Selasa, 1 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Panas: 400 Lagi 'Saman Felda' Di Chini, Tidak Puas Hati Manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit!

Posted: 01 Nov 2011 07:37 AM PDT

PAHANG DAILY


PEKAN - Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu.

Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran PKR Cabang Pekan di Markas PAS Felda Chini 3 semalam.

Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Hj.Suhaimi Said (foto) berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama.

"Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda.

"Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda,"
tulis Suhaimi di dalam blognya.

Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi.

Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi.

Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia pada tahun hadapan.



Hj.Suhaimi menerima borang yang diberikan oleh wakil peneroka Chini


[Tindakan saman terbaru ini pasti akan membuatkan Felda semakin tertekan sekarang. Bairpun mereka melantik ramai peguam dari kalangan anak-anak peneroka untuk membela nasib peneroka itu sendiri.

Namun, dek kerana kerja-kerja itu dilakukan oleh peguam terbabit dibawah Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) maka peneroka langsung tidak percaya mereka dibela.

Sebaliknya pihak terbabit akan membela Felda itu sendiri. Inilah yang menyebabkan mereka ;
lebih percaya kepada pihak lain termasuk Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman untuk bertindak bagi pihak mereka.

Namun, tidak diketahui, saman terbaru di Chini ini melalui ANAK atau pun dibuat sendiri oleh pihak PKR?. Adalah lebih baik ia dilakukan menerusi NGO dan bukan parti-parti politik, kerana ia nampak lebih adil kepada semua peneroka yang terlibat itu sebenarnya].

Panas: Blogger Papa Gomo Kini Akhirnya Merajuk, Selepas Di Tegur Oleh Pemimpin UMNO BN Sendiri Yang Terlalu Kecewa Terhadap Tulisan Fitnahnya!

Posted: 01 Nov 2011 06:27 AM PDT

PAHANG DAILY


Gara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair.

Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang.

Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi "Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni.

Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".


Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa.

"Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek"
, kata tulisan terbaru di laman blognya.

Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin

Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri.

Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak.

Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.

Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.

Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon. Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut.

[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.

Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.

Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.

Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya.

Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini. Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].

AIR LIUR SHABERY CHEEK!!! Program Kementerian dituduhnya program Kerajaan Selangor

Posted: 01 Nov 2011 06:17 AM PDT

PASPB


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Pusat bawa masuk peninju Israel

SHAH ALAM, 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realitiThe Challenger Muay Thai yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong (gambar).

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

"Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, lapor KeadilanDaily.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

"Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan kaum Israel itu," tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

PEMIMPIN BERCELARU, RAKYAT KELIRU

Posted: 01 Nov 2011 06:00 AM PDT

RONTOG DAILY

Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kemelut PPSMI menjadi bukti kecelaruan perancangan kerajaan, sekaligus cerminan terhadap lemahnya kerajaan BN dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

Memang itulah kenyataannya.

Dan Tuan Ibrahim sekali lagi berkata benar apabila merumuskan bahawa apabila seorang Menteri Pelajaran bertukar, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

Rakan Muda: Dulu gah, sekarang?

Sebenarnya ia tidak hanya terjadi di Kementerian Pelajaran, tetapi di mana-mana juga kementerian, agensi dan apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan. Setiap kali beralih nakhoda, setiap itulah muncul perkara-perkara baru yang akhirnya menghuru-harakan segala-galanya.

Benar seperti kata Tuan Ibrahim, lazimnya perkara-perkara baru itu diketengahkan tanpa perancangan kopi. Ada kalanya hanya bersandarkan ilham yang datang secara spontan. Kesannya ialah serba-serbi yang bersifat tangkap muat.

Tak payahlah tengok jauh-jauh. Tengok saja pada tiga PM terakhir kita. Apabila Pak Lah jadi PM, habis 'dipunggahnya' apa yang telah dirancang oleh Mahathir. Digantikannya dengan idea-ideanya sendiri. Begitu juga bila Najib jadi PM. Habis 'dikerjakannya' segala apa yang dirancang oleh Pak Lah. Islam Hadhari ditinggalkan begitu sahaja – selepas begitu banyak juta dilebur untuk menjayakannya. Maka muncullah 1Malaysia dan sebagainya yang Najib mahu disekutukan dengannya.

Kita percaya banyak dasar yang diperkenalkan oleh Najib akan dimakamkan pula oleh penggantinya suatu hari nanti.

Dan begitulah seterusnya.

Kita faham kebanyakan pemimpin mahu meninggalkan 'signature'nya. Tetapi biarlah berpada-pada. Dalam melaksanakan idea dan dasar baru, tak perlulah dikacau-bilaukan dasar-dasar yang telah diterima pakai. Kalau ada yang longgar, perkemaskanlah. Lebih baik wang rakyat digunakan untuk mengukuhkan yang longgar itu daripada dibazirkan dengan cara merobeknya terus. – HM

Bentuk skuad siber hadapi PRU13

Posted: 01 Nov 2011 05:55 AM PDT

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN


KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu 'alat' memperkasakan kerja-kerja penerangan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.

Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Bagi menjadikan ICT dan Media Baru ini lebih dihargai dan dibudayakan di dalam parti, siaran web radio dan webtv ceramah dan kuliah pimpinan PAS harus dijadualkan secara lebih agresif tidak terhad kepada kuliah Tok Guru Mursyidul Am dari Dewan Zul, Kota Bharu dan Tok Guru Presiden dari Masjid Rusila sahaja.

Bagi tempat yang tiada capaian kepada internet, dicadangkan kaedah mengadakan tayangan 'Wayang Pacak' dengan menggunakan teknologi VCD (video compact disc). Berita yang disiarkan oleh TVPAS hendaklah diperbanyakkan.

PAS sebuah organisasi yang telah mencapai tahap kematangan setelah lebih 60 tahun mengharungi perjuangan tentunya kaya dengan pelbagai data dan maklumat yang tidak disimpan dan diuruskan secara bersepadu.

Bagi memenuhi hasrat ini, proses kerja dan konsep pengurusan moden seperti Total Quality Management (TQM), pengurusan pengetahuan (knowledge management), Organisation Learning, Organisational Restructuring, Process Innovation, Business Process Improvement (BPI), Business Process re-engineering (BPR) dan lain-lain perlu diimplementasikan dan menjadi sebahagian daripada agenda pengurusan ICT.

Inisiatif strategik kepada pembangunan ICT di Kelantan sebagai contoh negeri yang diperintah oleh PAS adalah untuk untuk menjadikan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama sebagai negeri berpengetahuan atau knowledge state (k-state) dirancang menjelang tahun 2015.

Ketiga-tiga elemen ini disasarkan kepada 3 sektor iaitu Sektor Awam (Kerajaan), Sektor Swasta (Perniagaan) dan Sektor Komuniti (Rakyat) Kerangka Strategik Pembangunan ICT Kelantan dibentuk untuk menyediakan satu halatuju strategik pembangunan ICT di Kelantan untuk mencapai visi Membangun Bersama Islam dengan menekankan kepada 3 elemen; iaitu Government to Government (G2G); Govenrment to Community (G2C) dan Government to Business (G2B) di bawah kepimpinan ulama untuk merealisasikan model good governance.

Saya ingin menyarankan Lujnah Penerangan perlu mengusahakan dana yang mencukupi bagi bersaing dalam mendapatkan teknologi media baru ini. PAS mempunyai tenaga manusia yang ramai di semua peringkat negeri dan kawasan serta Dun untuk menjayakan sesuatu tujuan termasuk dalam bidang ICT dan Media Baru ini.

Sungguhpun begitu, tenaga petugas dalam bidang ICT dan Media Baru ini perlu dilatih secara terancang dan sistematik termasuk pimpinan tertinggi parti.

Dalam merealisasikan objektif ICT dan Media Baru, proses-proses pelaksanaannya perlu diambil secara menyeluruh dan konsisten.

Di antara proses perlaksanaan yang dicadangkan adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (change management) untuk mewujudkan budaya kerja yang berasaskan ICT (ICT oriented).

Selain itu, PAS perlu mempromosikan budaya perkongsian maklumat dan ilmu dengan penggunaan teknologi ICT dan Media Baru (contoh: e-mel, FB, Twitter dan lain-lain) sebagai alat untuk berkomunikasi bagi mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ICT di kalangan anggota parti.

Jentera Penerangan dan Jentera ICT adalah dua jentera yang berbeza sebagaimana yang diamalkan sekarang ini, iaitu Lujnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT).

Perkara ini pernah dibincangkan dalam satu Resolusi Bengkel Pemerkasaan e-Media PRU12 pada tahun 2007 yang lepas dengan mencadangkan pembentukan Cyber Squad.

Satu pelan perancangan kerja untuk persediaan PRU13 yang bersepadu dan menyeluruh serta praktikal yang berorientasikan hasil kerja dan realistik dengan mengambil kira tempoh yang ada sebelum PRU13 untuk; i. Menyediakan Petugas (Squad)

ii. Mengenalpasti kemahiran/ kepakaran ICT dan Media yang diperlukan (Squad)

iii. Mengukur kesediaan perkakasan, teknologi dan akses saluran komunikasi (Cyber) Penyebaran maklumat dan bahan-bahan PAS berkaitan PRU- 13 secara bersepadu;

i. Melalui kerjasama yang mantap antara LICT/JITP (penyedia teknologi) dan LPD (penyedia maklumat/bahan sebaran);

ii. Melakukan strategi penyampaian yang tersusun/ tersepadu dari Pusat kepada Negeri dan Kawasan secara formal dan terbuka (kaedah penerangan) serta tidak formal dan tertutup (kaedah saraf) – pelbagai format media (eg. teks, grafik, audio, video, multimedia); pelbagai saluran (eg. Internet,SMS, MMS, CD,
DVD).

DR MOHD FADZLI HASSAN Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kelantan

Bila Tengku Adnan Bersanadkan Kepada MP 9/10

Posted: 01 Nov 2011 05:53 AM PDT

MSO

SEKALI lagi Umno menerusi Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Mansor membaca madah dan gurindam sama untuk memburukkan Pas. Tidak menghairankan kalau madah dan gurindam itu terus dikemundangkan. Dengan madah itu Adnan dan Umno mengharap orang akan membenci dan menjauhi parti Islam itu.

Katanya, Pas ditubuhkan oleh kalangan pemimpin yang kecewa dalam pertandingan untuk memecah belah orang Melayu? Itulah hujan dan keyakinan Adnan. Terlalu keras dan zalim kata-kata itu. Sebagai seorang yang berstatus Setiausaha Agung yang dikira mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kalau pun tidak sampai ke tahap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moo tidak sepatutnya kalau Adnan mahu memburukkan Pas memakai hujah itu. Naif dan dangkal sangat.

Hujah itu samalah dengan hujah, Pak Cu Mat, Dollah penarik kereta, atau pun Mek Nab Tonggek di kampung yang berbahas memburukkan Pas di kedai-kedai kopi ataupun di pasar malam. Mereka mengambil modal lapok itu dan menjadi penyambung lidah syaitan menggunakan hujah yang disumbatkan oleh ketua-ketua cawangan yang tidak berapa tinggi persekolahannya. Bagi mereka itu tidak salah kerana pengetahuan dan ilmu mereka terhad di situ saja.

Tetapi bila Adnan juga menggunakan hujan yang sama, menganggap penubuhan Pas sebagai untuk memecah belah orang Melayu ini bererti kelas atau standard pemikiran setiausaha agung itu dua kali lima sahaja. Patutlah Umno tidak menampakkan kemajuan dalam membanggakan dalam era globalisasi ini. Dengan sikap dan pandangan demikian menyebabkan golongan cerdik pandai akan konfius dan tumpul untuk menyokong Umno.

Seorang yang tidak membaca sejarah, tahu menganalisa sejarah seperti Adnan itu tidak akan tahu hikmah ataupun manfaat di sebalik kewujudan Pas. Kalau dia seorang yang jauh pandangan dan penggali sejarah bangsa dia akan memahami dan kata-kata bahawa Pas diwujudkan untuk memecah belahkan Melayu tidak akan tersembur macam sepah pinang dari mulut Adnan.

Mulanya saya merasa marah dan kesal sangat dengan pandangan Adnan itu. Macam mana seorang Setiasuaha Agung boleh menggunakan hujah demikian. Kedudukan setiausaha agung adalah sebaris dengan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden dalam membuat dasar dan keputusan parti.

Tetapi apabila Adnan mengambil hujah untuk mengesahkan pandangan itu dari kata-kata MP 9/10.. marah saya terubat sedikit. Sebaliknya timbul rasa kesian kerana Adnan tidak cuba membaca kitab politik lebih akurat dan agung dari itu.

Hujah menguat Tengku Adnan untuk mengatakan Pas demikian kerana memakai hujah dan pandangan MP 9/10 terhadap Pas yang menyifatkan Pas mempunyai hukum hududnya sendiri bila mana Pas membentangkan hukum hudud. MP 9/10 itu cuba memesongkan pandangan umum dengan ilmu lawyernya yang pendek dan kemetot.

Adnan nampaknya mempercayai dan menyakini hujah MP 9/10 itu. Lantaran itu beliau meminta suapaya orang Pas memperbetulkan akidah berdasarkan kenyataan MP itu yang menyifatkan hukum hudud yang Pas cuba bentangkan itu sebagai hudud Pas bukan Islam.

Waduh, kenapa begitu cetak untuk Adnan memperakui dan menjadikan pandangan biul MP 9/10 sebagai hujah untuk tolak Pas. Apakah Adnan tidak membaca balasan balas dari pemimpin Pas mengenai ketidaktepatan hujah dan dakwaan MP 9/10 terhadap hukum hudud yang dibentangkan Pas semasa memerintah Terengganu. Kejahilan MP itu sudah dijelas dan selepas itu beliau tidak lagi berani berkokok. Ada malang kalau Adnan menambahkan kebiulan nya mengenai hudud dengan kebiulan MP 9/10 tersebut.

Kalaulah hujah orang demikian dijadikan sanad oleh Adnan untuk memburukkan Pas, entahlah apa jadinya dengan politik Umno dan juga negara ini. Ternyata Adnan mengambil sesuatu iktibar dan pegangan dari orang yang jahil murakab dan naif hujahnya. Saya tidak tahu atas dasar apa kalau Umno masih mengekalkan Adnan sebagai setiasusaha agung kalau bukan daar untuk terus mengekalkan Umno dalam kepompong kejumudannya.

Bukan tidak boleh mengkritik Pas atau mahu mengajak rakyat menolak parti itu, tetapi Adnan kenalah cari hujah yang kuat. Sanadnya pula biarlah sanad yang sahih. Bergatung kepada pewari yang lemah menyebabkan orang akan mentertawakan kita. Tetapi apa dikisah, sebab Adnan juga tampak begitu tohor dalam pemahaman agama dan juga gerakan siasah.

Kalau kita seorang pemain pakau, bermain pakau sajalah jangan sesekali cuba pakaukan politik negara dengan unsur-unsur mungkar itu

Dua Madu Sepakat Khalwat Dengan Lelaki Lain, Suami Pula Yang Kena Jamin

Posted: 01 Nov 2011 05:48 AM PDT

KELAB GREENBOC

Seremban: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini. Gambar Fail

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

"Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

"Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan," katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

"Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram," katanya. -hm

Pasangan Kurang Upaya Ditangkap Khalwat

Posted: 01 Nov 2011 05:44 AM PDT

KELAB GREENBOC

Sepasang pasangan kekasih, yang juga orang kelainan upaya (OKU), dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika sedang berdua- duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, kelmarin.

Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur dan pergi ke Kedah serta menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang bernikah di Thailand.

Difahamkan mereka bertindak untuk menikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap.

Wanita tersebut pula cacat fizikal dan perlu menggunakan kerusi roda.

Pasangan berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur, sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Lelaki berusia 26 tahun dan wanita berumur 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita tersebut sejak 17 Oktober lalu sebelum dicekup berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota jabatan itu memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar pada 9.15 pagi.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Pasangannya sedang berbaring dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha. -hm

Ulasan GB

OKU, seperti juga manusia biasa yang lain, ada perasaaan, ada nafsu.

Justeru, adalah tidak wajar mereka disekat untuk berkahwin yang kemudiannya mereka terjebak dengan penderitaan batin dan akhirnya bertindak melepasi garis syariat.

Sekalipun alasan ibu lelaki itu baik iaitu bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap, namun menghlang beliau berumahtangga adalah sesuatu yang tidak wajar.

Kerajaan UMNO BN Sudah Lama Bersekongkol Dengan Israel

Posted: 01 Nov 2011 05:39 AM PDT

KELAN GREENBOC

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai 'udang disebalik batu'.

Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.

Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

"Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal.

Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, "The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent."

"Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini," dakwa beliau.

Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel.

Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin.

Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

"Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza," katanya yang juga wakil rakyat dari DAP.

Seluruh jentera Pemuda PAS diarah bersiap sedia

Posted: 01 Nov 2011 04:45 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengerahkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara bagi membantu kerja-kerja pemindahan, keselamatan, kecemasan, bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir yang diramal akan melanda tanah air.

Bagi menghadapi musibah ini, seluruh anggota AMAL dan pemuda PAS diarahkan bersiap sedia dengan segala peralatan serta kelengkapan semaksima mungkin. Mereka juga akan membantu pasukan keselamatan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan lain jika tenaga mereka diperlukan. Pengalaman tahun 2006 lalu dimana anggota pemuda PAS mengharung banjir dan berselut lumpur tatkala musibah banjir besar di negeri Johor, Pahang dan Melaka akan dijadikan panduan berharga bagi menghadapi kemungkinan musibah kali ini.

[Gambar - banjir di Terengganu tahun lalu, 2010]

Seramai 10,000 anggota AMAL dan pemuda PAS telah bersedia kali ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. DPPM yakin, hasil dari sentuhan tarbiyah program Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS 2011 yang baru berlangsung pada 28-30 Oktober 2011, segenap pemuda PAS akan turun ke kawasan terlibat dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang upah atau ganjaran.

Dalam pada itu, DPPM memperingatkan pemuda PAS serta rakyat umumnya agar sentiasa menjaga keselamatan diri bagi mengelak pelbagai perkara buruk berlaku. Awasi anak-anak daripada membiarkan mereka mandi di kawasan sungai atau tali air. Jaga kesihatan diri dan anggota keluarga serta mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran jika sakit.

DPPM juga meminta semua Pemuda PAS dan rakyat seluruhnya sentiasa berdoa agar negara ini selamat dari musibah buruk. Mudah-mudahan ramalan kaji cuaca yang meramalkan banjir besar tahun ini tidak berlaku kali ini di negara ini hasil dari doa kita semua.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nadia Mustafa Diarah Bayar RM50 Ribu Kepada Lisdawati

Posted: 01 Nov 2011 04:40 AM PDT

KL POS.COM

KUALA LUMPUR - Pelakon Lisdawati hari ini diberi ganti rugi RM50,000 selepas beliau menang dalam kes saman fitnahnya terhadap pelakon Nadia Mustafa.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali membenarkan saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadap Nadia, berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan juga hujahan peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lisdawati dan Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob yang mewakili Nadia.

Dalam keputusannya Yong Zarida memerintahkan Nadia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000, faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu hari ini sehingga penyelesaian penuh kes dan juga kos skala.

Mahkamah dalam keputusan itu turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.
Bagaimanapun Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir ke mahkamah.

Mengikut pernyataan tuntutan Lisdawati yang difailkan pada 21 April tahun lalu, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan pada keluaran mereka bertarikh 8 hingga 14 Jan 2005.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Bagaimanapun, Nadia dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan artikel itu tidak mempunyai unsur fitnah, sebaliknya meminta supaya orang yang berhutang menjelaskan hutangnya. - BERNAMA

Isu Janda : Umno Perang Sesama Sendiri

Posted: 01 Nov 2011 04:35 AM PDT

malaysiadaily
Peperangan skandal seks dalam Umno demi menjatuhkan lawan dianggap semakin berleluasa apabila seorang janda membuat pendedahan berani yang dikatakan melibatkan seorang Ketua Bahagian Umno di Kelantan baru-baru ini.

Rakaman VCD pengakuan tersebut yang telah mula tersebar di Kelantan itu dikatakan dibuat oleh pihak di dalam Umno sendiri berikutan pihak yang melakukan temuramah tersebut dikenal pasti merupakan ahli Umno.

Demikian menurut penulis politik terkenal yang merupakan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta MSO baru-baru ini setelah menonton VCD pengakuan tersebut.

"Tetapi dari VCD pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno.

"Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka, apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan.

"Kerana saya mempercayai orang yang menjadi tukang interview itu adalah orang Umno, maka saya yakin ia adalah kerja Umno juga," tulis beliau di dalam blognya.

Taktik seks makan diri

Beliau menganggap menggunakan isu seks telah menjadi satu trend politik baru dan kesan yang memakan diri berikutan sikap Umno sebelum ini yang dikatakan telah mencipta video lucah bagi memburukkan tokoh tertentu tidak berapa lama dahulu.

"Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini.

"Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orang Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri," menurutnya.

Sayuti juga mendakwa bahawa beliau amat yakin dapat mengecam individu yang melakukan temuramah di dalam rakaman pengakuan janda dirogol tersebut.

"Suara sang interview janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakon dalam sebuah komedi pada tahun 90-an.

"Kalau diminta untuk membuat kawad cam, saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantara itu," tulis beliau lagi.

Dirogol hingga mengandung

Dalam pendedahan tersebut, janda yang dikatakan sebagai mangsa itu mendakwa beliau telah dirogol oleh individu berpengaruh terbabit di sebuah hotel di Golok sehingga menyebabkan beliau mengandung.

"Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok.

"Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel, sebaik masuk bilik hotel, ketua bahagian terus membuka seluar, baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya.

"Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah.

"(Selepas itu) saya memberi tahu kepada dia mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia orang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak, dia minta saya menggugurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu," dakwa wanita itu dipetik dari blog terbabit.

Sayuti juga difahamkan bahawa wang RM600 itu telah diberi melalui seorang wanita lain yang mempunyai kaitan dengan sebuah NGO terkenal di Kelantan yang dipimpin oleh seorang Ahli Parlimen yang pernah melompat parti.

"Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan NGO yang terkenal di Kelantan suatu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat," menurut beliau.

Wanita tersebut juga mendakwa selain beliau, beberapa wanita lain pernah menjadi mangsa nafsu buas pemimpin Umno terbabit tanpa mengira samada berstatus isteri orang mahupun anak dara termasuklah seorang isteri serta anaknya sekali.

"Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini, termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali, siang dipikul anak, malam dia gendung emak," kata wanita di dalam rakaman pengakuan itu lagi. -FMT

PPSMI tidak jamin Malaysia jadi negara maju

Posted: 31 Oct 2011 10:36 PM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin negara ini maju.

"Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju.

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.

Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kroni-kroni mereka.

"Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan pihak yang mempunyai kepakaran," ujarnya.

Menurutnya dasar itu dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta buku-buku teks yang tidak disiapkan.

Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima perlaksanaan tersebut.

"Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa," sambungnya lagi

Azmin memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti akan bersetuju.

Usul potong gaji PM esok

Posted: 31 Oct 2011 10:32 PM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Pakatan Rakyat akan membahaskan satu usul agar gaji Perdana Menteri dipotong sebulan.

Beliau memberitahu usul di bawah peraturan mesyuarat 66(9) dalam perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri itu telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat pada 27 Oktober yang lepas.

"Merujuk kepada Peraturan mesyuarat tersebut, saya telah mengemukakan usul supaya mesyuarat ditangguhkan untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.

"Usul tersebut akan dibahaskan esok 2 November jam 11.30 pagi," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen, pagi ini.

Tambah Tian lagi, usul tersebut memohon agar perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM22,826.65.

"Pengurangan perbelanjaan itu daripada perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 6 di bawah Jabatan Perdana Menteri Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.

"Kita menggemukakan usul tersebut apabila melihat beberapa kepincangan berlaku mahupun kelemahan dalam pentadbiran beliau sejak Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri," sambungnya lagi.

Tian juga menjelaskan usul tersebut sebenarnya secara tidak langsung akan mewujudkan undi tidak percaya kepada Najib walaupun kita melihat pemotongan sebulan gaji hanyalah perkara yang kecil padanya.

"Terdapat perkara-perkara yang akan dibahasakan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mangambil bahagian esok dan di antaranya adalah isu pentadbiran beliau yang amat lemah sehingga hutang negara meningkat 51 peratus dari had yang ditetapkan.

"Selain itu juga kadar inflasi yang tinggi telah wujud sejak beliau menjadi Perdana Menteri, yang mana rakyat terus terbeban dengan ekonomi dan kenaikan harga barang tetapi yang amat menyedihkan beliau tetap berbelanja besar setiap beliau dan isteri mengadakan lawatan keluar negara.

"Dalam pada itu kita melihat budaya fitnah dan juga politik kotor menjadi amalan dalam pentadbirannya seperti isu video lucah fitnah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan baru-baru ini fitnah anak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sehinggakan pemimpin kanan Umno juga turut melibatkan fitnah," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tian memberitahu sebenarnya potongan gaji sebulan itu tidak menjejaskan pendapatan beliau mahupun pentadbirannya tetapi ia memberi isyarat kepada Najib agar lebih berhati-hati dalam urusan perbelanjaan dan juga bersikap telus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Kemelut PPSMI bukti kerajaan BN lemah

Posted: 31 Oct 2011 10:31 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.

"Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun," selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.

"Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang," sindir beliau.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau.

PM bukan Melayu: Najib cuba tonjolkan imej perkauman Muhyiddin

Posted: 31 Oct 2011 05:17 PM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Pemimpin kanan Umno Nazri Aziz layak diberi pujian kerana berani berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia tidak semestinya orang Melayu. Agak radikal kenyataan Nazri itu Akan tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meragui keikhlasan tersebut dan percaya mungkin ada udang disebalik batu dalam ucapan beliau.

Agak mengembirakan apabila kita dengar kenyataan sebegini daripada Nazri yang merupakan menteri kabinet kanan dan ramai pula menganggapnya sebagai menjadi jurucakap Najib. Tetapi saya percaya ini hanyalah pendapat peribadi Nazri yang bertujuan mengelirukan orang ramai kerana Umno sering 'cakap tak serupa bikin'. Lihat sahaja rekod mereka masa lalu, "Kata ahli Parlimen Taiping; Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

"Malah, saya cabar Nazri untuk berkata demikian pada perhimpunan agung UMNO yang akan datang. Nazri mungkin seorang yang radikal tetapi adalah lebih baik untuk meminta pandangan Muhyiddin terlebih dahulu."

Ucapkanlah di perhimpunan Umno

Nazri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan Parlimen, memberitahu akhbar kewangan tempatan bahawa lelaki yang terbaik berhak mendapat jawatan itu tanpa mengira warna kulit.Jika Nazri berani untuk mengulangi kenyataan itu di mesyuarat Umno tahunan yang dijangka akan diadakan pada Disember ini, kemungkinan besar akan ada suara-suara yang mendesak agar beliau ditendang keluar dari parti nasionalis Melayu tersebut.

Umno telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1957 dan tidak mempunyai rancangan untuk menyerahkan dominasi politik tersebut kepada kaum lain. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sendiri telah berikrar untuk mempertahankan kerajaan persekutuan tanpa mengira kos termasuk "menghancurkan tulang", "kehilangan nyawa" dan "pembersihan etnik". Bagi beliau, untuk menyerahkan tugas itu dan juga akses kepada dana negara kepada pihak lain, apatah lagi daripada kumpulan minority merupakan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

"Sekiranya terjadi calon yang terbaik untuk jawatan itu bukan seorang Melayu maka saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya tidak boleh berkata, 'Saya rakyat Malaysia dahulu tetapi Perdana Menteri mesti Melayu.' Anda tidak boleh dapatkan segala-galanya, " kenyataan Nazri yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily.

Ambil hati rakyat, Najib sehingga kini senyap mengenai isu Melayu 'pertama'

Nazri merujuk kepada komen beliau sebelum ini berikutan kekecohan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2010. Muhyiddin dianggap bersikap perkauman oleh ramai rakyat Malaysia. Beliau telah mengecewakan rakyat bukan Melayu di negara ini dengan menegaskan bahawa dia adalah Melayu yang pertama dan seterusnya orang Malaysia.

Untuk memadamkan api tersebut, Nazri menjadi menteri Umno yang pertama mengisytiharkan diri beliau sebagai orang Malaysia yang pertama dan kemudian Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia Najib, walaupun pandangan Najib sendiri mengenai itu agak kabur. Sehingga kini, PM cuba menangkis isu itu dengan berkata tidak kira jika dia Melayu pertama atau Melayu kemudian, pokoknya, semua kaum akan terpelihara dibawah pentadbiran beliau.

"Jelas Nazri sedang cuba mendapatkan sokongan rakyat. Jika BN serius tentang politik tanpa batasan kaum,mereka akan menhalang Utusan yang agak melampau itu yang dianggap sebagai mulut dan agen penyebar propaganda BN. BN dilihat sebagai tenggelam bersama politik perkauman. Mereka menahan negara kita daripada politik progresif yang berasaskan isu; mereka akhirnya akan jatuh dari kuasa kerana kejahilan terhadap sejarah dan akan dipulau oleh rakyat negara ini, "naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

"Kata-kata Nazri memang benar dalam erti kata undang-undang tetapi akankah Umno menyerahkan jawatan itu kepada bukan Melayu? Itulah Ujian asid sebenar dan saya pasti kita semua tahu jawapannya," M Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata kepada Malaysia Chronicle.

Aliran dalam politik dan minta sokongan

Terdapat juga ketegangan politik di antara Najib dan Muhyiddin, yang dijangka mencabar Najib untuk jawatan tertinggi Umno tahun depan. Untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam Umno, yang merupakan parti politik Melayu terbesar di negara ini, Muhyiddin baru-baru ini telah menutup pintu rundingan untuk pelajar memilih untuk belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Pada hujung minggu lepas, Muhyiddin juga menolak sistem dwi atas alasan ia boleh menyebabkan kacau-bilau atau gangguan oleh ibu bapa yang mahu Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar untuk anak-anak mereka. Muhyiddin dan beberapa kumpulan Melayu lain juga dituduh sebagai takut untuk bersaing dan cuba memperjudikan masa depan anak-anak mereka demi kepentingan politik.

Najib juga telah ditegur kerana tidak ada keberanian untuk melaksanakan reformasi yang sering disebut-sebutnya termasuk Model Ekonomi Baru yang berasaskan keperluan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang berorientasikan kaum. Tetapi dia tahu yang kini dia boleh mendapat sokongan bukan Melayu jika dia berjaya menangkis Muhyiddin yang semakin berpengaruh.

TPM mendapat sokongan dengan memainkan politik perkauman dengan orang Melayu dan Najib cuba mendapatkan rakan-rakan Umnonya yang lain untuk menolak timbalannya atas dasar Muhyiddin tidak disukai oleh orang bukan Melayu dan dengan itu tidak layak untuk menjadi PM kerana tidak berupaya untuk menyatukan kaum .

PM vs TPM: Lukisan perbandingan

Sementara itu, seolah-olah untuk mengukuhkan lagi hujahnya, Nazri menegaskan bahawa adalah penting bagi seorang pemimpin Melayu untuk merangkumkan semua pihak kerana pemimpin bukan Melayu akan menghadapi kesukaran untuk menembusi pengundi Melayu. Dia tidak pula menyebut bahawa ini adalah disebabkan oleh dasar pecah dan pemerintahan Umno itu sendiri .

"Seseorang haruslah menjadi peneraju dan adalah sangat penting bagi seorang pemimpin Melayu untuk tampil ke hadapan. Jika seorang pemimpin Cina atau seorang pemimpin India datang ke hadapan, ia tidak akan mengubah negara ini kerana mereka bukan masyarakat majoriti. Oleh itu, pemimpin-pemimpin Melayu mesti menerajui. Selepas 50 tahun, kita harus menerima antara satu sama lain, "kata Nazri.

Mungkin Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham merumuskan hal ini dengan cara terbaik.

"Nazri sedang bercakap tentang suatu kemungkinan yang terlalu jauh dan oleh itu ia tidak penting. Dia sedang dalam usaha menipu orang ramai. Kami cabar beliau untuk memberi layanan sama rata kepada semua kaum dan jangan hanya bercakap sahaja. Mulakan dengan berkata 'Tidak' kepada harga yang berlainan bagi rumah-rumah untuk pembeli Melayu dan bukan Melayu. Buka semua projek kerajaan kepada semua kaum. Jika beliau dan Najib tidak boleh berbuat demikian, mereka tidak ikhlas dan hanyalah bermain politik untuk kepentingan mereka sendiri, "kata Ngeh kepada Malaysia Chronicle.

AUKU: DAPSY alu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan, tempelak hipokrasi Pemuda MCA

Posted: 31 Oct 2011 05:15 PM PDT

Loke Siew Fook


DAPSY mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara. Keputusan ini adalah satu kemenangan moral kepada kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia yang telah lama memperjuangkan pemansuhan AUKU. Empat pelajar UKM yang membawa kes mereka ke mahkamah sehingga terhasilnya keputusan ini perlu dipuji di atas keberanian dan semangat perjuangan mereka yang cukup tinggi.

DAPSY juga bersetuju dan menyokong saranan pertubuhan pelajar GAMIS yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan serta merta. Sememangnya AUKU perlu dimansuhkan seperti ISA dan mengembalikan autonomi dan kebebasan akademik kepada pihak universiti. AUKU telah lama mengongkong pemikiran mahasiswa tempatan dan melenyapkan budaya pemikiran kritis di kampus-kampus universiti awam.

Namun, hipokrasi politik Pemuda MCA cukup terserlah dalam kenyataan Ketua Pemudanya Wee Ka Siong yang mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini. Ka Siong mengatakan Pemuda MCA konsisten dalam pendirian mereka selama ini yang menuntut supaya Seksyen 15 AUKU dibatalkan. Saya ingin mengingatkan Ka Siong semasa Rang Undang-undang untuk meminda AUKU dibahaskan di Parlimen pada tahun 2008, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen MCA yang memperjuangkan supaya Seksyen 15 AUKU dibatalkan. Malah, cadangan-cadangan untuk meminda Seksyen 15 oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di peringkat Jawatankuasa juga ditentang oleh Ahli Parlimen BN termasuk MCA.

DAPSY akan terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan kami akan menyokong segala usaha yang dibawa oleh gerakan mahasiswa untuk menghapuskan AUKU. Malah, pemansuhan AUKU merupakan salah satu agenda utama Pakatan Rakyat sekiranya kita mendapat mandat rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU yang ke-13 nanti.

*Kenyataan media oleh Loke Siew Fook (gambar kanan) selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah.

‘Muhyiddin, nasihatkan blog pro-Umno’

Posted: 31 Oct 2011 05:11 PM PDT

Ini perlu kerana penulis blog pro Umno turut memberi kesan terhadap imej Umno-Barisan Nasional.




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.

Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat.

Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.

Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang mendakwa bahawa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan berdepan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di dalam pilihan raya umum ke 13.

Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan hala tuju dan kerelevanan parti tersebut.

Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.

Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu.

Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi Umno, Umno Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-Umno-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.

Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog Umno lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan Umno-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.

Lihat juga:

Koh nafi laporan blog, cabar Guan Eng dalam pilihan raya

Hina hudud: Laporan polis terhadap Soi Lek

Posted: 31 Oct 2011 05:09 PM PDT

Kenyataan Presiden MCA itu juga mampu menghasut masyarakat bukan Islam lainnya untuk membenci hudud.



KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mengemukakan laporan polis berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dikatakan menghina hukum hudud.

Chua dalam kenyataan dipetik akhbar The Star 29 Oktober lalu berkata hukum hudud akan menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur asing.

Menyifatkannya sebagai biadap, Koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata kenyataan itu mengguris perasaan apabila seorang rakyat bukan Islam dengan mudahnya mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di sebuah negara yang majoritinya Islam dan mengaku menjadi model negara Islam.

Katanya, kenyataan Presiden MCA itu juga mampu menghasut masyarakat bukan Islam lainnya untuk membenci hudud.

Malah kedudukannya sebagai presiden parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan menyebabkan salah faham besar antara agama dan kaum.

Rusuhan kaum, agama


"Kami khuatir kenyataan Chua itu akan menimbulkan kebencian agama dan kaum, selain menggugat dan mengancam keharmonian negara.

"Chua juga perlu serta merta memohon maaf atas kebiadapan itu kepada seluruh umat Islam di negara ini," katanya.

Laporan itu dibuat wakil Jingga 13 Mohd Khairul Zaman Khairan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau turut mendesak supaya akhbar The Star digantung lesen penerbitannya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas sifat melulu dan tidak profesional ketua pengarangnya menyiarkan artikel sedemikian tanpa usul periksa.

"Kami mendesak Chua supaya mohon maaf secara terbuka kerana telah menghina Islam sebagai agama rasmi dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama," katanya.

Katanya, masa 48 jam diberikan kepada Chua sebelum pihaknya mengemukakan memorandum di hadapan Pejabat MCA di sini Rabu depan.

Sementara itu, Fariz turut menyelar Umno yang selama ini bersikap diam diri apabila Chua mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kalau mereka boleh adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk mempertahan akidah umat Islam dari murtad saya minta mereka jangan bersikap pilih kasih dalam hal ini," katanya.

Bubar Balkis: K'jaan S'gor tak ada locus standi

Posted: 31 Oct 2011 05:06 PM PDT

MALAYSIA KINI

Kerajaan Selangor dan lapan orang lain tidak ada locus standi untuk mengetepikan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubar dan membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri-isteri ADUN dan ahli parlimen Selangor (Balkis).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar dalam kamar permohonan semakan kehakiman yangd difailkan oleh 10 pemohon -- kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd -- mencabar keputusan ROS.

Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi, yang mewakili ROS memberitahu media bahawa sembilan pemohon itu hanya mencabar keputusan ROS berdasarkan bahawa mereka ada kepentingan peribadi sepenuhnya terhadap keputusan tersebut kerana dana mereka secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang ke arah aktiviti sosial Balkis.

"Sehubungan itu, kita menghuraikan bahawa pemohon-pemohon itu kecuali Salbiah, hanya sebagai penyumbang kewangan kepada Balkis, gagal membuktikan hak perundangan mereka dan dengan itu, mereka tidak ada locus standi untuk menerima sebarang perintah daripada mahkamah mengenai pembubaran dan pembatalan Balkis," katanya.

Sementara itu Peguam Derek Fernandez dan S Selvarajah memberitahu pemberita bahawa mereka telah memberikan hujah bahawa notis untuk membubarkan Balkis tidak pernah disebut dalam agenda mesyuarat semasa mesyuarat untuk membubarkan Balkis.

Fernandez juga berkata mengikut undang-undang Menteri Dalam Negeri boleh mengecualikan pembubaran Balkis mengikut peruntukan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, tetapi dalam kes ini, beliau berkata, menteri telah melakukan kebelakangan, setelah akta itu dibuat.

Beliau berkata ROS hanya membatalkan pendaftaran Balkis pada 11 Feb, 2009 tetapi surat pengecualian bertarikh 20 Mac, 2009.

Fernandez juga memberitahu bahawa Hakim Datuk Rohana Yusuf dijadual memberikan keputusan pada 30 Nov.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Abdul Khalid mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohoan antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan ROS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis). - Bernama

Sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara

Posted: 31 Oct 2011 05:03 PM PDT

MALAYSIA KINI

Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sehingga April tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata angka itu dikeluarkan Bank Dunia berikutan kajian bersama dengan Unit Perancang Ekonomi JPM.

azlanBeliau berkata, penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah langkah tepat dalam usaha menarik mereka untuk kembali berkhidmat di tanah air.

"Antara usaha TalentCorp untuk menjangkau golongan ekspatriat Malaysia yang masih bekerja di luar negara termasuk pelaksanaan program Returning Expert Programme (REP)," katanya ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai warga Malaysia berkenaan.

Katanya, bagi mereka yang masih ingin bekerja di luar negara, TalentCorp berusaha membina jaringan profesional dengan mereka untuk mengketengahkan peluang pekerjaan serta menggunakan kepakaran dan jaringan mereka di luar negara yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi negara.

"TalentCorp menjalankan sesi temu seru bagi membina jaringan dengan warga Malaysia di luar negara, termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.

Devamany berkata, golongan itu dianggap penting kerana mereka turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar melalui wang yang dihantar pulang.- Bernama

Isu Kg 'Buah Dada': Gobala diarah keluar Dewan Rakyat

Posted: 31 Oct 2011 05:02 PM PDT

MALAYSIA KINI

Bekas ahli parlimen PKR, N Gobalakrishnan (Bebas - Padang Serai) dihalau keluar Dewan Rakyat oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas menimbulkan kekecohan pagi ini.

NONEIa berikutan perbalahan di antara ahli parlimen itu yang tercetus setelah Gobalakrishnan mencelah ucapan oleh ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh yang menuntut satu perjelasan daripada speaker berhubung satu usulnya yang ditolak.

Usul berkenaan yang ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) adalah berhubung permohonannya kepada Dewan supaya mengambil tindakan ke atas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung satu tulisan di laman Twitter.

Tangkapan JAIS: Mahkamah batal saman pengikut Syiah

Posted: 31 Oct 2011 05:00 PM PDT

MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu, terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JJAIS) dan badan itu.

Hakim Datuk VT Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah JAIS Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS bagi membatalkan saman itu.

Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan.

Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Dis tahun lalu yang kemudiannya disiarkan Utusan Malaysia pada 17 Dis, tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.

Hakim Singham berkata kenyataan itu juga tidak pernah merujuk bahawa Mohd Kamilzuhairi adalah seorang anggota atau ketua kumpulan Syiah, dan ia hanya merujuk kepada satu kumpulan ajaran Syiah sahaja.

"Oleh itu, kenyataan tersebut tidak boleh dianggap atau dibuat sebarang andaian merujuk kepada plaintif (Mohd Kamilzuhairi) melainkan plaintif sendiri yang merasakan ia merujuk kepadanya," katanya.

Beliau berkata jika kenyataan itu dibaca secara keseluruhan, pembaca tidak akan merujuknya kepada plaintif. Bagaimanapun, Hakim Singham berkata plaintif sendiri dalam pernyataan tuntutannya mengakui beliau adalah pengikut ajaran Syiah.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada apa-apa asas yang boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada plaintif atau mana-mana individu," katanya.

Hakim Singham juga memutuskan saman yang difailkan Mohd Kamilzuhairi itu tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Hakim itu juga memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos berjumlah RM3,500 kepada kedua-dua defendan berkenaan.
Dalam samannya, Mohd Kamilzuhairi mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Dis 2010, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Dis.

Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Mohd Kamilzuhairi mendakwa kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan JAIS terhadap markas Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 15 Dis tahun lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat.
- Bernama

53,300 lembu disediakan untuk ibadah korban

Posted: 31 Oct 2011 04:58 PM PDT


MALAYSIA KINI

Bekalan lembu hidup dijangka mencukupi untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin.

Beliau berkata, sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan untuk tujuan itu dengan 47,000 lembu daging hidup diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya adalah sumber dari dalam negara.

NONE"Lembu-lembu dari Thailand dan Australia diimport oleh syarikat-syarikat yang telah diberi permit, manakala lembu hidup dalaman adalah dari projek-projek integrasi Felda dan RISDA di seluruh negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai harga ayam, daging lembu dan kambing di pasaran runcit sempena sambutan Aidiladha ini, Aziz berkata, harga yang ditetapkan dijangka stabil sehingga tiba musim perayaan itu kerana persediaan awal dan bekalan yang mencukupi sudah dilaksanakan untuk menampung permintaan pengguna.

Menurutnya harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram, daging kerbau India RM12 sekilogram, daging kambing tempatan RM32 sekilogram, manakala harga daging kambing import adalah RM28 sekilogram.- Bernama

Wakil BN persoal 'kejayaan' P Pinang kurangkan hutang

Posted: 31 Oct 2011 04:52 PM PDT

MALAYSIA KINI

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa "kejayaan" kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

NONE"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?" kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.

Isnin lalu, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.

Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.

"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: