Selasa, 22 November 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kroni didahulukan, pencapaian diabaikan - perangai Umno/BN

Posted: 22 Nov 2011 12:31 AM PST


Kalau kerajaan Umno/BN benar-benar melaksanakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, sudah tentu projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) akan di berikan kepada rakyat yang lebih layak dari segi pengalaman dan komitment seperti Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) , seumpamanya.

Tetapi kerajaan Umno/BN lebih mementingkan kroni yang tiada apa-apa pengalaman dengan memberikan kemudahan begitu mudah dan tersangat besar - dana RM250 juta. dan kini sedang menghadapi kegagalan dan kemelut.

Rakyat mempersoalkan kenapa kerajaan gagal untuk memberi layanan yang serupa terhadap para penternak yang sudah lama berpengalaman dalam industri tersebut dan sangat memerlukan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini." Tanya pengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik di sini

Tiada ulasan: