DIALOG RAKYAT |
- Demi Maruah Najib - Mak Tiri Nazifuddin Perlu Letak Jawatan
- Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)
- Felda mengaku kalah?
- SPR jangan menyibuk urusan parti politik
- Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN
- Jelajah Pemuda Pakatan naik bas, keretapi
- Bebaskan segera tahanan ISA – Pemuda Pakatan
- KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
- Isu ISA: Suhakam dakwa Hishammuddin tak faham rasional Akta Patriot
- Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga
- SPR mahu temu Pakatan pujuk adakan PRU serentak
- Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata
- Skandal NFC: PKR desak Najib buat kenyataan
- Kisah lembu menanam budaya involusi
- Pemuda PAS: UIAM cuba bina mentaliti "kelas ketiga" terhadap warganya
- PKR sudah ada calon di Wangsa Maju
- P Ramlee pengkritik sosial sepanjang zaman
- Mahasiswa tubuh Bebas tuntut hak
- ‘Dedahkan nama penyewa kondo, NFC’
- Mais sangkal laporan kewangan tidak diaudit
- Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court
- Kedai 1Malaysia mungkin diperluas di universiti
- Kes BERSIH 2.0 pertubuhan haram ditangguh 29 Mac
- Tiada demo bantah 'raja gay' malam ini
- Pemuda PAS siap kumpul 500 jentera utama p'raya
Demi Maruah Najib - Mak Tiri Nazifuddin Perlu Letak Jawatan Posted: 22 Nov 2011 03:13 PM PST MSO TUP tup cucu Tun Razak Husseian yang baru hendak berniaga telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat Harvest Court Industeries. Sebabnya ialah kerana saham syarikat dimana beliau menjadi pengarah naik berdecung. Saham HC yang hanya 8 sen naik menjadi RM2.14 selepas Nazifuddin anak lelaki kedua Najib dengan Tengku Puteri Zahariah menjadi pengarah. Kenaikan itu menyebabkan timbul berbagai-bagai spekulasi dan kurang senang di pihak Ha Najib. Sebenarnya menjadi perkara biasa di negara ini mana-mana syarikat atau apa sahaja badan yang membabitkan anak pembesar akan mendapat perhatian. Kalau ia membabitkan syarikat bersaham, sahamnya akan naik dan orang akan berebut untuk mendapat peluang kaya cepat. Syarikat berkenaan tidak payah berpengalaman, famous tetapi cukup kalau didalamnya ada anak orang besar ia akan maju. Bukan saja di zaman Ha(ji) Najib menjadi PM. Masa Dr Mahathir jadi PM pun mana-mana saham yang ada kroni Mahathir atau anaknya naik mengejut. Misalnya waktu itu apa saja membabitkan Daim Zainuddin yang dikenali senbagai kroni Mahathir, apa saja syarikatnya akan mendapat perhatian. Mana-mana syarikat saham yang ada kepentingan Daim akan naik melambung. Terbitan awam sahamnya selalu terlebih langgan berkali-kali ganda. Waktu itu Daim tidak payah berniaga komediti seperti sawit atau logam emas, berniaga garam pun syarikat dia menjadi tumpuan ramai. Begitu juga syarikat saham yang ada kaitan dengan menteri dan PM akan naik. Waktu Anwar Ibrahim dalam Umno, syarikat yang ada sangkut paut dengan kroninya juga akan naik berdecun. Banyak kawan-kawan Anwar yang menjadi kaya raya dan membina empayar hanya semalamannya saja. Itu semua bukan apa, kerana berkat Anwar sebagai TPM. Cuma kalau tidak berapa nak naik pun syarikat yang ada kepentingan dengan bekas PM Abdullah Badawi. Entah kenapa, syarikat yang ada sangkut paut dengan Abdullah lumpuh begitu saja? Kerana kebiasaan dan tradisi itu ia tidak menjadi pelik kalau syarikat anak Najib itu sahamnya naik mendadak. Sebaliknya adalah pelik kalau saham tidak naik. Naik turun saham di Security Malaysia boleh mejadi penunjuk dan penanda aras tentang popular atau tidak, wibawa atau tidak seseorang itu. Justeru kenapa Nazifuddin perlu letak jawatan. Apakah dia bimbang kehadirannya di situ boleh menjejaskan reputasi dan karja bapaknya Ha(ji) Najib? Begitukah perkirannya. Pada saya Nazifuddin tidak perlu meleaps jawatan dan keluar dari syarikat itu. Stretagi syarikat HC itu mengambil Nazifuddin untuk melonjakkan sahamnya sudah kena. Strategi bijak. Sesebuah syarikat mahukan wang. Pengampungan sahamnya kepada umum untuk mendapat wang bagi menambah aktiviti atau modal pusingan perniagaan perkara biasa. Ternyata setelah ia melantik Nazifuddin ia mampu melonjakkan sahamnya berribu kali ganda. Apakah perletakan jawatan itu atas nasihat para penyamun terbus yang mengelilingi Ha Najib? Para penasihat Najib telah menasihatkan Nazifuddin supaya melepaskan jawatan kononnya demi menjadi Najib. Begitukah? Dan apakah ada orang dalam keluarga Najib sendiri cemburu dengan prestasi syarikat itu yang akan memberi keuntungan kepada Nazifuddin? Perlu disedari Nazifuddin adalah anak Najib dengan isteri pertamanya Puteri Zahariah atau Ku Yie. Kalaulah para penasihat Najib ala-ala Apco itu bermaksud demikian, Nazifuddin perlu melepaskan untuk tidak menimbulkan masalah kepada bapanya, pendapat itu salah sebenarnya. Nazifuddin tidak akan memberi apa-apa kesan langsung kepada kedudukan bapaknya. Pembelian saham Haverst Court itu tidak sedikitpun menjejaskan reputasi Najib sebagai pemimpin. Ia adalah perniagaan yang bukan dibayangi oleh Najib. Kalau reputasi dan maruah Najib sebagai PM hendak dijaga, bukan Nazifuddin yang perlu letak jawatan atau jadi mangsa keadaan. Yang patut "meletak" jawatan dan "melepas" jawatan ialah ibu tirinya Rosmah Mansor. Banyak kegiatan dan penampil serta penglibatan Rosmah yang telah memburukan imej Najib. Kalau di check dan diperiksa apa yang menjadi sebutan di luar sana ialah tentang Rosmah bukan Nazifuddin. Orang memperkatakan mengenai Rosmah bukan Nazifuddin. Rosmahlah yang dikaitkan kononnya beliau telah memberi keburukan kepada Najib. Gelagat, penampilan dan juga hobi memiliki aksesori mewah bernilaian jutaan ringgit telah menjejaskan reputasi Najib. Yang dikaitkan dengan projek Permata yang diberikan peruntukan RM1 juta dalam Bajet tahun lalu bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitkan dengan kepala terbuka dan bolos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan berperangai seperti Imelda Marcos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan menggunakan bomoh dan digelar wanita puaka bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitan dengan pembelian cincin bernilai RM24 juta bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya bukan Nazifuddin tetapi Rosmah? Semua Rosmah, Rosmah dan Rosmah. Sebenarnya sebelum Nazifuddin melepas jawatan sepatut satu referendum dibuat oleh kalangan penasihat Apco Najib siapakah yang lebih memburukkan Najib, Rosmah atau Nazifuddin? Saya percaya dan yakin perletakkan jawatan Nazifuddin sebagai pengarah bukan eksekutif dan tetap memegang saham bernilai 3,982000 itu boleh membaik pulihkan imej Najib yang dicemari oleh kegiatan dan penampilan serta gaya hidup mewah mak tirinya, si Rosmah. Kalau benar Najib mahu pulihkan imej, menghindarkan orang bercakap mengenai keburukannya penasihat perlu menasihatkan Rosmah meletakkan jawatan bukan Nazifuddin. Mungkin kalau Rosmah meletak jawatan dari segala jawatan yang dipegangnya, imej Najib akan pulih sedikit. Ha Najib perlu sedar yang isterinya sudah banyak mengoyak dan merobekkan maruahnya sebagai suami dan juga perdana menteri Malaysia. Memahami itu bagi saya perletakan Nazifuddin itu bukanlah penawar untuk menjaga reputasi Najib tetapi ia disuruh berbuat begitu kerana ada sangkut paut dengan dengki khianat orang di keliling Najib terhadap Nazifuddin. Imej dan maruah Najib tetap akan seperti persepsi hari ini selagi Romah tidak melepas jawatan. Saya teringat kata-kata bekas pemimpin tertinggi Indonesia, katanya kalau Bapak Najib jadi Perdana Menteri dia bakal berhadapan dengan masalah bukan dengan parti oposisi tetapi dengan isterinya sendiri Ibu Rosmah. Apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin itu nampak menjadi kenyataan. Pemimpin itu ada menyebut apakah tindakan yang perlu Najib lakukan, tetapi biarlah saya cerita di posting lain |
Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) Posted: 22 Nov 2011 03:11 PM PST Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di beberapa kawasan perairan negara bermula isnin . Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Timur (Kota Tinggi), Pahang, Terengganu, Tioman dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga lewat petang, Jumaat, 18 November 2011. |
Posted: 22 Nov 2011 03:06 PM PST DUNGUN - Saman yang dibuat para peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, jelas memberikan kesan kepada Felda yang bertindak 'seolah-olah mengaku kalah' apabila memanggil semua peneroka terbabit. Tujuh puluh tujuh peneroka yang telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi 13 Oktober lalu telah ditawarkan oleh pihak Felda untuk dibayar sebanyak RM17,000 setiap seorang dengan bersyarat. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Saman Felda Ust Hj Roslan Hj Ismail (gambar kiri dua dari kiri dihadapan mahkamah 13 Oktober lalu) berkata, pihaknya dan para peguam kes terbabit akan menilai semua perkara yang ditawarkan oleh pihak Felda itu. "Pagi semalam Felda memanggil semua peneroka yg terlibat dalam saman dan 'offer' untuk bayar RM17,000 dengan bersyarat, "pihak guaman, Jawatankuasa Bertindak, WARIS dan ANAK akan menilai semua tawaran,"ujarnya dalam pesanan ringakas yang dihantar kepada Buletinonline. Menurut Ustaz Roslan yang juga Pengerusi NGO Waris, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut pada minggu hadapan. Dalam ada itu, katanya, pihaknya menasihatkan para peneroka dan meminta pihak Felda merujuk kepada para peguam yang telah mefailkan kes tersebut. Katanya, walaupun Felda 'menaburkan janji manis' dengan tawaran akan membayar segera wang tersebut sekiranya para peneroka bersetuju, namun pengalaman lalu telah membuktikan, Felda tidak menepati janji. "kita nasihatkan peneroka (dan) supaya Felda 'refer' kepada 'lawyer' kerana kes telah dirujuk kepada mahkamah, "taktik ini biasa dibuat oleh Felda, kalau kita (peneroka) setuju, Felda akan mula berunding dan mereka akan menang, biasanys Felda tak bayar. mereka kelentong saja,"jelas Ustaz Roslan. Beliau juga meragui tawarn Felda tersebut kerana menurut Felda meletakkan beberapa syarat dalam tawarannya, yang mudah membatalkan apa-apa janji yang dibuat. "Ada beberapa syarat meragukan dari Felda seperti, kebun mesti bersih, tanam sebanyak 50 pokok seekar, tebang semua pokok tua, dan lain-lain,"tambahnya. |
SPR jangan menyibuk urusan parti politik Posted: 22 Nov 2011 03:03 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak. DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak? Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan. DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya. DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi. RIDUAN MOHD NOR |
Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN Posted: 22 Nov 2011 04:30 AM PST Oleh: Masdar Wahid
AMPANG: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah berkata, wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres Nasional KEADILAN yang dianjurkan di Johor 25 hingga 27 November ini. Ini kerana katanya, beberapa minggu lalu, petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan Pulai Spring Resort, tempat kongres itu bakal berlangsung. "Wujud pihak tertentu' yang seolah bertujuan mahu menggagalkan kongres KEADILAN yang berlangsung di Johor kali ini. "Walaupun beberapa hari lalu kita dibenarkan juga memasang banner, namun kita kesal tindakan 'pihak tertentu' itu," katanya ketika ditemui pada Forum 'GST dan Inflasi' yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam. Selain itu, katanya pihak yang dilantik menguruskan pentas 'turut ditekan pihak tertentu'. Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini memberi jaminan tidak akan ada sebarang gangguan terhadap penganjuran kongres berkenaan. Oleh itu, beliau berharap insiden seperti itu adalah yang terakhir dan tidak lagi berlaku selepas ini. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bermula Khamis hingga hujung minggu ini, pimpinan KEADILAN bermula dari peringkat Ahli Majlis Pimpinan Pusat akan mengadakan jelajah penerangan di setiap pelosok negeri itu. Jelajah anjuran KEADILAN Johor itu antara gerak kerja berterusan untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum akan datang. "Sepanjang jelajah itu, kita berharap setiap peringkat lapisan masyarakat memanfaatkannya dengan mendengar sendiri penerangan isu secara langsung dari pimpinan parti. "Pastinya, ceramah dan penerangan yang turut diminta rakyat ini tidak akan disiarkan media arus perdana kerana Umno-BN kian gusar dengan usaha Pakatan Rakyat yang mahu menakluk kubu kuat Umno itu," tegasnya. |
Jelajah Pemuda Pakatan naik bas, keretapi Posted: 22 Nov 2011 04:26 AM PST Oleh: Masdar Wahid
PETALING JAYA : Pemuda Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah terbaru dalam usahanya mendekati pengundi di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi. Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, antara kaedah tersebut ialah jelajah mengunakan pengangkutan awam bagi menyebarkan risalah penerangan kepada rakyat. "Dalam Jelajah Anak Muda (JAM) Pakatan Rakyat ini, kita akan berhubungan terus dengan rakyat dengan menaiki pengangkutan awam termasuklah keretapi dan bas dalam program yang bermula 4 Disember ini. "Selain mengedar risalah dalam jelajah itu, kita juga akan mendapatkan respon rakyat secara terus dengan fokus utama menjawab segala persoalan mengenai isu semasa yang berbangkit," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di pejabat KEADILAN, Petaling Jaya hari ini. Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Zairil Khir Johari mewakili pemuda DAP dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat lain turut hadir dalam sidang media berkenaan. Menurut Shamsul, Jelajah itu akan dilancar pada 4 Disember depan di Stadium Melawati, Shah Alam serentak dengan pelancaran jentera pilihanraya Pakatan Rakyat diperingkat pusat. "Pada malam itu juga kita akan umum maklumat mengenai JAM dari semasa ke semasa dan jelajah ini akan berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap golongan pengundi muda mendapat maklumat mengenai program berkenaan secara langsung dari Pemuda Pakatan Rakyat. "Kita sedia maklum, penerangan Pakatan Rakyat kerap digelapkan media arus perdana dan sebab itu perlunya rakyat khasnya anak muda terlibat dan tahu akan program ini. "Isu utama ialah penerangan isu semasa yang selama ini kita diserang Umno BN di media arus perdana, namun pada masa sama menafi hak kita untuk menjawabnya di media milik kerajaan," jelasnya. |
Bebaskan segera tahanan ISA – Pemuda Pakatan Posted: 22 Nov 2011 04:25 AM PST Oleh: Masdar Wahid
PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan serta merta, kata Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi. Beliau berkata, tangkapan terbaru membabitkan 13 individu di Sabah baru-baru ini bersifat zalim kerana tidak memberi peluang kepada mereka untuk membela diri. "Kalaupun mereka didakwa kerana kononnya terlibat dengan keganasan, apakah tidak boleh mereka didakwa di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di pejabat KEADILAN, Petaling Jaya hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, Zairil Khir Johari mewakili pemuda DAP dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat lain turut hadir. Sementara itu, Shamsul menyifatkan tangkapan terbaru itu bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan transformasi seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini. Katanya, Pemuda Pakatan kesal kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sendiri mempertahan bahawa akta Tahanan Tanpa Bicara akan kekal sehingga Mac 2012. "Ini membuktikan tiada jaminan ISA akan dimansuh sepenuhnya dan boleh jadi ia sekadar pertukaran nama namun elemen zalim yang terkandung di dalamnya dikekalkan," ujarnya. Semalam, Hishamuddin berkata dua akta baru bagi menggantikan ISA akan mengekalkalkan elemen tanpa bicara sekaligus bertentangan dengan kenyataan asal bosnya, Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 September lalu mengumumkan ISA dimansuhkan serta-merta dan dua akta baru akan digubal bagi menggantikannya. Pakatan sejak dulu mendesak undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara dimansuhkan kerana ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. |
KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda Posted: 22 Nov 2011 04:18 AM PST KEADILAN DAILY JEMPOL: KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai 'Janji Palong' bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional. Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi. Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong. Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol. Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham. Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK. Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda. Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga. Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda. Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda. Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda. Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar. Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda. |
Isu ISA: Suhakam dakwa Hishammuddin tak faham rasional Akta Patriot Posted: 22 Nov 2011 04:16 AM PST KUALA LUMPUR — Suhakam mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak faham peruntukan Akta Patriot yang diguna pakai Amerika Syarikat apabila membandingkan rasional menahan seseorang di bawah undang-undang pencegahan. Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, Akta Patriot tidak menahan manusia tanpa perbicaraan. "Oleh itu, kenyataan Hishammuddin bahawa undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama dengan Akta Patriot adalah tidak benar," kata beliau ketika menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang Talib di sini hari ini. Bebas dianggotai Solidariti Malaysia Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Legasi Mahasiswa Progresif dan Kesatuan Aksi Mahasiswa. Semalam, Hishammuddin menjelaskan bahawa akta baru yang akan menggantikan ISA tetap mempunyai klausa membenarkan polis menahan rakyat tanpa bicara. Muhammad Sha'ani berkata, Suhakam bukannya mahu melihat 13 orang yang ditahan di bawah ISA di Sabah minggu lepas dibebaskan. "Apa yang kami mahu mereka dibawa ke mahkamah dan dibicarakan dan bukannya ditahan tanpa bicara di bawah ISA," tegasnya. Oleh itu kata beliau, Suhakam akan terus bersuara mengenai hak asasi manusia. Justeru, beliau mengalu-alukan langkah Bebas mengemukakan memorandum kepada Suhakam yang mahu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Dalam satu kenyataan semalam, Hishammuudin berkata undang-undang baru yang akan menggantikan ISA, yang akan dimansuhkan, tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan. Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan. Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Antikeganasan di United Kingdom dan Australia. "Seperti Akta Patriot, seperti Akta Antikeganasan yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian. "Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun . . . kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya. Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya. Pada 15 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dalam pada itu, memorandum Bebas mahu AUKU dimansuhkan berdasarkan dua teras iaitu peruntukannya membunuh aktivisme mahasiswa dan mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa. Selain itu, Bebas menuntut para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan. Bebas juga mahu mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka. Selain itu, Bebas juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar. Ia juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri dan urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti. Bebas juga menuntut mahasiswa diberikan kebebasan melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah, mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan, menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka. |
Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga Posted: 22 Nov 2011 04:15 AM PST KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan membidas undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama hari ini atas alasan ia memberi kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini. Bekas presiden Majlis Peguam ini (gambar) mendakwa kerajaan telah gagal dalam menerima pakai standard antarabangsa, sebaliknya mengehadkan kebebasan yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara ini. "Rang undang-undang ini (Perhimpunan Aman) membataskan hak kita seluas yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. |
SPR mahu temu Pakatan pujuk adakan PRU serentak Posted: 22 Nov 2011 04:08 AM PST SUNGAI PETANI– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meletakkan harapan agar pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan semua negeri kecuali Sarawak dapat diadakan serentak. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau akan menemui para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama. "Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 peringkat negeri Kedah di sini hari ini. Dipetik Bernama Online, beliau berkata SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan. Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas. Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012. Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi lima alasan mengapa DUN negeri itu tidak akan dibubarkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum tergempar. Aziz berkata SPR mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik proses pilihan raya kepada jawatankuasa pilihan khas, namun ia perlu dibuat mengikut saluran yang ditetapkan. Mengenai pengundi, beliau berkata sebanyak 42,000 nama yang tidak dapat dikesan atau dipastikan masih wujud diberi tempoh sehingga Disember untuk mengesahkan "kewujudan" mereka sebelum boleh didaftarkan dalam senarai daftar pemilih. Aziz berkata lebih 13,000 pengundi yang tidak dapat dikesan itu berada di Sabah manakala di Kedah terdapat kira-kira 2,000 orang. Kira-kira tiga juta orang, majoritinya berumur 21 hingga 41 tahun belum mendaftar dan sebilangan besar tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala di Kedah terdapat kira-kira 300,000 orang yang layak belum mendaftar, katanya. Mengenai taklimat itu, beliau berkata ia telah diadakan di Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah dan dijangka berakhir Januari ini. -TheMalaysianInsider |
Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata Posted: 22 Nov 2011 03:52 AM PST K Suresh, Malaysia Chronicle Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan. Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam. Altantuya akan menhantuinya seumur hidup Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau . Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa. Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik. Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti. Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi. Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13. Liwat II Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya. Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya. Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya. Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang. Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana . PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut. Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I. Sejarah akan mengejar kita Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir. Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR. Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang. Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri. Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan 'kaji selidik' populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST. Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera! Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba. Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu. Malaysia Chronicle |
Skandal NFC: PKR desak Najib buat kenyataan Posted: 22 Nov 2011 03:49 AM PST
KEADILAN mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir ini. Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung. Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya. KEADILAN menyeru supaya Perdana Menteri, Najib Razak (gambar kanan )segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini. Contohnya, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri. Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura. Justeru, KEADILAN menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat berikut di Singapura: Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC. Semakan KEADILAN menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495. KEADILAN percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture Pte Ltd di Singapura. Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura. Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815. Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan. Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta. *Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR merangkap ahli parlimen Machang, Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR merangkap ahli parlimen Ampang) dan Mohd Rafizi Ramli. |
Kisah lembu menanam budaya involusi Posted: 22 Nov 2011 03:44 AM PST "Tubuhnya berketul-ketul. Engguhnya tinggi, besar dan berdenyut-denyut apabila sesekali ia mengangkat kepalanya kerana mengangkat rumput. Sendi kaki hadapannya kelihatan pagan dan teguh. Kuku kakinya yang empat itu putih kehitaman mencengkam tanah." *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. |
Pemuda PAS: UIAM cuba bina mentaliti "kelas ketiga" terhadap warganya Posted: 22 Nov 2011 03:42 AM PST Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana bertindak membatalkan program e-buku Saifuddin bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa" saat akhir atas alasan keselamatan kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sikap ini adalah mentaliti ketinggalan zaman yang membekukan minda mahasiswa dari berfikir secara rasional. Sudah tentu, UIAM tidak mampu melahirkan insan terbilang serta tokoh dan pemimpin negara di masa depan. Sebaliknya, keadaan ini hanya menghasilkan insan yang berjiwa kerdil, jumud, konservatif serta tidak berfikiran rasional. |
PKR sudah ada calon di Wangsa Maju Posted: 22 Nov 2011 03:40 AM PST "Kita sudah pun mengenalpasti calon berwibawa yang telah pun bekerja di kawasan tersebut sejak berbulan dahulu," kata Nurul Izzah Anwar. PETALING JAYA: PKR sudah mempunyai calon untuk merampas semula kerusi parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang. Pada pilihan raya umum 2008, Wangsa Maju milik PKR tetapi dua tahun kemudian Wee Choo Keong meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas. "Kita sudah pun mengenalpasti calon berwibawa yang telah pun bekerja di kawasan tersebut sejak berbulan dahulu," kata Nurul Izzah Anwar. Bagaimanapun, naib presiden PKR ittu tidak mahu mendedahkan nama calon. Dalam perkembangan berkaitan, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjawab tuduhan yang beliau mempunyai akaun bank di Israel. Akaun di Tel Aviv "Fitnah terbaru akaun di Tel Aviv, Israel ini merupakan fitnah lama yang menggunakan serangan yang sama seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan keluarganya. "Mereka lupa menukar kandungan perincian maklumat agar lebih mudah menipu orang ramai," kata Nurul. Sejak minggu lalu,timbul desas-desus bahawa Nurul mempunyai akaun bank di Tel Aviv, Israel. Beliau membidas tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai cubaan murahan yang dapat mengabui perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana rakyat. Antara kes yang ditonjolkan beliau adalah pembayaran wang sebanyak RM 77 juta, FBC RM 94 juta dan NFC RM250 juta. |
P Ramlee pengkritik sosial sepanjang zaman Posted: 22 Nov 2011 03:39 AM PST Selain elemen hiburan, filem-filem lakonan Allahyarham memang sarat dengan kritikan-kritikan sosial yang pedas lagi tajam. Hari Isnin kira-kira tiga minggu lalu, sedang saya bersantai di ruang tamu sambil membaca bacaan ringan, tiba-tiba konsentrasi saya terganggu apabila terdengar dialog dari sebuah filem di kaca TV yang tidak asing bagi saya. Saya pun segera menutup lembaran buku tadi dan memberikan perhatian ke rancangan tv yang sedang menayangkan filem Nujum Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu. Ya, memang benar seperti yang banyak dikatakan orang, menonton filem-filem lakonan Allahyarham memang tidak menjemukan walaupun filem-filem itu telah ditonton berkali-kali, ia masih menghiburkan. Selain elemen hiburan, filem-filem lakonan Allahyarham memang sarat dengan kritikan-kritikan sosial yang pedas lagi tajam. Walaupun filem-filem arahan dan lakonan beliau hanya diterbitkan pada era 70an dan sebelumnya, namun kritikan sosial yang dilontarkannya tetap relevan sepanjang zaman sehinggalah ke hari ini. Lihat sahaja bagaimana Allahyarham mengadaptasi sikap pembodek untuk mendapatkan keuntungan dan sikap seorang pemimpin bodoh dan pantang dibodek yang ada dalam masyarakat kita hari ini di dalam filem Tiga Abdul. Dalam filem itu, gara-gara terlalu mempercayai nasihat yang diberikan 'tuan penasihat 25 percent,' Kassim Patalon, akhirnya Tuan Sadiq Sigaraga yang tamak telah dijual oleh menantunya yang bijak iaitu Abdul Wahub dan segala harta bendanya turut dirampas. Tuan penasihat, Kassim Patalon yang dibawakan oleh Salleh Kamil, merupakan penasihat yang bertanggungjawab sehingga mendorong Tuan Sadiq Sigaraga membuat beberapa keputusan salah yang merugikannya. Sebagaimana Tuan Sadiq Sigaraga yang sepatutnya lebih berhati-hati menerima nasihat orang di sekelilingnya, para pemimpin negara hari ini juga patut berhati-hati dengan mereka yang kononnya sentiasa memberikan nasihat dan pandangan ke arah kebaikan. Malangnya, 'tuan penasihat 25 percent' yang ada hari ini bukan sahaja memberi nasihat yang membawa rebah, malah mereka juga bersedia ber'kuntau' mempertahankan tindakan salah pemimpin mereka yang akhirnya merugikan banyak pihak termasuk masyarakat negara ini umumnya. Berniaga ala penyamun Do, Re, Mi Begitu juga dengan adegan Do, Re dan Mi yang berpakaian segak, siap bertali leher dan memakai topeng ala Lone Ranger cuba menjual berus gigi di sebuah rumah. Dalam adegan itu, kita dapat menyaksikan bagaimana tuan rumah itu dipaksa oleh Do, Re dan Mi agar membeli berus gigi walaupun beliau tidaklah memerlukannya. Tuan rumah tersebut bukan sahaja dipaksa beberapa batang berus gigi sekaligus, bahkan harganya juga berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual di pasaran. Oleh kerana dipaksa oleh Do, Re dan Mi, tuan rumah tersebut terpaksa juga membelinya walaupun beliau menyedari akan harganya yang mahal dan beliau tentulah tidak memerlukan lebih dari sebatang berus gigi sekaligus. Bagaimanapun beliau bernasib baik apabila muncul anak saudara beliau yang ketika itu berpakaian seragam anggota polis hingga menyebabkan Do, Re dan Mi ketakutan dan lari lintang-pukang. Ketika anak saudara tuan rumah cuba mengejar Do, Re dan Mi, tuan rumah itu sempat menghalang dan berkata "Eh Mat, jangan tangkap mereka, mereka tu bukannya pencuri, tetapi orang berniaga," katanya sekaligus mematikan langkah anak saudaranya itu. Berniaga ala penyamun seperti yang dipraktikkan oleh Do, Re dan Mi ini memang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini khususnya yang melibatkan projek-projek kontroversi apabila kegiatan menyamun mereka ini diberikan lesen dan berselindung di atas nama perniagaan. Pemerintah dalam Musang Berjanggut Demikian juga dengan kritikan Allahyarham terhadap sikap sesetengah pemerintah yang kadang-kala bukan sahaja tidak menggambarkan tingkah laku seorang pemimpin, malah memalukan. Antaranya, dalam filem Musang Berjanggut, di mana Sultan Alam Shahbana sendiri dan beberapa pembesar negara dalam diam-diam masing-masing jatuh hati kepada Puspa Wangi iaitu menantu baginda sendiri. Akhirnya dalam filem itu kita dapat saksikan bagaimana gara-gara tidak dapat mengawal nafsu melihat wanita berdahi licin, sultan dan para pembesar telah diperbodohkan oleh Puspa Wangi yang bijak itu. Selain filem Musang Berjanggut, filem Nujum Pak Belalang turut menampilkan watak pemerintah dari dua negara, Sultan Shahrul Nizam dan Sultan Masai yang sanggup mempertaruhkan kerajaan masing-masing hanya dalam pertandingan teka-teki. Selain dikuasai keinginan meluaskan jajahan takluk masing-masing, Sultan Shahrul Nizam turut ditonjolkan sebagai seseorang yang sanggup bertindak apa sahaja asalkan kemahuannya dapat dipenuhi. Ia dapat dilihat apabila baginda sultan mengancam untuk menjatuhkan hukuman pancung terhadap Pak Belalang dan memenjarakan Datuk Penghulu sekiranya Pak Belalang gagal menilik lokasi persembunyian harta diraja dan mahkotanya yang hilang dicuri penyamun. Bukan sekali nyawa Pak Belalang berada di hujung keris Baginda Sultan, beliau turut diancam dengan hukuman yang sama sekiranya Ahli Nujum Negara itu gagal mengesan lokasi puterinya, Puteri Si Bujur Sireh disembunyikan oleh dua penyamun dan Sultan Masai. Dalam filem Musang Berjanggut dan Nujum Pak Belalang ini jelas suatu kritikan terhadap golongan pemerintah agar menjauhi sikap tamak dan tidak berfikir panjang. Dua filem ini turut memaparkan kecenderungan golongan berkuasa menggunakan kuasa untuk menurut kemahuan nafsu, kepentingan diri dan keinginan terus berkuasa walaupun tindakan itu akhirnya mengakibatkan negara tergadai dan ada nyawa melayang gara-gara dijadikan kambing hitam. Hari ini, tindakan demi kepentingan diri dan menurut kehendak nafsu ini akhirnya menyebabkan anasir luar mudah mengambil kesempatan untuk mengugut, memaksa kita menggadaikan maruah, prinsip, kepentingan dan kedaulatan kepada opurtunis luar demi mengelakkan dari tembelang diri terburai. Kritikan sosial tajam dan pedas oleh P Ramlee melalui karya-karyanya bukanlah setakat yang disebutkan tadi, malah beberapa karya beliau yang lain turut sarat mengandungi pelbagai maksud yang tersirat dan kekal relevan sepanjang zaman. Hari ini, meskipun setelah lebih tiga dekad P Ramlee meninggalkan kita, beliau terus 'hidup' menerusi karya-karyanya dan kritikan sosial dan 'kehadirannya' dalam masyarakat hari ini masih tetap dirasai. |
Mahasiswa tubuh Bebas tuntut hak Posted: 22 Nov 2011 02:33 AM PST Penubuhan Bebas disokong 10 persatuan mahasiwa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Universiti Malaysia (PMIUM). PETALING JAYA: Sebuah NGO baru Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik atau Bebas dilancarkan bagi menuntut kebebasan akademik di negara ini. Bebas dipengerusikan Muhammad Safwan Anang Talib manakala Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai jurucakap. Penubuhan Bebas disokong 10 persatuan mahasiwa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Universiti Malaysia (PMIUM). Selain kebebasan akademik, NGO pelajar universiti itu juga menuntut kebebasan dalam penyertaan politik termasuk menguruskan pilihan raya kampus. Perjuangan Bebas berdasarkan dua prinsip sebagai asas kebebasan berakademik : . Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum. . Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib. Katanya, peruntukan-peruntukan dalam Auku 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia. "Ia juga mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa," kata Bebas dalam satu kenyataan media hari ini. Bebas menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan. Para ilmuan menurut kenyataan itu mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara. "Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti. "Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan," kata kenyataan itu lagi. |
‘Dedahkan nama penyewa kondo, NFC’ Posted: 22 Nov 2011 02:29 AM PST Jingga 13 mahu Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan nama penyewa unit kondominium yang menyewa pada harga RM70,000 sebulan KUALA LUMPUR: NGO Jingga 13 hari ini mendesak pengerusi eksekutif NFC, Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan nama penyewa kondominium One Menerung. Unit kondominium itu disewakan pada harga RM70, 000 sebulan. "Siapa individu yang menyewa unit kondominium. Sila berikan (dedahkan) dokumen pembayaran kepada umum. Ini duit rakyat, " kata ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa ketika ditemui media sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Laporan polis ini dibuat susulan dari laporan Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) Selangor 10 hari lepas. Fariz turut menjelaskan SPRM telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) untuk siasatan lanjutan. Selain itu Fariz memberitahu bahawa Jingga 13 mahu pihak polis menyiasat skandal ini berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Minggu lepas Jingga 13 turut mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana dikatakan turut bertanggungjawab dalam skandal ini. Biaya umrah Skandal NFC menjadi isu kontroversi berikutan pendedahan di dalam laporan Ketua Audit Negara. Terbaru, PKR mendedahkan bahawa NFC membiayai kos perjalanan umrah pengarahnya, Salleh dan anaknya, Wan Shahibur Azran. Salleh ialah suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Jalil yang juga ketua Wanita Umno. Salleh dipetik media sebagai berkata bahawa pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM 6.9 juta setiap satu adalah keputusan komersial untuk melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala. "Kami beri bukti baru. NFC tidak membeli satu tapi dua unit kondo berjumlah RM13.8 juta. Jumlah RM13.8 juta itu diseleweng oleh keluarga Shahrizat," dakwa Fariz. Fariz membuat laporan polis hari ini berbekalkan kenyataan Salleh sebagai bukti. |
Mais sangkal laporan kewangan tidak diaudit Posted: 22 Nov 2011 02:26 AM PST Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata selama ini majlis itu terima pengiktirafan sijil audit bersih selama ini. PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan Mais tidak perlu diaudit adalah tidak tepat. Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata: "Laporan Kewangan Tahunan Mais Disatukan telah disediakan dan dikemukakan keada Ketua Audit Negara setiap tahun dan Mais selama 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara." "Akaun pengurusan amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut diaudit oleh juruaudit luar sejak 1996 dan audit penilaian strategik dijalankan oleh Price Waterhouse Coopers (PWC) pada 2009," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011. Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam. Rugi RM1.4 bilion Turut dilaporkan adalah titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan semua Adun meluluskan pindaan tersebut tanpa perbahasan di dewan dalam bulan Julai. Seorang Adun yang tidak mahu dinamakan mendakwa bahawa pindaan tersebut menyebabkan kerajaan negeri kehilangan pendapatan sejumlah RM1.4 bilion. Selain itu, sumber tersebut turut menyatakan bahawa sebelum ini pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilantik sebagai setiausaha Mais tetapi pindaan seksyen 16 (1) Enakmen 2003 membolehkan sesiapa sahaja sebagai setiausaha Mais. Adzib mempertahankan titah perintah sultan sebagai selaras dengan kedudukan sebagai ketua agama Islam dan berniat untuk melancarkan perjalanan Dewan Negeri. "Sultan berpuas hati bahawa semua cadangan pindaan sekiranya diluluskan dapat memberikan kebaikan kepada pentadbiran agama Islam dan rakyat beragama Islam," kata Adzib. Adzib turut menjelaskan perbezaan Mais berbanding badan berkanun lain meskipun ia juga sebuah badan berkanun. "Penubuhan Mais adalah di atas kehendak Sultan Selangor selaras dengan peruntukan Fasal (1) Perkara XLVIII Undang-undang Tubuh Selangor 1959. "Mais bertanggungjawab sepenuhnya kepada Sultan Selangor dan tidak tertakluk kepada bidangkuasa jawatankuasa DUN," kata Adzib. "Wang zakat dan fitrah dimasukkan ke dalam Baitulmal dan diagihkan mengikut asnaf dan ia perlu diagih sepenuhnya mengikut tahun semasa. Pengagihan wang zakat dan fitrah perlu dijakankan oleh Mais. Berhubung isu pelantikan setiausaha Mais, Adzib berkata bahawa pindaan dibuat setelah mengambilkira beban tugas san tanggungjawab berat Pengaeah JAIS yang perlu mengawal selia 2,675 kakitangan di seluruh negeri selain 8,000 guru kelas agama di sekolah di Selangor. |
Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court Posted: 22 Nov 2011 02:24 AM PST MALAYSIA KINI Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court. Namun, pengumuman itu juga berkata, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan. Pagi semalam, saham-saham Harvest Court terus melonjak kepada RM1.56, dengan 1.1 juta saham diniagakan, menjadikannya antara kaunter saham paling untung selepas kerugian dua hari lalu. Nazifuddin dan Harvest Court menjadi tumpuan selepas dilaporkan harga saham syarikat itu melonjak kepada paras tertingginya dalam 11 tahun selepas pelantikan anak perdana menteri itu sebagai lembaga pengarah syarikat bulan lalu. Harga sahamnya mencecah RM2.14 minggu lalu, iaitu 2,575 peratus lebih tinggi daripada harga 8 sen yang dicactatkan pada bulan Oktober. Menurut laporan The Edge Financial Daily, pada 8 November lalu, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan beliau dilantik sebagai pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober lalu. Chan dilaporkan mengambil alih kepentingan 13.83 peratus. Nazifuddin, 28, merupakan anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, hasil perkongsian hidupnya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu bercerai pada tahun 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Manakala Chan pula, seorang ahli perniagaan yang aktif di Sabah. Beliau memiliki sebahagian besar saham dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu. Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta. |
Kedai 1Malaysia mungkin diperluas di universiti Posted: 22 Nov 2011 02:14 AM PST MALAYSIA KINI Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan antara pihaknya dan wakil pelajar universiti di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Putrajaya. "Antara perkara yang dibincangkan oleh pihak pelajar dan kami dalam mesyuarat tersebut ialah program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan menu 1Malaysia yang mana kita kemudian pertimbangkan untuk diperluaskan juga dalam universiti. "Ia disambut baik dan kebetulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada dalam mesyuarat tersebut. "Beliau akan cuba melihat bagaimana ia akan dapat dijayakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mohamed Khaled berkata KR1M adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan ia wajar dilaksanakan di dalam universiti. "Kedai Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajan untuk membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi. Ia adalah satu usaha mencerminkan kekuatan kerajaan menghasikan idea meringankan beban rakyat. "Dan mengapa pula universiti perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat ini. Saya tidak lihat mengapa kita tidak boleh perluaskannya" katanya. Sementara itu beliau berkata pihaknya kini sedang memantau keadaan pelajar Malaysia di Mesir menjelang pilihan raya negara itu yang dijangka berlangsung 28 Nov ini. Beliau berkata pihaknya telah menghubungi Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir untuk meminta mereka menasihatkan pelajar Malaysia supaya berhati-hati semasa berhadapan keadaan semasa di sana. "Kita tak tahu apa yang akan terjadi di sana. Keadaan di sana tidak menentu. Mesir akan melalui pilihan raya kali pertama setelah kejatuhan bekas presiden Hosni Mubarak. Kesannya juga kita tak tahu," katanya. Media melaporkan sudah berlaku pertempuran antara pihak berkuasa Mesir dengan para penunjuk perasaan di beberapa bandar semalam.- Bernama |
Kes BERSIH 2.0 pertubuhan haram ditangguh 29 Mac Posted: 22 Nov 2011 02:12 AM PST MALAYSIA KINI Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur akan mendengar pada 29 Mac depan semakan kehakiman yang difailkan gerakan BERSIH 2.0 bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkannya sebagai persatuan tidak sah. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak terbabit di kamar hari ini. Mahkamah dijadualkan mendengar pada hari ini permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu gerakan itu, termasuk Datuk S Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan kerajaan. Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili ketiga-tiga responden, memberitahu pemberita bahawa mahkamah menangguhkan pendengaran selepas meluluskan lanjutan masa yang dipohon jawatankuasa itu bagi menjawab affidavit responden. Pada 28 Sept, jawatankuasa itu diberi kebenaran dari Mahkamah Tinggi bagi semakan kehakiman itu. - Bernama |
Tiada demo bantah 'raja gay' malam ini Posted: 22 Nov 2011 02:08 AM PST Konsert Elton John malam ini di Genting Highland, Pahang, bakal berlangsung tenang apabila Pemuda PAS negeri yang sebelum ini mengkritik keras penganjurannya tidak bercadang mengadakan sebarang demonstrasi. Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim berkata, keputusan tidak berdemonstrasi - menentang apa yang digelarnya sebagai "raja gay" - diambil ekoran kesibukan mereka membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum. "Bagaimanapun kita tetap berpegang dengan pendirian menolaknya. Tetapi oleh kerana keterbatasan dari perlbagai sudut, kita berpegang kepada hadis nabi supaya mencegah kemungkaran dengan kuasa dan jika tidak ada (kuasa), dengan suara," katanya. Pada 14 Oktober lalu, seorang artis gay Amerika Syarikat Adam Lambert sudah menjadi mangsa cemuhan apabila anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam berkumpul menyatakan bantahan terhadap konsertnya. Kumpulan kira-kira 200 itu antaranya mengoyak (gambar bawah) dan memijak poster artis rancangan realiti televisyen American Idol itu. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shahril Azman berkata, walaupun mufti sudah menasihatkan supaya umat Islam tidak terlibat dengan persembahan penyanyi rock itu, tiada jaminan golongan itu tidak dibenarkan hadir. "Kita juga mendapat maklumat, ada sekumpulan gay dari Thailand akan turut hadir. "Elton John ini sudah macam 'raja gay' sedunia," kata Shahril Azman. Menurut Shahril lagi, kecenderungan berlakunya makin banyak program berkaitan masyarakat gay di negeri itu juga membimbangkan apabila ia didakwa sering berulang. Dakwanya, pada penghujung tahun lalu, sebuah majlis melibatkan "mak nyah" diadakan secara tertutup, malah dihadiri "orang kenamaan" yang tidak dinamakan. |
Pemuda PAS siap kumpul 500 jentera utama p'raya Posted: 22 Nov 2011 02:07 AM PST MALAYSIA KINI Dalam rangka menghadapi pilihan raya umum, Pemuda PAS mendakwa telah mengumpulkan hampir 500 petugas "utama" jenteranya di peringkat negeri dan kawasan. "Jentera pemuda PAS di semua peringkat bergerak lancar dengan program-program yang telah disusun untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi muda," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan