DUNIACACAMARBA |
- TIADA Pemimpin Bukan Melayu Bercita-cita Jadi PERDANA MENTERI - Lim Guan Eng
- HAK Orang Melayu Akan DIPERTAHANKAN - Chua Jui Meng
- Perogol BERSIRI Dicekup
- Mengapa ABIM Bantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011?
- Akta Pekerjaan: MTUC Cadang Bentuk MoU dengan Pakatan Rakyat
- Dia PENGEMIS, Dia Juga DERMAWAN
- Mudahnya Gadis Diperkosa?
TIADA Pemimpin Bukan Melayu Bercita-cita Jadi PERDANA MENTERI - Lim Guan Eng Posted: 27 Nov 2011 07:30 AM PST
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 27 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. "Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan. Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan. Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah. "Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya. Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang. Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu. Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. P/s: Takut apa lagi, Melayu? | ||
HAK Orang Melayu Akan DIPERTAHANKAN - Chua Jui Meng Posted: 27 Nov 2011 07:00 AM PST Saya petik: [KD] JOHOR BAHRU 27 Nov: Hak orang Melayu akan tetap dipertahankan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng. "Saya sebagai pemimpin Cina dari KEADILAN akan terus mempertahankan perkara ini," kata Chua yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam ucapan penggulungan di Kongres KEADILAN Nasional ke 8. Beliau dalam ucapannya berkata, orang Melayu terutama di Johor tidak perlu risau kerana Laporan Ketua Audit Negara 2010 membuktikan penyelewengan tadbir urus sebenarnya dilakukan Umno-Barisan Nasional. Salah urustadbir kerajaan Johor terbukti melalui pelbagai contoh – antaranya kadar air di negeri itu yang mencatatkan harga paling tinggi di Malaysia dengan aset air dijual kepada syarikat pentadbiran kerajaan Pusat. Dalam pada itu beliau optimis Pakatan Rakyat akan menang di Johor Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) berdasarkan sokongan yang meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, beliau mengulangi pandangan bahawa Johor yang menjadi tuan rumah kepada acara Kongres KEADILAN kali ini, bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. "Orang bertanya kepada saya – Kalau begitu, kenapa tak buat sahaja di Putrajaya? "Saya jawab, Johor adalah gerbang menuju ke Putrajaya," kata Chua disambut tepukan gemuruh perwakilan. P/s: Takut apa lagi, Melayu??? | ||
Posted: 27 Nov 2011 06:29 AM PST Saya petik: [SH] KOTA BHARU - Hasrat seorang perogol bersiri yang ingin melampiaskan nafsu serakahnya tidak kesampaian apabila dia diberkas oleh orang ramai selepas cuba merogol seorang jurujual, kelmarin. Tindakan licik perogol bersiri yang diburu polis dipercayai terlibat hampir 20 kes itu akhirnya kecundang setelah dia ditangkap antara jam 12 tengah hari. Suspek yang tidak bekerja itu juga difahamkan dikehendaki polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan terkutuk berkenaan di beberapa jajahan lain. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan memasuki bilik yang disewa oleh jurujual tersebut terletak berhampiran sebuah pasar raya di Lembah Sireh, dekat sini. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 20-an itu tidak sempat dirogol oleh suspek selepas salah seorang daripada rakan mangsa menyedari terdapat bunyi bising seolah-olah ada lelaki bergaduh di dalam bilik berkenaan. Seorang penjaga bilik yang enggan dikenali memberitahu, dia mengetahui kejadian terbabit selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang penyewa bilik menyuruhnya naik ke tingkat tersebut kerana mendengar suara lelaki. "Pada mulanya saya mengingatkan penyewa ini membawa masuk teman lelaki masuk bilik tanpa pengetahuan saya, namun dalam masa sama saya mendengar bunyi suasana tegang berlaku dalam bilik tersebut. "Setelah bimbang dengan keselamatan wanita tersebut, saya memberitahu dua pekerja lelaki yang lain dan setelah lelaki terbabit menyedari kedatangan kami, dia cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui, semalam. Penjaga terbabit juga menceritakan dia tidak dapat melihat kejadian itu secara jelas dan hanya melihat tangan mangsa diikat dengan wayar, yang ketika itu memakai tuala kerana difahamkan baru selesai mandi. Suspek yang berasal dari Kampung Dusun Muda, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret, Muhammad Hafiz Mohd Noor mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tempoh lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan. Pada 25 Ogos lalu, media menyiarkan laporan mengenai seorang perogol bersiri dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol. P/s: Lahanat!!! | ||
Mengapa ABIM Bantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011? Posted: 27 Nov 2011 06:17 AM PST Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 27 Nov – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pentadbiran Najib menghormati suara rakyat, bukannya mundur dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan Perlembagaan Perrsekutuan. Presidennya Amidi Abd Manan berkata, setelah menilai dengan mendalam, ABIM ingin meluahkan bantahan terhadap rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini. Ekoran bantahan, Kabinet setakat Jumaat lalu telah memutuskan untuk meminda sekurang-kurangnya tujuh peruntukan rang undang-undang itu. "ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun. "Antara peruntukan-peruntukan tersebut ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011," kata beliau. Katanya, ABIM juga menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Malah tegas beliau, ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan. "ABIM khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan," katanya. Amidi menambah, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia. Dalam hal ini katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi. "Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya. "Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif," katanya. Sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah, tambah Amidi. " Dikhuatiri sekiranya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," katanya. | ||
Akta Pekerjaan: MTUC Cadang Bentuk MoU dengan Pakatan Rakyat Posted: 27 Nov 2011 05:55 AM PST Saya petik: [MK] Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan. Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan. "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi. "Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan. Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini. Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini. Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan. Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi. "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja. Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. | ||
Dia PENGEMIS, Dia Juga DERMAWAN Posted: 26 Nov 2011 06:37 PM PST Dia pengemis, namun dia juga DERWAWAN. Menurut laporan China Daily, lelaki dengan dua gelaran ini bernama Wang Zhiyou, 41, berasal dari kampung Yongping di daerah Heilongjiang, China. Wang yang sudah berbelas tahun mengemis sekitar bandar raya di China mendakwa menderma wang tersebut kepada orang lain yang lebih memerlukan wang. Kemurahan hati Wang mendorong pihak media menggelarnya sebagai "peminta sedekah pemurah". Beliau tiba di Changsha, ibu kota wilayah Hunan, pada 6 Sept 2011. Wang biasanya mengemis di satu tempat selama sebulan sebelum beralih ke tempat lain. "Selepas mengemis selama satu bulan, saya akan menderma wang yang saya peroleh kepada orang yang memerlukan bantuan," katanya. Wang berkata beliau berbuat demikian kerana latar belakang sejarah dirinya. Pada usia remaja, Wang mengetahui bahawa dirinya merupakan anak angkat kerana ibu bapa kandungnya terlalu miskin untuk menyara lebih daripada seorang anak. Wang belajar tentang kesusahan orang miskin. Atas alasan itu, dia mula mengemis untuk orang lain 15 tahun yang lalu. "Saya telah mendermakan sebanyak 40 000 Yuan (RM20 067) dalam tempoh 15 tahun. Setiap kali saya menderma wang, saya akan meminta resit," katanya sambil menunjukkan timbunan resit dan buku bank sebagai bukti. -DCM | ||
Posted: 26 Nov 2011 04:28 PM PST Saya petik: [SH] PASIR GUDANG - Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran kawasan tapak takungan air, Masai, 19 November lalu. Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, gadis itu mendakwa diperdaya lelaki terbabit ketika sedang menunggu van pekerja di perhentian bas bersebelahan rumahnya sekitar jam 1 petang. Menurutnya, sebuah kereta jenis Proton Saga warna coklat dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an berhenti di perhentian bas itu, sebelum memanggil namanya dan memberitahu diberikan tanggungjawab untuk menjemputnya dan pekerja lain berikutan van pekerja rosak. "Lelaki terbabit kemudiannya bertanyakan nama dan meminta pengesahan umpama mahu mengetahui adakah saya orang yang dicarinya. "Mendengar penjelasan diberikan, saya pun percaya dan mengikutnya dengan kereta dipandu lelaki terbabit," katanya kepada Sinar Harian semalam. Operator kilang itu berkata, sebelum ke lokasi kejadian, lelaki terbabit memberitahu mahu ke Taman Scientex terlebih dahulu kononnya mahu menjemput seorang lain pekerja lain. Bagaimanapun, katanya, perasaan bimbang mulai menyelubunginya apabila kereta yang dipandu langsung tidak berhenti di Taman Scientex, sebaliknya meluru laju di Jalan Kong-Kong menuju ke arah Kota Masai. Menurutnya, dia segera meminta lelaki terbabit supaya menghantarnya ke tempat kerja, tetapi tidak diendahkan. "Setelah memberhentikan kereta, lelaki terbabit menarik saya keluar dan kemudiannya meminta saya duduk di tepi sebatang pokok kelapa sawit. "Dengan memberi alasan mahu membuang air kecil, lelaki terbabit menghilang sebentar sebelum datang kembali tanpa pakaian dan duduk di sebelah saya," katanya. Selepas itu, lelaki terbabit mula melakukan perkara yang tidak dingini terhadap dirinya. Walaupun cuba menghalang, lelaki itu memarahinya dan mengugut mahu membunuh jika melawan. Remaja itu berkata, dia cuba meminta lelaki terbabit supaya tidak mengapa-apakannya, namun diabaikan sebelum merogolnya. "Selepas kejadian, lelaki itu menghantar saya ke bangunan kedai di Taman Scientex dan terus meninggalkan saya," katanya. Dia segera membuat laporan polis sekitar jam 3.26 petang tersebut, sebelum memberitahu abangnya pada keesokan hari. Abang mangsa, Mat (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia membuat laporan polis tambahan sebaik sahaja mendengar cerita adiknya itu. "Saya bersyukur kerana adik perempuan dapat pulang dengan selamat walaupun dirogol oleh manusia biadab. "Saya amat berharap polis dapat memberkas lelaki terbabit dengan segera," katanya. P/s: PELIK!!!! Kebanyakan mangsa rogol akan melawan atau bertindak melarikan diri jika ada peluang untuk mempertahankan maruah diri. Yang ini, pelik! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan