Selasa, 1 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerana Tibai Wang Zakat, Bekas Amil Dihukum Penjara 4 Tahun, 3 Sebatan

Posted: 01 Nov 2011 12:30 AM PDT


Saya petik:
[SH] KULAIJAYA - Gara-gara melakukan pecah amanah wang zakat bernilai RM19,510, seorang Amil terpaksa meringkuk selama empat tahun di penjara dan menerima tiga sebatan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zaiton Anuar terhadap tertuduh, Redzuan Mohd Said, 28, yang merupakan bekas imam sebuah masjid di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

P/s: Aduhai!!!

Cantik "Jambul" Bakal Hajah

Posted: 31 Oct 2011 11:00 PM PDT



Rata-rata blog pencacai mengharapkan PM Najib dan Rosmah memperoleh haji mabrur. Ada juga yang membidas orang tertentu yang menunjuk muka di lapangan terbang ketika delegasi Najib berangkat ke Makkah. Kata mereka, golongan ini kaki bodek. Biasalah, PRU13 sudah dekat. Kalau betul ramalan sesetengah orang, PRU13 akan diadakan  pada bulan Disember ini, paling lambat pun sekitar Mac tahun depan.

Oleh sebab masa semakin suntuk, maka orang yang mengangkat dirinya sebagai "calon boleh menang" akan mendekati Najib serapat yang boleh.

Menurut media, Najib akan berada di Makkah sehingga 9 November ini ditemani isteri beliau,  Rosmah Mansor dan adiknya Mohamed Nazim Tun Razak. Rombongan Perdana Menteri akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah terlebih dahulu sebelum berangkat ke Makkah bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Yang menarik perhatian banyak orang ialah "jambul" Rosmah. Walaupun sudah bertekad untuk mengerjakan haji, namun cara dia menutup aurat masih seperti biasa. Apakah selepas menunaikan haji, jambul Rosmah masih kelihatan seperti biasa? Banyak orang kata "ya", tetapi siapa yang tahu jika keadaan berlaku sebaliknya. -DCM



Penghakiman AUKU Tidak Sah di Sisi Perlembagaan MUNGKIN Diterbalikkan di Mahkamah Persekutuan

Posted: 31 Oct 2011 10:01 PM PDT


TMI sebelum ini melaporkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 31/10 memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini.

Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.

Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing.

Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduhan awal Ogos 2010.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang. Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010.

Bagi mengulas penghakiman tersebut, Prof Dr Aziz Bari memberikan amaran bahawa kegembiraan itu mungkin tidak lama.

"Fakta yang masih kekal, keputusan yang baik ini mungkin akan diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini," jelasnya kepada Malaysia Kini. -DCM

Noh Omar AKUI Projek Feedlot RM73j Milik Keluarga Shahrizat

Posted: 31 Oct 2011 09:00 PM PDT


Saya petik:

[MK] Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun, Noh  menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.


P/s: Noh Omar menyatakan bahawa projek ini tidak diberi secara direct nego, tetapi secara tender terhad yang melibatkan beberapa syarikat termasuklah syarikat milik keluarga Sharizat. Penglibatan enam buah syarikat lain itu menjadi modal untuk mempertahankan keputusan kementeriannya memilih syarikat milik keluarga Sharizat. 

Apalah dangkalnya alasan pak menteri ini! Sudah tentulah pemilihan syarikat milik keluarga Sharizat salah kerana menteri bertaraf senator ini mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut serta pengaruh dalam pemilihan tender tersebut. Pusing atau spin macam mana pun, pemilihan syarikat yang ada kaitan dengan menteri atau orang berkepentingan untuk mendapatkan projek kerajaan adalah tidak beretika dan dilihat mempunyai unsur kronisme dan nepotisme!

Apabila Noh Omar mengatakan bahawa kerajaan sukar mengambil tindakan terhadap syarikat dari Australia kerana tidak mempunyai perjanjian MENYERLAHKAN kebingaian kerajaan BN dalam isu seperti ini sejak zaman-berzaman!



Budak Darjah 1 dan 2 Dalang Pecah Rumah

Posted: 31 Oct 2011 08:08 PM PDT


Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. 

Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

"Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

"Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. 

Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. 

"Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

P/s: PARAH!


WOW, 2 Madu Sepakat Khalwat dengan Seorang Lelaki!!!

Posted: 31 Oct 2011 07:15 PM PDT


Saya petik:

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

"Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

"Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan," katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

"Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram," katanya.


P/s: GILA!!!


Tiada ulasan: