yang boleh membuat beliau bekerja, tetapi ia kelihatan seperti dia lebih suka lorong pantas yang mahal lebih daripada suaminya.

Benar, sekarang, ia harus jelas bahawa pasangan tersebut di Malaysia benar-benar mempunyai kepentingan yang sangat sedikit untuk mengetahui apa yang akan dibuat Ali, Ah Chong dan Muthu dan keluarga mereka berasa sedikit lebih selamat dan lebih makmur. Sudah tentu, sebaliknya ia kelihatan seperti Najib dan Rosmah, UMNO dan BN lebih berminat untuk mengetahui bagaimana mereka boleh menjadikan diri mereka lebih selamat dan makmur! Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: