Selasa, 1 November 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


FIQH TALIBAN vs FIQH WASATI [2]

Posted: 01 Nov 2011 01:14 PM PDT


[5]

Antara perkara menarik yang diungkapkanoleh Dr Yusuf al-Qaradhawi terhadap pihak Taliban adalah Qaradhawi berkata;

 "tindakan Taliban meruntuhkan Patung Buddhaakan memberi Implikasi yang lebih bahaya kepada umat Islam sejagat, terutama ditempat yang bilangan umat Islam sedikit; yang tinggal dikalangan masyarakatBuddha. Kamu (wahai Taliban) telah bermusuh dengan Barat; amerika dan eropah,mengapa kamu bermusuh juga dengan timur, walhal bilangan mereka banyak? Kenapakamu bermusuh dengan Jepun dan Cina, walhal kamu perlu kepada mereka dari sudutekonomi dan politik"

Dalam huraian al-Qaradhawi itulagi, beliau menyatakan seperti berikut;
         
"Fiqh itu bukan sekadar menjagamaksud yang ada dalam Hasyiah (syarah terhadap syarah) dan Matan, tetapihendaklah diperhatikan pada Maalat (melayu : Implikasi) terhadap sesuatutindakan dan apa yang bakal terjadi selepas itu"

[6]

Secara peribadi, aku menilaiperbedaan antara fiqh Taliban dari Fiqh wasati adalah seperti berikut;

Pertama : Fiqh Taliban tidakmemikirkan Maalat al-Af'al.

Dalam kandungan syariat, amatditekankan juga tentang implikasi. Tanpa melihat kepada implikasi, ia akanmengakibatkan objektif syariat tidak tercapai. Ekoran itu, kita dapat melihatbahawa sebilangan ulama mazhab mementingkan implikasi terhadap sesuatuperbuatan sehingga memasukkannya sebagai salah satu elemen penting dalam hukum.

Ini dapat dilihat pada definisihukum dalam mazhab Hanafi. Ini kerana, definisi hukum syarak di sisi merekaadalah, tidak semata-mata bermaksud harus atautaat sahaja, tetapi ia perlu dilihat kepada kesan perbuatan syarak atau perludilihat kepada tujuan akhir. (ta'lil maqasidi)

Denganerti kata yang lain, dalam mazhab hanafi, ia mesti wajib, sunat dan harus,tetapi perlu dilihat kepada maqasid dan maalat al-afal (implikasi).

Malahan,ada sebilangan ulama-ulama dalam mazhab selain hanafi juga memandang pentingnyaimplikasi dalam fiqh. Antaranya adalah al-Imam al-Mawardi. Beliau adamenyatakan;

"Setiaptindakan yang menyebabkan tidak tercapai kepada tujuan akhir, maka tindakan itubatal" (Al-Hawi Kabir)

Turut memandang kepentinganmelihat kepada implikasi ini adalah al-Imam as-Syatibi. Ini kerana, beliau adamenyatakan;

"Melihat kepada implikasiterhadap segala perbuatan adalah perkara yang diperakui dan merupakan tujuansecara syarak, sama ada perbuatan itu bersifat muwafaqat (melayu : selari) ataubersifat mukhalafah (melayu : menyalahi/tidak selari). Demikian itu adalahbahawa mujtahid tidak boleh berhukum terhadap sesuatu perbuatan dariperbuatan-perbuatan yang disandarkan kepada mukallaf (melayu : orang yangdiberati hukum) dengan mereka melaksanakan (sesuatu tuntutan hukum) kecualiselepas melihat kepada kesan (atau : implikasi) terhadap perbuatan tersebut"(al-Muwafaqat)

Dalil-dalil terhadap perkara iniadalah seperti berikut;

Antara dalil-dalil bersumber darinas dalam menyatakan bahawa wujudnya fiqh maalat al-'af'al ini adalah sepertiberikut;

Pertama:

Firman Allah;
"Dan janganlahkamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena merekananti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan" (SurahAl-an'am : 108)

Dari sudut hukum asal, memakisembahan-sembahan selain Allah adalah dibenarkan. Namun begitu, dibimbangi iamemberi implikasi yang buruk disebalik memaki sembahan-sembahan itu, iaitumenerima makian balas terhadap Allah SWT dari mereka, maka perkara itu diharamkanoleh Allah SWT.

Kedua;

Daripada Abdullah bin Amr berkatabahawa Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sebahagian dari dosa besar itu adalahseseorang itu memaki kedua ibu bapanya". Nabi Muhammad SAW ditanya, "Bagaimanamungkin wujud orang yang memaki kedua ibu bapanya?". Berkata Nabi Muhammad SAW,"Seseorang memaki bapa seseorang yang lain, lalu dia memaki balik bapanya danmemaki balik ibunya".(Bukhari)

Dalam hadis ini, kelihatan NabiMuhammad SAW melarang seseorang memaki ibu bapa temannya. Larangan itu keranamelihat kepada implikasi yang bakal diterima, iaitu seperti memaki ibu bapanyasendiri.

Kedua : mereka tidak membedakanantara Tasyrik dan Tanfiz

Jika diperhatikan kepadakandungan fatwa-fatwa ulama salaf mahupun khalaf, didapati bahawa fatwa merekatidak terlepas dari dua tahapan, iaitu tasyrik dan tanfiz.

Sepertimana yang kita tahu,syariat ini telah dilengkapkan dan disempurnakan oleh Allah SWT. Mengingkariperkara ini hakikatnya mengingkari firman Allah SWT yang menyatakan hal ini.

FirmanAllah;
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu"(Al-Maidah : 3)

Dalammenafsirkan ayat ini, Ibnu Abbas menyatakan;

"(sempurnaitu) adalah Islam. Allah SWT memberitahu kepada Nabi-Nya SAW dan orang mukminbahawa Allah SWT telah sempurnakan untuk mereka keimanan mereka. Tidak perlukepada penambahan sampai bila-bila pun. Allah SWT telah lengkapkan, tanpa perludikurangkan lagi sampai bila-bila" (Ibnu Kathir)

Ada dari satu sudut lagi perkarayang perlu dibincangkan adalah dari sudut perlaksanaan (arab : tanfiz). Dalamistilah yang lain, digunakan juga dengan istilah tanzil dan tatbiq. (fiAl-Ijtihad Tanzili)

Dari sudut perlaksanaan (arab :tanfiz, tanzil atau tatbiq), ia memerlukan kepada ijtihad juga. Ekoran itu, DrBasyir bin Maulud Jahish telah mengklasifikasikan perkara ijtihad ini kepadadua, iaitu seperti berikut;

Pertama : Al-ijtihad fi al-Fahm
Kedua : Al-Ijtihad fi At-Tatbiq(Diguna juga : at-Tanzil)

Dalam mendefinisikan maksudal-Ijtihad fi al-Fahm (ijtihad dalam memahami nas), Dr Basyir menulis, "Adapunal-Ijtihad fi al-Fahm, ia adalah membongkar kandungan al-khitab al-Syarie(melayu : Percakapan syarie) bagi mengikuti percakapan penentu kepada syariat(Allah dan Rasulullah SAW), sama ada berbentuk suruhan (Wajib atau sunat) danberbentuk larangan (Haram atau Makruh).

"Jalan untuk menuju kepadaperkara ini ada dua perkara;

"Pertama : membongkar semuakefahaman secara menyeluruh (arab : Kulli) dan yang mempunyai kaitan dengannya.Juga, menentukan hakikat-hakikatnya yang terhasil dari nas-nas (al-Quran danas-Sunnah). Serta, penjelasan dalil-dalilnya yang bersifat terperinci (arab :tafsiliyyah) terhadap segala kandungan makna-maknanya melalui alat-alatkefahaman yang diperakui. Ia dinamakan sebagai ijtihad fi Nitaq an-Nas.

"Kedua : Ijtihad dalam perkarayang tiada nas dengan menggunakan petunjuk kaedah-kaedah umum dan maqasidkulliyyah bagi pensyariatan. Ia mempunyai cara yang pelbagai.

Adapun ijtihad fi at-Tatbiq(diguna juga : at-Tanzil) adalah proses amali (arab : al-Ijra' al-'Amali)  terhadap perkara yang telah terhasil atastahap kefahaman yang nyata bagi hukum-hukum syarak (untuk diadaptasikan)terhadap reality sesuatu perbuatan" (fi al-Ijtihad Tanzili)

[7]

Qaradhawi adalah antara ulamayang mempromosikan idea wasati. Fikrah wasati adalah terhasil dari gabungantiga aliran pemikiran fiqh, iaitu seperti berikut;

Pertama;

Aliran Burhani, iaitu pemikiranfalsafah yang jelas-jelas lebih menekankan pada penggunaan akal dan rasionaldengan disertakan bukti-bukti yang nyata.

Kedua:

Aliran Bayani, iaitu pemikirankalam atau tauhid yang lebih menekankan pada teks-teks naqliah (nas al-Qurandan as-Sunnah) dengan sedikit unsur aqliah (akal).

Ketiga:

Aliran Irfani, iaitu pemikirantasawwuf yang lebih menekankan pada penggunaan rasa dan dzauq denganbukti-bukti yang sulit dipertanggungjawabkan secara nyata.

Aliran Wasati adalah gabunganketiga-tiga aliran pemikiran, sedangkan aliran zahiri (literalis) adalah aliranBayani sahaja. Golongan Zahiri amat mudah menuduh golongan wasati sebagaialiran liberal, walhal aliran liberal adalah aliran Burhani semata. Tuduhanzahiri ini berlaku, kerana mereka adalah golongan Bayani yang jumud. Ini kerana, mereka tidak mempunyai kefahaman tentang aliran Burhani dan Irfani. Malahan tidak mustahil, golongan zahiri ini akan menuduh aliran burhani dan irfani ini sebagai sesat.

[8]

Dalam fiqh Politik, perkara yangamat penting difikirkan adalah tiga perkara penting, iaitu Tempat, masa dankondusif. Adapun dunia kini adalah dunia global, sudah pasti segala tindakanyang jika dilihat dari sudut literal tanpa memikirkan kepada maalat bolehmendatangkan imej buruk kepada Islam, walhal perkara tersebut wajib dihindari.

Taliban pula bertindak tanpamemerhatikan kepada perkara ini, ekoran itu mereka berjaya dari sudutmelahirkan pejuang-pejuang, tetapi mereka gagal mempamerkan Islam sebagai agamaadil, agama keindahan, agama kasih sayang, agama yang wajar diterima sejagatkepada dunia.

Ekoran itu, Taliban bolehdijadikan guru untuk melahirkan kader-kader pejuang yang berani dan bersemangatdalam memperjuangkan Islam, tetapi mereka tidak boleh dijadikan guru dalampentadbiran dan politik.

Adapun Qaradhawi, beliau bukanlahsatu gerakan yang ramai, tetapi dengan fikrah yang banyak dilontar beliauternyata memberi implikasi baik kepada imej Islam. Beliau berjaya mempamerkanbahawa Islam ini adalah agama kehidupan, agama kasih sayang, agama kebajikan,agama yang tidak menafikan hak dan seumpamanya. Fikrah sebegini perlu disebarluaskan, supaya suatu masa nanti Islam berjaya menjadi agama yang diterima,bukan dikalangan Muslim sahaja, tetapi dikalangan non Muslim  juga.

Sekian

FIQH TALIBAN vs FIQH WASATI

Posted: 01 Nov 2011 01:03 PM PDT

[1]

Dari sudut perjuangan, Talibancukup hebat. Niat baik mereka mahu menjadikan Afghanistan sebuah Negara yangterlaksana Islam tidak dapat dinafikan. Kita wajib belajar dari kesungguhanmereka menegakkan Islam dalam pemerintahan.

Mujahidin Taliban, jika mahudibandingkan dengan kita dari sudut amalan, mereka jauh lebih baik berbandingkita. Mereka menitiskan air mata ketika menunaikan solat. Perkara ini amat jauhdibandingkan dengan kita.

Namun begitu, dari sudutpengamalan fiqh, mereka sudah jauh tertinggal kebelakang. Fiqh mereka hanya apayang termaktub dalam hasyiah dan matan. Fiqh mereka terkongkong dengan mazhabHanafi. Itupun tidak semua fikrah fiqh mazhab Hanafi yang menjadi bidangpengajian mereka. Fiqh mereka, teks-teks turats, tanpa mereka mengambil kirakonteks semasa, tempat dan kondusif.

[2]

Semasa belajar di Pakistan, tragedymeruntuhkan patung Buddha di satu tempat di Afghanistan bernama bamiyan terjadi.Ia berlaku pada bulan febuari 2001.

Dr Yusuf al-Qaradhawi antaraulama yang tidak menyokong tindakan Taliban tersebut. Bukan sekadar itu,malahan Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkritik tindakan Taliban.

Sebelum Qaradhawi bertemu dengan Seorangtokoh ulama besar Taliban bernama Sayed Muhammad Saqib, merupakan seorang guruBahasa arab, dikhabarkan bahawa al-Qaradhawi bertemu dengan Maulana TaqiOsmani, Mufti Besar Pakistan. Diketahui ramai, bahawa Maulana Taqi Osmanimerupakan salah ulama yang menjadi rujukan dunia yang amat pro dengan Taliban.

Diceritakan juga bahawa pertemuanantara Qaradhawi dengan Maulana Taqi Osmani itu juga berlaku perdebatan kecil. Apakandungan debat itu, tidak diketahui. Namun yang diketahui ramai, Maulana TaqiOsmani tidak bersetuju dengan Qaradhawi dalam pandangan beliau terhadaptindakan Taliban itu.

Walaubagaimana pun, Qaradhawitetap berjumpa dengan Sayed Muhammad Saqib. Berlaku perdebatan dalammengemukakan hujjah antara mereka. Tetapi, semasa aku berada di Pakistan,segala kandungan debat itu tidak disebarkan, kecuali hujjah-hujjah dari PihakTaliban, disamping tersebar gelaran dari kalangan mereka yang pro-talibanterhadap al-Qaradhawi dengan gelaran "Ulama Asnam" (melayu : Ulama Berhala).

Semasa belajar di sana, aku Nampaksendiri tersebarnya gambar sebesar poster yang dijual dengan harga yang cukupmurah. Gambar poster itu mempamerkan patung bamiyan yang diruntuhkan Talibandisertakan beberapa ungkapan dalam bahasa Urdu (hindi). Disamping itu juga,termaktub beberapa lebel yang diberikan kepada al-Qaradhawi. Lebel yang palingjelas adalah "ulama berhala".

Aku membeli poster itu, danmenyimpannya. Namun sedih, semasa pihak Polis menyerbu rumahku ekoran tuduhanJI (Jamaah islamiyah), poster tersebut telah dirampas dan sehingga hari ini,pihak Polis tidak menghantar balik hak milikku itu.

[3]

Semasa belajar di Mesir, akuberkawan dengan sebilangan rakan-rakan berbangsa arab. Aku tinggal serumahdengan "Bhai", seorang rakan rakyat Malaysia dari negeri Kedah, dan dua rakan dariIndonesia dan seorang rakan berbangsa arab Palestine.

Di mesir juga, aku mendapatrakan-rakan arab yang mempunyai hubungan rapat dengan "team-team kajian" dalamsatu lamanweb arab yang agak masyhur juga, iaitu Islamonline.net. Dalamlamanweb itu, banyak perkara yang berjaya aku mendapat manfaat, terutamatentang disiplin fiqh dan fatwa-fatwa ulama moden tentang isu-isu semasa.

Boleh dikatakan, setiap mingguaku menghantar e-mail kepada pihak "muharrir Fatwa" Islamonline.net. Antaraperkara yang aku minta mereka memberi penjelasan adalah tentang hujjah debatantara pihak al-Qaradhawi dengan Sayed Mohammad Saqib dalam isu patung bamiyandi Afghanistan. Ternyata, permintaan aku dimakbulkan. Aku mendapat salinantersebut setebal 18 muka surat, dan aku membacanya sehingga habis.

[4]

Semasa belajar di Pakistan dulu,aku hanya mendengar hujjah dari pihak Taliban sahaja. Sudah pasti ketika itu,aku memandang lekeh terhadap Dr Yusuf al-Qaradhawi. Namun begitu, akumemikirkan sesuatu yang tidak kena terhadap Taliban, apabila membaca sendiriisi kandungan debat antara qaradhawi dengan Sayed Mohammad Saqib.

Antara kandungan debat tersebut,Sayed Mohammad Saqib gagal menjawab beberapa hujjah Qaradhawi. Jawapan yangdiberi, ternyata tidak ilmiah.

Dalam hujjah mereka, didakwabahawa berhala wajib diruntuhkan, waima berumur lebih 2000 tahun. Mereka berdalilkantindakan Nabi SAW mengarahkan Khalid bin al-Walid meruntuhkan berhala-hala yangberada di keliling kaabah.

Qaradhawi mengemukakan hujjahbahawa berhala di keliling Kaabah sahaja diruntuhkan, bagaimana pula berhalaselain berada di keliling Kaabah. Lalu, Qaradhawi membedakan antara kalimah "At-Timsal"dan "al-asnam" yang ramai mendakwa bahawa kedua-dua kalimah memberi maksudberhala.

Dalam kupasan al-Qaradhawi,patung berhala yang sudah lama tidak disembah (seperti Bamiyan yang lebih 2000tahun tidak disembah) itu, sudah dikira sebagai At-Timsal, bukan al-Asnam. Malahandalam al-Quran menyatakan bahawa patung bernama at-Timsal itu tidak wajibdiruntuhkan. Hal ini, Dr Yusuf al-Qaradhwi merujuk kepada firman Allah darisurah As-Saba' yang berbunyi;

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَوَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آَلَ دَاوُودَشُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Maksudnya;
          "Parajin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yangtinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam danperiuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untukbersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterimakasih"  (SurahSaba' : 13)

Dalam firman Allah ini,diceritakan bagaimana para Jin membina gedung-gedung yang tinggi untuk NabiSUlaiman. Bukan sekadar itu, dibuat juga untuk Nabi Sulaiman adalah At-Timsal,iaitu patung-patung.

Dari ayat ini menandakan bahawapatung yang diruntuh oleh Khalid Al-walid itu adalah al-Asnam, sedang patungyang dibina para jin untuk Nabi Sulaiman itu adalah at-Timsal. Ternyatapenghujahan itu gagal dijawab oleh Wakil Taliban terbabit.

Antara hujjah lain yang digunakanoleh al-Qaradhawi adalah, Qaradhawi mengemukakan Fiqh Maalat al-Af'al, iaituFiqh Implikasi terhadap sesuatu tindakan. Qaradhawi mengemukakan beberapa dalilnas terhadap fiqh Maalat al-Af'al itu.

Antaranya adalah, laranganmencela sembah-sembahan selain Allah kerana bimbang berlaku celaan balikterhadap Allah secara prejudis dan tanpa Ilmu. Juga DrYusuf al-Qaradhawi bertanyapandangan mereka tentang tindakan para sahabat yang membuka Afghanistan, Syriadan seumpamanya tanpa mereka meruntuhkan berhala-hala yang ada sehinggakan iakekal pada hari ini.

Semua ini tidak berjaya dijawaboleh pihak Taliban, sebaliknya berlaku sedikit perkara yang tidak sepatutnyadilakukan oleh pihak Taliban terhadap Dr Yusuf al-Qaradhawi; dari sudut adabberhujjah dan menyambut tetamu.



bersambung.......

Tiada ulasan: